Friday, December 31, 2010

Cerita ahli cheerleader pasukan bola sepak Malaysia di rumah.








Jenis kejadian dah 14 tahun berlalu, baru nak update. Kira old pesen ke tak kalau aku nak AUMMMMMMMMMMMMMMMMM skang? Malaysia menang agregate 4-2 terhadap Indonesia dan lelaki gagah di atas adalah penyelamat kepada semua serangan bertubis tubis dari Indo. Nak cakap gedik gedik pasal KhairulFahmi pun tak boleh dowh sebab awek dia ada blog. Oh habis tu kalau awek dia takde blog, kau nak cakap gedik gedik la ea? Jejariruncing pang kau baru tau. Ngeh ngeh hai awek Fahmi, jangan pang I tau, pang Shax dengan Huda takpe.



Aku dah khatam dah semua entry pasal KhairulFahmi kat blog awek dia. Walaupun jiwa pedih bila baca ibarat hati tertusuk jarum sembiluw lakonan Awie dan Erra, tapi aku happy untuk dia. OMG dah la dia sweet. Mata sepet pulak tu. Dah la mata sepet, mata sepet pulak tu T_____T


Dan betapa la nama KhairulFahmi melonjak lonjak, nah baik kau tengok livefeed blog awek fahmi - live.feedjit.com/live/jejariruncing.blogspot.com/0/


Masa malam final hari tu, aku bukan main semangat la dah duduk melekat depan tv. Laptop atas riba woi punya komited nak update Twitter agagagaga. Tak payah nak pegi mamak sebab nak rasa kemeriahan. Kemeriahan kat rumah aku ni pun dah cukup tak boleh nak go dah. Pasukan cheerleader dah 4 orang. Ketua dia mesti la mak aku. Aku assistant, agak agak mak aku letih, aku lead pulak. Semangat siaa masing masing tak duduk sebab berdebar debar tunggu gol masuk. Bapak aku yang mewakili satu satunya kaum lelaki kat rumah rilek silang kaki duduk atas sofa. Ada sekali tu Malaysia dah bagi satu gol, baru aku dengan mak aku berehat. Tu pun aku tengok mulut mak aku dok terkumat kamit,


MAK BACA APA MAK?


MAK BERZIKIR KAMU TAU? MAK TAKUT NI. YA ALLAH BAGI LA MALAYSIA MENANG MAK MENGGIGIL NI.


Sebab tu la aku kata, takde mak yang paling comel dalam dunia ni selain mak aku. Time kami adik beradik nak pegi ambek result SPM, PMR, UPSR. Mak yang paling neves skali. Malam malam suka tak boleh tidur lepas tu bangun tidur,


ALONG, TADI MAK MIMPI KAKAK DAPAT 5 A UPSR.

Takpon,

ALONG, TADI MAK MIMPI ANGAH DAPAT MASUK UNIVERSITI. RESULT SPM DIA ELOK LA TU KOT.


Sampai mimpi mimpi yang paling aku tak tahan. Aku ingat lagi time Angah nak amek result SPM. Mak pagi pagi time result kua terus pegi masjid. Aku tanya, kenapa? Jawapan mudah, MAK NAK TENANGKAN DIRI. MAK NEVES.


Sebenarnya senang cerita, skang baru aku tau kenapa aku jenis cepat menggelabah dan neves. Emak borek anak rintik. Kih kih kih.

Cantik, pandai masak, pandai layan suami, pandai drive tapi takot naik bukit T__T, pandai didik anak anak, pandai simpan duet, HAH. Apa lagi weh yang kau nak tunggu? Kan aku dah kata, mak borek anak rintik? Mesti semua benda mak aku ada, aku pun ada.


*angkat angkat kening*





Wednesday, December 22, 2010

2 panggilan nama yang 9 dari 10 perempuan Malaysia idam idamkan






Sejak aku jadi wanita bekerjaya ni, pantang pukul 12 memang aku dah lena dah. Nak paling lambat pun pukul 1, tu pun dah tesengguk sengguk. Kadang kadang tu terlebih semangat sampai tengah tidur lena boleh tibatiba terjaga. Capai tuala berlari ke tandas tapi tengok jam, AIK? BARU PUKUL 230 PAGI? KAU NAK MATI EH HANA? GO PUT YOUR ASS BACK ON THE BED YAW.




Setiap hari aku akan sampai opis sebelum pukul 8.30 pagi. Riak tak berapa nak riak la, aku memang jenis punctual. Memang sejak dari mak aku bersalin kan aku, mak aku kata aku keluar perut pun punctual tepat tepat 9 bulan. Cuma time kat UiTM tak berapa nak jadi punctual sangat sebab pengaruh rakan sebaya. Kah kah kah pengaruh rakan sebaya waklu, padahal aku yang paling selalu bangun lambat, eh tapi yang paling cepat bersiap okay? Walaupun kadang kadang pegi kelas tak sedar ada taik mata 12 gram di tepian tepian mata wiwiwiwiwi gelimak.



Hyew akuw dahw adew twitterw. (tibew tibew)



Berbalik kepada perbincangan. Aku kat tempat kerja ada dua gelaran orang panggil aku. Pertama, BUDAK LIGAT. Budak ligat di sini bukan bermaksud minah gedik ligat bila nampak engineer masuk management terus badan jadi lentik bajet Nora Danish kelip kelip mata angkat tangan belah kiri sambil jerit YANG PENTING KITA ENJOYYYYYY. Bukan eh bukan. Selalu engineer engineer tu yang pantang nampak aku, mesti nak pintal pintal rambot dorang sambil kenyit mata kat aku. Tak kuasa aku nak layan nyah. Tapi yang tu yang dalam mimpi aku yang kelmarin ah. Aku harap mimpi malam ni, engineer engineer tu mintak nombor fon aku pulak. Ceh taknak ah nombor fon, sikit sikit mintak nombor fon, mintak la nombor siri lesen tv ke, password atm kad ke, nombor plat motor aku keeee. Baru nampak educational kan abang engineer kannnn? :8)



Kah Kah mak enon, dah habis mengarut mak enon? Okay Lets proceed.




Aku digelar minah ligat sebab aku jalan laju, macam sekarang kau nampak aku tengah duduk lepak lepak depan PC, lepas tu kau kelip mata 2 kali tiba tiba eh dah nampak aku kat bilik fotostet. Kau kelip mata lagi sekali, tiba tiba nampak pulak aku kat kitchen tengah makan. Kau kelip mata 5 kali, eh? Aku kat kitchen lagi tengah makan. Ha semangat tengah makan memang lain macam. Dia mesti slow slow je aku buat. Lagipun duduk dalam kitchen panas sikit, boleh aku berhibernasi kejap. Aku kalau kat dalam ofis 24 jam pakai sweater sebab bapak la sejuk. Lemak badan tak cukup nak menampung sejuk dia paham tak T__________T






Cewah meja nampak macam huyyo kau ni banyak nyew kejeww padahal key in data masuk dalam excel je. Kalkulator tu tujuan dia untuk kira perbelanjaan lepas dapat allowance RM350 dari syarikat. Berpandangan luas ke tak nama dia tu? Pembahagian duet untuk tujuan shopping perlu bijak dan padu, duet dan hari sale perlu seiring. Balance orang putih kata, balance.




MAKKK COMEL TAK ANA TENGAH MAKAN NASIK MAK MASAKKK NAMPAK TAKKK ADA IKAN SEKETUL KAT BEKAL ANA TUUUUUU :’)


Jadi kau nampak tak disitu, setiap masa even tengah makan pun sweater tak lekang dari badan. Kadang kadang budak ofis aku mengamok aku naikkan temperature aircond sampai 30 darjah kah kah padan mukaaa. Dorang punya la confius apasal weh hari ni panas sangat bekuap kuap rupanya ada gadis comel bajet Eskimo pegi naikkan temperature wih wih wih wih. *sengih kejam*



Jadi, di sebabkan takde lemak badan dan memang obvious aku paling kurus kat situ, maka semua orang bila nampak aku mesti kata HAAAA TU DIA SUP TULANG DAH SAMPAI T____________T


Ya, panggilan kedua di tempat keja adalah, teng tereng teng teng tengggg, SUP TULANG.



Lepas tu aku jadi macam bahan eksperimen kau paham tak. Nampak aku mesti panggil HANA SINI JAP AKAK NAK UKUR SIKU SAPE LAGI KECIK. HANA SINI JAP NAK UKUR LENGAN SIAPA LAGI BANYAK ISI. HANA SINI JAP NAK TENGOK LILIT PINGGANG SIAPA LAGI BESAR.


APA KAU INGAT AKU BAHAN PENGUKUR KUALITI SISTEM SIRIM ISO 1995 KE HAAAA?


Pang kang.




Monday, December 13, 2010

Sistem barter yang tak adil. Sedar, dan tak sedar, atau buat buat tak sedar.





Kau tahu TNB? SYABAS? ASTRO?
Hari hari mereka bagi kau perkhidmatan, tapi dengan pertukaran, kau kena bayar BIL kepada mereka melalui wang ringgit.


Satu hari nanti kau akan kerja. Jadi boss. Ada orang bawahan. Kau bayar gaji untuk mereka, dengan pertukaran mereka kena lah kerja untuk kau. Cuba kalau kau bagi gaji, lepas tu mereka tak kerja betul betul, curi tulang. Kau mengamuk ke tak?

____


Okay sekarang nak tanya,



Kau tau TUHAN?
Hari hari Dia bagi kau hidup, rezeki, udara supaya kau tak mati dan nikmat negara selesa, maka konsep dia adalah sama. Kau kena lah bayar BIL kepada Tuhan.


Kau percaya Tuhan?


Boss paling BESAR yang perintahkan kau untuk buat sesuatu perkara. Semua nikmat kau dapat ibarat gaji lah. Tapi kadang kadang kita sendiri pun lupa, atau buat buat lupa. Tak buat pun apa yang Bos Besar dah perintah.

Macam mana?



Cuba kau try tak bayar bil TNB, ASTRO. Agak agak kau, dorang potong tak perkhidmatan dorang bagi?



Tapi Bos Besar kita Maha Kaya, tak potong pun ‘perkhidmatan’ yang Dia dah bagi kat kita. Walaupun kita selalu lupa ‘nak bayar bil’ kat Dia.

Sunday, December 12, 2010

Antara mak dan girlfriend.





Ok hari ni adalah lebih serious.


Bangun tidur, scroll FB dan jumpa post ni kat link I Love Islam.



Aku lebih mengagumi lelaki yang sentiasa berbuat baik dengan mak dia. Aku lebih mengagumi lelaki yang bila aku tanya,

KAU NAK BUAT APA LEPAS KERJA NI?

AKU NAK KERJA, KUMPUL DUET DAN BALAS JASA MAK BAPAK AKU.


Instead of ,

AKU NAK KUMPUL DUET NAK KAWEN NGAN AWEK AKU AH WEH.


Sebab kadang kadang kalau tengok, lelaki lebih meng - agungkan girlfriend dari mak sendiri. Which is, sebenarnya bukan ciri ciri lelaki yang baik pun sebab girlfriend bukan dah jadi family, tapi mak kau adalah darah daging kau yang mengandung susah payah 9 bulan untuk kau. Jaga kau, bagi makan kau, ambik tahu pasal kau, yang bagi duet kat kau bila kau susah. Tapi kau senang senang pakai duet tu belanja girlfriend kau.


And the saddest part is, kau tak pernah langsung bagi hadiah apa apa untuk mak kau, macam kau bagi kat girlfriend kau. Macam kau sanggup pakai ptptn kau, tak makan ikat perut, semata mata untuk konon konon buat the best untuk girlfriend kau. Sanggup berhabis masa bercakap dengan girlfriend dalam phone, dapat gaji terus belanja girlfriend itu ini, bawak pergi jalan jalan. Berjanji kumpul duet banyak banyak untuk kahwin dengan girlfriend kau. Bersusah payah, wah aku lah lelaki paling sweet di dunia. Semua untuk girlfriend kau.



Tapi pernah terdetik untuk bagi semua tu kat mak kau?


Perempuan yang paling mula mula cium kau, dan menyayangi kau sepenuh hati. Sampai satu masa bahagia macam mana pun kau satu hari nanti, takkan ada perempuan lain yang dapat sayang kau sekuat mak kau jaga dan sayang kau dari kecik.


Tuhan bagi perempuan dengan hati yang lembut, tak tau membenci lelaki yang betul betul dia sayang walau macam mana jahat pun lelaki tu kat dia. Maka lelaki, tolong jangan pertikaikan perempuan adalah jiwang, cepat tersentuh, cepat terasa, selalu menangis, cepat kesian.


Sebab Tuhan Maha Besar, Dia ciptakan setiap perempuan itu akan menjadi MAK, suatu hari nanti.







Friday, December 10, 2010

Anjing tau anjing ni.




Hari hari dah biasa makan sorang sorang dalam ofis sebab bawak bekal dari rumah. Nasib baik bawak bekal, kalau tak aku tak tau nak pergi makan dengan siapa. Ini adalah kerana muka tak lawa dan lelaki mahupun perempuan masing masing tak berminat nak mengorat aku atau nak jadikan aku kawan. Maka kah kah kah padan muka aku hari hari time rehat duduk dalam ofis sorang sorang tak ada orang teman.



Jadi nampak tak sekarang kekurangan kasih sayang yang telah aku lalui sepanjang tempoh intern ni? Dan nampak tak sekarang ni aku sedang merayu kepada kawan kawan aku yang ada kat Ipoh, silalah datang lepak dengan aku setiap kali lunch hour? Nampak tak aku sedang menurunkan segala gah dan ego aku memberitahu korang semua yang aku sedang mengalami kesedihan yang tak terbendung lagi?



Ya. Ini serious. Memang ayat sedih di situ. (background music lagu dealova bermula)



Belum campor jarak kantin yang makahai jauh perlu melalui onak dan duri. Kena lintas depan fortlift dan lori lori besar di selangi dengan peewit peewit dari bangla. Agak frust kat situ apasal takde orang Malaysia lain yang nak peewit aku. Kalau nak fikir positive nampak sangat muka aku memang taste taste orang oversea. Hek hek hek. Kadang kadang ada jugak melilau mata aku jenguk opis engineer, gatai tau. Geletek baru tau.



Setiap kali juga takut nak jalan sebab banyak juga anjing berkeliaran berpasangan bercumbuan. Semua kurus keding, aku ingat stok anjing anjing kurang kasih sayang keluarga atau pun drug addict. High lain macam dowh jalan tehuyung hayang. Seram kau tahu? Aku mana boleh nampak anjing dah la bila dia nampak aku dia acah acah nak jerkah lepas tu dia blah. Tu la kecik kecik taknak main cak cak tau anjing ni. Takot dowh mana tau kang dia kejar tak pon dia gigit, kan dah tak pasal kena samak. Sebab tu bila aku nampak anjing aku lari lepas tu bangla bangla ni boleh gelak gelak kan aku kata ADIK, PVOT PVOT (MENGUNJUR MULUT KE DEPAN LALU TERHASIL LAH BUNYI TIKUS) TAKUT KA ADIK? HAHAHA.



Ya. Memang dasar bangla tau bangla bangla tu.



Haritu aku ada la dapat satu hadiah. Glamour tak baru masuk kerja 2 minggu dah dapat hadiah. Tiptop habaq hang. Jarang jarang orang nak dapat. Dia selalu ikut nasib dan tahap kelajuan kau berjalan.



Hadiah dari siapa anak anak? Hadiah dari anjing acah- acah- jerkah. Taik anjing melekat di kasut. Terlalu sentimental nilai dia sampai speechless rasa nak frame taik tu. Dah la taik warna putih keras keras. Bau pun keras. Aku ingat anjing ni sembelit kot sebab taik keras. Tak pon tak makan sayur tu yang jadi macam tu. Tu la kau, jalan laju bajet menyokong wawasan 2020 ke depan tak pandang bawah kiri kanan, sekali kelepek tiba tiba rasa macam eh apa ni macam tanah lembut tapi sebenarnya ia adalah taik anjing.



Perghhhh. Takde juai punya bang. Nak bau kasut saya, bang?

Tuesday, December 7, 2010

Kalau hantu katakan hantu, boleh aku ajak sembang sekali. (padahal)






Sendiri punya birthday, sendiri buat cake.

Sepatutnya atas cake ni adalah Selamat Hari Jadi Hana & Nabilah. Tapi di sebabkan dulu math aku tak pernah dapat A tambah tambah tang geometri maka memang fail bila nak estimate paksi dan line yang lurus. Tu dia teori math apa yang kau sedang bual kan ni, bahjol. Nak di pendekkan eksplenesen, di sebabkan tak reti nak bajet line dan tulisan gedabak gedabak, maka terpaksa tulis Hana & selamat hari jadi nabilah. T__T


Ini adalah di sebabkan aku tulis selamat hari jadi dulu baru tulis hana & nabilah. Dan perkataan selamat tu dah fail tulis bawah sangat kan dah padan muka tak muat. Jangan salahkan tangan parkison.


Cake ni untuk birthday party adik aku, tapi nama aku pun sibuk nak enterprame. Mak aku suruh aku join potong cake, tapi aku rasa macam tak perlu sebab semua yang datang adalah adik adik darjah 2 dan 3. Jadi tiba tiba terpalit gadis comel berumur 22 tahun di tengah, tak ke macam indah gadis comel 22 tahun dari adik adik 7-8 tahun?


Tak habes habes lagi dengan birthday nampaknya. Mari kita beransur kepada cerita hantu pula. Cerita dia macam ni. Malam tadi aku tidur lambat sebab nak kena cari journal and stuff pasal thesis. Tengah nak cari bahan, time tu jugak perut nak buat konsert, pret pret pret. Ok tak tu bunyi perut nak terberak. Dia bunyi krutt krut kret. Jadi aku pun dah tak selesa sebab perut tengah bagitau dia tengah lapar. Maka aku keluar pergi cari apa yang ada dalam fridge yang boleh di masak.


Tengah aku on the way nak pergi dapur gas, tiba tiba anak mata belah atas rasa macam nampak ada benda tergantung.

''Kepala anak siapa pulak ni?" Bisik aku dalam hati.

"Damn it. Sekarang dah pukul 3 pagi." Bisik aku lagi.

"Siap gerak gerak lagi." Aku nak bisik lagi.

Aku tak berani langsung pandang atas. Serious aku dah menggelupur terus aku pecut lari balik dalam bilik. Itu jam dah kira bersukan jugak sebab degupan jantung aku adalah 2344 kali per minit. Sapuk Biki tengok aku pun jadi kagum terus nak terap aku masuk pasukan tinju dengan dia. Ceh, tak hengsem betul nampak hantu aku lari kan? Cuba rilek rilek panggil ajak sembang sekali ke, join masak sekali ke. Boleh share share resipi. Kah kah kah wak kau. Buat tengok?Tercirit ke tak.


Ok sambung segmen hantu. Lepas aku masuk bilik, aku tiba tiba ada keberanian nak jenguk balik kat luar. Acah acah berani je sebenarnye. Padahal menggeletar. Sedikit kepala aku keluarkan dari bilik. Dan ya, ini adalah jawapannya.









Hantu pisang.



Tak rock tau abah ni. Lain kali nak gantung pisang bagitau awal awal, senang Ana nak standby control macho malam tadi. Takde ah berlari lari ingatkan hantu apa dia tahhhhhhhhhhhhh.

Tsk.



Sunday, December 5, 2010

Jangan pura pura. Saya tau abang nak mengorat saya.






Hai.


22 tahun aku hidup, dan ini adalah kali pertama orang buat post kat blog pasal nak wish birthday aku. Thank you Afiqah Azmee. (kini saya sedang menangis nangis sambil menghembus hingus di lengan baju)


Sisa hari jadi masih terasa, kamon la bak sini hadiah harga seribu dua. Setakat wish kat wall facebook, memang tak materialistik langsung. Typical wish yang aku dapat HAPPY BIRTHDAY HANA! atau HaPpy BiRThDaY hANa MAy GoD BlEss YoU ^_^. Cuba letak HAPPY BIRTHDAY HANA DI SINI AKU SERTAKAN PASSWORD MAYBANK2U AKU, KAU BAYAR JE LA BIL APA APA KAU NAK, AKU BELANJA.


Tu lah. Kecik kecik taknak mati. Besar besar kuat berimaginasi.


Okay dah la. Bosan pulok cerita pasal birthday. Sebenarnya aku pun taktau apa motif aku update blog. Kira apa yang aku tengah buat sekarang boleh di consider sebagai buang masa dan aku tengah ajak kau buang masa dengan aku sekali, amacam? Tapi semalam memang syok. Aku rasa aku mengadap FB dekat 34903 jam sebab jadi lagha tengok budak budak dok tulis happy birthday kat wall aku. Ala ala artis setahun sekali. Bila lagi kan? Dan lepas tu kan setan, kau cerita lagi pasal birthday kau? Jelas dan padu di situ dasar obses kat birthday sendiri, semakin tua semakin nak kena dapat maki.



Di kesempatan aku sedang membuang masa ini, aku ingin menjerkah (eh apa tu) AnakOmarYangGerek supaya sepat sepat update blog dia yang dah 14 tahun tak update, jimbet punya AnakOmar. Hari hari aku tunggu kau update, apa punya turr lah tak update update blog best kau. AnakOmar adalah salah satu blog perempuan yang aku suka gila addicted nak baca sebab ayat ayat dia macam bangkai sumpah lawak nak MAMpuis. Kau pergi tengok ayat header dia : KENAPA KALAU AKU BRUTAL? ADA AKU KACAU KAU BERAK? Maka di situ dah jelas kau dah boleh tau dia gila atau normal. Walaupun dia gila, aku tetap sayang blog dia. Tadi aku sembang dengan dia kat FB, dia kata dia janji petang ni nak update. Maka AnakOmar, aku pegang janji kau, kalau kau tak update, jaga kau. *sambil mengikat kain di atas dahi, memegang bendera dan mengepit pisau potong sayur di celah ketiak* (motif pegang bendera adalah tak pasti)



Dan? Sekarang nak sembang pasal apa lagi? Oh ya. Kau nak tau? Semalam aku kerja pakai baju kurung. Sikit punya cute meletup pungpang pungpang bunyi mercun tau. Dengan high heels, dengan shawl loceng loceng. Eksaited tengok diri cute sangat hari tu, sampai kejap 5 minit aku pergi toilet tengok cermin. Biasalah sendiri masuk bakul sendiri lah kena angkat. Lepas aku balik kerja, mak aku ambik aku. Lepas ambik aku, mak aku nak singgah Tesco beli barang. Lepas singgah Tesco, aku pun ikot la. Tapi aku sedikit konfius dengan apa motif aku ikot mak aku pergi Tesco sambil bawak file yang aku bawak time kat tempat kerja. Kira sekarang, aku masuk Tesco dengan pakai baju kurung, sambil peluk file erat ke badan. Paham tak situasi dia sekarang?


Lepas tu, tengah aku jalan jalan ala ala catwalk sekali sekala kaki ada terkehel sikit sebab aku jalan laju, maka bila terkehel cepat cepat kaverline garu garu kaki hek hek hek. Reputasi kena jaga. Bukan selalu aku cute macam ni. Self confidence jadi tinggi lain macam. Kira bila jalan, pantang nampak ada lelaki pandang aku, aku mesti tuduh dia nak mengorat aku. Dan tengah aku jalan jalan, aku dah perasan ada mamat promote Bonus Link Card usha usha aku. Lain macam betul. Tengok aku atas bawah. Aku kaverline cun. Jalan buat dono. Tiba tiba dia panggil.



Adik! Dik dik dik!

Ye? (Suara kaver sempui sempui bahasa)

Adik dari Agen Takaful tu eh? Jual ape?


--------------------

Adakah pakai baju kurung berserta shawl kelip kelip berjalan sambil pegang file merupakan kategori rupa seorang salesgirl atau pun agen insurans atau pun peniaga?


Eleh. Saya tau abang nak mengorat saya. Tapi abang kaverline kan?