Dengki tu maksud dia hati tak cuci.

by - October 02, 2010








Kalau kawan baik, itu bermakna kau tak pernah ada perasaan hasad dengki. Kalau kau kawan baik, itu bermakna kau akan selalu ada perasaan gembira dan meraikan kejayaan susah senang sesama sendiri. Aku tak pernah dengar wujud atau tak persaingan bersama kawan baik. Jadi, bila ada persaingan dan satu perasaan cemburu di hati, maka jangan di iktiraf itu kawan.Lagi lah KAWAN BAIK. Kau pergilah lari hutan hidup sorang sorang atau mati.


Dunia takkan selalu mengejar kau melutut di bawah kau. Kau bukan raja mahupun permaisuri yang sentiasa nak jadi orang kelas atasan dan di hargai setiap masa. Tak sesiapa akan datang pada kau dan kata kau cantik setiap masa. Ingat, dunia juga takkan mahu pun kau selalu ada di atas. Kalau kau fikir hanya dengan istilah menang kau dapat puas kan hati kau, nah. Sekarang aku simpati dengan kau.



Aku tak suka membenci orang. Dan aku ada satu cara untuk setiap hari berhati bersih tanpa ada rasa dengki pada orang. Adalah dengan bersyukur dengan apa yang kau ada. Susah kah? Tidak. Kerana bila kau percaya Tuhan itu maha adil, dan bila kau dengar orang hari hari membesar besarkan diri dengan nikmat yang mereka ada, gelak kan saja. Sebab mana ada satu benda pun yang kekal dalam dunia.



Kadang kadang, bila hati kau ikhlas, tak semua orang akan pandang kau begitu. Setiap orang selalu menghakimi sesama manusia. Dan bila kau tau seseorang itu tiada apa fungsi lagi dalam kehidupan naik turun kau, ah senang. Tinggalkan saja dan jangan dekat. Jangan kau toleh belakang tak kelip kelip. Simpan kelip kelip itu untuk esok dan masa akan datang.



Jangan ada dendam dan dengki dalam hati. Kira sekarang, berapa banyak orang yang kau dengki benci? Bagus. Kau gandakan bilangan itu kepada dua. Kerana bilangan itu lah bilangan orang yang akan membenci dan mendengki kepada kau semula. Alah, dunia pun tak lama. Kenapa berduka cita?






You May Also Like

5 Comments

Jom komen.

Total Pageviews