Penantian yang tak ada siapa menanti pun : Day 21 — A recipe (ICING CUPCAKES)

by - November 27, 2010






Hai abang abang adik kakak, makcik pakcik, jiran posmen, makngah abang sedara, penjual dadih tepi pasar malam, bukan penjual dadih, penyanyi kelab siang, atok, onyang, isteri atok dan pembaca sekalian.


Jangan terkejut, jangan terkentut. Anda bukan tersalah blog, jugak bukan tersalah channel, jangan cuba pecahkan laptop atau cuba memasukkan kepala dalam blender yang sememangnya tak muat pun jangan jadi gila. Ini memang betui betui blog hannamaruku yang akan menyajikan kepada anda satu resipi yang cantik menarik tertarik kau memang senang.


CARA CARA NAK BUAT ICING. Tak kira la kau nak tuang kat cake ke, kat cupcake ke, kat kuih raya, kat roti, kat nasik pomboleyy bergantung kepada tahap selera dan tahap berapa lama kau nak hidup. Amaran lembut, jangan makan icing banyak banyak di takuti badan kau jenis lembik senang nak dapat kencing manis atau darah tinggi. Ok mari kita start tutorial nak buat icing yang senang cikebum cikebum.



Bahan bahan dia cuma ada 5. Iaitu butter, icing sugar, vanilla essence , mixer dan tangan kau. (malas nak pakai tangan, boleh guna kaki in case nak pedajal orang)




Ini adalah keratan butter. Siapa tak kenal butter memang aku nak terajang meja makan dia. Ada ke patut butter pun tak kenal? Tau la butter di dalam gambar macam kecit cenonet nampak macam aiskrem, tapi come on la. Butter adalah selalunya berbentuk segi empat tepat, kaler kuning yang selalu di jual di pasar raya pasar rayee tuwwwwww.




Lepas letak butter, campurkan dengan icing sugar tadi. Okay sabar aku tau aku tak bagi measurement dia lagi kan. Kuantiti butter dan icing sugar adalah bergantung kepada berapa banyak icing yang kau nak pakai. TAPI YANG PENTING, SETIAP 1g BUTTER PERLU DI CAMPUR DENGAN 2 KALI GANDA gram ICING SUGAR.

Contoh : 60g butter + 120g icing sugar.

Ikut suka hati korang nak sukat macam mana, kalau kau ada kebolehan main teka teka berat lagi bagus tak payah nak sukat pakai penimbang tu, melecetttt.




Dah campur butter dengan icing sugar, masukkan satu penutup kepala botol vanilla essence atau entah-aku-tak-tau-nak-panggil-apa, tapi seperti dalam gambar okay. Ini adalah bertujuan untuk errrr, kau ikut je la okay tak payah tanya?


DAN SEKARANG, JENG JENG JENG, TIBA LAH MASA UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN KE 4 DAN KE 5, IAITU TANGAN DAN MIXER.


Konon konon surprise la tu tulis JENG JENG JENG. Padahal.



TADAAAAA. Kacau kan kesemua bahan secara gigih, dan konsep 'Selagi tak nampak likat selagi itu kau kena kacau' harus di terapkan dalam proses ini.

Dilarang bermain main atau bersembang sembang. Tumpuan padu perlu di tunjuk terhadap mixer dan bahan bahan tadi. Kalau ada cerita Lagenda Budak Setan The Series kat tv, kau di benarkan berhenti kejap. Ngeh ngeh ngeh ngeh.




Istilah likat itu, adalah seperti ini.

Ok, lepas tu? Lepas tu mana ada dah. Bila kau dah mix kan semua bahan sampai likat, itu lah dia icing yang kau tunggu tunggu selama ni. Kan aku dah cakap, senang je nak buat? Sekarang icing tu dah siap dah boleh di sapu ke atas cupcake atau cake dan boleh di bagi kepada mak, abah, boyfriend, girlfriend, madu, kawan, cikgu disiplin atau cikgu kemahiran hidup :')




Cara nak sapu icing atas cupcake adalah macam kacang cap tangan, macam kau sapu roti biasa dengan butter tu. Kalau kau malas nak buat cupcake sendiri, kau pergi la beli mana mana muffin kecik kat bakery lepas tu nanti bila kau balik rumah, tinggal kau nak buat icing je. Lepas tu kau sapu je la kat atas muffin plain yang kau beli tadi. Benda ni boleh di praktikkan oleh mana mana lelaki yang rasa nak buat sweet kat mak atau girlfriend atau bini korang kan. Agak agak tangan keras tak reti nak bake dan pakai oven, korang beli je ah muffin kat luar. Icing boleh buat sendiri kannnnnnnnnnn aku dah ajar.


Untuk bagi icing tu kaler kaler, beli la pewarna banyak banyak. Beli piping kat kedai dan masukkan je icing tu dalam plastik piping tu, dan tulis je ah macam biasa atas cupcake yang dah di sapu icing tadi.



Kalau taknak sapu icing atas cupcake pun takpe, terus tulis atas cake tu kan. Tapi tak lawa lah, orang putih kata, tek-air-dew sew-riw. (tak-ada-seri)


DANNNNNN, ini adalah beberapa siri cupcakes yang aku buat bersama otai Aimi dan Ika. Dan Tot jugaaaa.




New Year cupcakes.



Surprise cupcakes masa birthday aku tahun lepas. Dari otai Aimi dan Ika, sumpah lawaaaaaa gila macam kat kedai buat kot? :') :')



HAHAHAHAHHA. FAIL HANA, FAILLLLLLLLLLL!



Surprise cupcakes untuk Eza time dia cuti balik Malaysia. Boleh tak time ktorang datang buat surprise kat rumah dia, dia boleh dress up lawa gilaaaaaa macam tau tau je ktorang nak datang buat surprise tsk tsk tsk. Comel tau Eza ni.


Dan yang ni adalah moist choc cupcakes with strawberry and oreo walawehhh amboi amboi. Nama taknak gedik lagi, tapi nak buat macam mana, memang mereka adalah moist choc cupcakes bersama strawberry dan oreo. Yang ni adalah dari aku, Nina dan Myra.


SIAPA KATA AKU TAK PANDAI MASAK HA?

( kembang kembang hidung angkat angkat kening)







You May Also Like

18 Comments

  1. ceh zurik, kau lagi otai kot. jual choc cake! hehe

    ReplyDelete
  2. dah boleh dah lepas neh hana pulak tunang haaa. :D

    ReplyDelete
  3. @ deya
    ceh ceh lambat lagi haha

    @ twinkle
    teeheee

    ReplyDelete
  4. cupcakes taknak my dslr je kannnnnnn

    ReplyDelete
  5. haaa boleh tempah ni!
    boleh la kak hanna, boleh laa
    pelisshhhh ;p

    ReplyDelete
  6. @ fatul
    diam ah hahahaha

    @ zarifah
    ok blh je. 1 cup 56 rengget. g soh fatul belnja. :P

    ReplyDelete
  7. wahh begitu rupenye nak cupcake..
    *selame ni tau makan je.
    pandai ye hanna buat.

    ReplyDelete
  8. cantik itu kat cupcake.. walaupun x faham kegilaan awek2 masa kini..na kena bagi tittle datuk nie..

    "datuk norhana rosmida"
    hahahaha~~~

    ReplyDelete
  9. @ aimi
    ala bukan pandai, boleh belajar la :)


    @ zidel
    amboi tros nak bagi aku datok! haha

    ReplyDelete
  10. kenapa mesti ada untuk cikgu kemahiran hidup?

    ReplyDelete
  11. gila gadis kau hana boleh buat ising cup cake. nnt nak buka bisnes cup cake ajak aku eh. aku nak jd sleeping partner. haha.

    ReplyDelete
  12. td aku dah komen. lepastu line hilang. habes komen aku ada ke tade ha? kalau tade nnt aku komen balik. heh.

    ReplyDelete
  13. kenapa 56 hengget? fatul cakap murah sangat heee

    ReplyDelete
  14. @ shakinah
    sebab dulu aku memang ada sorang cikgu kemahiran hidup, bila aku nak mintak tlg kat dia dia selalu kata, KISS CIKGU DULU. sampai sekarang dia buat aku terkenang kenang dia sebab tu tadi bila cakap pasal cikgu terus aku teringat pasal cikgu kemahiran hidup aku.

    INI KISAH BENAR. Best tak cerita aku?

    @ Huda
    taknak. aku nak lantik kau jadi head security guard category perempuan. sebab kau gangster.

    @ Huda
    kau memang dasar duduk kat rural, line pun style rural. come on la, kata gangster?

    @ zarifahmr
    takde ah. 56 rengget tu celah bulu hidung dia je..

    ReplyDelete
  15. wow! sedap gila cupcakes!! jeles2 hehe..

    lets join contest untuk menang Personalized HEADER DAN FULL BLOG MAKEOVER! freee!! ^^,

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews