Antara mak dan girlfriend.
Ok hari ni adalah lebih serious.
Bangun tidur, scroll FB dan jumpa post ni kat link I Love Islam.
Aku lebih mengagumi lelaki yang sentiasa berbuat baik dengan mak dia. Aku lebih mengagumi lelaki yang bila aku tanya,
KAU NAK BUAT APA LEPAS KERJA NI?
AKU NAK KERJA, KUMPUL DUET DAN BALAS JASA MAK BAPAK AKU.
Instead of ,
AKU NAK KUMPUL DUET NAK KAWEN NGAN AWEK AKU AH WEH.
Sebab kadang kadang kalau tengok, lelaki lebih meng - agungkan girlfriend dari mak sendiri. Which is, sebenarnya bukan ciri ciri lelaki yang baik pun sebab girlfriend bukan dah jadi family, tapi mak kau adalah darah daging kau yang mengandung susah payah 9 bulan untuk kau. Jaga kau, bagi makan kau, ambik tahu pasal kau, yang bagi duet kat kau bila kau susah. Tapi kau senang senang pakai duet tu belanja girlfriend kau.
And the saddest part is, kau tak pernah langsung bagi hadiah apa apa untuk mak kau, macam kau bagi kat girlfriend kau. Macam kau sanggup pakai ptptn kau, tak makan ikat perut, semata mata untuk konon konon buat the best untuk girlfriend kau. Sanggup berhabis masa bercakap dengan girlfriend dalam phone, dapat gaji terus belanja girlfriend itu ini, bawak pergi jalan jalan. Berjanji kumpul duet banyak banyak untuk kahwin dengan girlfriend kau. Bersusah payah, wah aku lah lelaki paling sweet di dunia. Semua untuk girlfriend kau.
Tapi pernah terdetik untuk bagi semua tu kat mak kau?
Perempuan yang paling mula mula cium kau, dan menyayangi kau sepenuh hati. Sampai satu masa bahagia macam mana pun kau satu hari nanti, takkan ada perempuan lain yang dapat sayang kau sekuat mak kau jaga dan sayang kau dari kecik.
Tuhan bagi perempuan dengan hati yang lembut, tak tau membenci lelaki yang betul betul dia sayang walau macam mana jahat pun lelaki tu kat dia. Maka lelaki, tolong jangan pertikaikan perempuan adalah jiwang, cepat tersentuh, cepat terasa, selalu menangis, cepat kesian.
Sebab Tuhan Maha Besar, Dia ciptakan setiap perempuan itu akan menjadi MAK, suatu hari nanti.
24 Comments
kalau han baca, agak2 dia taubat tak??
ReplyDeletesemua yang hanna cakap tu memang totaly agree la kan. setuju.
ReplyDeletebut, how if lelaki tu terlalu 'anak emak' sampai kan kita as gf pun semua nampak tak betul je? how eh?
memang lelaki patut utamakan keluarga lagi2 mak sendiri.sebab syurga seorang lelaki terletak bawah telapak kaki ibu.bagi faryzh,memang faryzh akan utamakn ibu sendiri.dan gf yang betol2 sayangkan bf patutnya faham akan keadaan ni.
ReplyDeletefuhhh terasa gila. nasib baik masih single kalau tak??? hahaha nice entri! <3
ReplyDeleteBest best. Entry ni best. Terfikir kjap eventho i perempuan. Betol jugak an?
ReplyDeletesebab tula bile aku dah jadi CEO baru aku na cri gf..ekeke~~~
ReplyDeleteserius aku nak nangis baca entry ni. aku nak dump pakwe aku lah pasni.
ReplyDeleteMummy saya janji takkan begitu !
ReplyDeleteapsal tiba tiba rasa nak balik ni..
ReplyDeletetolonglah~
tacing doe.. haha
mekaseh hanna. aku duk jauh wei.. waa~
Lelaki sampai mati pun tanggungjawab pertamanya ialah ibu, then baru yang lain.
ReplyDeleteRasulullah s.a.w bila ditanya siapa yang harus dicintai & didekati selepas Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w, baginda menjawab, "Ibumu". Ditanya lagi "Selepas itu?" & dijawab baginda, "Ibumu". Ditanya lagi "Selepas itu?" & dijawab baginda lagi, "Ibumu". Kemudian ditanya lagi "Selepas itu", barulah baginda membalas, "Ayahmu". 3 kali ibu. Baru ayah.
Tapi perempuan pulak, sebelum berkahwin yang utama ialah ibu. Selepas berkahwin tanggungjawab pertamanya ialah kepada suami.
Maka. Nescaya. Hanna best. :D
jgnla smpi jd anak mak..hehe..
ReplyDeleteoh god, u totally right dear. memang salute la lelaki yang layan mak dia tiptop instead of lelaki yang layan awek dia nak sweet je, padahal bila dengan mak, duhh. layan macam ape je. good entry! :)
ReplyDeletesy selalu gaduh dgn bf sy sbb sy malu dgn kawan kawan yg selalu dpt hadiah from bf diaorg. bf sy ta penah bg sy hadiah eventhough 3 thn da couple. alasan dia 'mama dgn abah bg duit suruh belajar, bukan buat belanja gf'. thanks hanna. skrg ni sy rase patut bangga dpt bf camtu. =)
ReplyDeletemendalam gilak maksod2 nyer..! denga tuh laki2 d luar sana..! hehe
ReplyDeletehai, hanna. nama kita sama. hehe
ReplyDeleteWalaweyh.. I like!
ReplyDeleteOk dah baca link I LUV ISLAM tu.. Auwww so sweet lah ustaz tu.. Romantk gitu.. Ni patut kena keluarkan kat TV-TV hari hari ni daripada iklan-iklan macam nak tarik kita makan KFC tu.. Like agi banyak banyak
ReplyDeletei lebih sayang kat dia kalau dia lebih pentingkan mak dia...=)
ReplyDeletewa.bgus2.hehe
ReplyDelete@ fatul
ReplyDeletesape han sape han
@ zarifah
haha yg tu no komen. tapi kalau lelaki tu tau tanggungjawab dia lepas kawen, takkan jadi masalah kot
@ faryzh
yup2 gf sndiri kena paham. satu hari nanti dia akan jadi mak jugak, so dia kena tau sendiri mcm mana nak handle benda macam ni
@ izzaidin
kah kah okay sian kau terasa ;p
@ dya
yess btol hee
@ zidel
okay nnty kau jadi ceo blnje ah aku cikedis
@ ieka
haha jangan ngs buwok tau muka nanti wiwiwiwiwi
@ amni
ReplyDeleteaminnn hehe
@ kembatolo
mai ah blkkkk keh keh
@ Igniz
okay igniz pon best :D
@ farhana
hehe tu kene pandai2 sndiri
@ rara
kan kannn ;)
@ nadia
hehe good for you. tapi make sure pas kawen die sweet okay ;p
@ yan
ha dengar tu dengar tuuu
@ hanna
gimme pivee
@ Ainee
yes loikeee
@ Ainee
haha kan best tau link tu
@ ain
yup :)
@ fatimah
hehe ;)
cikedis jer??..low profile ko nie..bagus attitude kau nie..keep it up..!!
ReplyDeletenk kawen nk kawe
ReplyDeleteblog anda sgt best! :))
ReplyDeleteJom komen.