Day 14 — A non-fictional book : Kuasa mulut dan fikiran.

by - June 30, 2010







Ade siapa siapa tau pasal Law of Attraction? Dalam bahasa melayu, hukum tarikan. Eh perlu ke nak translate? Okay tak kesah. Dulu aku memang tak pernah tau pasal benda ni, sampai la bekas kekasih bagi tau. Dia seorang yang rajin membaca dan setiap kali sebelum jumpa, dia akan, Eh u, I tak sabar nak cerita kat u pasal satu buku ni! Best! Bagus ya, banyak bagi benefit kat aku yang sumpah pemalas nak beli buku buku macam ni dan baca.


Maka atas sebab terpengaruh dengan dia, aku jadi rajin nak pergi Popular cari buku buku non fiction macam ni. Dan kat atas ni adalah salah satu buku yang aku beli *BANGGA EWWWOH*. Mungkin ramai lagi orang tak sedar dan tak tau, yang Law of Attraction memang banyak memainkan peranan dalam hidup, yang mana otak kita dapat control apa yang akan jadi kat kita in the future (dengan izin Allah). Sebarang perkataan yang keluar dari mulut kita juga sangat mempengaruhi apa yang akan jadi kat kita dan satu key word yang penting, YAKIN.


Kenapa aku cakap apa yang keluar dari mulut kita penting? Pernah kan korang selalu kata EE AKU TAKNAK YANG NI. AKU TAKNAK YANG TU. Dan last last, korang dapat ape yang korang taknak tu? Sebab sebutan TAKNAK tu yang tarik sesuatu benda tu untuk betul betul jadi. Maka, penting untuk mulut kita selalu sebut benda benda yang positive macam ;

AKU AKAN DAPAT 4 FLAT SEM NI.
AKU BOLEH BUAT PAPER NI TIME FINAL, WALAUPUN CARRY MARK AKU TERUK.
AKU BOLEH CATCH UP SUBJECT NI WALAUPUN AKU TAK FAHAM.
AKU AKAN GRAD DENGAN CGPA 3.5 UNTUK DEGREE.


Dalam hati kita perlu ada ayat ayat motivation macam ni. Sebab tu la dalam pelajaran, bila aku tercakap, AKU TAK SUKA SUBJEK NI, AKU TAK BOLEH BUAT, SUBJEK NI SUSAH, aku akan cepat cepat istighfar dalam hati dan ulang balik dalam ayat positive, OK TAK TAK, HANA, KAU BOLEH BUAT. KAU MESTI BOLEH SCORE. Dan benda tu akan motivate hati dan fikiran kita untuk berkerja kuat. Tak susah pun, set dalam kepala kita betul betul yang kita akan dapat buat dan insyAllah tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni.

Ok aku jumpa ni kat web yang sumpah best gila dan informative, ISUHANGAT.NET pasal pentingnya doa sebelum makan. Ni bukan law of attraction ke ape, tapi pasal lebih kurang macam betapa penting dan bermakna nya apa yang kita cakap dan lafaz dalam kehidupan seharian kita ;

Dr Emoto dari Jepun ada buat satu kajian, yang kata kata boleh mempengaruhi air. Yang mana sebab tu lah penting bagi orang Islam untuk baca Bismillah sebelum makan. Buktinya ;



Struktur molekul air tanpa kata kata baik (doa) yang di ucapkan di atasnya.


Struktur molukel air selepas di bacakan kata-kata baik (doa) di atas nya.




Struktur molekul air yang di baca kan ayat 'KAU MEMBUAT AKU MUAK! AKU MAHU MEMBUNUHMU'. (ayat kasar dan marah)



Struktur molekul air yang di bacakan dengan kata kata cinta.


Nampak kan? Ayat ayat dari mulut kita pun boleh mempengaruhi air, masakan pulak diri kita? Sebab tu la apa yang kita sebut dan fikirkan akan mempengaruhi apa yang kita akan capai di masa akan datang (dengan izin Allah)


Tiada siapa yang dapat ubah diri dan pencapaian kita kalau bukan diri sendiri kan? GOOD LUCK PEOPLE! :)


P/S : Oh ya, sekarang aku dah off kan comment di blog. Maaf eh. Kalau ade ape ape korang nak comment atau tanya, boleh tanya kat FACEBOOK aku atau FORMSPRING.


You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews