#3 : Wahai Sahabatku.








Pernahkah sekali kita memahami alam?

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "


Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.


" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "
" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "
" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "
" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "



Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.


Contoh seorang ketua projek (geli) dikagumi.



May 2011 ni aku habis degree dengan rasminya. Maka sebelum aku blah dari Seri Iskandar, aku ada senaraikan beberapa benda yang aku nak buat untuk diri aku. Dan Senarai senarai benda yang aku nak buat sebelum habis degree adalah :


1) Mendapat kan seorang boyfriend mata sepet di dalam UiTM. (TIADA LELAKI MATA SEPET NAK KAT KAU, GAGAL)
2) Menyelam di dalam Tasek UiTM secara berirama. (TAK PANDAI BERENANG,GAGAL)
3) Menjerit kepada anak jiran supaya suruh dia diam setiap kali dia buat bising. (TERLALU SAYANG KAN KANAK KANAK, GAGAL)
4) Mengorat abang jual ayam madu di depan BSN. (ABANG AYAM SUDAH BERPUNYA, GAGAL)
5) Sukarelawan menjadi ketua projek untuk event course. (IN PROGRESS)



Sumpah geli nak cakap ketua projek. Apa jadah tah. Dia sebenarnya takde la KETUA PROJEK sangat. Title taknak gempak lagi. Terbitnya benda ni dalam senarai-sebelum-blah-degree aku adalah sebab aku ni dari diploma memang loser. Tak pernah kenal erti proposal, budget, jumpa coordinator mintak sign sana sini. Jadi kesian melihat diri terlalu loser, tu yang aku dah janji dengan diri aku, sebelum blah dari degree, mesti kena ada pengalaman handle satu program sendiri. Dan ya, kali ni memang in progress. Sebab aku tengah handle program Professional Talk untuk course aku. Jadi bila time nak cari penceramah, tiba tiba aku terfikir ada Human Resource Manager kat tempat aku bakal praktikal bulan 12 ni, Puan Saripah. Aku pun laju je taip nombor office call dia tanya, boleh bagi talk tak untuk this coming October. Macam biasa la, dah kata memang aku bakal praktikal dengan dia Disember ni, dah tentu aku kena tunjuk good impression kat dia.



Tapi ni aku ada satu masalah. Memang banyak hal. Puan Saripah pulak jenis speaking pum pang dengan aku. Aku yang nak tunjuk good impression kat Puan tak pulak menggelupur nak kena speaking ting tang jugak. Dah la aku speaking serupa Phua Chu Kang. Mau tak menggeletar aku setiap kali cakap telepong dengan dia. Aku letak handphone rapat rapat kat telinga sebab nak tangkap apa dia cakap satu satu. Maruah kena jaga. Good impression man, come on.



Bila time nak email Puan Saripah lagi satu hal. Bab bab nak tulis English formal ni memang aku fail. Aku takut aku tertulis kasar atau ayat aku tak sesuai untuk tujuan tujuan formal. Malu aku kalau jadi macam tu. Kata good impression. Macam mana? Maka, setiap kali aku nak email Puan untuk cakap sesuatu, aku kena draft dulu kat word, lepas tu nanti akan buzz la kamus oxford aku kat ym iaitu Aimi atau Tot, WEH NAH. KAU CHECK JAP GRAMMAR DENGAN AYAT AYAT AKU. CANTIK TAK. Cantik tak cantik sangat la kan,


Salam Puan.
I’m here to inform you that we did some amendments on the title of the talk on this coming
6 October. As far as you are concerned……….



Ahhhhh penat bai. Aku dah malas la nak susah kan Tot & Aimi. Lepas tu nak pening kepala pulak fikir ayat ayat bombastic. Letih aku mengelamun depan laptop ambik ilham, kejap kejap tu aku bukak fb untuk tenang kan fikiran sambil tengok video video jahanam kat fb yang suka buat orang terkejut. Tapi last last takde idea jugak. Ah, lantak la. Biar mati maruah asalkan jadi diri sendiri. Here we go, Bismillahirrahmanirrahim.



Weh Puan, whats up?
I hope you are in the pink of health. Well, I’m here to inform you that we’ve changed the title of the talk to ‘Key performance indicator for HR practitioner.’ If you like, then its good. If you don’t like, please do like it.

I don’t care if you’re busy, but please reply this email ASAP.

P/S : Send my warmest regards to your (handsomest) son. In case you have one.
Papehal rodger je. Chow
.


Nak mati? Confirm kena reject praktikal sem depan.

#7 : Tumblr Time - Kehadapan bintang jatuh.




By Fynn Jamal ;









ke hadapan bintang jatuh,
kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu
iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.

dia tu sangat-sangat kasihan
di dunia ini dia rasakan, “aduh, aku sangat sendirian”
tidak ada sahabat, tidak ada kawan
kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.

wahai bintang, aku ada bicara.
mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
janganlah jatuh dulu, nanti-nantilah dulu
ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.

anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa
kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka
dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan
dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.

maka mana mungkin ada yang mahu mengerti
hatinya terlalu murni, pastilah ramai yang akan benci
dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta
dia diolok-olok, dia dibobrok-bobrok, dia dimain-main kerana cinta.

lalu bintang jatuh, pergikan padanya dengan halus dan hati-hati
kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti
yang sebenarnya bukan dia yg pelik dan songsang
cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah

katakan padanya semua itu memang biasa
ceritakan juga tentang bundanya
juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah
mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah

hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin
siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin
dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh
bilang padanya “teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!”

“kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya”

bintang jatuh, perlahanlah!
jangan sampai kau mencecah
bintang jatuh, kisahkanlah!
ke matanya yang membasah




Roomate, kau patut bersyukur ada kawan yang alim dan fashionable macam aku.







Sempena bulan puasa ni , aku perasan memang ramai orang berubah. Tak payah la tengok orang lain ya, tengok diri sendiri mai. Contoh contoh perubahan yang aku buat, adalah semakin boros kerana adanya bazaar, kini sudah jarang subuh gajah sebab ada nya sahur tapi sumpah nak bangun sahur pun bapak liat, aku dengan roommate dua dua kena pasang alarm sound tahap maximum sebab dua dua jenis kalau boleh nak mati terus bila dapat tidur. Mulut juga sudah jarang mencarut tapi bau mulut ketika puasa memang maintain busuk. Juga aku sentiasa berusaha untuk kurang kan tidur di khuatiri makruh. Tidak lupa (AMBOI WEH BANYAK NYA), aku juga telah membuat satu janji palsu untuk deactivate FB pada bulan puasa, malangnya bak kata pepatah, Jika badan kau memang penuh saitan, penuh juga la.



Tengok kan banyak perubahan aku cuba nak lakukan sempena puasa ni? Tapi aku rasa, aku belum lagi sampai tahap buat perubahan yang besar macam roommate aku, Myra. Dia sekarang dah pakai tudung. Auwwww pakai tudung, hijrah serta pengorbanan besar yang bila Myra nyatakan hasrat murni dia, aku jadi kembang kembang perut serupa ada rama rama, Alhamdulillah. Terbukti aku bukan sahaja boleh mempengaruhi Myra berhijrah pakai tudung, tapi aku juga mampu menggoncang dunia. Oh tak ada kena mengena.



Mari aku tunjuk kan gambar Myra sebelum dia pakai tudung.

Kegarisan,
Sediaaaaaaa,



NAK MATI ?

GAMBAR GAMBAR DIA KAT FB AKU YANG ADA MUKA DIA TAK PAKAI TUDUNG PUN DIA DAH MENGANJING SURUH AKU DELETE, NI KAN PULAK TIBA TIBA NAK BUAT SANTAPAN PERCUMA LETAK KAT BLOG.



Insaf betul Myra sampai paksa aku siap hentak hentak kaki suruh aku jual baju baju ketat cotton on dia dalam blog aku. Tapi aku tak berani nak jual sebab aku ingat orang mesti tak minat nak beli. Aku bukan macam Iz macam Nurul yang jual baju kat blog 5 minit terus sold out. Orang yang baca blog aku pun 3 4 kerat je, campor dengan diri sendiri ada la dalam 5 orang sehari. Lagi la ada hati nak meniaga kat blog. Podah.



Bila dah pakai tudung, bukan main jakun Myra suruh aku ajar ikat shawl pelbagai gaya. Apa bangang sangat dia pergi tanya aku yang ilmu gaya bergaya ni sumpah tak khatam lagi. Setakat nak belit belit biasa aku reti la. Tapi tadi masa pergi kelas, dia pergi suruh aku buat tutorial belit shawl yang macam trend trend sekarang ni. Trend yang macam tudung syiria, pastu belit longgar longgar kat depan. Ala macam mane tah nak explain aku pun taktau. Ni dia ;




Lepas tu tadi aku dengan Myra pergi pasar malam. Beli barang barang dapur nak masak esok sampai jumaat sebab dah sedar diri tadi borong banyak gila makanan kat bazaar, dasar napsu saitan betul budak budak ni aihhh. Maka lepas ni perlu ambil langkah jimat secara berjaga jaga dengan masak je dan jangan pandang langsung bazaar, bahaya.



Waktu nak pergi beli sayur dan bayar pada pakcik yang boleh di katakan ktorang kenal jugak sebab selalu beli sayur kat kedai dia, pakcik tu tanya,

HAI DIK, TUDUNG JENIS APA NI? TAK PERNAH TENGOK PON.

TUDUNG SYIRIA. Ayu je Myra jawab budget pakcik tu bekanan nak ambik jadi menantu.

Pakcik sayur pun tiba tiba bidas dengan megah.

HA? TUDUNG SAADAH?




Padan muka kau Myra. Berguru lagi dengan aku. Kan dan kena sound TUDUNG SAADAH.




Kisah doraemon yang mengguris hati.






Hari ni aku ingat nak cerita pasal doraemon la. Memang hari ni aku taktau kenapa mood aku sangat terjurus kepada benda benda comel masa kecik yang boleh membawa kepada teringat dan rindu kenangan lalu yang astagaaa, nakal macam hantu.





Sumpah,suara doraemon versi Indonesia tak stim langsung.


Aku perasan, dari dulu sampai sekarang, waktu siaran doraemon memang tak ubah ubah. NTV7, pukul 7.30 mahgrib. Asal tepat pukul 7.30, kau dah boleh dengar doraemon nyanyi ANG ANG ANG TOTEMOIDAI tegerdik gedik. Bukan doraemon je tergedik, dengan aku pun sekali tergedik menggelupur nak tengok kat depan tv. Eksaited la kata kan nak tengok nobita hari hari pakai spek melekat kat mata, baju kuning seluar pendek yang sama. Habes smart la tu kan.


Tapi aku ada satu masalah besar bila nak tengok doraemon. Dari dulu sampai skang masalah tu memang takkan dapat setle. Sebab abah aku memang anti gila bila siapa siapa bukak tv time maghrib tambah tambah nak tengok kartun kapir, buang masa. Dia suruh kami adik beradik dulukan maghrib, hafal doa qunut sampai dapat baru dapat tengok doraemon. Hapal punya hapal, di tambah pulak dengan otak aku yang kalau hapal ni memang di tempat teratas paling lembab, doraemon pong habes. Last last dah pukul 8, memang tak dapat ah nak tengok nobita pakai spek melekat kat mata ceh. Cerdik betul abah aku.



Eh jangan risau. Sebab abah aku cerdik, jadi mesti gen cerdik turun jugak kat aku. Maka sejak dari tu aku dapat idea yang aku kira memang akan berjaya. Cerdas dan bernas. Aku dengan adik aku bercadang nak buat baik je kat rumah bila hari sabtu. Time solat dari subuh, ktorang bangun awal siap siap. Zohor dengan Asar solat on time! Selalu nak hafal doa qunut, abah aku yang suruh. Tapi kali ni tak. Habis Zohor dengan Asar, sendiri pergi volunteer datang kat abah,


‘Abah, dengar ni Ana hafal doa qunut’.



Bukan setakat time Zohor je, time habis Asar pun aku suruh abah aku dengar aku hafal qunut. Itu jam aku memang dah expert habes dah. Bersungguh sungguh aku buat sebab hajat nak tengok doraemon pukul 7.30 petang. Aku tunjuk kan dedikasi yang padu. Aku bodek baik punya abah aku. Aku dah memang dah nak dekat yakin dah yang rancangan doraemon 7.30 adalah milik aku.



Sampai time mahgrib, waktu masuk pukul 7.25. Aku cepat menggelabah pergi ambik air semayang. Dengan hajat ambik semayang 1 minit, jalan dan pakai telekung 1 minit, lagi 3 minit semayang. Gila bibik Charlie chaplin ke apa tah. Semua aku buat semata mata sebab doraemon. Tengah dok yakin aku habis semayang dan bungkus telekung, tiba tiba dengar abah panggil ,


‘HAAA ALONG. QUNUT DAH PANDAI. HAFAL AYAT KURSI PULAK. ABAH NAK DENGAR.’




#2 : Wahai sahabatku.




Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya?



Source

Panggil aku Melah. Sebab ada ah ah.






Adakah korang masih ingat kepada cerita
Norhana Rosiah? Ha. Entry yang aku cerita pasal orang orang kreatif yang dah bagi nama nama cute kat aku. Sejak entry tu, Fatul asyik panggil aku Somida. Housemate aku asyik panggil aku Osmida. Osmida takpe. Tapi jangan panggil aku ROS sumpah aku geli la bodoh.




Jadi, semalam aku masuk kelas lecturer aku yang panggil aku Norhana Rosiah. Dia lecturer English. Seorang cina bernama Miss Ong. Dia best gila sebab setiap kelas dia akan bagi movie movie baru yang dia dah download. Kadang kadang dia tak sedar yang setengah jam dari kelas tu, dia habiskan masa untuk review movie. Memang peminat movie yang tegar. Selain bagi movie, Miss Ong selalu bagi personality test. Acah je. Bukan selalu. Padahal baru sekali. HAA. Personality test tu boleh tau, kau suka boyfriend / girlfriend yang macam mana. Ok pasal tu, nanti aku post kat next entry. Jeng jeng jeng.





Ada satu hari dalam kelas tu, masa Miss Ong dok ajar grammar report writing kat depan, dia pakai example satu nama yang dia ambik dari attendance. Dia pakai nama Amirah. Masalahnye, Amirah tak datang pun masa kelas tu. Tapi dia dok sebut sebut Amirah, lepas tu asyik pandang muka aku. Aku pun dah terkial kial, apahal yang dia dok pandang aku, pastu asyik sebut, RIGHT OR NOT AMIRAH? Bersungguh sungguh betul dia memang ingat aku Amirah. Aku dah jadi confuse nak angguk ke tak, sebab nama aku bukan Amirah. Tsk, apa la Miss ni, asal ada ah ah kat belakang, mesti nama aku. +_+





Lepas tu, pagi semalam dalam kelas, Miss Ong panggil nama sorang sorang dalam attendance. Memang sungguh aku berdebar debar bila turn dia nak panggil nama aku.
NOR….HA…NA……AYYA VERY HARD TO PRONOUNCE LA. NOR….HAAA…NAAA…ROOOOO….
Lantas satu kelas menyampuk, MISS! NORHANA ROSIAH! NORHANA ROSIAH!



Ceh. Anak beruang btoi. Semua dah merestui ke apa tah nama aku jadi Norhana Rosiah. Aku tampaq sekoq sekoq kot besepai satg.


Ke tulisan aku macam bahasa urdu weh, susah nak faham. T__T




Memang mustahil betul MIDA boleh jadi SIAH. Oh dan sekarang, Amirah.




#6 : Tumblr time - Jangan Bersedih.





1.Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat

2.Jangan bersedih, setiap sesuatu ada qada dan qadar

3.Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang

4. Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah

5. Jangan bersedih, memaafkan orang yg menyakiti itu lebih baik

6. Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita

7. Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi

8. Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan

9. Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu

10. Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk

11. Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik

12. Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain

13. Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah

14. Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda

15. Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain

16. Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kelmarin dah esok

17. Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran

18. Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih

19. Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah

20. Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidak lah berharga

21. Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang

22. Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah

23. Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain

24. Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat

25. Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira

26. Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih


#1 Wahai sahabatku.





Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?



SOURCE


Kucing pun tau esok puasa.





Wah. Hari pertama terawih di Seri Iskandar memang meriah. Penuh masjid sampai ada yang kena sembahyang kat luar. Lepas tu bila Imam habis baca Al Fatihah, satu masjid bergema Aaaaminnnnnn. Meremang jugak sekali sekala. Musuh Islam dengar mesti takut. Tapi serious weh bila tengok masjid sesak lepas tu ramai orang, sumpah terharu lepas tu yes bebeh excited jugak nak puasa!


Dah tak payah nak syahdu sangat. Roomate pun hari hari macam nak mintak lempang bila dah start pasang lagu raya -_-"


Hari ni sebenarnya nak cerita pasal kucing. Ye lah, kau ingat kau sorang je excited nak hari pertama terawih? Kucing pun excited apa. Ada ke tengah aku dok khusyuk dengan semua housemate baca Al fatihah lepas tu tiba tiba ada kucing mai lalu kat depan sejadah. Bukan depan, tapi atas sejadah. Amboi apa ni, lebih kau. Main potong line terus bukan nak masuk saff betul betul eh kau kucing. T___T



Mula mula dia lintas depan aku, aku dah HOLAMAK MACAM MANA AKU NAK SUJUD NI aishkahena. Lepas tu nasib baik dia tak statik, dia pergi jalan slow slow kat sebelah. LA TIBA TIBA AKU TERINGAT HOUSEMATE AKU ADA SORANG TAKUT KUCING. Weh takut yang bukan takut biasa biasa, tapi takut yang stok nak jerit dan lompat atas meja bila nampak kucing. Aku pun sejak dah tak kusyuk kucing tiba tiba melintas, terus terfikir apa cerita housemate aku takot terlompat lepas nampak kucing.



Huish, naseb baik dia tak lompat, tak jerit. Tapi dia pergi tepis tangan housemate aku lagi sorang kat sebelah banyak kali. Kuat jugak iman kau kan housemate? Nasib kau tak tiba tiba lompat kalau tak habis riuh masjid Seri Iskandar.



Tapi kan sekoq sekoq memang bertuah. Nampak kucing melintas semua macam tak tahan nak tergelak, roomate sebelah coverline sambil batuk batuk. T___T Ok dah, nasib baik kau singgah sekejap je kucing. Rakaat lain InsyaAllah kushyuk.



Balik terawih, sejuk hati tengok budak budak lelaki jalan pakai kain pelikat. Hengsem noks. Sejuk hati aih. Alhamdulillah. :')




Jangan marah yaw. Hari ni saya sangat lega.





Taktau nak tulis apa. Tapi rasa sangat nak menulis.


Taktau sedang ada perasaan apa. Tapi rasa hati ini sangat bengis.
Maka, aku cuba pujuk rayu domba.


''Hati, pergi cuba bertenang. Apa ni nak sibuk ribut fikir celaru sampai muka dah tak manis?''


Oh pergi fanpage Zack, terus jumpa yang ini ;

Throughout life people will make you mad, disrespect you and treat you bad. Let God deal with the things they do, cause hate in your heart will consume you too.




Individual presentation dah settle hari ni. Lega sumpah lega.

Oh, nak cerita tu je. Bye.



Search This Blog

Powered by Blogger.