f

Friday, December 31, 2010

Cerita ahli cheerleader pasukan bola sepak Malaysia di rumah.








Jenis kejadian dah 14 tahun berlalu, baru nak update. Kira old pesen ke tak kalau aku nak AUMMMMMMMMMMMMMMMMM skang? Malaysia menang agregate 4-2 terhadap Indonesia dan lelaki gagah di atas adalah penyelamat kepada semua serangan bertubis tubis dari Indo. Nak cakap gedik gedik pasal KhairulFahmi pun tak boleh dowh sebab awek dia ada blog. Oh habis tu kalau awek dia takde blog, kau nak cakap gedik gedik la ea? Jejariruncing pang kau baru tau. Ngeh ngeh hai awek Fahmi, jangan pang I tau, pang Shax dengan Huda takpe.



Aku dah khatam dah semua entry pasal KhairulFahmi kat blog awek dia. Walaupun jiwa pedih bila baca ibarat hati tertusuk jarum sembiluw lakonan Awie dan Erra, tapi aku happy untuk dia. OMG dah la dia sweet. Mata sepet pulak tu. Dah la mata sepet, mata sepet pulak tu T_____T


Dan betapa la nama KhairulFahmi melonjak lonjak, nah baik kau tengok livefeed blog awek fahmi - live.feedjit.com/live/jejariruncing.blogspot.com/0/


Masa malam final hari tu, aku bukan main semangat la dah duduk melekat depan tv. Laptop atas riba woi punya komited nak update Twitter agagagaga. Tak payah nak pegi mamak sebab nak rasa kemeriahan. Kemeriahan kat rumah aku ni pun dah cukup tak boleh nak go dah. Pasukan cheerleader dah 4 orang. Ketua dia mesti la mak aku. Aku assistant, agak agak mak aku letih, aku lead pulak. Semangat siaa masing masing tak duduk sebab berdebar debar tunggu gol masuk. Bapak aku yang mewakili satu satunya kaum lelaki kat rumah rilek silang kaki duduk atas sofa. Ada sekali tu Malaysia dah bagi satu gol, baru aku dengan mak aku berehat. Tu pun aku tengok mulut mak aku dok terkumat kamit,


MAK BACA APA MAK?


MAK BERZIKIR KAMU TAU? MAK TAKUT NI. YA ALLAH BAGI LA MALAYSIA MENANG MAK MENGGIGIL NI.


Sebab tu la aku kata, takde mak yang paling comel dalam dunia ni selain mak aku. Time kami adik beradik nak pegi ambek result SPM, PMR, UPSR. Mak yang paling neves skali. Malam malam suka tak boleh tidur lepas tu bangun tidur,


ALONG, TADI MAK MIMPI KAKAK DAPAT 5 A UPSR.

Takpon,

ALONG, TADI MAK MIMPI ANGAH DAPAT MASUK UNIVERSITI. RESULT SPM DIA ELOK LA TU KOT.


Sampai mimpi mimpi yang paling aku tak tahan. Aku ingat lagi time Angah nak amek result SPM. Mak pagi pagi time result kua terus pegi masjid. Aku tanya, kenapa? Jawapan mudah, MAK NAK TENANGKAN DIRI. MAK NEVES.


Sebenarnya senang cerita, skang baru aku tau kenapa aku jenis cepat menggelabah dan neves. Emak borek anak rintik. Kih kih kih.

Cantik, pandai masak, pandai layan suami, pandai drive tapi takot naik bukit T__T, pandai didik anak anak, pandai simpan duet, HAH. Apa lagi weh yang kau nak tunggu? Kan aku dah kata, mak borek anak rintik? Mesti semua benda mak aku ada, aku pun ada.


*angkat angkat kening*





17 comments:

paeh said...

ni kau update berdiri ke duduk hana oiii

nad said...

haha. frust jugak ni psl ke-tidak-available-an fahmi. tp na buat cmne. jodoh i dgn die tade. *sobs* haha kang ta pasal2 i pn kne lempang ng awek die.
hee.. anyways i love ur entries. semua style pecah perut ah baca. keep it up =))

zahidah said...

Heee comelnya your mum! :)

fatin umira said...

haha. mak mmg shweeet kan kan?
shayang mak ketak ketat. ;p

Nurul Huda Rahim said...

tetbe nak suruh pang aku. aku tak terlibat kot dlm acara rebut-merebut korg neh. haha. masalahnya sekarang, bila kau nk pakai tudung pesen mcm mak kau neh? kata borek rintik bagai. cepat lah. aku nak tgk.

amiYo said...

alaa..ape nak heran..bru awek si apek 22 je..bkn jadi bini lg pon... :D

Chooyaya! said...

Omelnya mak awak !

kembatolo™ said...

aiyo~
apek da bawak tsufahmi.. aiyo~
hahaha

shakinah said...

Sambung komen huda : hana, dah la. Tinggal la shawl dgn inner muka bulat kau tu.

hannamaruku said...

@ paeh
uupdate sambil bawak moto

@ nad
i like ur blog tooo and ur cupcakesss! :D

@ zahidah
ngeh ngeh

@ angah
kau reti ke tak eje sweet skang ni

@ huda
dah la minat s kunalan tapi s kunalan tak layan

@ amiyo
fuyyohh try a tackle ;p

@ choyya
omel nye awakk

@ kembatolo
tsufahmi? haha

@ shax
dah la minat khairulfahmi tapi khairulfahmi tak layan

zidEL zhafiz said...

agaknye ko terpijak tahek hanjing sebab ko nebes ler tuh..keh3..
[ cisdel ]

zarifahmr said...

mak takde belog, hanna ade belog.


kok kepiye?? hahahahaha

cikZATI said...

hai kak hana.kak hana kiyut lah.. selamat tahun baru;)

hannamaruku said...

@ cisdel
aku tau la kau obses kat aku. sampai cte taik anjing pn kau igt sampai skang ea

@ zarifahmar
haaa apadia ayat last tu -_-

@ cikzati
tq

Fatul Akrul Ramli said...

pang kang

yan_n.i.m said...

haha..klako laa pasal, smgt doa nak kasi msia menang tuh...! tp okk laa, doa mak k.hana termakbul...! wee~

syai.nia.sharif said...

auuuw entry ni sangat commellllll! <3
kirimsalam sama mak yaww :PP

 
Norhana Rosmida