Cerita ahli cheerleader pasukan bola sepak Malaysia di rumah.

by - December 31, 2010








Jenis kejadian dah 14 tahun berlalu, baru nak update. Kira old pesen ke tak kalau aku nak AUMMMMMMMMMMMMMMMMM skang? Malaysia menang agregate 4-2 terhadap Indonesia dan lelaki gagah di atas adalah penyelamat kepada semua serangan bertubis tubis dari Indo. Nak cakap gedik gedik pasal KhairulFahmi pun tak boleh dowh sebab awek dia ada blog. Oh habis tu kalau awek dia takde blog, kau nak cakap gedik gedik la ea? Jejariruncing pang kau baru tau. Ngeh ngeh hai awek Fahmi, jangan pang I tau, pang Shax dengan Huda takpe.



Aku dah khatam dah semua entry pasal KhairulFahmi kat blog awek dia. Walaupun jiwa pedih bila baca ibarat hati tertusuk jarum sembiluw lakonan Awie dan Erra, tapi aku happy untuk dia. OMG dah la dia sweet. Mata sepet pulak tu. Dah la mata sepet, mata sepet pulak tu T_____T


Dan betapa la nama KhairulFahmi melonjak lonjak, nah baik kau tengok livefeed blog awek fahmi - live.feedjit.com/live/jejariruncing.blogspot.com/0/


Masa malam final hari tu, aku bukan main semangat la dah duduk melekat depan tv. Laptop atas riba woi punya komited nak update Twitter agagagaga. Tak payah nak pegi mamak sebab nak rasa kemeriahan. Kemeriahan kat rumah aku ni pun dah cukup tak boleh nak go dah. Pasukan cheerleader dah 4 orang. Ketua dia mesti la mak aku. Aku assistant, agak agak mak aku letih, aku lead pulak. Semangat siaa masing masing tak duduk sebab berdebar debar tunggu gol masuk. Bapak aku yang mewakili satu satunya kaum lelaki kat rumah rilek silang kaki duduk atas sofa. Ada sekali tu Malaysia dah bagi satu gol, baru aku dengan mak aku berehat. Tu pun aku tengok mulut mak aku dok terkumat kamit,


MAK BACA APA MAK?


MAK BERZIKIR KAMU TAU? MAK TAKUT NI. YA ALLAH BAGI LA MALAYSIA MENANG MAK MENGGIGIL NI.


Sebab tu la aku kata, takde mak yang paling comel dalam dunia ni selain mak aku. Time kami adik beradik nak pegi ambek result SPM, PMR, UPSR. Mak yang paling neves skali. Malam malam suka tak boleh tidur lepas tu bangun tidur,


ALONG, TADI MAK MIMPI KAKAK DAPAT 5 A UPSR.

Takpon,

ALONG, TADI MAK MIMPI ANGAH DAPAT MASUK UNIVERSITI. RESULT SPM DIA ELOK LA TU KOT.


Sampai mimpi mimpi yang paling aku tak tahan. Aku ingat lagi time Angah nak amek result SPM. Mak pagi pagi time result kua terus pegi masjid. Aku tanya, kenapa? Jawapan mudah, MAK NAK TENANGKAN DIRI. MAK NEVES.


Sebenarnya senang cerita, skang baru aku tau kenapa aku jenis cepat menggelabah dan neves. Emak borek anak rintik. Kih kih kih.

Cantik, pandai masak, pandai layan suami, pandai drive tapi takot naik bukit T__T, pandai didik anak anak, pandai simpan duet, HAH. Apa lagi weh yang kau nak tunggu? Kan aku dah kata, mak borek anak rintik? Mesti semua benda mak aku ada, aku pun ada.


*angkat angkat kening*





You May Also Like

17 Comments

  1. ni kau update berdiri ke duduk hana oiii

    ReplyDelete
  2. haha. frust jugak ni psl ke-tidak-available-an fahmi. tp na buat cmne. jodoh i dgn die tade. *sobs* haha kang ta pasal2 i pn kne lempang ng awek die.
    hee.. anyways i love ur entries. semua style pecah perut ah baca. keep it up =))

    ReplyDelete
  3. haha. mak mmg shweeet kan kan?
    shayang mak ketak ketat. ;p

    ReplyDelete
  4. tetbe nak suruh pang aku. aku tak terlibat kot dlm acara rebut-merebut korg neh. haha. masalahnya sekarang, bila kau nk pakai tudung pesen mcm mak kau neh? kata borek rintik bagai. cepat lah. aku nak tgk.

    ReplyDelete
  5. alaa..ape nak heran..bru awek si apek 22 je..bkn jadi bini lg pon... :D

    ReplyDelete
  6. aiyo~
    apek da bawak tsufahmi.. aiyo~
    hahaha

    ReplyDelete
  7. Sambung komen huda : hana, dah la. Tinggal la shawl dgn inner muka bulat kau tu.

    ReplyDelete
  8. @ paeh
    uupdate sambil bawak moto

    @ nad
    i like ur blog tooo and ur cupcakesss! :D

    @ zahidah
    ngeh ngeh

    @ angah
    kau reti ke tak eje sweet skang ni

    @ huda
    dah la minat s kunalan tapi s kunalan tak layan

    @ amiyo
    fuyyohh try a tackle ;p

    @ choyya
    omel nye awakk

    @ kembatolo
    tsufahmi? haha

    @ shax
    dah la minat khairulfahmi tapi khairulfahmi tak layan

    ReplyDelete
  9. agaknye ko terpijak tahek hanjing sebab ko nebes ler tuh..keh3..
    [ cisdel ]

    ReplyDelete
  10. mak takde belog, hanna ade belog.


    kok kepiye?? hahahahaha

    ReplyDelete
  11. hai kak hana.kak hana kiyut lah.. selamat tahun baru;)

    ReplyDelete
  12. @ cisdel
    aku tau la kau obses kat aku. sampai cte taik anjing pn kau igt sampai skang ea

    @ zarifahmar
    haaa apadia ayat last tu -_-

    @ cikzati
    tq

    ReplyDelete
  13. haha..klako laa pasal, smgt doa nak kasi msia menang tuh...! tp okk laa, doa mak k.hana termakbul...! wee~

    ReplyDelete
  14. auuuw entry ni sangat commellllll! <3
    kirimsalam sama mak yaww :PP

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews