Penantian yang tak ada siapa menanti pun : Day 21 — A recipe (ICING CUPCAKES)






Hai abang abang adik kakak, makcik pakcik, jiran posmen, makngah abang sedara, penjual dadih tepi pasar malam, bukan penjual dadih, penyanyi kelab siang, atok, onyang, isteri atok dan pembaca sekalian.


Jangan terkejut, jangan terkentut. Anda bukan tersalah blog, jugak bukan tersalah channel, jangan cuba pecahkan laptop atau cuba memasukkan kepala dalam blender yang sememangnya tak muat pun jangan jadi gila. Ini memang betui betui blog hannamaruku yang akan menyajikan kepada anda satu resipi yang cantik menarik tertarik kau memang senang.


CARA CARA NAK BUAT ICING. Tak kira la kau nak tuang kat cake ke, kat cupcake ke, kat kuih raya, kat roti, kat nasik pomboleyy bergantung kepada tahap selera dan tahap berapa lama kau nak hidup. Amaran lembut, jangan makan icing banyak banyak di takuti badan kau jenis lembik senang nak dapat kencing manis atau darah tinggi. Ok mari kita start tutorial nak buat icing yang senang cikebum cikebum.



Bahan bahan dia cuma ada 5. Iaitu butter, icing sugar, vanilla essence , mixer dan tangan kau. (malas nak pakai tangan, boleh guna kaki in case nak pedajal orang)




Ini adalah keratan butter. Siapa tak kenal butter memang aku nak terajang meja makan dia. Ada ke patut butter pun tak kenal? Tau la butter di dalam gambar macam kecit cenonet nampak macam aiskrem, tapi come on la. Butter adalah selalunya berbentuk segi empat tepat, kaler kuning yang selalu di jual di pasar raya pasar rayee tuwwwwww.




Lepas letak butter, campurkan dengan icing sugar tadi. Okay sabar aku tau aku tak bagi measurement dia lagi kan. Kuantiti butter dan icing sugar adalah bergantung kepada berapa banyak icing yang kau nak pakai. TAPI YANG PENTING, SETIAP 1g BUTTER PERLU DI CAMPUR DENGAN 2 KALI GANDA gram ICING SUGAR.

Contoh : 60g butter + 120g icing sugar.

Ikut suka hati korang nak sukat macam mana, kalau kau ada kebolehan main teka teka berat lagi bagus tak payah nak sukat pakai penimbang tu, melecetttt.




Dah campur butter dengan icing sugar, masukkan satu penutup kepala botol vanilla essence atau entah-aku-tak-tau-nak-panggil-apa, tapi seperti dalam gambar okay. Ini adalah bertujuan untuk errrr, kau ikut je la okay tak payah tanya?


DAN SEKARANG, JENG JENG JENG, TIBA LAH MASA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN KE 4 DAN KE 5, IAITU TANGAN DAN MIXER.


Konon konon surprise la tu tulis JENG JENG JENG. Padahal.



TADAAAAA. Kacau kan kesemua bahan secara gigih, dan konsep 'Selagi tak nampak likat selagi itu kau kena kacau' harus di terapkan dalam proses ini.

Dilarang bermain main atau bersembang sembang. Tumpuan padu perlu di tunjuk terhadap mixer dan bahan bahan tadi. Kalau ada cerita Lagenda Budak Setan The Series kat tv, kau di benarkan berhenti kejap. Ngeh ngeh ngeh ngeh.




Istilah likat itu, adalah seperti ini.

Ok, lepas tu? Lepas tu mana ada dah. Bila kau dah mix kan semua bahan sampai likat, itu lah dia icing yang kau tunggu tunggu selama ni. Kan aku dah cakap, senang je nak buat? Sekarang icing tu dah siap dah boleh di sapu ke atas cupcake atau cake dan boleh di bagi kepada mak, abah, boyfriend, girlfriend, madu, kawan, cikgu disiplin atau cikgu kemahiran hidup :')




Cara nak sapu icing atas cupcake adalah macam kacang cap tangan, macam kau sapu roti biasa dengan butter tu. Kalau kau malas nak buat cupcake sendiri, kau pergi la beli mana mana muffin kecik kat bakery lepas tu nanti bila kau balik rumah, tinggal kau nak buat icing je. Lepas tu kau sapu je la kat atas muffin plain yang kau beli tadi. Benda ni boleh di praktikkan oleh mana mana lelaki yang rasa nak buat sweet kat mak atau girlfriend atau bini korang kan. Agak agak tangan keras tak reti nak bake dan pakai oven, korang beli je ah muffin kat luar. Icing boleh buat sendiri kannnnnnnnnnn aku dah ajar.


Untuk bagi icing tu kaler kaler, beli la pewarna banyak banyak. Beli piping kat kedai dan masukkan je icing tu dalam plastik piping tu, dan tulis je ah macam biasa atas cupcake yang dah di sapu icing tadi.



Kalau taknak sapu icing atas cupcake pun takpe, terus tulis atas cake tu kan. Tapi tak lawa lah, orang putih kata, tek-air-dew sew-riw. (tak-ada-seri)


DANNNNNN, ini adalah beberapa siri cupcakes yang aku buat bersama otai Aimi dan Ika. Dan Tot jugaaaa.




New Year cupcakes.



Surprise cupcakes masa birthday aku tahun lepas. Dari otai Aimi dan Ika, sumpah lawaaaaaa gila macam kat kedai buat kot? :') :')



HAHAHAHAHHA. FAIL HANA, FAILLLLLLLLLLL!



Surprise cupcakes untuk Eza time dia cuti balik Malaysia. Boleh tak time ktorang datang buat surprise kat rumah dia, dia boleh dress up lawa gilaaaaaa macam tau tau je ktorang nak datang buat surprise tsk tsk tsk. Comel tau Eza ni.


Dan yang ni adalah moist choc cupcakes with strawberry and oreo walawehhh amboi amboi. Nama taknak gedik lagi, tapi nak buat macam mana, memang mereka adalah moist choc cupcakes bersama strawberry dan oreo. Yang ni adalah dari aku, Nina dan Myra.


SIAPA KATA AKU TAK PANDAI MASAK HA?

( kembang kembang hidung angkat angkat kening)







Konspirasi yahudi : Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis?





*Bukan aku buat ni. Aku share dari Facebook.


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah...

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ... :)






Padan muka kau.

Si kecil yang kacak gewam gewam.






Nama dia, Zarius Arya. Nama macam planet kan? Tahap kehengseman yaAllah sungguh lah GEMPAK GEMPAK GEMPAK. Anak saudara Ayin. Setiap kali kakak Ayin hantar gambar, aku la yang paling terlompat lompat nak tengok. Dan yang paling eksaited buat album gambar dia kat Facebook, paham tak. Biasa la, memang semua benda aku nak over. Auntie dia rilek je. Aku yang asyik AYIN CEPAT LA BAWAK KTORANG PEGI UMAH KAKAK KAU, AKU NAK TENGOK ARYA. Bila sebut ARYA, sumpah rasa macam sebut pahlawan dulukala. Hai si kacak, saya sangat cinta kan awak, jantung boleh berhenti berdegup bila tengok muka awak, sudikah awak menggantikan Farid Kamil dalam hidup saya suatu hari nanti?





Aik? KECIT KECIT DAH PANDAI POSING SANDAR BUAT MUKA HEY -THERE-IM-THE-GORGEOUS-ARYA.

Sengih sampai air liur meleleh sumpah nak cubit kauuuuuuuuuuuu la kacak kacak kacak.


Ada gaya pose dalam remaja PEMAIN BOLA SEPAK TERBARU PERAK. OMAIGOD sumpah kacak.


KENING TU JATUH, MACAM MUKA EH EH DO I KNOW YOU?


Oh Tuhan, adakah saya boleh mendapatkan anak secomel ini jika saya memang tidak comel dan (in case) suami saya juga tidak comel, Tuhan?


TOLONG LAH CAKAP BOLEH TOLONG LAH CAKAP BOLEH.





7 perkara kau menyampah time jawab exam.





1) Bila kau dapat tempat duduk paling depan lepas tu paling sebelah dengan pintu. Perff memang tak nak meriah lagi time kau tengah jawab exam orang dok bukak tutup pintu sebab nak pergi toilet. Lepas tu kau pulak jenis yang sensitip tengok orang bangun nak keluar tambah tambah kalau lelaki. Amboi, sambil jawab exam sambil mengorat. Ganggu konsentrasi menjawab betul. Hampa mak di rumah kerana anak sulung beliau ada tabiat gatai ni tau. Ha lepas tu lagi la bengang kau tengok orang keluar toliet dan pada masa yang sama perasaan kau nak pergi toilet punya la membuak buak, gila punya tak tahan nak tekucil tapi kau tahan jebattt. Sebab banyak soalan tak siap lagi, lepas tu dah la nak pergi toilet kena jalan pergi tempat pengawas 34 km dari tempat duduk kau, nak kena tulis nama bagai. Ceh. Banyak hal.


2) Ok kau dah study hari hari. Lepas tu kau dah tak sabar nak jawab dah ni paper ni. Enzim semangat dah berpeluh peluh tak henti merembes di atas dahi. Dah gewam dah ni cepat la bak sini soalan, aku nak tunjuk kehandalan aku ni. Tapi jap lagi hampa pulak sebab dapat kertas soalan macam ghewr458ewthidfsdfq3w58ehfesoawr. Kau hanya mampu pegang pen dan tulis nama kat kertas jawapan. Tapi ambik masa 45 jam untuk fikir nak tulis jawapan apa kat kertas jawapan.


3) Lepas tu bila kau taktau nak jawab, tiba tiba kau tengok orang sebelah kau lepas dapat paper terus tunduk tak dongak dongak jawab soalan. Dia dah habes 14 muka surat kau baru nak start half muka surat, tu pun kau salin balik soalan. Tak cukup dengan orang sebelah, kau tengok orang depan, orang kanan dan satu dewan. Humang ai, kena pulak satu dewan time tu jawab bukan main lagi, sumpah bapak saiko oh.


4) Dah la orang sebelah kau jawab bukan main laju berkajang kajang, lepas tu tiba tiba kau nampak pulak orang angkat tangan sebab nak booklet lebih. Lagi la saiko. Entah karangan sajak apa tah orang orang macam ni bagi kat lecturer aku pun taktau. Aku nak lepas setengah page tu pun dah besar rahmat syukur dah tu. Dah boleh bangga 4 tahun kalau dapat lepas setengah page, ni kan lagi kalau buat jawapan 2 booklet woi.Buat tebiat aih.


5) Ni satu lagi aku benganggg je. Bila pengawas taktau kenapa yang minat sangat kat kau sampai pusing tempat kau banyak kali lepas tu sampai tempat kau mesti berenti. Kira macam ada satu aura sebab mungkin muka kau ada muka stended bus stand kan. Dah la berenti,lepas tu berdiri lama lama sambil belek belek kad pelajar kau, pastu tengok jawapan kau yang YA ALLAH TOLONG LA JANGAN TENGOK JAWAPAN AKU, MALU GILA PAHAM TAK.


6) Tengah kau goreng jawapan dan amik mood nak cuba jawab sungguh sungguh, tiba tiba kau dengar ada bunyi perut. Krek kret krett. Kau tengok perut sendiri lepas tu rasa macam, eh, takkan la perut aku? Tadi baru je lepas makan. Ok takpe, mungkin ilusi. Maka aku jawab balik. Tapi lepas 5 minit, bunyi lagi. Aku pandang kanan. Oh dinding. Masakan dinding ada perut. Ilusi ni. Aku kembali menjawab soalan. Tapi adoi, bunyi lagi? Dah la kali ni aku pandang kiri. Ces comel kau orang sebelah pergi exam dah la tak makan dulu lepas tu perut bunyi bunyi dalam dewan, klasik gila kau ni kan. Siap senyum senyum lagi sebab bangga perut kau bunyi satu hall dengar.


7) Bila kau dengar ada orang terbatuk batuk, belahak atau menguap. Masalah dia, batuk yang taknak kalah stok macam nak muntah. Belahak jangan cakap ah, tu dah cukup riak nak bagitau semua orang yang kau tengah kenyang. Yang paling kiut sekali menguap dengan volume astefelemses maximum. Apa punya turr? Ok tapi 3 benda ni macam dah biasa punya gangguan. Aku ada satu lagi gangguan yang paling comel. Bila kau tengah jawab exam, lepas tu kau dengar ada bunyi budak main kerusi sebab kerusi dia sebelah kaki panjang sebelah kaki pendek. Jadi dia tak boleh nak duduk dengan stabil dan tambahan pulak dia tak boleh jawab soalan. Maka bagi dia, ia adalah satu keseronokan untuk main jengket jengket dengan kerusi tu padahal dia tak sedar yang orang belakang dia semua tengah usha panassss je.



Tapi kan, yang lagi buat benda tu lagi best adalah ;



WEH, KAU MEMANG JENIS NAK PUBLISITI MURAH EH MAIN TUP TAP TUP TAP KERUSI TU BANYAK KALI? KAU TAU TAK BUDAK BUDAK SEMUA TENGOK KAU TIME TU? GANGGU KONSENTRSI BETUL.


Maki Nina kepada aku dengan penuh perasaan.

Baru putus harapan, belum putus badan.






Don't Quit

When things go wrong as they sometimes will;
When the road you're trudging seems all uphill;
When the funds are low, and the debts are high;
And you want to smile, but you have to sigh;
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but don't you quit.

Success is failure turned inside out;
The silver tint of the clouds of doubt;
And you can never tell how close you are;
It may be near when it seems afar.
So, stick to the fight when you're hardest hit -
It's when things go wrong that you mustn't quit.

-Berton Braley




Belum putus harapan. Banyak benda masih banyak di depan. Tak ada satu pun yang Tuhan bagi adalah beban. Tekap kuat kuat semangat, simpan dalam badan. Tekap kuat kuat kejayaan, jangan bagi lawan. Janji kuat kuat pada diri, masih ada harapan.


Dari Ibnu Mas’ud r.a, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Manakah amalan yang lebih utama? Baginda menjawab:
“Sembahyang dalam waktunya, Berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah”
[hadith riwayat bukhari]



Jadi, kenapa putus asa?




Search This Blog

Powered by Blogger.