Contoh seorang ketua projek (geli) dikagumi.

by - August 29, 2010



May 2011 ni aku habis degree dengan rasminya. Maka sebelum aku blah dari Seri Iskandar, aku ada senaraikan beberapa benda yang aku nak buat untuk diri aku. Dan Senarai senarai benda yang aku nak buat sebelum habis degree adalah :


1) Mendapat kan seorang boyfriend mata sepet di dalam UiTM. (TIADA LELAKI MATA SEPET NAK KAT KAU, GAGAL)
2) Menyelam di dalam Tasek UiTM secara berirama. (TAK PANDAI BERENANG,GAGAL)
3) Menjerit kepada anak jiran supaya suruh dia diam setiap kali dia buat bising. (TERLALU SAYANG KAN KANAK KANAK, GAGAL)
4) Mengorat abang jual ayam madu di depan BSN. (ABANG AYAM SUDAH BERPUNYA, GAGAL)
5) Sukarelawan menjadi ketua projek untuk event course. (IN PROGRESS)



Sumpah geli nak cakap ketua projek. Apa jadah tah. Dia sebenarnya takde la KETUA PROJEK sangat. Title taknak gempak lagi. Terbitnya benda ni dalam senarai-sebelum-blah-degree aku adalah sebab aku ni dari diploma memang loser. Tak pernah kenal erti proposal, budget, jumpa coordinator mintak sign sana sini. Jadi kesian melihat diri terlalu loser, tu yang aku dah janji dengan diri aku, sebelum blah dari degree, mesti kena ada pengalaman handle satu program sendiri. Dan ya, kali ni memang in progress. Sebab aku tengah handle program Professional Talk untuk course aku. Jadi bila time nak cari penceramah, tiba tiba aku terfikir ada Human Resource Manager kat tempat aku bakal praktikal bulan 12 ni, Puan Saripah. Aku pun laju je taip nombor office call dia tanya, boleh bagi talk tak untuk this coming October. Macam biasa la, dah kata memang aku bakal praktikal dengan dia Disember ni, dah tentu aku kena tunjuk good impression kat dia.



Tapi ni aku ada satu masalah. Memang banyak hal. Puan Saripah pulak jenis speaking pum pang dengan aku. Aku yang nak tunjuk good impression kat Puan tak pulak menggelupur nak kena speaking ting tang jugak. Dah la aku speaking serupa Phua Chu Kang. Mau tak menggeletar aku setiap kali cakap telepong dengan dia. Aku letak handphone rapat rapat kat telinga sebab nak tangkap apa dia cakap satu satu. Maruah kena jaga. Good impression man, come on.



Bila time nak email Puan Saripah lagi satu hal. Bab bab nak tulis English formal ni memang aku fail. Aku takut aku tertulis kasar atau ayat aku tak sesuai untuk tujuan tujuan formal. Malu aku kalau jadi macam tu. Kata good impression. Macam mana? Maka, setiap kali aku nak email Puan untuk cakap sesuatu, aku kena draft dulu kat word, lepas tu nanti akan buzz la kamus oxford aku kat ym iaitu Aimi atau Tot, WEH NAH. KAU CHECK JAP GRAMMAR DENGAN AYAT AYAT AKU. CANTIK TAK. Cantik tak cantik sangat la kan,


Salam Puan.
I’m here to inform you that we did some amendments on the title of the talk on this coming
6 October. As far as you are concerned……….



Ahhhhh penat bai. Aku dah malas la nak susah kan Tot & Aimi. Lepas tu nak pening kepala pulak fikir ayat ayat bombastic. Letih aku mengelamun depan laptop ambik ilham, kejap kejap tu aku bukak fb untuk tenang kan fikiran sambil tengok video video jahanam kat fb yang suka buat orang terkejut. Tapi last last takde idea jugak. Ah, lantak la. Biar mati maruah asalkan jadi diri sendiri. Here we go, Bismillahirrahmanirrahim.



Weh Puan, whats up?
I hope you are in the pink of health. Well, I’m here to inform you that we’ve changed the title of the talk to ‘Key performance indicator for HR practitioner.’ If you like, then its good. If you don’t like, please do like it.

I don’t care if you’re busy, but please reply this email ASAP.

P/S : Send my warmest regards to your (handsomest) son. In case you have one.
Papehal rodger je. Chow
.


Nak mati? Confirm kena reject praktikal sem depan.

You May Also Like

17 Comments

  1. ahhaha
    terbaek hana...ak ngan pesot ketawa sampai pecah perot

    ReplyDelete
  2. nanti ble2 aku g arau, perut kau ngan pesot tak pecah, SIAP! haha :D

    ReplyDelete
  3. hahhaha style lahh yang last tu hihi.
    nanti agak2 rindu UiTM tak?
    disember ni baru nak masuk degree hehhehe :D

    ReplyDelete
  4. hahhaha style lahh yang last tu hihi.
    nanti agak2 rindu UiTM tak?
    disember ni baru nak masuk degree hehhehe :D

    ReplyDelete
  5. dlu bos praktikal aku marah aku tak speaking. dia ckp, very unproffesional 4 u 2 ans me in malay when i ask in eng.

    bila aku nk mintak keje dh abes blaja, aku kol,

    "hello, can i speak to...."

    tak abes ckp lg, die jwb,

    "ha razman! kenapa i kol dari dua bulan lepas u xnak jawab?"

    ReplyDelete
  6. dah habis degree?? tsk2.. i lama lagiii.. sedih owhh

    ReplyDelete
  7. afiqah azmee : mesti ah rinduuuu. ok, nanti masuk degree, awak buat list jugak ok! hehe.

    razman : oh kre, kau nak kate aku professional kan man kan kan kan? yeahh im the best!

    ReplyDelete
  8. ish. tahun depan la fatul. tapi kte intern same2 kannnn. jom la intern dengan puan saripah :D

    ReplyDelete
  9. during practical training my supervisor once told me tol communicate in engliah with her..tp bila.dah rapat..belasah ajee

    ReplyDelete
  10. fndrocka : mule2 nak kena testing kebolehan dulu kot. keh keh.

    ReplyDelete
  11. Ada seorang anak buah akak kat ofis sambung amik degree. Hari tu baca thread email dia dengan penyelia projek dia. Memang speaking berabuk tapi serius cara dia beremel sebijik mcm cth ayat pink of health awak tu =p. Maksudnya takdelah skema pun. I think takde masalahlah. Lecturer sekarang cool2 kot. That way lebih mesra alam n mudahlah nak minta tlg 'hal2 lain'. cth, up markah praktikal. hehe

    ReplyDelete
  12. ROTFLOL!! Funneh u hanna. Ada saje post menarek boley gelak pagi-pagi ni. Good luck project manager!

    ReplyDelete
  13. Schalfyzcha : hehe. takpe, mule2 kasi skema sket. nnty lame2 hentam je! :P

    dya : keh keh keh.

    ReplyDelete
  14. aku bilalah nak ada digree.. lama lagi kot..

    ReplyDelete
  15. aku bilalah nak ada digree.. lama lagi kot..

    ReplyDelete
  16. Tak larat aku nak amik degree. nak habis diploma dlu pun sampai merangkak bawah katil

    ReplyDelete
  17. ahahha,..terbaekk,..
    xsangker aku,.
    ko neh,..
    rofl.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews