Saturday, July 24, 2010

Day 16 — A song that makes you cry (or nearly)




The Loneliness - Babyface











Lagu ni aku tau time aku break up. Time aku tengah cinta monyet masa zaman sekolah ergh. Geli gila bila aku ingat balik. Geli la, sebab aku boleh menangis nangis time jawab paper SPM biologi kau tau? Macam bila aku ingat balik, aku nak pergi turn balik time tu dan tampar diri sendiri.



Semua orang mesti ada zaman cinta monyet kan? Ah jangan tipu, tipu dosa akhirat masuk neraka jeng jeng. Zaman Nokia 3310 dan handphone butterfly yang bila kau ada kau memang bangga setahun, lepas tu duduk luar rumah asyik ulang main ringtone dengan niat nak bagi jiran sebelah dengar dan jeles yang kau ada handphone bluekk. SUMPAH GELI. Lepas tu zaman tu ramai pakai nombor Digi kan, message satu 6 sen. 6 sen tu memang rasa dah murah gila dah sebab tu message dengan boyfriend 28 jam sehari, siap call malam malam lepas tu credit habes, sanggup pergi lari seven eleven beli topup extra -_-“



Bila sleepover rumah Eza, satu geng asyik cerita pasal boyfriend, asyik cerita pasal putus cinta sana sini sambil dengar lagu The Loneliness. Lepas tu kalau boleh nak nangis sampai tekeluar bijik mata, nak makan pun tak lalu lagi la nak belajar. KONON KONON TIME TU BOYFRIEND ADALAH SUMBER PEMBERI SEMANGAT NAK BELAJAR.WAK KAU, HANA.



Last last padan muka belajar spoil. Tapi tu lah, orang kata, belajar dari kesilapan ye dok? Ingat ye adik adik, nak bercinta boleh. Tapi kalau putus cinta jangan nangis nangis eh time jawab paper exam, lepas tu terus ingat dunia gelap gelita dan hari hari karaoke lagu niat hatiku taknak berpisah apakan daya jodoh tiada.



Baru putus cinta dengan boyfriend. Bak kata Hanis Zalikha, bukan putus cinta dengan keluarga, kawan kawan dan Tuhan kan.



Belajar untuk ibu bapa dan masa depan . Bukan girlfriend / boyfriend.