Belajar dalam iman. (Versi mintak tolong)





Aku ni kan, kalau di kira tentang potensi diri memang banyak. Aku kuat berangan, kuat bercakap, kuat buat lawak dengan hajat nak orang gelak tapi haram nak gelak sebab tak lawak pun. Kuat makan, kuat menangis, kuat tidur dan kuat gelabah.



Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang gelabah. Eleh weh macam la semua taktau yang aku menggelabah macam mana kan. Kalau cakap dengan orang yang aku minat mesti suka tersasul lepas dia macam terus tak sengaja jadi control cun dan mata sebelah asyik kenyit kenyit tanpa sedar. Mode gatal memang akan jadi automatik activated, taktau kenapa.



Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang suka gatal tiba tiba. Aku sebenarnya nak cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Kehidupan aku yang sebenarnya memang tak boleh tumpu kan perhatian kepada satu benda dalam satu masa. Mari kecilkan skop cerita ni kepada waktu belajar. Aku tak tau la tabiat ni sejak dari kecil atau pun sejak dah besar. Tapi aku mula sedar dengan sikap ni sejak aku Diploma. Bila time belajar, aku tak boleh mengadap buku berjam jam.



Setiap kali bila belajar, aku mesti kena buat benda lain. Macam tengok movie Lagenda Budak Setan 393683945 kali. Loading Lagenda Budak Setan the series kat you tube 368395 kali. Ataupun bukak wall facebook 567954 kali. Dia macam tak boleh asyik tengok buku, dia kena buat kerja lain jugak. Kalau tak buat benda benda kat atas, aku mesti akan belajar sambil makan. Agak agak aku malas nak makan, lepas 5 minit belajar aku mesti ambik kepit kuku lepas tu kepit kuku. Lepas tu nanti lepas 5 minit lagi, aku pandang dinding dan berangan.



Lepas tu aku tau, roomate aku si Myra tu suka nak berbulu dengan aku. Dia kata kalau aku tak ada dalam bilik, dia boleh study dengan aman. Takde gangguan. Dia kata kalau aku ada dalam bilik, aku asyik kejap kejap ajak sembang. Lepas tu nanti aku bukak cerita best best kat laptop nanti bila dia dengar dia pun tak tahan nak tengok sekali dengan aku. Dah malang kan nasib dia dapat roomate macam aku, elok elok dia nak belajar, aku ajak dia makan, aku ajak sembang, ajak tengok movie. Setan betul woi.



Tapi memang macam ni la. Aku bukan macam orang lain yang boleh tumpu 100 % dalam kelas. Yang boleh tumpu 100 % time study tanpa dengar apa apa bunyi bising. Kalau aku belajar dan aku tak dengar bunyi bising, aku rasa macam sumpah tak boleh masuk apa apa. Sebab tu nanti aku selalu buat onar time dalam bilik. Sambil belajar dengar lagu, tengok movie, sembang sembang, kepit kuku, makan, tengok cermin banyak kali lepas tu gelak tengok muka sendiri sebab tak sangka ada diameter lubang hidung yang awesome.



Hari hari bila aku pergi kelas, aku nak jadi macam orang lain. Yang boleh pandang lecturer tak kelip sanbil angguk angguk tanda faham. Yang boleh tulis notes 40 muka surat untuk 2 jam lecturer. Yang buku dorang penuh conteng conteng segala macam ilmu pengetahuan. Tapi aku dalam kelas suka nganga, berangan, tengok orang kiri kanan, lepas tu tidur dalam iman.




Weh ajar la weh, macam mana nak belajar dengan tumpuan penuh tanpa buat apa apa gangguan terhadap diri sendiri?


Tolong woi.








7 comments:

.rafiq. said...

tak payah nak belajar macam mana diorang fokus tu. ko ni dah memang genius banyak main pun boleh masuk jugak. sekarang boleh panggil kau. lagenda minah setan.haha

Miranisa =) said...

bhahaha tak dapat tlg.
sbb tak kuat blaja lgsg =__=

.s.o.f.i.a. said...

aku tkleh tolong sebab aku time blajar dulu perangai buruk cam ko gak..... he he......

hannamaruku said...

rafiq : kau gle ke aku genius? kalau genius tak pyh blaja weh.

miranisa : eh same ah! haha

sofia : bagus. blh buat persatuan.

Anonymous said...

belajar buang air berdiri..
tumpuan penuh tuh.. haha..

miera said...

mintak petua dr zackzukahiri!
aku dr ari tu mntk petua study ngan die,tp x dpt2.

aisya said...

singgah2 la ke blog nih ::

www.insanbernama-aimisyairah.blogspot.com

Search This Blog