Friday, September 24, 2010

Belajar dalam iman. (Versi mintak tolong)



Aku ni kan, kalau di kira tentang potensi diri memang banyak. Aku kuat berangan, kuat bercakap, kuat buat lawak dengan hajat nak orang gelak tapi haram nak gelak sebab tak lawak pun. Kuat makan, kuat menangis, kuat tidur dan kuat gelabah.



Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang gelabah. Eleh weh macam la semua taktau yang aku menggelabah macam mana kan. Kalau cakap dengan orang yang aku minat mesti suka tersasul lepas dia macam terus tak sengaja jadi control cun dan mata sebelah asyik kenyit kenyit tanpa sedar. Mode gatal memang akan jadi automatik activated, taktau kenapa.



Tapi hari ni aku taknak cerita pun pasal aku ni seorang yang suka gatal tiba tiba. Aku sebenarnya nak cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Kehidupan aku yang sebenarnya memang tak boleh tumpu kan perhatian kepada satu benda dalam satu masa. Mari kecilkan skop cerita ni kepada waktu belajar. Aku tak tau la tabiat ni sejak dari kecil atau pun sejak dah besar. Tapi aku mula sedar dengan sikap ni sejak aku Diploma. Bila time belajar, aku tak boleh mengadap buku berjam jam.



Setiap kali bila belajar, aku mesti kena buat benda lain. Macam tengok movie Lagenda Budak Setan 393683945 kali. Loading Lagenda Budak Setan the series kat you tube 368395 kali. Ataupun bukak wall facebook 567954 kali. Dia macam tak boleh asyik tengok buku, dia kena buat kerja lain jugak. Kalau tak buat benda benda kat atas, aku mesti akan belajar sambil makan. Agak agak aku malas nak makan, lepas 5 minit belajar aku mesti ambik kepit kuku lepas tu kepit kuku. Lepas tu nanti lepas 5 minit lagi, aku pandang dinding dan berangan.



Lepas tu aku tau, roomate aku si Myra tu suka nak berbulu dengan aku. Dia kata kalau aku tak ada dalam bilik, dia boleh study dengan aman. Takde gangguan. Dia kata kalau aku ada dalam bilik, aku asyik kejap kejap ajak sembang. Lepas tu nanti aku bukak cerita best best kat laptop nanti bila dia dengar dia pun tak tahan nak tengok sekali dengan aku. Dah malang kan nasib dia dapat roomate macam aku, elok elok dia nak belajar, aku ajak dia makan, aku ajak sembang, ajak tengok movie. Setan betul woi.



Tapi memang macam ni la. Aku bukan macam orang lain yang boleh tumpu 100 % dalam kelas. Yang boleh tumpu 100 % time study tanpa dengar apa apa bunyi bising. Kalau aku belajar dan aku tak dengar bunyi bising, aku rasa macam sumpah tak boleh masuk apa apa. Sebab tu nanti aku selalu buat onar time dalam bilik. Sambil belajar dengar lagu, tengok movie, sembang sembang, kepit kuku, makan, tengok cermin banyak kali lepas tu gelak tengok muka sendiri sebab tak sangka ada diameter lubang hidung yang awesome.



Hari hari bila aku pergi kelas, aku nak jadi macam orang lain. Yang boleh pandang lecturer tak kelip sanbil angguk angguk tanda faham. Yang boleh tulis notes 40 muka surat untuk 2 jam lecturer. Yang buku dorang penuh conteng conteng segala macam ilmu pengetahuan. Tapi aku dalam kelas suka nganga, berangan, tengok orang kiri kanan, lepas tu tidur dalam iman.




Weh ajar la weh, macam mana nak belajar dengan tumpuan penuh tanpa buat apa apa gangguan terhadap diri sendiri?


Tolong woi.




Monday, September 20, 2010

Pencuri gaya urban yang masih tak kahwin.







Selain dari dapat makan sedap sedap kat rumah, ada satu sebab kenapa aku suka balik bila cuti panjang. Sebab adik adik aku pun balik. Tambah tambah adik aku yang second. Perfffghhh dia ada banyak barang barang berharga yang aku boleh usha usha lepas tu aku kata nak pinjam lepas tu nanti aku buat buat lupa nak pulangkan balik lantas terus menjadi harta aku. Dulu masa kat sekolah, dapat biasiswa tapi aku taktau kenapa dia tak pandai membelanjakan biasiswa dia ke jalan yang BENAR (baca : shopping) lepas tu nanti lepas 4 5 bulan, dia kena sound dengan cikgu kata EH FATIN, KENAPA TAK BAWAK KELUAR LANGSUNG BIASISWA? KAMU KENA KELUARKAN JUGAK, KALAU TAK CIKGU TARIK BIASISWA NI.



Tengok. Sampai biasiswa pun cikgu paksa dia bawak keluar. Aku ingat, dia ni spesis BIAR PAKAI DUET MAK ABAH, JANGAN PAKAI BIASISWA. Atau pun spesis, BIAR SIMPAN DUET DALAM BANK, JANGAN SAMPAI ALONG PAW DUET AKU.



Spesis nombor 2 sebenarnya. Aku tau dia kaya, sebab tu aku selalu paw duet dia. Agak agak kalau keluar dengan dia, aku buat la sikit muka pelarian. Kalau desperate sangat, aku terpaksa tunjuk sawan babi. Confirm dia belanja. Lepas tu nanti aku buat buat la nak window shopping, lepas tu buat buat macam desperate gila nak beli sebab takut stok habis lepas tu macam nak beli jugak nak beli jugak, nanti dapat la aku pinjam duet dia paling kurang RM 50.




Pernah sekali tu aku pinjam highlighter dia. Sebab aku ni ada satu penyakit. Beli highlighter lepas tu mesti hilang. Aku pun taktau kenapa. Dah tu, bila aku balik rumah konon konon nak study(weh seyes weh ni konon konon je please tolong jangan cakap aku takbur), kena la pakai highlighter kan. Aku pun usha usha pencil box dia. Walaweh dah macam bookshop. Kau cakap je apa kau nak. Pelbagai jenis pen, pemadam yang super cool dan bersih dan sharperner. Tapi aku pelik, sharpener dia ada dua, malangnya sebatang urat pensil pun aku tak nampak. Pensil mekanik ada la. Adik aku ni obsess kepada sharperner ke apa tah. Ha, barang barang make up dia semua satu set. Dari pembersih muka, krim, pelembab, semua nak sama brand. Aku ni pun pakai pembersih muka cap sabut kelapa. Kaya betul adik aku ni. Malas nak cerita.




Tu baru hal duet dengan make up. Belum hal hal aku ‘pinjam’ barang barang dia secara diam dan kejam. Agak agak aku bekenan tengok baju dia, aku usha slow slow. Aku cek kat mana dia simpan lepas tu nanti dua tiga hari dia nak balik kolej, aku sebat baju dia simpan dalam almari aku.




Lepas tu nanti bila dia balik kolej, dia call

ALONG, ADA NAMPAK TAK BAJU PINK AKU YANG ADA STRIPE KAT LENGAN TU?

Aku yang tak pernah menang pelakon wanita terbaik tapi memang pelakon terbaik ni dengan suara paling innocent membalas

HA? BAJU PINK? YANG MANA EH? TAK PERASAN PUN.



**
*******



AKU BERANI POST ENTRY NI SEBAB AKU TAU ANGAH MESTI TAK BACA BLOG AKU. DIA TAK BAWAK LAPTOP BALIK KOLEJ DAN DIA TENGAH FINAL. KEH KEH. GOOD LUCK FOR FINALS, ANGAH. BAJU PINK STRIPE KAT LENGAN TU KAU PAKAI TAK LAWA. TAPI BILA AKU PAKAI, LAWA LAIN MACAM.

DARI ALONG YANG SWEET, BERKALIBER DAN SOLEHAH.




Monday, September 6, 2010

Orang sibuk nak raya, kau berpuisi pula.





Pernah kan satu ketika kau tenung bulan lama lama tapi bulan tak jatuh? Pernah kan bila kau nampak bintang ada lima, eh tapi bila kau pejam mata 1 saat tiba tiba tinggal dua?


Kalau bulan ada di tanah, matahari mesti ikut sama. Sama lah seperti hati yang setia. Kalau ada dua, pastikan ada dua selama lamanya. Dua itu biarlah bercantum agar nampak sejiwa. Jangan pejam mata, tiba tiba satu hilang entah ke mana.



Aku sekarang ada hobi baru, dengar kaset Dr Fadzhilah Kamsah, HA HA HA. Sampai sekarang aku ingat dia kata, sebelum tidur cuba maafkan semua orang dan jangan simpan dendam dalam hati.


Baru hidup ceria. Ramai orang lagi suka.
Kalau ada yang pernah buat salah kat kau, biar lah Tuhan yang adili mereka.




Ya, bila ceria baru orang suka.



Friday, September 3, 2010

Ucapan raya yang advance, ikhlas ni jangan ragu ragu.




OMG NAK RAYA. OMG NAK RAYA. OMG ROOMATE JUGA EXCITED SEDANG PASANG LAGU RAYA.


Dah lama tak raya. Dah lama tak dapat duit raya. Dah lama tak pura pura buat muka budak darjah 6 lepas tu mesti dapat duit raya. Dah lama tak makan banyak banyak pagi raya sampai perut overload lepas tu nanti malam malam takut nak berak sebab toilet kat rumah atok ada kat luar. Ok rindu juga nak main cop cop toilet bila nak mandi pagi, sekoq sekoq wajib bangun awal dan beratur. Tak berani bangun lambat kerana di khuatiri tokwan akan menjeling dan tak bagi duit raya.


Kawan kawan dan bloggers jemput datang raya rumah I kat Ipoh okay. I masak kan magee letup slurpp yang boleh slurpppp dari mangkuk lepas tu tiba tiba telinga berasap fuyyoh.



Sorry sebab over buat entry raya awal awal. Terlalu tak tahan dengan gejolak perasaan raya hingga terpaksa di lontar di sini. Segala salah cakap, salah tulis, salah tegur, segala lawak lawak yang tak jadi, segala kutukan depan dan belakang, serendah rendah hati aku mintak maaf. Ok banyak lagi nak mintak maaf, tapi jangan risau. Raya kan sebulan. Ngeh ngeh ngeh.


Selamat Hari Raya (walaupun awal lagi) dan selamat bercuti 2 minggu. Ya lepas cuti 2 minggu pun kau memang selamat kan sebab test, presentation, report borlambak lambak kau nak kena buat, setannnnn.


Oh okay tak jadi nak eksaited bye.