Tuesday, December 7, 2010

Kalau hantu katakan hantu, boleh aku ajak sembang sekali. (padahal)






Sendiri punya birthday, sendiri buat cake.

Sepatutnya atas cake ni adalah Selamat Hari Jadi Hana & Nabilah. Tapi di sebabkan dulu math aku tak pernah dapat A tambah tambah tang geometri maka memang fail bila nak estimate paksi dan line yang lurus. Tu dia teori math apa yang kau sedang bual kan ni, bahjol. Nak di pendekkan eksplenesen, di sebabkan tak reti nak bajet line dan tulisan gedabak gedabak, maka terpaksa tulis Hana & selamat hari jadi nabilah. T__T


Ini adalah di sebabkan aku tulis selamat hari jadi dulu baru tulis hana & nabilah. Dan perkataan selamat tu dah fail tulis bawah sangat kan dah padan muka tak muat. Jangan salahkan tangan parkison.


Cake ni untuk birthday party adik aku, tapi nama aku pun sibuk nak enterprame. Mak aku suruh aku join potong cake, tapi aku rasa macam tak perlu sebab semua yang datang adalah adik adik darjah 2 dan 3. Jadi tiba tiba terpalit gadis comel berumur 22 tahun di tengah, tak ke macam indah gadis comel 22 tahun dari adik adik 7-8 tahun?


Tak habes habes lagi dengan birthday nampaknya. Mari kita beransur kepada cerita hantu pula. Cerita dia macam ni. Malam tadi aku tidur lambat sebab nak kena cari journal and stuff pasal thesis. Tengah nak cari bahan, time tu jugak perut nak buat konsert, pret pret pret. Ok tak tu bunyi perut nak terberak. Dia bunyi krutt krut kret. Jadi aku pun dah tak selesa sebab perut tengah bagitau dia tengah lapar. Maka aku keluar pergi cari apa yang ada dalam fridge yang boleh di masak.


Tengah aku on the way nak pergi dapur gas, tiba tiba anak mata belah atas rasa macam nampak ada benda tergantung.

''Kepala anak siapa pulak ni?" Bisik aku dalam hati.

"Damn it. Sekarang dah pukul 3 pagi." Bisik aku lagi.

"Siap gerak gerak lagi." Aku nak bisik lagi.

Aku tak berani langsung pandang atas. Serious aku dah menggelupur terus aku pecut lari balik dalam bilik. Itu jam dah kira bersukan jugak sebab degupan jantung aku adalah 2344 kali per minit. Sapuk Biki tengok aku pun jadi kagum terus nak terap aku masuk pasukan tinju dengan dia. Ceh, tak hengsem betul nampak hantu aku lari kan? Cuba rilek rilek panggil ajak sembang sekali ke, join masak sekali ke. Boleh share share resipi. Kah kah kah wak kau. Buat tengok?Tercirit ke tak.


Ok sambung segmen hantu. Lepas aku masuk bilik, aku tiba tiba ada keberanian nak jenguk balik kat luar. Acah acah berani je sebenarnye. Padahal menggeletar. Sedikit kepala aku keluarkan dari bilik. Dan ya, ini adalah jawapannya.









Hantu pisang.



Tak rock tau abah ni. Lain kali nak gantung pisang bagitau awal awal, senang Ana nak standby control macho malam tadi. Takde ah berlari lari ingatkan hantu apa dia tahhhhhhhhhhhhh.

Tsk.



23 comments:

zidEL zhafiz said...

ngek..pisang..!!..weh..dgr ctr pisang tu adiah dpd abg FARID ko..sebab die tau ko ske makan pisang..!!
patut gantung kat bilik kau la..gagaga~~~

aTiKa aTeRkaH said...

hahaha..hantu pisang pun hantu gak hana..haha

amshl said...

bahahah.lawak ah.rindu nk baca entry klam kabot ko cmni.heheh

ey,sket punye tinggi gntg pisang.ke ilusi optik je tu?

yan_n.i.m said...

gigih aya k.ana sangkut pisang kt atas tuh..hehe...:D

Afiqah Azmee said...

bahaha. banyak pulak tu kepala diaa~

anyho, gambar birthday partay tu xamek ke? hee.

twinkle twinkle said...

ahhha ingatkan hantu betul :D

nizamsani said...

hehe.
hantu pisang.
hebat.

Nurul Huda Rahim said...

takkan lah hantu. hantu nmpk kau pn dia lari tahu.

hannamaruku said...

@ zidel
aik? macam kau je yg minat farid kamil ni? kah kah kah.

@ atika
tu ah tu hantu punyo pisang

@ amshl
tu la tu lagi satu kau msty rindu kan tym dip dulu aku salu lari2 nak g mandi ngan tasha

@ yan
tu la tak penah di buat tu yang tekejut haha

@ afiqah
hehe malas nak upload la adek cashierrrr ;p

@ twinkle
kuang kuang kuang

@ nizamsani
yesss hebatt :D

@ huda
ye la. sebab die terjejas di situ aku lagi lawa dari dia untuk lebih spesifik lawa dari kau

zarifahmr said...

mula mula baca dahi berpeluh je (sebab penakot tahap seyy)


lepas tu..HAHAHAHAHAmpehh ;p

zidEL zhafiz said...

haha..kalaulah kau TAHU yg SEBENARNYA..tiada yg BENAR melainkan yg BENAR BELAKA..hakhak ~~~~

kerabatASTANA said...

hahhahhaa.agak rr..tinggi giloss kowt sangkots!haha
i've followed ur blog. it would be my pleasure if u follow me back. Salam Maal Hijrah 1432! WHOA~
btw--nice blog! X)

CIK FAYYAD said...

bab kek tu..
aku pun fail.
memang parkinson kot.

hannamaruku said...

@ zarifah
gotchaaaaaaa

@ zidel
pebende kau merepek ni pang kang

@ kerabat
dah habes tinggi tu yang SORRAMMM

@ cik fayyad
kan kan haha

cik kia said...

hana,anggaplah hantu pisang tu jelmaan abg farid kamil kite.wah kitee tuuu .jangan marahh haaa ;D

Razman said...

pisang pun takut. biasanya perempuan suka pisang.

hannamaruku said...

@ cik kia
haha takde bende laen ke farid kamil nak menjelma. hantu pisang pomboleyy laaaa heee

@ razman muka burok
ceh mana ada aku takot pisang. kau yang takut azza kata orang lettew

Huda Luna said...

makan kek x ajak!

hantu pisang mesti kuat berak kan
hahaha

Fatul Akrul Ramli said...

luchah tau hana ni..

Tuan Din said...

hahaha,
ingatkan pokok pisang jer ramai yg taku!!
kalu pisang, ini kes pertamat

hannamaruku said...

@ huda
hantu mane ade berak woi haha

@ fatul
aik? blog sapa dia yg lucah taktau

@ tuan din
tak bape nak paham komen kau haha

amshl said...

agak ah hana.
+ part yg kne kuni pintu skali.heheh :PP

::Safa & her banana:: said...

Sis, u have a talent lar.. i'll start following your blog at this moment :) Salam perkenalan..