PPSMI, masa depan adik adik saya.



Hari ni saya bukan untuk main main, mengarang tentang merapu rapu, berjenaka kosong.

Sebab saya merasa kan PPSMI adalah satu isu yang sangat serious dan saya tidak bercadang untuk mempermainkan isu ini. Ini hanya padangan saya sebagai seorang anak melayu yang sangat cintakan bahasa melayu, tapi sangat bersungguh sungguh dalam mempelajari bahasa inggeris setiap masa. Saya mempunyai satu buku nota kecil, yang mana nota itu saya gunakan apabila saya terdengar atau terbaca perkataan inggeris yang baru, saya akan catatkan untuk rujukan masa depan.


Saya mempunyai 3 orang adik perempuan yang masih bersekolah, yang mana kami semua tak pernah di ajar berbahasa inggeris oleh ibu bapa. Saya merupakan seorang ketua darjah semasa di darjah 4 dan 5. Dan pada waktu itu saya merupakan seorang yang sangat buta english apabila cikgu english memberi arahan di dalam bahasa inggeris dan saya tak faham, apa yang mampu saya buat hanyalah berkata, 'ha?'. Memalukan.


Adik ketiga saya sekarang di tingkatan 1, dan dia adalah generasi PPSMI. Dia pernah merungut kepada kami sekeluarga yang bahasa inggeris dalam sains dan matematik susah dan tak faham. Alah bisa tegar biasa. Baru baru ini dia mendapat 5A dalam UPSR.


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Adik kedua saya sekarang di tingkatan 5, dan setiap kali apabila saya menelaah buku biologi, kimia dan fizik dia, saya sangat terpinga pinga apabila banyak perkataan baru dan istilah sains dalam bahasa inggeris yang saya tak faham, tapi adik saya faham dan dapat menjawab esei subjek subjek tersebut dengan baik sekali. Bangga saya janganlah cakap, terdetik, 'Bagus PPSMI ni. Rugi dulu aku tak ada peluang untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.'


Adik bongsu saya kini di darjah 1. Dan pernah sekali saya mengajar dia soalan matematik dalam bahasa inggeris dan tiba tiba saya terlupa istilah sama dengan di dalam bahasa inggeris dan adik saya terus mencelah, 'along, sama dengan is equal la'.


Jika dikatakan banyak pelajar merosot di dalam sains dan matematik akibat bahasa inggeris, kenapa mesti mereka di manjakan lagi dan mebiarkan kemalasan mereka bermaharajalela? Diulangi, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Saya tidak langsung mengagung agungkan bahasa inggeris, saya sentiasa memanggap yang bahasa melayu adalah bahasa paling indah di dunia dan bangga apabila di University negara China, mereka telah mewujudkan kelas bahasa melayu sebagai bahasa ketiga, dan baru baru ini, pertandingan pidato dalam bahasa melayu juga telah di wujudkan yang melibatkan banyak negara luar, memang sesuatu yang membanggakan :)


Cuma memang tak dapat di nafikan yang di Malaysia, status seseorang itu juga akan di ukur melalui kepetahan mereka dalam berbahasa inggeris. Fakta, untuk bekerja, semua syarikat mewajibkan, 'boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa inggeris'.

Orang putih sanggup belajar bahasa arab untuk dapatkan ilmu di Andalusia.
Mereka berkembang maju sampai sekarang. Bahasa mereka jadi bahasa dunia lagi. (http://analisisringan.blogspot.com/search/label/PPSMI)



Kita bukan Tuhan yang tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.
Tapi kita punya kemampuan untuk berfikir tentang masa hadapan.
Adakah anda pernah merasa malu gagal bertutur dalam bahasa inggeris?
Kalau pernah, anda mahu anak-anak kita malu seperti kita? (http://analisisringan.blogspot.com/search/label/PPSMI)


Saya bukanlah terlalu bijak, hanya seorang pelajar yang bodoh dan hina, naif tentang banyak lagi ilmu dunia. Dan ini hanya pendapat saya tentang PPSMI dan sebagai seorang anak melayu yang sangat sayangkan bangsa saya dan sentiasa berfikir untuk melihat kemajuan dan perubahan kepada anak bangsa saya sendiri. Anda bagaimana?



6 comments:

Igniz said...

saya setuju dangan pendapat cik hanna. samada kita boleh memartabatkan bahasa ibunda kita di persada dunia atau x, itu bergantung pada pencapaian kita..tapi kalau kita sendiri tak boleh pergi jauh (sebab tak reti speaking english) camne nak cecah ke serata dunia, betul x? kan? kan? kan? :) kan?

Mohd Saifullah said...

aku double stuju dengan ko hanna.on the other side,isu penting ni dijadikan salah satu agenda politik sesetengah pihak.isu ini dipermainkan macam maen cak cak ngan pak guard uitm ja.sekarang,setelah 'eksperimen' (PPSMI) ini berjalan selama 2 tahun (maen agak je),tbe2 nak dimansuhkan.meaning,eksperimen ni gagal la?kerajaan xbole pndang dari sudut kegagalan.eksperimen pun ade pemboleh ubah dimanipulasi,malar n bgerak blas ma.pk la cara nk perkukuhkan lg idealogi nih.jngn men skerat jalan je..bkn pe,ksian kat adik2 aku,adik hana,adik megat,adik cheng smua.yg mne bole go thru to,ok la..yg mna terkapai2?sape nk jwab kiah?

dtegaskan dcni,aku bukan nk jd pngkianat melayu,bhasa ibunda aku..tetapi,utk buat kita berdiri sama tnggi dengan kuasa veto yg laen.dngn bgsa2 laen.rite?kalau ckap susah blajar dlm bhasa inggeris,dah lapok la alasan tuh.knapa cina bole skor a+ dlm bhasa kita sendri?kan? kan? (sokong la aku hana.) anak sedara aku umo 3tahun,60% percakapan dye dlm b.i..hendak seribu daya,xnak seribu dalih.

sory la aku hujah pnjang sket ye hana. :p

*kuasa veto adalah seperti rusia,china,us dll..muahahaha

hannamaruku said...

igniz: yup igniz ur rite! :)

lah: gila lah aku salute kau. hari ni aku nampak kredebiliti kau sebagai setiausaha agung perdana menteri man! yes yes! aku sokong kau! hidup melayu! hehe

abs said...

ya!sgt stuju.elok2 dah bi hr tu,aish.
thumbs up :)

farid said...

Dek Hanna, kita sama2 ihtiar ek ..

---------------------------

Dear Parents,

PAGE Response to Minister's decision on PPSMI

GIVE PPSMI OPTION TO SELECTED SCHOOLS

Since the decision to switch to the mother tongue is to accommodate the rural students who have been made to appear to have lost from the policy, the Parent Action Group for Education (PAGE) wishes to request to the Minister of Education to consider the PPSMI option be made to schools that desire to retain the existing policy in the form of SK(PPSMI) and SMK(PPSMI). This fourth option has been glaringly ignored.

If the Minister is willing to accommodate vernacular schools, he should rightly do the same with schools that wish to maintain status quo who have benefited from the policy and are confident of the intended objective being met.

PAGE will be formulating a plan of action for parents that desire their schools to have the PPSMI option. In the meantime, we request that parents nationwide including Sarawak and Sabah:

1 Indicate to us the name/s of your school/s that may want to maintain PPSMI; or

2 Ask their PIBGs to liaise with us through pagemalaysia@gmail.com .

Please help by forwarding this message to as many parents as possible. We have 9,000 schools to reach!

Thank you.

For Our Children

Datin Noor Azimah Abdul Rahim

Chair

PAGE

P/S

Share your thoughts with us, by visiting http://www.pagemalaysia.blogspot.com/

Tell yur friends to do likewise.

EyesGurL said...

i really agree with u 100% hanna!!

Search This Blog