Mencari kawan baik yang rupawan.

by - July 22, 2010

Kawan baik. Yang kau boleh luku dia bila dia kentut depan muka kau. Yang kau boleh maki dia lepas tu 2 3 jam terus tiba tiba baik dan gelak ketawa. Yang dia tak kesah pun bila tidur sebelah kau lepas tu kau tak sedar kaki kau atas muka dia. Yang memang dah tau kau jenis tidur suka mengigau tiba tiba bangun pergi meja study dan tekan kalkulator T____T


Rupawan. Bukan muka cantik, bukan badan solid, bukan ada banyak duit dan kau boleh paw dia hari hari. Bukan, bukan. Rupawan yang bermaksud, hati yang baik tanpa ada rasa hasad dengki terhadap kawan baik sendiri, tanpa ada rasa pra sangka terhadap kawan baik sendiri. Baik hati yang bila dia tegur ada cili di celah gigi kau dan buang cili tu pakai jari dia. Baik hati juga bila dia tegur ada taik hidung tergantung di hidung maka cepat cepat pergi toilet dengan kau dan buangkan.


Kawan baik yang rupawan yang kau boleh duduk dengan dia 27 jam cerita tentang masalah hidup dan rumah tangga, bila tiba tiba tersedih maka eh tak sedar termenangis bersama. Yang sedar dia sangat busy lepas tu message kau dan kata WEH SORRY BABY AKU BUSY, SORRY MENGABAIKAN KAU DAN TAK DAPAT UPDATE CERITA HARI HARI KAU. Yang excited bila kau bagi tahu kau sekarang di lamun cinta lepas tu excited berdoa bersama sama SEMOGA KAU BAHAGIA. Yang benci bila kau bagi tahu kau sekarang sedang bersedih kerana putus cinta dan menyumpah orang itu sambil kata BABY, KAU DESERVE BETTER :’)


Yang juga bila kau selalu kutuk diri kau kurus hodoh hidung besar lepas tu mereka macam EH KAU CANTIK KAU CANTIK. Bila kau kata kau takut nak menghadapi masa depan dan takut asyik jatuh, mereka akan KAMI ADA. SELALU ADA UNTUK KAU.



Dan kepada kawan yang kau sangka baik tapi rupa nya si pencarut dan busuk hati, yang hanya fikir satu dunia ini salah dan dia paling betul, yang semua orang takkan boleh sehebat dia dan tolong lah. Celaka lah ego dia ke mana mana. Aku tak peduli. Kerana kawan yang baik takkan punya ego sedikit pun. Kerana kawan yang baik takkan rasa riak takbur sedikit pun. Kerana kalau ada, itu bukan kawan yang rupawan.



Bukan kawan baik yang rupawan juga jika dia baling batu di kepala kau lalu sorokkan tangan.


Kenapa sorok? Mai secewen.

You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews