Roomate, kau patut bersyukur ada kawan yang alim dan fashionable macam aku.

by - August 23, 2010







Sempena bulan puasa ni , aku perasan memang ramai orang berubah. Tak payah la tengok orang lain ya, tengok diri sendiri mai. Contoh contoh perubahan yang aku buat, adalah semakin boros kerana adanya bazaar, kini sudah jarang subuh gajah sebab ada nya sahur tapi sumpah nak bangun sahur pun bapak liat, aku dengan roommate dua dua kena pasang alarm sound tahap maximum sebab dua dua jenis kalau boleh nak mati terus bila dapat tidur. Mulut juga sudah jarang mencarut tapi bau mulut ketika puasa memang maintain busuk. Juga aku sentiasa berusaha untuk kurang kan tidur di khuatiri makruh. Tidak lupa (AMBOI WEH BANYAK NYA), aku juga telah membuat satu janji palsu untuk deactivate FB pada bulan puasa, malangnya bak kata pepatah, Jika badan kau memang penuh saitan, penuh juga la.



Tengok kan banyak perubahan aku cuba nak lakukan sempena puasa ni? Tapi aku rasa, aku belum lagi sampai tahap buat perubahan yang besar macam roommate aku, Myra. Dia sekarang dah pakai tudung. Auwwww pakai tudung, hijrah serta pengorbanan besar yang bila Myra nyatakan hasrat murni dia, aku jadi kembang kembang perut serupa ada rama rama, Alhamdulillah. Terbukti aku bukan sahaja boleh mempengaruhi Myra berhijrah pakai tudung, tapi aku juga mampu menggoncang dunia. Oh tak ada kena mengena.



Mari aku tunjuk kan gambar Myra sebelum dia pakai tudung.

Kegarisan,
Sediaaaaaaa,



NAK MATI ?

GAMBAR GAMBAR DIA KAT FB AKU YANG ADA MUKA DIA TAK PAKAI TUDUNG PUN DIA DAH MENGANJING SURUH AKU DELETE, NI KAN PULAK TIBA TIBA NAK BUAT SANTAPAN PERCUMA LETAK KAT BLOG.



Insaf betul Myra sampai paksa aku siap hentak hentak kaki suruh aku jual baju baju ketat cotton on dia dalam blog aku. Tapi aku tak berani nak jual sebab aku ingat orang mesti tak minat nak beli. Aku bukan macam Iz macam Nurul yang jual baju kat blog 5 minit terus sold out. Orang yang baca blog aku pun 3 4 kerat je, campor dengan diri sendiri ada la dalam 5 orang sehari. Lagi la ada hati nak meniaga kat blog. Podah.



Bila dah pakai tudung, bukan main jakun Myra suruh aku ajar ikat shawl pelbagai gaya. Apa bangang sangat dia pergi tanya aku yang ilmu gaya bergaya ni sumpah tak khatam lagi. Setakat nak belit belit biasa aku reti la. Tapi tadi masa pergi kelas, dia pergi suruh aku buat tutorial belit shawl yang macam trend trend sekarang ni. Trend yang macam tudung syiria, pastu belit longgar longgar kat depan. Ala macam mane tah nak explain aku pun taktau. Ni dia ;




Lepas tu tadi aku dengan Myra pergi pasar malam. Beli barang barang dapur nak masak esok sampai jumaat sebab dah sedar diri tadi borong banyak gila makanan kat bazaar, dasar napsu saitan betul budak budak ni aihhh. Maka lepas ni perlu ambil langkah jimat secara berjaga jaga dengan masak je dan jangan pandang langsung bazaar, bahaya.



Waktu nak pergi beli sayur dan bayar pada pakcik yang boleh di katakan ktorang kenal jugak sebab selalu beli sayur kat kedai dia, pakcik tu tanya,

HAI DIK, TUDUNG JENIS APA NI? TAK PERNAH TENGOK PON.

TUDUNG SYIRIA. Ayu je Myra jawab budget pakcik tu bekanan nak ambik jadi menantu.

Pakcik sayur pun tiba tiba bidas dengan megah.

HA? TUDUNG SAADAH?




Padan muka kau Myra. Berguru lagi dengan aku. Kan dan kena sound TUDUNG SAADAH.




You May Also Like

4 Comments

  1. pakcik sayor tu gatal snanye nak ngorat x jadi.

    ReplyDelete
  2. lebih mulia kalau kau tak perasan kot? haha

    ReplyDelete
  3. baiknya kau. baiknya kawan kau. baiknya dua-dua. syukur. weh hana. aku jual one drop. belilah weh.

    ReplyDelete
  4. lagi besar rahmat puasa kau kalau kau bagi aku free.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews