Thursday, October 28, 2010

Day 22 — A website : Bahan gelak.




Klik bagi besaqqqqqqqq.
CREDIT


http://funny-profiles-story.blogspot.com



Agak agak kau dah rasa nak loya tengok buku buku kau akibat terlalu pulun 24 jam study nak dean's list sem ni, baik kau datang website atas ni. Ni habaq ang, tip toppppppppppp! Kat atas ni salah satu post dia. Aku tak boleh blah bukak website ni tegelak gelak tebahak bahak, tambah tambah cerita SI TANGGANG dengan BAWANG MERAH.


Kreatif! Inovatif! Supertif! Hebatif! Sempoitif! TIF TIF TIFFFFFF, 5 bintang tau aku kasi.





Wednesday, October 20, 2010

Day 23 — A YouTube video : The Little Rascal








Kecit kecit dah pandai jadi sweet. Siap nyanyi usap usap dagu lagi. COMEL NAK MAM.




Cerita The Little Rascal ni dah lama. Time semua kecik kecik hingus cerita ni keluar. Sekarang semua dah besar panjang dah hengsem hengsem. Okay takde la semua sangat. Padahal Alfafa sorang je yang paling hengsem. Cerita dia pasal budak budak kecik lelaki ni ada buat persatuan benci perempuan, tapi si Alfafa ni tibatiba ter betray pulak kumpulan dia sebab dia dah jatuh cinta kat Darla, tapi damnnnn tak nak mengaku. Video kat atas ni konon konon Alfafa tengah tulis surat benci Darla sebab nak mengaburi mata kawan kawan dia yang bajet nak benci perempuan la kan. Tapi sebenarnya tengok tengok kat surat dia, dia tulis benda benda sweet je comeeeeeeeeel :') Korang kalau rajin tengok ah full movie dia kat youtube. Comel kot. Aku dok addicted tengok lagu youuu areee so beautifullll tu dekat 45 kali sehari. Comel gilak.





Betul la orang cakap, kalau kecik kecik tak hengsem, besaq besaq jadi hot gitu.



Eh? You tube video ke? HAHA. Layankan je. Bye






Monday, October 18, 2010

Sakit - gigi.






Biar macam mana susah pun kau nak
lepaskan dia- susah sangat,
sayang sangat,
dan beribu alasan kau ada utk tak lepaskan dia,
tapi bila dalam hati
kau tahu ianya dah tak boleh lagi diselamatkan,
dan bilamana ia perlahan memakan diri kau sendiri,
kau terpaksa- dalam susah dan sakitnya- lepaskan mereka pergi.


Lepaskan mereka pergi
sebelum kau mati dalam sakit yang kau cipta sendiri.

-Cik Kiah.



Saturday, October 9, 2010

23 Ciri ciri orang yang mencintai kamu.





SOURCE.




1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6) Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


8) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.



9) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.



10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.



11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.



12) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



13) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.



14) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.



15) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’



16) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.



17) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.



18) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.



19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.



20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.



21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.



22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.



23) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Friday, October 8, 2010

Kenangan mesti ada.






Dulu aku pernah jatuh basikal
Ada luka tapi parut tak hilang
Mana boleh hilang
Parut mesti kena ada
Supaya ada benda nak kenang.


Dulu aku pernah mandi hujan
Baju seluar badan basah
Balik balik terus demam
Demam mesti kena ada
Supaya ada ubat nanti sakit boleh kebah.


Penat tau paksa, woi jangan la bergenang
Tisu lap hingus mana ada
Duduk lah lama lama sikit
Berfikir, bawak bertenang.



Gembira aku dapat matahari
Eh tiba tiba hujan yang datang
Cepat la datang pelangi
Aku sekarang hati mahu senang.



Ish ish ish.
Jadi macam ni kerana kenangan aku selalu kenang
Entah macam mana nak buang
Mereka datang mereka pergi
Tapi aku pasti satu
Kenangan selalu ada
Kenangan kau dan aku sentiasa ada
Bau kau dan aku selalu ada
Suara serak kau dan aku menyanyi selalu di telinga
Mata kelip pejam kau mesti aku terpana



Kalau hilang kalau benci
Kenangan sama sama tetap ada
Kalau jauh berpisah masa
Kenangan kau dan aku
Mesti ada.







Tuesday, October 5, 2010

Inilah barisan kita. Yang last minit ber-ju-angggg.





Masa kan impian itu datang kalau tiada angan angan.
Masa kan usaha itu datang kalau tiada impian.
Masa kan semangat itu datang kalau tiada yang beri.


Psssst, ambik sekeping kertas. Tulis senarai impian kau. Dan setiap hari bangun tidur, baca balik apa yang kau nak capai. Nah. Mesti kepala hotak kau hari hari jadi motivated.



Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan sekarang nak bagi mak bapak bangga, bila lagi?
Kalau bukan sekarang nak tidur sampai pukul 4-5 pagi, bila lagi?


Jom start engine, bagi yang terbaik. Walaupun terang terang ini adalah nasihat exam last minit, tapi come on. Tak lambat lagi. Majulah study last minit untuk orang orang yang berangan nak berjaya. Sedangkan Kolonel Sanders bukak KFC pada umur 60 tahun. Sedangkan Dale Carniege yang dulunya lelaki malang penjual sabun, kini adalah seorang motivator dunia. Sedangkan Thomas Edison pun cipta mentol 1000 kali cubaan. Sedangkan Henry Ford yang membuat kereta pertama pun dulu dia di hina di maki. Ini kan pulak kita yang terang terang manusia juga sama dengan Kolonel, Carniege, Edison dan Ford.


Semakin semua orang kentut berbau, semakin otak semua orang sama.


Ya, hipotesis diterima.
Maka, tiada apa yang mustahil.

Apa lagi tunggu? 1, 2, 3 GO.




Saturday, October 2, 2010

Dengki tu maksud dia hati tak cuci.








Kalau kawan baik, itu bermakna kau tak pernah ada perasaan hasad dengki. Kalau kau kawan baik, itu bermakna kau akan selalu ada perasaan gembira dan meraikan kejayaan susah senang sesama sendiri. Aku tak pernah dengar wujud atau tak persaingan bersama kawan baik. Jadi, bila ada persaingan dan satu perasaan cemburu di hati, maka jangan di iktiraf itu kawan.Lagi lah KAWAN BAIK. Kau pergilah lari hutan hidup sorang sorang atau mati.


Dunia takkan selalu mengejar kau melutut di bawah kau. Kau bukan raja mahupun permaisuri yang sentiasa nak jadi orang kelas atasan dan di hargai setiap masa. Tak sesiapa akan datang pada kau dan kata kau cantik setiap masa. Ingat, dunia juga takkan mahu pun kau selalu ada di atas. Kalau kau fikir hanya dengan istilah menang kau dapat puas kan hati kau, nah. Sekarang aku simpati dengan kau.



Aku tak suka membenci orang. Dan aku ada satu cara untuk setiap hari berhati bersih tanpa ada rasa dengki pada orang. Adalah dengan bersyukur dengan apa yang kau ada. Susah kah? Tidak. Kerana bila kau percaya Tuhan itu maha adil, dan bila kau dengar orang hari hari membesar besarkan diri dengan nikmat yang mereka ada, gelak kan saja. Sebab mana ada satu benda pun yang kekal dalam dunia.



Kadang kadang, bila hati kau ikhlas, tak semua orang akan pandang kau begitu. Setiap orang selalu menghakimi sesama manusia. Dan bila kau tau seseorang itu tiada apa fungsi lagi dalam kehidupan naik turun kau, ah senang. Tinggalkan saja dan jangan dekat. Jangan kau toleh belakang tak kelip kelip. Simpan kelip kelip itu untuk esok dan masa akan datang.



Jangan ada dendam dan dengki dalam hati. Kira sekarang, berapa banyak orang yang kau dengki benci? Bagus. Kau gandakan bilangan itu kepada dua. Kerana bilangan itu lah bilangan orang yang akan membenci dan mendengki kepada kau semula. Alah, dunia pun tak lama. Kenapa berduka cita?