Anjing tau anjing ni.




Hari hari dah biasa makan sorang sorang dalam ofis sebab bawak bekal dari rumah. Nasib baik bawak bekal, kalau tak aku tak tau nak pergi makan dengan siapa. Ini adalah kerana muka tak lawa dan lelaki mahupun perempuan masing masing tak berminat nak mengorat aku atau nak jadikan aku kawan. Maka kah kah kah padan muka aku hari hari time rehat duduk dalam ofis sorang sorang tak ada orang teman.



Jadi nampak tak sekarang kekurangan kasih sayang yang telah aku lalui sepanjang tempoh intern ni? Dan nampak tak sekarang ni aku sedang merayu kepada kawan kawan aku yang ada kat Ipoh, silalah datang lepak dengan aku setiap kali lunch hour? Nampak tak aku sedang menurunkan segala gah dan ego aku memberitahu korang semua yang aku sedang mengalami kesedihan yang tak terbendung lagi?



Ya. Ini serious. Memang ayat sedih di situ. (background music lagu dealova bermula)



Belum campor jarak kantin yang makahai jauh perlu melalui onak dan duri. Kena lintas depan fortlift dan lori lori besar di selangi dengan peewit peewit dari bangla. Agak frust kat situ apasal takde orang Malaysia lain yang nak peewit aku. Kalau nak fikir positive nampak sangat muka aku memang taste taste orang oversea. Hek hek hek. Kadang kadang ada jugak melilau mata aku jenguk opis engineer, gatai tau. Geletek baru tau.



Setiap kali juga takut nak jalan sebab banyak juga anjing berkeliaran berpasangan bercumbuan. Semua kurus keding, aku ingat stok anjing anjing kurang kasih sayang keluarga atau pun drug addict. High lain macam dowh jalan tehuyung hayang. Seram kau tahu? Aku mana boleh nampak anjing dah la bila dia nampak aku dia acah acah nak jerkah lepas tu dia blah. Tu la kecik kecik taknak main cak cak tau anjing ni. Takot dowh mana tau kang dia kejar tak pon dia gigit, kan dah tak pasal kena samak. Sebab tu bila aku nampak anjing aku lari lepas tu bangla bangla ni boleh gelak gelak kan aku kata ADIK, PVOT PVOT (MENGUNJUR MULUT KE DEPAN LALU TERHASIL LAH BUNYI TIKUS) TAKUT KA ADIK? HAHAHA.



Ya. Memang dasar bangla tau bangla bangla tu.



Haritu aku ada la dapat satu hadiah. Glamour tak baru masuk kerja 2 minggu dah dapat hadiah. Tiptop habaq hang. Jarang jarang orang nak dapat. Dia selalu ikut nasib dan tahap kelajuan kau berjalan.



Hadiah dari siapa anak anak? Hadiah dari anjing acah- acah- jerkah. Taik anjing melekat di kasut. Terlalu sentimental nilai dia sampai speechless rasa nak frame taik tu. Dah la taik warna putih keras keras. Bau pun keras. Aku ingat anjing ni sembelit kot sebab taik keras. Tak pon tak makan sayur tu yang jadi macam tu. Tu la kau, jalan laju bajet menyokong wawasan 2020 ke depan tak pandang bawah kiri kanan, sekali kelepek tiba tiba rasa macam eh apa ni macam tanah lembut tapi sebenarnya ia adalah taik anjing.



Perghhhh. Takde juai punya bang. Nak bau kasut saya, bang?

12 comments:

zarifahmr said...

keh keh keh keh

salah anjing eh?

Sizuka said...

haha. klaka laaa! kasi frame besau2 itu taik. =p
abes tu, kasut tu buang terus or samak?

kalau aku la, mmg buang la jwb nyerr. hihi

Nurul Huda Rahim said...

lunch dgn bangla pn boleh hana. nnt dah kapel dgn bangla, aku nak kirim kapet eh. thanx.

kembatolo™ said...

bagi simpati je lah..
tsk tsk..

cimut munniey :) said...

ololololo kecian hannamaruku :D

hanishafizah said...

sabo je laaa hanamaruku ekkk..??? hidup kena enjoyy..hahahh :P

zidEL zhafiz said...

beli kasut baru woi..!!haha~~~

twinkle twinkle said...

ahha kesian akk,,xpasai pasai kene samak

hannamaruku said...

@ zarifah
salah anjing eh? sungguh berbunyi macam eh eh hana bukan salah kau ke? salah sendiri anjing yang kena

haha.

@ sizuka
samak la tak sampai hati nak buang. seumur hdp ade 1 heels je T__T

@ huda
oh boleh je. kapet bulu ketiak nak?

@ kembato
tsk tskkk siann haha

@ cimut
ngih ngih ngih

@ hanis
tu la enjoy kan sekali sekala tekena dengan anjing, bila lagi :D

@ zidel
kau ah belikan pls

@ twinkle
uwuwuwu cian iteww

Razman said...

aku tak tahu la kebetulan ke apa ni. member aku dulu macam tu la, terpijak tahi anjing. tak sampai 3 kali jumaat, kahwin dengan bangla.

Fatul Akrul Ramli said...

perghh.. kalau i intern situ, i nak PVOT PVOT u jugak lahh..

hannamaruku said...

@ razman
kawan kau tu msti comel macam aku jugak. taste taste mamat oversea la katakan

@ fatul
pvot pvottt

Search This Blog

Powered by Blogger.