Sunday, July 18, 2010

Nama aku boleh mix and match. Kau ?

Nama penuh aku Norhanarosmida. Dan tolong ya adik adik, jangan ada lagi yang tanya kat formspring aku, KAK HANA, MARUKU TU NAMA AYAH KAK HANA EA? T____T Maruku tu nama samaran. Aku pakai since form 4 lagi. Aku taktau mana aku dapat maruku tu, bukan aku suka pun makan maruku, tapi dia macam tiba tiba sedap di gandingkan dengan Hana, maka sampai sekarang terus lekat hannamaruku. Double n tu sebenarnya glemer je lebih. Haiktuh.


Uniknya nama aku boleh di klasifikasikan sebagai satu dalam sejuta. You know, sejuta pun belum tentu ada nama ni LAIN LAH KALAU KAU TENGAH MENGANDUNG SEKARANG LEPAS TU DAPAT ANAK PEREMPUAN TERUS NAMA KAN ANAK KAU DENGAN NAMA NORHANAROSMIDA.


Uniknya jugak nama aku adalah, dah lebih dari 6794683205325864205 orang yang dah salah eja dan salah sebut nama aku dengan BANGGA. Kau tengok kan aku dah caps lock BANGGA tu. Bangga tu juga bermaksud, YAKIN SUNGGUH BACA NAMA AKU LEPAS TU LAUNGKAN SECARA KUAT KUAT tanpa mengambil kira perasaan aku yang mudah terguris apabila nama aku di salah sebut ewwwwoh. Tak pernah satu orang pun yang aku jumpa dapat sebut nama aku dengan lancar. Mesti akan Nor Haaanaaaa Roooooosmiiiiiiiiida. Terkial kial nak eja. -_-"


Dulu ada ustazah aku di darjah atau tingkatan berapa aku dah tak ingat. Tapi beliau sungguh comel panggil aku HASNORIDA. Nampak macam nama aku NORHANAROSMIDA tu puzzle kan? Beliau telah mix and match kan ejaan nama aku. Memang kreatif.


Cikgu Math aku akan panggil aku dengan nama ASMIDA setiap kali suruh aku jawab soalan math kat blackboard. Selain mix and match, nama aku pun boleh compress apa,
NORHANAROS mida = AS mida.



Tapi selalu orang tak confuse sangat dengan Norhana. Cuma Rosmida tu ada satu masalah besar punya. Pernah juga nama aku di tulis sebagai Norhana OSMIDA. Dan, pernah juga orang panggil aku Norhana SOMIDA. Agegegegegegegegege. Bila tah orang nak salah sebut nama aku jadi Amy Mastura? HAHAHAHA. Lawak ke? Tak kan? Ok proceed.


Maka, hari tu masa masuk sem baru. Sudah tentu lah jumpa lecturer baru. Dan you know, macam biasa lah. Mesti ada nama baru.



NORHANA ROSIAH.