Tuesday, August 10, 2010

Kucing pun tau esok puasa.





Wah. Hari pertama terawih di Seri Iskandar memang meriah. Penuh masjid sampai ada yang kena sembahyang kat luar. Lepas tu bila Imam habis baca Al Fatihah, satu masjid bergema Aaaaminnnnnn. Meremang jugak sekali sekala. Musuh Islam dengar mesti takut. Tapi serious weh bila tengok masjid sesak lepas tu ramai orang, sumpah terharu lepas tu yes bebeh excited jugak nak puasa!


Dah tak payah nak syahdu sangat. Roomate pun hari hari macam nak mintak lempang bila dah start pasang lagu raya -_-"


Hari ni sebenarnya nak cerita pasal kucing. Ye lah, kau ingat kau sorang je excited nak hari pertama terawih? Kucing pun excited apa. Ada ke tengah aku dok khusyuk dengan semua housemate baca Al fatihah lepas tu tiba tiba ada kucing mai lalu kat depan sejadah. Bukan depan, tapi atas sejadah. Amboi apa ni, lebih kau. Main potong line terus bukan nak masuk saff betul betul eh kau kucing. T___T



Mula mula dia lintas depan aku, aku dah HOLAMAK MACAM MANA AKU NAK SUJUD NI aishkahena. Lepas tu nasib baik dia tak statik, dia pergi jalan slow slow kat sebelah. LA TIBA TIBA AKU TERINGAT HOUSEMATE AKU ADA SORANG TAKUT KUCING. Weh takut yang bukan takut biasa biasa, tapi takut yang stok nak jerit dan lompat atas meja bila nampak kucing. Aku pun sejak dah tak kusyuk kucing tiba tiba melintas, terus terfikir apa cerita housemate aku takot terlompat lepas nampak kucing.



Huish, naseb baik dia tak lompat, tak jerit. Tapi dia pergi tepis tangan housemate aku lagi sorang kat sebelah banyak kali. Kuat jugak iman kau kan housemate? Nasib kau tak tiba tiba lompat kalau tak habis riuh masjid Seri Iskandar.



Tapi kan sekoq sekoq memang bertuah. Nampak kucing melintas semua macam tak tahan nak tergelak, roomate sebelah coverline sambil batuk batuk. T___T Ok dah, nasib baik kau singgah sekejap je kucing. Rakaat lain InsyaAllah kushyuk.



Balik terawih, sejuk hati tengok budak budak lelaki jalan pakai kain pelikat. Hengsem noks. Sejuk hati aih. Alhamdulillah. :')