Too good to be true







Pernah tak kau rasa macam kau dapat something yang too good to be true? Kau tau dia macam mana? Macam hari hari kau bangun tidur, kau pegi double confirm balik dan pastikan sebena kau tak mimpi. Bila tengah duduk rilek tiba tiba kau rasa badan macam melayang eh aku ni mimpi ke? Cuba terajang dan blender diri sendiri dalam mixer tapi memang kau tak mimpi pun!


You see, too good to be true story can be real you know. So, you can start dreaming from now and have faith. Bersangka baik dengan Allah. And believe me, you'll make it someday. Someday one sweet day.


And I did it.


"Jika sesuatu yang diharapkan berlaku tidak berlaku, sabarlah. Belum tentu ia satu keburukan. Sering kali keberkatan, kebaikan, kejayaan yang dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Sering kali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku, namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupaya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan berlari lebih jauh ke hadapan."


Syukur 2012.







PMR (PenamparMuRingan)






Bila sembang pasal PMR memang serious kelakar. Teringat balik time aku dapat stret a lepas tu malam malam nak tidur lepas tu abah kejut aku bangun tidur dan TADAAAA. Aku dapat hengpon Nokia 3310 sebagai hadiah. Time tu tak payah cakap la punya seronok sampai lompat lompat. Aku ingat lagi hengpon tu kaler hitam. Esok tu bangga sekilo bawak hengpon pegi sekolah. Bila bosan bosan lepak luar rumah bajet nak show off kat jiran sebelah yang aku dah ada hengpon pada umur 15 tahun kau ada ke? Gigih gila pegi setting lepas tu play semua nenek ringtone yang ada time tu. Apa benda la punya turr geli dowh bila ingat balik kahkah.



Time muda muda mana ada simkad yang murah macam sekarang, 8.50 pun boleh dapat. Dulu sekali nak beli simkad kena ikat perut simpan duit belanja sekolah 14 tahun woi baru la dapat simkad Digi. Time tu simkad mana ada dalam plastik sekarang ni. Kena hingus pun boleh lebur. Dulu dulu simkad dalam peti besi, kotak segi empat sumpah aku ingat lagi kotak tu 60 rengget harga dia, tercirit ke tak tu?


Dan aku juga melalui jaman jaman yang mana sms time tu mahal lagi, sekali hantar 20 sen. Lepas tu baru la nak turun jadi 10 sen kalau friends and family tu pun dah rasa gila jebon punya murah. Sekarang ni kalau 8pax celcom 0.005 sen je hai la hai. Untungla!



Ucapan tahniah kepada adik. Aku dah niat dah nak bagi something kat dia kalau dapat 9a. Tapi, nampaknya tak payah la. Sebab dia dapat 8a 1b. Yes. Selamat duit aku. Kehkeh.








Like a boss







Masa aku mula mula masuk orentasi kat tempat kerja sekarang, aku dan budak budak baru lain di kumpulkan dalam satu bilik. Sebab nak ada sesi briefing pasal company dan training apa bana semualah. Then masa hari pertama aku sampai, tak silap aku pukul 9.05 minit kehkeh aku memang tak pernah punctual tapi sekarang mungkin lebih punctual sedikit sebab bapak aku pegi cepatkan semua jenis jam yang ada kat rumah kepada 10 minit lebih awal. Sebab tu la aku pagi pagi bila nak pergi kerja jadi kelam kabut macam ribut bersiap sebab menggelabah ingatkan dah lambat tapi rupanya telah ditipu siang siang oleh bapa sendiri. Dah la jam dalam kereta aku pun bapak aku pegi tukar jadi cepat YA ALLAH. SABAR JE LA ADA BAPA CARING MACAM NI YANG TAHU ANAKNYA JENIS PUNCTUAL GILAAAA *mata ke atas tangan buat peace*



Masa tu aku ingatkan aku yang paling lambat. Tapi rupanya dalam pukul 10 ada lagi sorang budak datang. Masa tu first impression aku macam, eh dia ni siapa? Dia apply untuk apa? Kenapa muka macam tua? Salah tempat ke? Datang dari mana?


Dan aku rasa macam bukan aku sorang je yang fikir macam tu. Budak budak lain pun tiba tiba macam tengok budak datang lambat tu pelik gila. Sebab setahu aku, jawatan aku sekarang untuk budak diploma dan degree, lepas tu semua budak budak baru yang datang training dengan aku time tu semua muka umur awal 20an. Berlainan betul dengan budak yang baru datang ni. Kesian sangat aku tengok dia. Macam tak terurus, muka dia macam HAI SEMUA, TENGOK MUKA AKU, KESIAN KAN......


Tapi dah lama lama bila budak budak baru jadi rapat, baru lah aku tau. Budak tu umur dia dah 30 lebih, tak kawen lagi, ada DEGREE IN RETAIL MANAGEMENT UiTM Shah Alam. Dan kau tau tak apa part yang paling sedih dalam hidup dia? Sebelum dia dapat kerja kat tempat kerja aku, dia pernah jadi operator kilang dan security guard. Aku tanya dia, kenapa kau tak kerja kat retail je? Dia jawab, dia pernah kerja kat satu retail, tapi tempat tu bagi dia gaji sikit gila tak berbaloi dengan degree yang dia ada. Lepas habis je kerja kat situ, dia jadi lost dan try apply kat semua tempat, tapi dia tak dapat. Maka dia end up habiskan sisa sisa hidup dia dengan apply apply kerja kat kilang dan latest kerja dia as security sampai la dia dapat kerja kat tempat kerja aku sekarang.



You see, kesian kan kat dia? Degree holder berumur 30an yang mungkin pada tahun 2011 dah boleh jadi kaya raya dan ada semua benda, tapi pada umur 30 lebih baru dia nak panjat gunung kejayaan dan cari tujuan hidup dia. Mungkin aku boleh cakap dia kurang bernasib baik pada awalnya, tapi aku percaya yang kejayaan pada setiap orang akan datang. Cuma bergantung kepada masa, ada orang cepat dan ada orang lambat dapat kejayaan tu. Walaupun dah 13092483492384509438509385 cuba. Reason dia mudah, sebab Tuhan tak izin lagi kau capai benda tu. Tuhan tak izin lagi kau ada di tempat yang paling tinggi tu. Sebab Dia lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau, betul?



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari).



Bila dah start kerja, aku tak pernah tengok kawan aku tu mengeluh sikit pun. Apa yang senior suruh buat, dia ikot. Setiap masa kerja aku tengok muka dia tak pernah mengulat sekali pun. Maka memang dari situ aku nampak dia ada passion dalam retail. Dan aku cakap kat dia, WEH KAU KERJA LA KUAT KUAT. BAGI SEMUA ORANG NAMPAK KAU BAGUS DAN RAJIN BUAT KERJA. AKU HARAP KAU DAPAT JADI DIVISION HEAD DALAM MASA 2 TAHUN, INSYAALLAH. AKU DOAKAN KAU!



Dan sejak dari tu, aku sengaja mula panggil dia dengan gelaran BOS. Yang paling best sekali, semua budak budak batch aku yang baru masuk dah start panggil kawan aku tu BOS. Aku memang sengaja bagi dia gelaran macam tu. Dan bagi semua orang terbiasa panggil dia BOS. Sebab kan lebih 40 kali orang sebut kita dengan satu gelaran, benda tu sebagai doa?



Sesungguhnya, tu memang doa aku buat dia. Tak lama lagi, segala kesusahan dia akan berbaloi. Dan aku bukan saja nak dia jadi like a boss, tapi boss betul betul yang happily ever after wah macam cerita dongeng ke apa ni nak happily ever after pulak.


Amin!






Can consider this as wordless ah?














Asbab dosa






Aku tak tolak lawak kasar. Tak tolak lawak bodoh. Tak tolak lawak pedih. Kau bahan macam mana pun, aku tak tolak. Aku telan. Sapu habis. Sebab at the end of the day, benda tu cuma lawak. Untuk bagi kau, aku, jiran kau, moksu kau, posmen kau ketawa.


Tapi bila orang dah start sembang pasal fizikal kau, I can't take it anymore. I seriously can't take it weh.


"Berhati-hatilah tentang apa yang kamu perkatakan,
terutama tentang fizikal seseorang.

Walau dengan niat bergurau atau mengusik,
mungkin tanpa sedar membuat dia kecil hati dan rendah diri.

Kekurangan dia itu adalah ujian buat dia,
maka jangan sampai menjadi asbab dosa buat kamu."


Titik.







Cerita hati








Dalam department aku, ada sorang staff, india. Budak lagi. Dalam 18-19 tahun. First time aku tengok dia, aku taktau kenapa aku dapat baca yang dia memang degil, keras hati dan panas baran. Tapi sebenarnya, jauh dari semua 3 sifat tu, aku tau dia ada satu hati yang jujur dan innocent. Aku taktau kenapa aku rasa macam tu. It's like I can feel it. Macam dalam diri dia, aku tau yang dia simpan banyak sangat rahsia. Yang menyebabkan dia berperangai macam tu. Maklumlah. Aku kan pawang. Heh.


Since aku tau dia degil dan keras hati, maka aku tak pernah cakap kasar kat dia. Sebab aku tau orang macam tu kena ambik hati dia dulu, bagi dia trust aku dulu. Baru dia akan cerita apa sebenarnya plot cerita hidup dia. Tak, bukan aku cuba jadi mak enon nak kepoh kepoh tau pasal hal dia. Sebab first thing yang aku nampak dalam diri dia, dia jujur. Naif. That's why aku jaga hati dia, dan cuba build trust dalam diri dengan dengan aku. Aku nampak setiap hari dia sorokkan sesuatu. Cerita hidup dia.



Kau tau? Kadang kadang aku tengok dia, seolah olah kanak kanak hyperaktif yang nak perhatian. Macam 'sakit'. Dia pernah pegi tiup plastik lepas tu pegi letupkan depan customer. Lepas tu dia gelak. Dan customer tu tekejut dan sound dia BODOH. You see, nampak kat situ yang dia macam just nak have fun, nak cuba gembirakan orang lain, tapi dengan cara salah. Cara naif. Sebab tu aku rasa ada sesuatu dalam diri dia yang dia simpan, yang dia nak lepaskan kat orang. Sunyi. Sepi. Dalam hati dia sunyi, dia cuba nak get rid. Tapi dengan cara yang salah.



Maka semalam, dia datang kat aku. Dan cerita.


" Hana, you tau ke? Saya sangat sayang kat u. Saya suka kawan dengan you. Kalau saya cerita you jangan terkejut. Mak saya dah lama meninggal. Masa saya umur 13 tahun. Lepas dia meninggal, semua benda saya buat sendiri. Saya seorang. You tau ke, saya memang kat rumah sorang sorang. Saya balik kerja, kakak saya dah tidur. Ayah saya memang tak cakap dengan saya. Hari hari duduk bilik saja. Abang saya tak penah balik. Asyik keluar lepak. Saya memang seorang tau. Tengok tv seorang. Makan seorang. Basuh baju sendiri. Semua saya buat sendiri. Saya sayang mak saya. Dulu saya hanya bercakap dengan mak saya. Saya pendiam. Tak cakap dengan orang lain. Suka cakap dengan mak saya saja. Tapi sekarang, mak saya dah takde. Saya sedih sangat tak henti menangis. Tapi lepas tu, saya fikir, takkan la saya nak selamanya macam ni. Sebab tu saya cuba jadi gembira. Saya jadi banyak cakap. Sebab saya taknak jadi sedih sebab mak saya dah tak ada."



The moment dia sebut pasal mak, aku terus menangis. Dia jangan cakap la memang nangis jugak. Dan dari situ aku tau kenapa selama ni perangai dia pelik. Pelik macam she's hiding something. Ada sesuatu yang dia tak keluarkan. Despite semua yang dia hadapi, sikit pun aku tak penah nampak dia mengadu dia sedih dengan hidup dia. Sikit pun tak. Muka dia seolah olah dia cukup dengan semua benda. Nak dibandingkan dengan aku? Rosak.


Tapi satu benda yang paling terkesan dalam hati aku, bila dia cakap,


" Bila you marah, saya cepat tanya, Hana you marah ke? Saya tak suka you marah. Saya mesti jaga hati you. Sebab tu saya sayang orang yang sayang saya. Saya tau susah nak curi hati seseorang. Bila dapat, hargailah."








Hujan







Sebanyak kiraan hujan yang turun malam ni,
Sebanyak mana nikmat yang diberi,
Mohon cukupkan rasa hati aku.
Mohon cukupkan rasa sebak dada aku.
Mohon kembalikan semangat ini yang hilang selalu.


Mohon akar hati ditunjangkan,
Mohon pendirian tidak dilalangkan,
Mohon esok masih ada harapan.


Tuhan tolong kabarkan berita baik selama sabar aku menunggu.
Tolong kabarkan ya tuhan.
Aku tunggu.






Lidah sailormoon







Setiap kali bila security kompleks call department aku suruh paging, aku memang orang paling eksaited nak pegi. Bukan apa, bila dapat buat pengumuman, walaupun tak banyak, sikit pun jadi la nak rasa macam wow aku sungguh cute bila buat pengumuman kat shopping kompleks kekeke. Mula mula tak pernah ada comfiden di sebabkan suara garau dan payau. Tapi lepas di eksplen oleh senior, baru lah aku tau yang right after kau cakap depan mic announcement tu, suara kau akan otomatik jadi comel macam sailormoon.


Dan memang betul pun setiap kali nak paging customer sumpah rasa suara sexy gila rasa macam nak cium suara sendiri. Heh.


Maka hari ni macam biasa lah security kompleks call aku dan suruh paging. Ada customer lupa nak tutup lampu kereta.


" Selamat petang kepada pelanggan kami yang budiman. Sila ambil perhatian. Kepada pemilik kereta bernombor, AEY 3434, AEY 3434, LAMPU KERETA ANDA SEDANG BERBUNYI. Sila menuju ke arah kenderaan anda dengan segera. Terima kasih. "


LAMPU KERETA. SEDANG BERBUNYI.
LAMPU KERETA.
LAMPU KERETA.
LAMPU KERETA.
LAMPU KERETA.
SEDANG BERBUNYI.


Mana kau belajar lampu boleh ada bunyi, setan.







My Dairy






Diulang, MY DAIRY.
By Fatin Nabilah tahun depan darjah empat.
Adik kesayangan namun kerap bergaduh sebab dia selalu marah bila aku nak cium dia.
Di post dalam notes facebook beliau.



**


MALAM KHAMIS Hari ni ialah hari jumaat, semalam iaitu hari khamis,malam hari itu kena cakar.Saya punya dada sakit,sangat.Apabila saya bangun pagi-pagi,saya tidak sedar lagi.Selepas saya mandi,saya ternampak cakaran di badan saya.Saya berasa terkejut.Saya beritahu ibu saya yang saya ada cakaran pada badan saya.Saya meminta ubat kepada ibu saya.Tetapi ibu saya kata "ITU BUKANNYA LUKA."


PETANG/PAGI KHAMIS
Petang itu saya berasa sangat seronok.Saya berjoging bersama ayah saya di bonganvilla.Rumah saya dekat sahaja dengan bonganvilla.Selepas itu saya bermain bersama-sama kawan-kawan saya.Kami ingin berkenalan dengan budak baru.Tetapi mereka malu.Tapi kami pun malu.Budak-budak baru itu ada 3 orang.2 orang perempuan seorang lagi lelaki.Tapi saya tidak kenal lagi namanya.Sekian MY DAIRY saya hari ini.

BYE
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABAROKATUH


**


Malu dengan adik sendiri. Setiap kali habis tulis blog, tak pernah bagi salam. Nah, sekarang aku pun nak bagi.

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABAROKATUH. Bai.






Padu












Dua puluh-tiga



























Walaupun sebenarnya kena marah dengan division head sebab aku memberontak jugak nak cuti hari sabtu haritu, tapi aku hadapinya dengan tabah dan kering hati. Bukan apa, kalau birthday seminggu sekali mungkin la nak marah aku ambik cuti hari sabtu. Ini birthday pun setahun sekali. Setahun sekali nak sambut. Setahun sekali nak makan kek. Setahun sekali nak dapat hadiah pilih sendiri (kehkehkeh). Setahun sekali juga ada perasaan berada di era 23 tahun. Sungguh berasa wanita dan remaja sekali.


Walaupun aku adalah selalu whine pasal kerja aku, but after all I should be thankful to God that now I have everything that I want. Great family, great partner, great friends, great work.
Terima Kasih tak terhingga di atas nyawa ke 23 tahun.










Lelaki, tolonglah..






Cabut bulu hidung kau. Tak, susah sangat ke nak bersihkan bulu hidung? Kenapa aku selalu sangat jumpa lelaki yang bulu hidung panjang panjang sampai tekeluar? Apa ingat tu sebagai hiasan buat perempuan tergoda ke? Susah sangat ke nak spend barang 5 saat pergi duduk depan cermin, kembangkan hidung dan tengok ada bulu hidung ke tak kat dalam hidung kau. Lepas tu ia hanya mengambil masa sebanyak kurang 2 saat bagi mencabut beberapa helai bulu hidung kan? Melainkan kau seorang yang procedural gilaaaaaa sebelum cabut bulu hidung kena buat senaman hidung dulu. Nyanyi lagu negaraku 2 kali baru boleh ada feel cabut bulu hidung sendiri. Bukan, aku bukanlah nak belagak penasihat cum motivator kat sini mengenai kebersihan ke apa. Cuma aku nak bagitau kat semua lelaki lelaki, mungkin anda semua silap. Bulu hidung yang banyak dan terkeluar adalah tidak seksi mahupun meksi, jauh sekali pepsi.


Sekian. Hidung yang bersih adalah hak milik setiap insan.







Thiz isz makinged me criess






Puisi Zahiril Adzim untuk Shera Ayob ;




“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”



*LAP AIR MATA*
Biasalah. I kan over.







Perasaan sekali dalam sebulan








Semalam aku balik awal. Bukanlah balik awal yang tiba tiba tak habis lagi jam kerja terus balik. Maksud aku, janggal bagi seorang exec balik tepat tepat 9 jam. Sebab kami di arahkan untuk balik sejam atau 2 jam lambat setiap hari bagi mengcover bilangan pekerja yang tak cukup dan supaya tak perlu membagi OT kepada staff biasa.



Walaupun semalam customer ramai, lepas tu terang terang division head aku ada depan mata, berbekalkan tubuh kurus kering ini, maka aku telah berjaya menyelit nyelit di celah counter cashier dan berjaya mencabut diri sampai la keluar. AH-HA. *Tunjuk tanda bagus kepada pembaca* Eh maksalahnya ada ke pembaca ahak.


Kalau harini pergi kerja lepas tu tiba tiba kena tanya kenapa balik awal semalam, aku cakap je


SORRY MADAM. SEMALAM SAYA TERCIRIT DALAM SELUAR MAKA TERPAKSA LAH BALIK AWAL.


**

First time rasa berkobar kobar nak pergi kerja. Maklumlah. Gaji dah masuk.







Ramalan hidup untuk harini






Aku syak, sesetengah orang yang hidup dalam dunia ni tersalah info pasal kegunaan diri dia. Diri dia yang sebenarnya duduk dalam kelompok orang ramai, yang sebenarnya dia hidup kena fikir perasaan orang lain, tapi dia hanya fikir perasaan sendiri. Inilah dia kategori orang jual ikan. Yang maha pembusuk hati. Yang rasa macam gatal gatal ubun kepala bila tengok orang senang. Yang rasa macam bontot tak boleh nak duduk setempat bila tengok orang girang. Maklum lah sijil PHD tinggi sangat dalam diri. Betul lah tu, pangkat tinggi tinggi pun kadang kadang boleh mental. Patut orang macam ni kena bagi makan mentol banyak banyak bagi tecekik. Baru sedar diri, yang dia bukannya tinggi mana pun macam Tuhan yang nak semua orang sujud kat dia.



Apa lah boleh buat dengan orang macam ni? Nak di sayang, memang tak dapat. Rasa macam lagi nak lempang ada la. I mean, kita hati manusia normal yang kalau jenis tak gosok gigi seminggu, gigi akan berkarat kan? Masakan tak pernah ada perasaan marah. Masakan boleh jadi rilek buat muka kucing tengah tidur kalau berdepan dengan orang orang gila kuasa, tak sedar diri macam ni. Gosok gigi hari hari, tapi mulut masih berbau. Pakai ubat gigi jenis takde klorin, tu yang bila bercakap, baik macam mana pun ayat tu dia jadi berbau.



Aku ni bukan apa. Tak suka pun nak marah marah. Hari hari aku duduk dalam bilik pandang dinding, mintak Tuhan jadikan aku perempuan bersyukur. Bersyukur dari segi menghargai orang sekeliling walaupun kau tau yang di sekeliling kau penuh dengan manusia bila depan kau dia buat muka comel macam sailormoon, bila kat belakang, dia pegi kembangkan hidung tunjuk jari tengah kat kau. Apa punya turr?



Lagipun kalau marah marah selalu ni, kalau kau hari hari tak happy ni, kalau kau hari hari kerja menyumpah orang ni, sel sel kanser dalam badan kau tunggu hari je nak bukak rumah baru dalam badan. Hari hari dia asyik tanya kau, HAI BODY OWNER. MARAH LA LAGI. HERDIK LA LAGI. BENCI LA LAGI. AKU SUKA. AKU TAK SABAR NAK JADI LAGI BESAR DALAM BADAN KAU. WE WANT MORE WE WANT MORE!



Ini cerita benar. Sebab tu la orang yang happy go lucky ni lambat mati sebenarnya.







Cuba teka ini apa










Cuba teka. Gambar gambar kat atas ni adalah pintu untuk apa?

**


Pintu pejabat? SALAH!

Pintu bilik? SALAH!

Pintu Doraemon? LAGI SALAH!

Pintu hati? DIAM!


**


Jawapan dia,
Pintu untuk toilet kat tempat kerja aku.
SUMPAH!


Apa motif HR pergi letak signboard kamar-kamar ni pun aku taktau. Mula mula aku masuk toilet ni, ingat kan kat dalam dia siap ada katil kamar ruang aroma therapy apa semua.


Tengok tengok ada jamban dan paip je.
Ceh.










HOI






Kau tau tak apa perasaan dia bila customer panggil kau HOI! lepas tu kau datang kat customer tu dan cakap, NAMA SAYA BUKAN HOI EH.


Kau tau perasaan dia macam mana?
Puas hati, tahu.







Bapak II






Nak buat macam mana. Hidup nak cari makan. Tambah tambah bila line retail, gila apa weekend nak cuti? Tambah tambah aku kena dekat front line. Hari hari mengadap customer pun naik muak pun ada. Lagi lagi kalau customer yang style hentam tempat kerja kau, tapi tiba tiba muka kau yang kena maki BULLSHIT. Eh memang bullshit je yang terhinggap dalam kepala hotak bejambul aku sekarang sebab kelmarin baru dapat kena maki bullshit dengan customer. Maksalah dia sekarang, kalau nak maki tempat kerja aku, pergi la cari dinding ke, lantai ke, nah maki la puas puas. Ni nak mengamok dengan tempat kerja aku, muka aku yang dapat maki? Tahniah.



Weekend adalah wajib bagi aku kena buat closing untuk sehari, kerja 12pm - 12am. Apa? Terkejut? Podah. Padahal kau tak tekejut pun kan? Aku yang acah acah saspen kat sini tiba tiba nak bagi orang tekejut sebab weekend aku kena kerja 12 jam siap balik pukul 12 tengah malam ni ha. Sape nak jawab? Okay jawapan dia, bapak aku yang jawab.



Macam mana aku nak jelaskan di sini? Betapa sweetnya bapak aku bila setiap kali aku kena balik sampai closing, maka beliau akan message aku siap siap pukul 11.30pm ABAH TUNGGU KAT TRAFFIC LIGHT, OKAY.



Dan balik je aku pukul 12malam, ada bapak aku yang paling comel ni ikut aku dari belakang yang mana beliau bertindak selaku pengawas takot takot ada perompak ketuk cermin kereta aku dan mintak duit kat aku, tapi padan muka perompak tu sebab aku mana pernah bawak duit pergi kerja sebab aku hari hari bawak bekal kah kah okay diam.



Soalan trivia. Berapa markah kecomelan yang aku boleh bagi kat bapak aku sekarang?



Nah, Infiniti.
Sampai bila pun takkan dapat bapak macam ni.







Hal-hal sembahyang - Disampaikan oleh seorang cina.






Hari ni aku pergi training, dan trainer dia cina. Training gila punya awesome best bro. Nampak sangat harini aku good mood sebab tak kena masuk floor, maka tiba tiba terus ternaik selera makan. Tengok makanan dia punya stim lain macam betul. Aku syak harini aku dah makan 5 kali dari pagi tadi. Harap harap la lepas ni timbang berat badan, berat naik dari 42kg ke 120kg.



Memang tak pernah silap lah macam ni, God is the bestest friend I couldnt ask for more. Sebab Dia memang tau aku sekarang dalam mood give up, maka Dia hantar Mr Douglas kepada kami semua dan bagi training yang betul betul brain washed sampai aku rasa macam terus nak jadi positif sampai bila bila. Kalau staff marah marah pun aku rasa nak senyum lebar, staff kentut depan muka pun boleh bagi flying kiss lagi kat dia.


And the best thing yang aku dapat harini dari Mr Douglas bila dia cerita pasal sembahyang, prayers.


" Saya percaya, setiap orang tak kira apa agama pun mesti sembahyang. Sebab bila sembahyang, you akan dapat the positive charge dalam diri you. Tak kira la you Islam ke, Buddhist ke, Hindu or even Christian. Pergi lah sembahyang. Eh saya memang benci lah tengok orang yang tak pergi sembahyang ni. Come on la, 10 minit je you sembahyang 5 waktu sehari, susah sangat ke nak buat?"


Cina cakap macam tu woi. Malu sikit.





Barang kita yang hilang.








Aku taktau apa yang salah dengan bulan ni. Banyak sangat benda yang 'makan' duit aku. Yang tu tak kena yang ni tak kena, semua pakai duit. Tapi bila fikir balik, mungkin takde rezeki. Banyak tu je rezeki Tuhan nak bagi aku bulan ni. Lagipun kalau duit simpanan kau ada 4 juta dalam bank pun tu belum tentu hak mutlak kau. Walau kau simpan duit kau dalam peti besi 4kilo pun, belum tentu weh tu kau punya lagi.


Sebab semua benda yang kau ada dalam dunia ni bukan kau punya. Semua nikmat kau ada dalam dunia ni lagi lah bukan kau punya. Dia milik Allah. Bila bila masa Dia boleh tarik balik. Keluarga kau, kekasih kau, duit kau, kereta kau, rumah kau? Anytime Tuhan boleh tarik. Ramai orang tak ingat kot, kita hidup ni, semua pinjaman.



Kecuali bila kau keluarkan duit kau untuk sedekah dan buat amal jariah. Yang tu baru duit kau. Jadi cuba calculation balik, dah berapa dah duit sebenar kau dalam tempoh setahun ni? Silap silap tak ada langsung kau buat sedekah, maknanya sungguh miskin rupanya kau ya. Satu sen pun sebenarnya kau tak layak untuk punya.



" Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanya meminjam harta daripada Allah. Dan jikapun kita katakan kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula semua amanah kepada sang empunya. Ketahuilah, hidup kita, mati kita, semua yang kita miliki, adalah milik Allah. Maka jika itu yang kita yakini, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih? Tidak. Kita tidak akan sedih.


Ada orang kehilangan harta benda - 1000 nilainya, 2000, 3000, 4000 hatta 1000000 hatta berapa pun, kalau kita yakin bahawa itu milik Allah dan sudah tiba masanya untuk kembali kepada Allah, mengapa harus berdukacita? " - Dr Badrul Amin Bahron



Laaa tahzan. Jangan bersedih.








Macam mana nak sorok muka time menangis?






Taklah kali ni bukan post nak mengeluh ke apa. Cuma aku ni taktau la, bila aku menangis, aku memang tak boleh nak stop mata EH TAKMO NANGES EH TAKMO TAKMO. Lagi suruh tak nangis, lagi aku nangis. Tambah tambah bila orang tegur, Eh hanaaaa kau nangis ke?


Nak buat macam mana, manager tempat kerja garang. Aku jenis mak enon tak boleh control perasaan, lari pegi surau lepas tu sambil sembahyang sambil nangis. Apoda. Lepas tu konon boleh control muka, basuh muka banyak banyak dengan air, tapi bila masuk kerja balik dia akan turned out jadi pucat gila muka aku. Jadi macam mana nak sorok muka time nangis?


Habis masuk department sumorang tengok muka aku nangis. Macam mana nak jadi Kak Long kawasan ni? Kena marah dengan manager pun nangis. Geli tau.







Bagi can nak merniaga.








Hai.

Malas nak sembang banyak, cerita dia begini. Aku nak jual camera aku Nikon D3000. Tujuan jual adalah aku nak beli Nikon D3100. Camera tak pernah jatuh, badan tegap, masih dara, comel macam tuan dia, berwarna hitam dan manja.


Apa lagi nak, semua ada : body + kit lens + tripod + memory card 8gb + beg + filter



Harga boleh di bawak bebincang secara damai ataupun gaduh. Nah email aku kat hannamaruku@gmail.com







Jodoh.








Kau pernah jadi tak bila kau cakap taknak, tapi at the end of the day, kau dapat apa yang kau taknak tu?


Sebab tu la bila bercakap, kena jaga mulut kau betul betul. Takut telepas cakap, takut terjadinya riak, last last kau memang dapat balik apa yang kau ludah. Sembam kena balik ludah kat muka kau, rasa dia macam tahi, bukan.


Bukan apa, bila perempuan sama perempuan borak, mesti akan tersembang pasal bermadu. Sama ada jadi isteri kedua atau di madukan. Majoriti mesti cakap TAKNAK. TAKNAK AMBIK LAKI ORANG. TAKNAK DI MADUKAN. I mean, memang lah. Semua orang mesti ada perasaan macam tu. Tapi still, kita semua manusia, lawan dengan Tuhan. Mana lagi besar? Sedangkan kita nak reka satu kereta pun makan masa 40 tahun, Tuhan cakap Kun Fayakun, syurga dah jadi sekelip mata.



Aku tak cakap aku nak bermadu ke apa. Cuma bila cakap pasal benda benda perasaan ni, aku jadi takut. Cuma bila cakap pasal kesetiaan ni, aku jadi takut. Kau boleh janji semua benda dengan pasangan kau macam macam harini. Tapi kau taktau esok lusa hati kau berubah. Bila once hati kau berubah, kau ingat boleh nak main satu dua saat ke? Like, okay harini aku suka kau. Esok aku tak suka dah tau. Kau get ready siap siap. Minggu depan aku suka kau balik.



Walaupun sekarang kau macam dah nampak bayangan yang mungkin jodoh kau dengan siapa, tapi bagi aku, selagi kau tak mati, selagi tu kau taktau jodoh mati kau dengan siapa. Kau tak tau. Belum tentu. Sebab tu aku tak berani sebut pasal orang tu ambik laki orang, orang tu bermadu. Orang tu kawin dengan janda. Dengan duda. Orang tu tak kawen. Orang tu kawen 4.



Sebab semua benda pasal jodoh ni, kalau kau fikir pun, boleh pecah kepala. Apa kau boleh buat, adalah berdoa. Ada perasaan cinta tak salah. Sesiapa yang ada perasaan cinta tak pernah salah. Apa guna Tuhan cipta manusia lelaki perempuan. Semua layak untuk bercinta. Tapi bila dah mula cakap pasal kehilangan, sumpah aku takut sangat.



Tak. Sebena, kau faham ke tak apa benda yang aku nak cakap ni? Ah. Mampos tak layan. Rujuk SINI.








Ucapan selamat hari raya haji dari tempat kerja.







Eh tipu la kalau kau kata kat dalam dunia ni ada orang tak selfish. Semua style jual ikan. Kalau tak setiap masa pun, kadang kadang. Ceh mana ada kadang kadang. Aku rasa setiap masa semua orang selfish. Sebab kalau tak selfish, masa kan kau nak hidup. Mesti dah bunuh diri siap siap apa. Sebab kau pentingkan diri la kau nak hidup. Kalau tak dah lama dah kau pergi berjihad kat Palestin duduk barisan paling depan sekali. Ha yang tu baru aku sanggup sujud depan kau ucapkan terima kasih kerana sanggup berjuang di barisan hadapan Palestin menggantikan aku yang pengecut penakut ni.


Kalau dalam dunia ni takde orang selfish, masakan semua orang kat tempat kerja berebut rebut nak cuti hari raya haji. Sampai aku pun kena kerja raya ni. Aku repeat, aku kerja raya haji ni. Dah la kena kerja time orang raya, phone pulak jatuh dalam lubang jamban dan tak dapat diselamatkan. Padan muka siapa suruh mulut asyik gatal kata nak tuka phone, kan dah betul betul phone volunteer pegi terjun sendiri dalam lubang jamban?



Hari ni aku temenung sedas dua, dan ada sesuatu yang aku terfikir. Aku selalu berdoa mintak kat Tuhan nak badan cantik, nak kaya raya, nak dapat suami yang baik, nak kesihatan yang baik, nak dapat kerja yang menguntungkan, nak murah rezki, nak panjang umur.



Tapi sebenarnya ada lagi satu benda yang paling core sekali aku rasa kena mintak dekat Tuhan - Mintak di jadikan diri sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur.


Patut la aku ni jarang bersyukur. Lupa nak mintak kat Tuhan rupanya.


**


SELAMAT HARI RAYA HAJI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. ALLAH BLESS.






Lalalala kerja.







Serious aku tak boleh tidur. Terjaga pukul 4 pagi lepas tu ternangis sebab kaki sumpah lenguh gila. Nak tidur pun terus tak datang mood. Kerja dah la masuk pukul 7. Aku sekarang cuma berdoa yang kaki aku terus menerus lenguh supaya aku dapat ambik MC lepas tu tak payah pergi kerja. Kan dah satu nikmat dunia ke 14 aku dapat harini.


Entahlah aku pun taktau nak cakap apa. Kalau sembang pasal kerja, mungkin lebih menjurus kepada perbualan matang yedak? Aku cakap terus terang, aku adalah bukan seorang KL-oriented. Yang memang takkan boleh get used untuk duduk KL. Aku bertahan kerja kat sana 2 bulan. Jadi recruiter kat satu agency. Aku suka gila kerja tu, tapi environment KL yang lemas sesak, di tambah dengan gaji sikit terus buat aku turnoff nak kerja lama lama. Mana tak nye, pagi pagi naik bus, dah rasa macam aku ada kat Yogjakarta ke apa? Driver Indon, konduktor bus indon. Passenger lagi la pakej bangla sekali. Mampos tak layan, muka aku pun dah jadi indon. Ke muka aku memang hari hari macam indon? Kekekeke.



Lepas tu dapat job offer kat Ipoh, maka aku kembali ke Ipoh. Heaven tak heaven lah. Kerja memang penat tapi apa lagi nak fikir? Hari hari tak payah keluar duit, mak dah masak. Cuma nak fikir modal minyak kereta je. Tu pun tahan RM 10 seminggu sebab gigih tengah tengah panas gila pun aku tak bukak aircond jimat punya pasal. Apa nak di kisah ketiak peluh se tan dua asalkan duit jimat sehingga boleh kumpul duit beli rumah seunit dua? Wah gitu. Ah, asalkan duduk Ipoh hari hari tak jumpa Indon. Asalkan duduk Ipoh hari hari tak makan asap bus driver Indon bawak. Lega mak long.



Aku bersyukur sebab kerja aku di kelilingi orang orang positive. Sebab biasa la budak pendek macam aku mana reti bersyukur. Setiap 2 saat nak mengeluh weh penat weh penat. Tapi itu lah dia, Tuhan tau aku kadang kadang tak kuat, maka bila ditemukan dengan kawan kawan sekerja yang positive, aku pun jadi acah acah positive. Walau dalam hati kadang kadang WEH APA NI KERJA MACAM NAK MAMPOS AKU NAK BERENTI, LIKE VERY NOW. Maka berbekalkan hati tulus murni Dr Fadzilah Kamsiah, kawan kawan datang kepada aku dan kata, HANA, JANGAN LA SEDIH. KITA KERJA KENA HAPPY. LEBIH SEPARUH MASA MENGADAP KERJA, SO BILA ORANG TANYA, KERJA KITA BEST KE TAK, KITA CAKAP JE BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTT SANGAT. BARU RASA MOTIVATED NAK KERJA.


Itulah tu. Besttttttttttttttttttttttttt sangat kerja. Tu pasal kaki lenguh tiba tiba pada jam yang tak logik iaitu 4 pagi lepas tu sorang sorang syok sendiri update blog. But yes, aku fikir balik, kerja apa yang tak penat? Yang tak stress? Kerja tu rezeki Tuhan bagi, indirectly nikmat yang kadang kadang orang rasa macam satu beban. Walhal benda tu yang bagi kau duit. Ada yang maki maki kerja dia sendiri, semua benda tak kena. Padahal benda tu la rezeki yang Tuhan dah janjikan kat kau. Masih merungut lagi? Nasihat aku pada diri sendiri.


*Grateful*



Oh anyway, sejak kerja retail ni, aku baru tau yang rupa rupanya, dalam dunia ni ada dua brand kicap. Satu Kicap Cap Badminton. Satu lagi Kicap Cap Bola Sepak. Sumpah tak tipu.



Dan sejak kerja kat retail ni, aku dah pernah pecahkan dua barang dah. Satu perfume dan lagi satu lampu. Sekarang semua boleh panggil aku hana pecah. Baru rasa ganas. Berani play play dengan aku, ha tunggu sikit jam. Lepas ni aku pecahkan muka orang pulak.








Hello November!






Hai rekan rekan sekalian.
Sudah berbulan nampaknya tak update blog, nampak tak aku tiba tiba muncul tanpa di undang sesiapa? Selama ni tulis kat notes je, twitter je. Apa guna ada blog tapi tak update?


Tapi kali ni, aku tak perlukan respon sesiapa. Tak perlukan nuffnang. Tak perlukan hitstat untuk tau berapa ketul orang yang baca entry aku. Tak perlukan butang like. Lagilah butang share. Butang baju kau? Tak ada kena mengena.


Ni aku nak habaq,
Aku cuma nak menulis.
Welkem bek Noana Comida.






Sincerely, from down here.






Dia tak datang terus,
dia jauh.
betul jauh..


Belum tentu sejauh langit ke tujuh,
obviously bukan sedekat denyutan nadi,
tak tentu.
dia jauh.
betul jauh..


Tidak di lelong,
tiada di mudah.com.
sekali mintak belum tentu dia ada,
belum tentu.
dia jauh.
betul jauh..


Rayuan hamba lemah,
betul lemah.
rayuan hamba minta di beri hidayah,
hidayah yang milik yaAllah,
dia tu hidayah,
hidayah itu jauh.
betul jauh..



Sekali hamba mintak,
belum tentu sampai,
dua kali hamba mintak,
dia tak sampai sampai,
hamba usaha yaAllah,
mintak hidayah sampai.
sekarang hamba sedar yaAllah,
hidayah,iman,hati,kekayaan,kecantikan,keagungan,
keindahan,kebesaran,kebesaran,kebesaran,
semua milik yaTuhan.




Hidayah bukan senang untuk hamba gapai,
semua milik Kau.
semua milik Kau.



Allah the greatest. Allah the greatest.



Hidayah masih jauh,
betul jauh.
hanya dua tangan pinjaman,
di tala ke atas langit,
mintak di turunkan hidayah,
yang betul jauh.



Memang jauh.
dan,
semoga didekatkan.
Mintak didekatkan.
Dekatkan.
Dekatkan hidayah milikMu.
Aku dahagakan benda jauh tu.
Dekatkan.
Dekatkan.



Jauh.
Betul jauh..







Rebelan malam.







Dalam hidup kau, kadang kadang apa yang terlalu perfect tu yang buat kau bebal. Yang buat kau nak rebel. Yang buat sebenarnya lagi kau rasa tak kena dengan hidup kau. Dan mungkin sebab itu, Tuhan telah jadikan lelaki dan perempuan yang tak perfect, untuk berpasangan dan melengkapi antara satu sama lain.



Tapi dasar manusia yang tak tau bersyukur, kadang kadang bila mereka terima sesuatu yang sebenarnya adalah satu well-planned dari Tuhan, dia asyik mengeluh. Dan asyik berfikir dan mencari cari mana yang lebih dia rasakan sempurna untuk diri dia, pui. Manusia semua memang tak reti bersyukur.



Bila kau dah jatuh tersungkur baru kau nak sedar yang selama ni kau takbur. Takbur dengan nikmat Tuhan, kau baru sedar kau tak bersyukur.



Tapi aku selalu terfikir, kadang kadang seseorang yang terlalu perfect bukanlah sesuatu yang boleh buat kau lebih bahagia, bila mana kau sebenarnya akan rasa lebih bahagia dengan seseorang yang lebih tak perfect. Sebab kau dan dia akan saling melengkapi. Dan dari situ kau akan belajar cari kesalahan sama sendiri, janji takkan di ulang lagi.



Dan cinta memang tak boleh dipaksa. Hati dan perasaan milik Tuhan. Bila bila masa ia akan di tarik, atau di pulangkan. Feelings fade. Soal jodoh semua rahsia Dia. Kita tak tahu. Tapi aku pasti, seseorang yang tidak sempurna telah dijadikan untuk aku. Untuk kelak, aku sempurnakan dia. Dan dia wanitakan aku, menjadi makmum terbaik dia. Kalau boleh biarlah sampai syurga.


**


Tahniah buat ex boyfriend yang dah bertunang. Hati saya tak pernah ada sikit pun bait benci dekat awak. Cuma mahu lihat awak bahagia. Dan kini, saya tunggu kad jemputan, ya?


:)







Dari suara bukan merdu.







Aku baru lepas balik dari KL. Bila orang kata KL tu Kuala Lumpur, aku memang tak setuju langsung. Sebab aku rasa Kuala Lumpur tu patut di panggil, Kota Lemas. Serious kalau kau kata kau tak lemas bila duduk kat KL, kau gila. Memang. Duduk kat KL lama lama, boleh masuk klinik 1 Malaysia, kategori sakit jiwa. Jarak satu tempat kalau kau google kat google map yang hanyalah mengambil masa selama 5 minit, boleh jadi 400 jam bila kau kena mengharungi pelbagai jam di sepanjang jalan. Kalau dalam jam kau tidur, siap dah mimpi 45 episod pun kereta masih tak bergerak. Sebab tu lah orang kalau pergi kerja naik train. TAPI KALAU NAIK TRAIN PUN, ADA JUGAK LELAKI TAK PAHAM BAHASA NAIK KOC WANITA DALAM KTM, RASA MACAM NAK PERGI KAT DEPAN MUKA MEREKA DAN CAKAP, EH HELLO, PERIKSA SELUAR SEKARANG, KAU LELAKI KE PEREMPUAN? *tangan memegang kasut bersedia untuk membaling*



Jadi setelah beberapa interview yang telah di harung, maka aku telah mendapat kerja. Kerja ni memerlukan aku minum air asam jawa hari hari untuk bagi suara merdu. Ini bukan kerja penyanyi club atau pekerja kedai 5RM yang berdiri kat depan kedai lepas tu cakap SELAMAT DATANGGGG LIMA RINGGIT SETIAP BARANGGGGG. Tone dia annoying sampai aku hapal,tahu. Pendek cerita, aku kerja kat call centre. Tapi maksalah dia, aku dah testing suara banyak kali cuba nak jadi versi manja dah lemah gemalai demi kesejahteraan customer, SERIOUS FAILED. Sememangnya suara garau macam aku, memang takan berjaya untuk jadi cute, harap harap aku tak diterminate lepas sebulan kerja.



Dan sekarang ni aku ada maksalah lagi besar.


Tak tau mana datang jerawat kat atas dagu, baik punye. Belum campur dengan dahi aku. Ada lebih kurang 3 jerawat besar, 2 sederhana besar dan 15 jerawat kecik.


Dan yang paling best, tiba tiba ada tahi lalat kat bawah bibir. Ingat muka aku ni makanan terbiar ke lalat suka nak berak berak?







Cuba sembur hati pakai air freshener.






Aku dah belajar satu benda yang paling valuable dalam dunia, iaitu setiap hari cuba bersihkan hati dan maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku. Sebab diri aku sendiri pun tak cukup pure sampai nak dendam dengan siapa siapa yang pernah buat salah dengan aku, lepas tu buat sumpahan macam OH KAU BUAT SALAH DENGAN AKU, MAKA AKU BENCI KAU SEUMUR HIDUP AKU. Hati tak cukup pure di sini adalah hati yang masih selalu berbuat dosa, yang kadang kadang tercurang dengan Maha Esa. Disebabkan iman manusia yang kadang kadang terbolak balik, terturun naik. Well, hati semua orang pun tak pure.



Jadi kenapa mesti berat hati untuk maafkan kesalahan orang lain? Sedangkan kau masih banyak buat salah dengan Tuhan, dan jarang mintak maaf dengan Dia. Maka kau perlu malu bila kau taknak maafkan kesalahan orang lain. Ar Rahman sentiasa bagi peluang berkali kali dalam setiap kesalahan yang kau pernah buat, nikmat hidup yang sentiasa kau dapat. Kau dapat tengok kan, Ar Rahim tak pernah berkira. Maka, tutup buku lama dan jangan berkira untuk beli pemadan dendam, lalu padamkan semua hutang 555 dalam hati busuk kau. Padam, sisip sisa ke tepi. Sebelum tidur, sembur hati dengan air freshener perisa strawberry.



Biar esok pagi hati kita semua wangi.








Pilihan.






Kau pernah ada dalam keadaan perlu buat dua pilihan? Tapi dua pilihan yang perlukan kau pilih antara satu. Dua pilihan yang kau rasa bagus untuk diri kau. Yang kau rasa ralit nak tolak antara salah satu sebab kau nak dua dua?



Kadang kadang aku rasa macam nak mintak Tuhan bagi aku sixth sense. Yang boleh bagi mata aku tengok masa depan. At least kalau takde sixth sense pun, boleh bagi aku gambaran, atau alah, sekurang kurang nya satu mimpi untuk bagi aku petunjuk. Atau sebenarnya Tuhan tak bagi apa apa gambaran sebab dua dua yang aku sedang nak pilih ni adalah dua dua yang bukan terbaik untuk aku?



Atau boleh jadi tiada gambaran, supaya aku buat keputusan sendiri, lalu buat silap. Belajar untuk gagal, jadi manusia temporary gagal, lalu bangun balik tunjuk pada semua orang yang aku belajar dari kesalahan?



Aku harap teori ni betul.







Saya dah tengok KL Gangster, woot wootttttt.









Woot wooooot. Aku dari dulu memang taktau kenapa orang akan kata woot woot bila tulis sesuatu. Macam ada orang pernah update status kat FB, YEAYY ESOK PERGI PENANG, WOOT WOOT. Woot woot tu apa sebena? Sebuah bunyi hon untuk acknowledge kau tengah buat sesuatu ke apa? Atau sebuah perkataan untuk mengatakan yang kau sedang berada di mood gedik, dan merasa diri cute? Setiap kali bila orang tulis woot woot aku akan bayangkan orang tu tengah muncungkan mulut dia macam ;




Ni.

Atau lebih cute, macam


Ni.


Aku tak puas hati, maka aku google apa maksud woot woot dan aku dapat jawapan ni

An expression one may utter in complete approval or joy.


Ohhhh. Jadi lepas ni boleh la aku cakap dengan mak aku, MAKKK, ANA DAH DAPAT KERJAAAA WOOT WOOTTTT. Atau, Serioussssssss aku dah tengok KL Gangster wey dan dia adalah best gilaaaaaaa woot woot! Cuma apa yang bermain kat fikiran aku, semua orang yang cakap woot woot bila tulis, adakah dorang cakap jugak perkataan tu bila bercakap? Bercakap yang memang bercakap for real. Ade?


***


Aku memang dah tengok KL Gangster. 5 bintang woi. Pergi la tengok, best gila. Setiap scene zizan, satu panggung akan gelak. Adi Putra dan Aaron Aziz bawak watak diorang dengan awesome. Cuma watak Shamsul Yusof yang nama dia Shark macam kureng sikit lah. Aku taktau kenapa dia jadi gangster macam tak jadi. Dah la bila setiap kali nama Shark di sebut, aku mesti teringat SHAX. Pencemaran fikiran tahu. Tak senang aku nak tengok movie bila dengar nama Shark, terbayang muka Shax. Petui.


Tapi ada satu benda aku tak puas hati, bila setiap kali movie Shamsul, mesti nak kena ada dalam club. Lepas tu perempuan seksi. Dan mesti cerita pasal seorang perempuan yang dah rosak, makan pil, pergi clubbing alaaaaa bosan la, come on la. Keluar la sikit dari persepsi 'melayu rosak mesti pergi club.' Kalau kau cuba cari idea lain selain dari rosak cara tu, mungkin lagi best. Anyhow, plot cerita ni memang best dan aku faham satu satu. Tak serabut. Aku sebena tak minat tengok movie yang genre macam ni, lawan-lawan. Aku jadi pening. Hari tu masa tengok Fast 5 pun aku bantai tidur masa tengah-tengah cerita. Aku tak minat cerita banyak berfikir. Tapi cerita ni berjaya bagi aku duduk terpaku dan amazed gila dengan semua pelakon dia.



DAN AKU TAU MESTI ORANG BELAKANG MENGATA AKU SEBAB AKU RASA AKU YANG PALING MENGGELABAH KAT SITU TUTUP MATA SEBELAH LEPAS TU TAK HABIS HABIS REPEAT BENDA SAMA MACAM 'OMAIGOD!'. 'HA! PADAN MUKA DIA!' 'ALAMAK ALAMAK, APA DIA NAK BUAT ALAMAKKK.' Serious weh mak enon. Malu tahu? T_______T



***


Esok ada gathering Blogger Perak kat Jusco Ipoh. Siapa pergi? Woot woot.











Ciri ciri penakut yang diminati ramai.










Haritu aku ada kerja kat Wisma Belia Jalan Putra. Wisma Belia tu kira stended bekas bangunan pentadbiran. Tapi kan sekarang dah transfer kat Putrajaya. Maka bangunan tu memang usang lama gila seram. Sebab aktiviti yang aku buat tu adalah dalam satu hall kat wisma tu, so untuk bermalam, terus bermalam kat Hotel Wisma tu sendiri. Dah la aku dapat bilik boleh muat 40 orang. Kemaen besau. Nak kata aku ada bagitau aku bawak kembar tiga, takde pulak. Ni bukan main katil aku dapat sampai 3. Bila time nak tidur memang la aku menggelabah bukak lampu bukak tivi sampai pagi. Pusing sini, aku rasa macam kat belakang ada orang tengok aku. Pusing belah lain, aku double check balik kat belakang kot kot ada hantu tengah baring sambil senyum senyum. Tengok tingkap terus teringat hantu karipap. Ni semua bedebah Kumpulan Balas punya pasal.




Lepas tu bila aku dengar bunyi-bunyi kat luar, aku pegi cek kat cermin kecik depan pintu. Oh, nasib baik takde siapa. Sebelum aku check, aku selalu bayangkan time aku nak tengok tu, ada mata orang lain jugak yang tengah mengintip aku dari luar. Imaginasi macam ni, memang mintak makan kasut peram 7 hari tahu? Ada kadang kadang, aku tak puas hati. Aku nak tengok visual secara besar-besar. Aku terus bukak pintu. Bila bukak pintu sumpah lagi seram bila tengok pintu depan bilik aku ada kesan cakar dengan kesan tapak tangan. Tapi time tu aku sedapkan je hati aku, OH TAPAK TANGAN KUCING KOT. MANA TAU DIA MAIN ACAH ACAH DENGAN ANAK DIA LETAK TANGAN KAT PINTU. Tapi masalah dia, mana mungkin kucing. Sebab tapak tangan tu memang tapak tangan manusia? Enough said, aku memang penakut.



Dan benda yang paling epic aku pernah buat masa kat wisma belia adalah, lepas balik dinner dengan kawan kawan office dan masuk bilik, aku tak sedar dan tak ingat langsung yang aku tinggal kunci kat luar bilik, sampai esok paginya. Bukankah ia ciri ciri orang yang mengundang kecelakaan macam tu? Nasib baik takde jadi apa apa, kalau tak, tak pasal pasal esok Metro keluar GEMPAR SEORANG GADIS YANG AGAK COMEL TELAH DIROMPAK KERANA BANGANG PERGI TINGGAL KUNCI HOTEL KAT LUAR BILIK.



Bilik yang aku duduk tu, tingkat 6. Seperti mana yang orang tak sedia maklum, aku memang penakut naik lif. Tambah tambah pulak naik sorang. Tambah tambah pulak lif bangunan lama. Tambah tambah pulak, aku penakut. Memang bila aku nak naik dan turun, aku guna tangga je. Penakut punya pasal, kaki aku sampai sekarang rasa macam terseliuh lagi.




Dan esok, aku akan pergi bangunan yang memerlukan aku naik tingkat 19. Jadi, siapa nak jawab sekarang?












# WW2 Wordless Wednesday.













5 benda penting tentang pergi interview yang kau wajib tahu.






Jadi, haritu aku dah buat entry pasal 5 benda penting kena ada dalam resume kau, kan? Hari ni kita akan melangkah lagi setapak ke peringkat seterusnya bagi menjamin mendapat kerja yang baik dan di sayangi bakal employer kita, drum roll please.



1) Tolong bawak pen.



Benda ni memang dah banyak gila jadi. Bila nak pergi interview tak reti nak bawak pen? Kalau pen tu jenis 500kg berat nak mampus tu aku boleh terima lagi kau taknak bawak, ni kecik cenonet sebatang tu je pon. Perfume 2kilo boleh pulak kau bawak letak dalam handbag siap kalau boleh spray febreze pun kau bawak sekali kahkah. Bila nak attend interview, pen tu la yang paling core, tahu? Sebab kau nak kena isi application form kuiz personaliti kuiz IQ kuiz perlancongan apa semua company tu bagi. Maka bila kau mintak kat bakal employer kau pen, memang sungguh tak gentleman nampak sangat kau tak ready nak pergi interview. Cuba kau tunjuk semangat sikit bawak pen satu bekas pelbagai warna ha tu baru betul betul ngam. Terus orang nak ambik kau kerja jadi Executive Pen sebab keminatan kau kepada pen yang begitu jitu.




2) Pakaian mesti formal dan bukan berwarna warni.

Aku tau la kau tu blogger fashionista dan kau ada 455033895334 follower yang meminati gaya dan pesyen kau setiap hari. Tapi bila kau pergi interview, tak perlu kau nak inform kepada semua orang yang kau adalah fashionista dan tak perlu lah kau nak memakai reben atau pun belon di atas shawl kau kelak di gelakkan saja oleh bakal employer. Juga tak payah la kau nak pakai shawl perisa pelangi, perisa polka dot atau yang berwarna terlalu happening bagi menunjukkan personaliti kau yang happy go lucky tu. This is your future matter. Bukan pertunjukan fashion matter. Elok kalau kau pakai kemeja dan shawl colour plain. Nak lebih aum pakai la blazer yedak. Kalau interview dengan govern,baju kurung pun okay. Dress code untuk laki macam tak payah explain pun takpe, mesti lah pakai kemeja tie, slack dan high heels kasut kulit.




3) Jangan burukkan previous employer / company

Masa kau masuk interview, panel akan tanya kau, kenapa kau nak quit dari company kau sekarang atau yang lepas. Dulu masa aku intern dan aku ikut HR Officer interview orang, ada budak yang jawab SEBAB TAK TAHAN PRESSURE. JANGAN CAKAP KAU TAK TAHAN PRESSURE atau alasan alasan macam MANAGEMENT COMPANY TU TERUK, TAK NGAM DENGAN PEKERJA LAIN and so forth. Sebab nanti panel akan question balik kat kau, KALAU TAK TAHAN PRESSURE, NANTI YOU KERJA KAT COMPANY NI, LEPAS TU YOU KENA PRESSURE SIKIT, TAKKAN YOU NAK BERENTI JUGAK? Pendek kata, jangan jawab benda benda yang akan makan diri kau balik. Sebaliknya jawab je SEBAB SAYA NAK CARI EXPERIENCE LAIN YANG LAGI SESUAI DENGAN QUALIFICATION SAYA, SEBAB SAYA NAK BEKERJA TEMPAT YANG LAGI DEKAT DENGAN RUMAH SAYA dan pandai pandai la kau gebang. Janji jangan libatkan keburukan company yang kau kerja.




4) Tell us something about yourself.

Ni pun satu soalan stended panel akan tanya kau. Kebanyakan orang akan terus gelodak nak bagitau pasal nama adik beradik la, nama kawan musuh la, kawan istimewa, kawan akrab, kawan biasa, kenangan manis bersama ibu bapa. Okay sebenarnya, jawapan yang paling bagus bila panel tanya pasal diri kau adalah BAGI TAU NAMA PENUH, NAMA PANGGILAN, UMUR, ASAL, BACHELOR/DIPLOMA DARI MANA, DAN PENGALAMAN KAU BEKERJA. Faham?





5) Anything you want to ask about this company?


Ada jugak haritu, sorang kawan aku dapat jadi panel kat company dia intern, lepas tu ada sorang interivewee ni pergi mintak number telepon dia. Bukan main gatai lagi abang tu tau. Haha. Ini bukan satu soalan yang patut di tanya kalau panel tu suruh kau tanya soalan pasal company tu. Selalu nya kalau macam ni, tanya pasal kebajikan kau bila kau dapat kerja dengan company tu nanti macam LEAVE KAU, MEDICAL, ALLOWANCE, PROBATION PERIOD DAN SALARY INCREMENT AFTER PROBATION, KALAU ADA MILAGE CLAIM TANYA BERAPA PER KILOMETER, WORKING HOURS, DRESSING CODE, oh jangan selfish sangat asyik tanya pasal kebajikan kau, tanya la sekali pasal apa job description dan things yang kau kena buat kalau dapat kerja tu nanti dannn errrr tu je la kot, ke kau pergi cari sendiri la soalan lain atau kalau kau dah taktau nak tanya ape sangat, kau tanya la pasal siapa juara mentor musim ke 5 tahun ini.




Oh dan lagi satu point tetinggal, hafal dan google pasal background company dan activities, products yang diorang buat jugak.



**


Milimilo share video ni kat aku tadi, dan ia adalah superAWESOME dan kelakar gila.








Well, this is it.








Susah kan bila kau hidup perlu jaga hati banyak orang. Dan kadang kadang, walaupun kau banyak pilihan untuk hidup kau, kau terpaksa hidup dengan pilihan orang lain. Maka bila kau hidup atas pilihan orang lain, nikmat dia akan jadi berbeza sebab kau akan nampak orang lain gembira dulu, tapi bukan kau. And you just have to do it, though it hurts you a whole lot. Bila di stage ini, takde penjelasan padu yang boleh kau buat, sebab semua orang mahu melihat decision mereka adalah terbaik untuk kau. Which sebenarnya kau ada satu harapan sendiri dan kau mahu rasa perjalanan hidup yang kau reka sendiri tapi, there's no other choice. Choice yang tinggal adalah melihat orang lain gembira. Keputusan untuk tidak mahu jadi derhaka, adalah keputusan yang paling mulia. Aku lupa nak sedar, selama 20 tahun telah dibesarkan oleh si empunya ovum dan sperma, dan kali ni aku tunduk untuk bayar segala jasa mereka dengan meletakkan pilihan mereka sebagai priority dan pilihan aku adalah di kedudukan paling terakhir.



If you are trapped between your feelings and what other people think is right, always go for whatever that makes you happy.




Unless, you want everybody to be happy except you.







Kehadapan hana cemas,








Harini aku pergi kedai fotostet. Sebab nak print resume dengan cover letter bonyok bonyok. Masa kat kedai, aku telah meletakkan handphone aku di atas meja. Apabila aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku telah menjerit di dalam hati EH ALAMAK MANA HANDPHONE AKU? MANA HANDPHONE AKU? Lalu aku dalam keadaan gabra telah pergi kembali ke kedai terbabit lalu pergi cari handphone aku di atas meja kedai tu. Tapi malangnya tidak berjumpa. Aku pening. Dan hampir menangis. Terus ingat dosa dosa lampau, yang boleh di jadikan sebagai bala lalu menyebabkan handphone aku hilang. Aku pinjam handphone orang kedai nak misscall handphone aku, tengok tengok handphone aku sebena ada dalam pocket.




Ohhhh. Bangang jugak aku. Rupanya aku dah angkat handphone letak dalam poket. Ingatkan tertinggal atas meja. Fail kan aku? Memang failed.




Pernah juga terjadi kes kes lain, seperti spek mata suka hilang. Menggelupur aku cari satu rumah, tengok tengok aku pergi selit kat atas rambut. Acah acah spek hitam tu, yang orang dok bukan main sangkut kat atas rambut bila masuk supermarket? Aku pun nak jugak, tengok tengok sendiri sorok atas rambut, sendiri lupa spek letak kat mana.



Fail kan aku? Memang failed.




Baru baru ini juga telah terjadi satu kes di kl central. Masa tu dah kelam kabut makan laju laju kat MCD. Lepas tu letak beg aku kat bawah meja. Maka bila dah jadi kelam kabut, apa pun tak boleh, aku terus berlari menuju ke platform 2 sebab train balik Ipoh dah membuat panggilan yang terakhir. Disebabkan diri ini di lahirkan menjadi seorang pelupa dan kelam kabut, maka beg baju aku tertinggal di dalam MCD. Patut la masa turun eskelator aku rasa macam apahal ringan sangat badan aku lenggang lenggok tali kecapi. Nasib baik mempunyai kawan yang seperti XMEN telah mengingatkan aku tentang beg aku, maka dia dengan kadar cepat pergi lari naik balik kat MCD dan ambik kan beg aku. Dan time tu train dah nak jalan, dan beg pula tertinggal, dan yes, fail kan aku? Memang failed.




Ya, dan kau semua boleh mula panggil aku dengan nama baru. AKAK CEMAS. Cemas ini dirujuk kepada cemas tak tentu pasal tanpa sebarang sebab. Boleh jadi kadang kadang tak cemas langsung, sampai lupa banyak benda nasib baik woh ada orang yang tolong ingatkan, yesss. Dah boleh tukar dah nama kau kat facebook. Norhana Rosmida Cemas.











Video budak takde tangan, tapi dengan dua kaki.











Serious aku tak tahan gila tengok video ni, aku menangis. Sebab? Sebab aku rasa loser gila. Seorang yang tak cacat macam aku, selalu gila merungut macam macam. Kadang kadang ada masa tak bersyukur langsung dengan apa aku ada. Kadang kadang rasa macam weh dunia, apsal kau gelap gelita? Tapi sebenarnya mana ada gelap. Sebab setiap pelusuk Tuhan bagi nikmat cahaya. Cuma kita sendiri yang tak pandai menilai dan tak pandai gunakan semua nikmat yang Tuhan bagi betul betul. Fully utilized orang putih kata.


Dalam hidup, kau hanya ada dua pilihan ;


1) Bersyukur, bergembira dan mati.


2) Merungut, bersedih dan mati.



Dah kau tak payah pening. Tengok dulu video kat atas ni. Budak umur 11 tahun takde dua dua tangan pun tau makna bersyukur, tahu? Malu sikit woi. Malu sikit.






Kau tak mati lagi.








Aku mintak maaf jika aku tiba tiba keluarkan hormon kasar malam ni. Aku tak tau kenapa news feed aku belambak lambak sangat pasal orang putus cinta. Lepas tu keluar ayat sedih. Keluar lagu sedih. Keluar 'tanpa mu aku mati.' Mati ke kau sekarang? Mati ke tak? Lain lah kau sekarang tengah get ready tali rafia atas siling lepas tu nak gantung diri.



Dan sekarang, aku lemas tengok status status macam tu, aku geli. Maaf, aku bukan ditugaskan untuk faham perasaan berada di tempat kau. Tapi yang aku pasti, Tuhan memang akan selalu ada kat sisi kau. Kau takkan mati.




Jangan bersedih sampai bekudis hati kau. Mati sangat ke kau bila putus cinta? Kau tak putus cinta dengan Tuhan lagi. Tolong stop letak status pasal kau sedih ex kau dump kau, will you? Dunia tak kiamat lagi. Imam Mahdi tak turun lagi. Bulan akan turun malam ni perlahan, matahari naik esok pagi. Kau tak akan mati la, kau dengar tak apa aku cakap ni? Dan satu benda yang kau kena tau, untungnya kau. Kau sempat bertaubat lagi.



***


Dah dah la tu menangis. Kau tak mati lagi, kau tolong faham. Kau tak mati lagi.







Kisah sedih aku.








Sejak hidup sebagai penganggur ni, kat rumah tugas aku yang paling CORE adalah kemas dapur lepas masak dan semua yang berkaitan dengan kain. Basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain. Lepas tu duduk depan laptop, pegi google resipi dengan makanan sedap sedap, reblog kat tumblr. Telan air liur, tahu? Dan aku taktau apa sebab musabab lain yang menyebabkan aku sekarang kuat makan gila. Macam sebelum ni kalau makan kat mana mana, aku tak pernah habis. Kalau pegi breakfast dengan family aku, aku selalu order roti canai lepas tu makan satu carik, aku pass baton kat bapak aku. Kadang kadang tukar mood makan nasik lemak, confirm aku makan timun dengan telur je lepas tu nasik 4 5 butir, aku pass baton lagi kat bapak aku.



Tapi kini tidak lagi.


Licin, tahu.


Licin, tahu.



Ini boleh di katakan sebagai sindrom, semakin kau tak bekerja, semakin kau menyusahkan mak bapak dengan banyak gila kau makan. Kadang kadang heaven jugak rasa dia sebab pagi pagi mak masuk bilik ALONG ADA DUET TAK? NAH ABAH BAGI. Ha todia. Itu la baru di namakan bangun pagi pagi murah rezeki. Kalau macam ni punya senang, memang sampai umur 400 tahun pun aku nak hidup macam ni. Tapi nasib baik kepala hotak masih function lagi. Ada sikit sikit la aku cari kerja sana sini. Sebab sedar diri, takkan mak bapak nak tanggung hari hari? Nyeh nyeh jadi pantun pulak.



Okay, tukar cerita lain. Semalam aku hantar bekal kat adik aku. Boleh pulak kecik kecik dia jadi mak enon lupa bawak bekal. Dah siap packaging dalam plastik comel comel lepas tu lupa nak bawak. Maka mak sub tugas kat aku suruh hantar pergi sekolah. Time aku jalan jalan tengah cari kelas, ada sorang cikgu ni tegur, AKAK CARI ANAK KE?



Nehipyarkarega betei. Terasa nak azan kat telinga dia. Terguris hati aku. Ada ke cari anak? Dah la panggil aku akak? Cari anak pulak? Tu takpe lagi. Tengah jalan jalan, aku tanya sorang budak, kelas 3 Zamrud kat mana? Dia jawab jawapan cute punya, OH KELAS DIA KAT DEPAN TU MAKCIK.



Eh ni sebab lagi menganggur, lagi muka macam makcik ke apa? Bagi aku kerja sekarang!









5 benda penting kena ada dalam resume kau.









Okay aku tergerak nak tulis pasal benda ni sebab aku rasa macam ramai orang taktau pasal benda ni. Tambah tambah yang bukan student management, selalu bila nak buat resume, dia kemaen bantai je apa benda dia nak tulis. Maka aku sebagai pelajar berkelulusan Human Resource yang ada sikit sikit belajar pasal buat resume ni, nak cerita sikit kat korang. Mungkin bila aku cakap 'pelajar berkelulusan Human Resource' tu macam geli sungguh ketiak korang, macam EH KAU SIAPA INGAT KAU HOT LETTEW AMEK HUMAN RESOURCE NAK SHOW OFF ILMU LETTEW. Serious shit tak, sebab aku buat ni pun berdasarkan ape yang aku nampak kat resume orang time aku intern kat department HR dulu.



Benda yang kau tak patut buat dalam resume.


1) Untuk satu resume yang ada quality dan di pandang tinggi oleh masyarakat, kau tolong la jangan buat resume sampai 600 page. Ada sekali tu ada budak hantar resume dia kat HR, bukan main macam buku skrap lagi resume dia. Kau tak payah nak jadi macam OK SYARIKAT ABC SILA PANDANG AKU, TEBAL GILA WOH RESUME AKU MENANDAKAN KAU KENA AMEK AKU KERJA. INI MENUNJUKKAN EFFORT AKU YANG TAK BERBELAH BAGI, BAIK KAU AMEK AKU KERJA. And man, persepsi kau salah! Takde makne HR kemaen rajen nak baca resume kau yang 600 page tu. Kalau 4 5 page pun ktorang malas nak baca, ni kan lagi 600 page. Tak payah la kau nak letak personal details kau merangkumi makanan kegemaran, tempat favourite ketika tidur, atau gambar gambar ex boyfriend saya dalam resume kau. Okay ni memang tak lawak sebab tak logik la. Takkan la kau bangang sangat nak letak makanan kegemaran,senarai ex boyfriend apa bala semua kan. Mungkin aku sebena yang bangang pegi bagi example macam ni kuehkehkeh. Tapi kan,kalau kau betul geram suka nak letak jugak sijil kau seketul dua dalam resume kau, letak la mini transkrip atau result SPM kau.



2) Make sure resume kau padat dan pendek. Ada yang jenis rajin buat karangan 1000 patah perkataan termasuk acknowledgment kepada ibu bapa kerana menyokong saya mencari kerja selama ni. Weh serios tak payah. Dalam satu resume, apa yang penting adalah PERSONAL DETAILS kau. Kalau takde personal details macam mana company tu nak call kau. Takkan number kau turun dari langit atau sedang employer tu mandi tiba tiba datang ilham number telefon kau muncul di dalam kepala. Common sense la, this is the most crucial part. Alamak kan dah terspeaking. Oh sebelum aku lupa, email kau pun penting. Please make it formal macam norhanarosmida@yahoo.com. Bukan hana_cutee_girlz@yahoo.com atau hanalurveabu@yahoo.com.


3) Aku tak rasa part CAREER OBJECTIVE tu penting. Sebab tak perlu pun tak pe aku rasa. Kebanyakan orang mesti google punya career objective tu macam aku taktau. Nak nak pulak orang tak reti nak main copy paste. Kerja mintak nak jadi kerani, tiba tiba career objective, With 10 years of extensive management experience in the oil industry, seeking a Senior Petrophysicist position which will allow me to utilize my experiences to mentor and train my team. Kemaen oil industry. Kan dah Zee Avi nak nyanyi lagu Kantoi kat kau. Untuk bagitau courses yang kau ambik dengan experience kau, kau boleh sembang dalam cover letter okay.




4) Aku rasa apa yang penting dalam resume kau selain personal details adalah WORK EXPERIENCE, EDUCATION, AWARDS AND ACHIEVEMENT, SKILLS AND STRENGTH, EXTRA CURRICULAR ACTIVITIES, AND REFERENCE. Ada semua benda ni dah cukup. Extra curriculur tu kau amek je yang latest. Contoh kau budak degree, kau amek la dari Diploma. Agak agak time SPM kau penah menang lumba lari 4000 meter kategori kebangsaan, kau letak la sekali. Sebab KEBANGSAAN tu macam kena highlighted untuk promote diri kau. Contoh kau adalah terlalu aktif gila masa dekat U dulu, letak achievement korang yang paling gempak macam PRESIDENT, SECRETARY, AJK. Kecuali, kalau kau memang tak penah jadi president ke AJK ke ape, kau letak la kau ahli biasa. Sian pulak takkan nak biar extra koko kau kosong yedok. Tapi kalau setakat wakil kelas dapat nombor 17, tak payah nak letak la weh. Pertandingan nasyid masa tadika pun kau tak payah letak. Tu yang buat resume kau jadi 600 page, tahu.




5) Oh yessss lagi satu, tolong la gambar resume korang elok sket. Ada dulu aku tengok, kemaen gambar posing kat food court jusco pun ada, amboi mak enon. Mulut muncung sket, kepala lentok. Humang ai, tak formal. Susah apa kau nak pegi kedai gambar jap amek gambar? Tak pun kalau dah bakhil sangat taknak bayar kat kedai gambar, kau cari la background warne biru tangkap muka kau pakai handphone pakai kot sekilo dua, baru la smart sket resume kau.




DANNNNNNNNN semua sijil sijil kau, tak payah include dalam resume alamak berapa kali aku nak jadi mak tiri marah marah ni? Aku tau kau gelodak nak tunjuk sijil pemenang lompat kijang kau kat orang, tapi kau dah boleh sabar tunggu majikan call kau interview. Itu jam kau bawak la semua sijil kau. Nak bawak 50 file pun takpe. Tu pun kalau majikan larat nak tengok. Make sure sijil SPM paling depan, di ikuti dengan Degree dan Diploma kau. Baru PMR, MUET dan sijil sijil kau yang lain. So people, MAKE SURE RESUME ANDA ADALAH 2-3 PAGE SAHAJA, TAK PAYAH LEBIH DARI TU. Kbai.






** Siapa siapa still pening pening lagi taktau mana nak dapat contoh resume, email aku kat hannamaruku@yahoo.com. Aku bagi contoh resume dengan cover letter sekali. Ni je aku boleh tolong. Jangan harap kat aku je, try cari source lain yang boleh buat resume dengan cover letter korang gempak. First impression tu penting, so good luck people!












5 months, out of 70 years.







"If Allah grants you 70 years of your life,You would spend: 24 Years sleeping, 14 Years working, 8 Years in amusement, 6 Years at the dinning table, 5 Years in transportation, 4 Years in conversation, 3 Years in education, 3 Years in reading, 3 Years watching television. If you prayed 5 times a day, you would be giving Allah 5 months of your life. Can’t we give 5 months out of 70 years? Think about it."

- Ibn Khalid.







At least, untuk kali ini.







Kalau nak suruh aku definasikan, aku tak tau. Kalau nak aku justifiy satu-satu, lagi aku tak tau. Aku hanya sentiasa berada dalam keadaan tengah. Tak di kiri tak di kanan. Kadang kadang boleh rasa mengah gila. Asid dalam hati yang selalu rosakkan Iman. Kadang kadang pendirian aku ada, kadang tidak.




Tapi aku paling pasti, belum ada lagi pun awan yang dapat sejat tingginya isipadu kenangan kenangan aku. Belum ada lagi minyak boston skala paling mudah terbakar yang boleh bakar semua cerita cerita dalam surat khabar yang aku paling benci tu. Nak jual kat lori surat khabar lama pun aku ingat tak laku sebab sejarah yang terlalu tremendous sampai tokey cina tu bakal nanges kalau baca kisah dalam surat khabar tu. Yes man, uber tremendous.




Tapi bila aku bangun pagi, terasa ada yang ludah dari langit, dan ingatkan aku, life goes on yaw. You like it or not, you just have to eat it. Eat it yaw eat it.



**


Dear Mastermind,


Aku sedia terima plan yang maha berhikmah dari Kau. Jadikan aku penerima nikmat yang paling ter-bersyukur sekali. Jadikan orang orang yang cintakan aku dikalangan orang orang yang Kau redhai.


Jadikan aku manusia yang mencintai apa yang aku ada. Tolong Mastermind. Atleast, untuk kali ini.


Tolong jaga Iman aku. Tolong jaga kan Iman dia sekali.
Atleast, untuk kali ini.






5 sebab kenapa aku takut naik lif.






Aku memang ada fobia naik lif dari dulu. Tapi fobia aku takde la sampai tak pernah naik lif langsung. Aku boleh naik, kalau ada kawan. Lepas tu kalau memang aku nak pegi mana mana yang tingkat 400, kau nak mati apa kalau tak naik lif. Okay tu dalam keadaan darurat. Kalau aku sorang lepas tu nak naik 2 3 tingkat je, aku memang sanggup naik tangga je. Dan 5 sebab kenapa aku takut/ tak suka naik lif ;




1) Aku selalu bayangkan bila aku naik lif, lif tu akan tiba tiba lampu di terpadam. Lepas tu macam tiba tiba terstuck. Lepas tu tiba tiba lampu dia nak main disko disko. Ataupun aku selalu bayangkan tiba tiba bila dah sampai kat destinasi, lif tu taknak bukak. Lepas tu tekan loceng keselamatan, pun rosak. Takde siapa tau aku stuck. Maka aku jadi menggelabah. Aku try mintak tolong takde siapa dengar. Lalu tanpa tak di duga, aku mati sorang sorang dalam lif tu sebab sesak nafas. Sumpah macam drama kan? Pandai aku buat skrip.




2) Bila aku nak naik lif, aku akan tengok siapa lagi yang akan naik dengan aku. Aku jadi takut bila yang nak naik dengan aku tu lelaki muka style perompak ada parut 14 lapis kat muka. Mendebarkan tahu? Dalam masa 2 minit dalam lif macam macam boleh jadi kalau orang nak buat jahat dengan kau. Kot kot terjadi kes 3R. Yakni ragut, raba dan rambut. Wak aku la rambut. Sebena aku taktau nak tulis apa yang lagi satu R tu. Maka aku bantai je la jadi rambut. Tak lawak kan? Tau.




3) Selalu sebelum aku naik lif, aku akan tahan tangan aku kat tepi pintu lif tu. Sebab lagi satu yang paling aku takut adalah bila aku nak masuk lif, tiba tiba pintu lif tu tertutup dengan laju maka nanti akan menghempap kepala aku lalu hancur berkecai. Betul betul hidup takde guna bila kau mati kepala hancur sebab kena hempap dengan pintu lif. Sebab tu setiap kali aku dah masuk lif pun, and ada ramai lagi yang nak masuk, tangan aku akan tahan pintu lif tu dari tutup. Sebab aku memang akan imagine pintu lif jebon tu akan hempap kepala orang humang ai seram.




4) Hantu. Cliche gila. Tapi ya, salahkan filem filem hantu. Ada ke patut nak buat scene hantu semua nak bantai kat lif? Diorang memang taktau betul nak jaga perasaan aku yang fragile ni. Kalau aku naik lif, lepas tu lif tu pulak jenis 400 kaki persegi besau kemaen, aku memang akan tengok depan belakang kiri kanan. Kot kot ada hantu lepak kat belakang bila aku toleh dia cakap hai jom main sep sep tom tom. Gila apa demam aku sebulan. Choy!




5) Yang last ni bukan sebab takut. Dia lebih kepada konsep tak suka. Well kau pun tau sendiri la kan. Bila kau masuk lif. Lepas tu sekali masuk ada 3000 orang yang masuk sekali dengan kau. Kemaen macam macam bau. Kalau ada yang wangi pun, lif tu takkan jadi wangi. Selalu ratio orang yang berbau akan lagi banyak. Bila campur campur bau dia, lagi la serupa pewangi kereta jenama jamban. Serious kena tarik nafas kira 1 sampai 100 lepas tu bila keluar lif baru lepas. Belum campor dengan orang kentut bau telur. Azab betul. Rasa macam balasan kat dunia akibat dosa dosa kau yang lalu.










Kenapa kau pakai tudung?







Aku selalu dengar orang cakap,

AKU TAK READY LAGI PAKAI TUDUNG. TAK SAMPAI SERU LAGI.

KALAU AKU PAKAI TUDUNG SEBAB TERPAKSA BUAT APA? AKU TAKNAK JADI HIPOKRIT.

KALAU PAKAI TUDUNG TAPI STILL BUAT MAKSIAT, BUAT APA? SAMA JE.


***


Well hello, perempuan perempuan cantik. Kau taknak hipokrit ke, kau nak buat maksiat ke, kau nak tunggu seru ke, BENDA WAJIB TETAP WAJIB. Kalau kau tak pakai seatbelt lepas tu polis jumpa, confirm kau kena saman. Kenapa? Sebab undang undang wajib yang mengatakan bila kau drive, kau kena pakai seatbelt. Maka bila kau takut kena saman, kau pakai seatbelt. Tapi Tuhan kata pakai tudung wajib, kau tak dengar. Sebab? Tuhan tak pernah saman kau. Baiknya Tuhan, kau tau?


Hello perempuan perempuan cantik. Yang bakal jadi isteri orang. Yang bakal jadi mak. Yang bakal jadi nenek. Yang ntah muda atau tua, bakal mati. Konsep 'belum sampai seru' mana ada dalam kamus Islam, hello bukak mata. BUKAK MATA KAU.



Pakai tudung adalah WAJIB. COMPULSORY. Jangan tunggu seru, jangan tunggu nanti. Tak payah tunggu bersedia. Tuhan dah kata wajib perempuan pakai tudung, maka tak perlu ada apa apa alasan. Tak perlu tegakkan benang yang basah. Tak perlu nak jadi 'matlamat membenarkan cara'.



Kenapa bila ustazah kat sekolah suruh kau pakai tudung time kelas agama, kau pakai? Lepas habis kelas agama, kau bukak. Bila sekolah wajibkan kau pakai tudung, kau pakai. Balik sekolah kau bukak. Kau berpegang pada siapa sebenarnya? Siapa Tuhan kau sebenarnya? Siapa yang bagi kau nikmat dan rezeki sebenarnya?



Muhasabah diri. Kalau ada mualaf yang baru masuk islam pun, boleh terus pakai tudung, kenapa bukan kita yang terus di lahirkan islam ni?



Bertudung itu wajib, bukan susah pun nak buat. Kalau kau niat untuk berubah, gerakkan seluruh otot otot badan kau pergi kedai cari tudung. Kalau bukan labuh pun, selendang pun jadi. Cuba dulu, niatkan di hati. Mintak Tuhan bukak hati kau. Buat bersungguh sungguh. Allah selalu dengan kita. Dia tak sombong macam kita.



Perempuan perempuan cantik, tutuplah rambutmu. Niatlah untuk berubah. Allah sentiasa nak tolong kita. Jangan hangat hangat taik ayam.



Dan jangan lah sesekali keluar dari mulut kau, AKU TAK BERSEDIA NAK PAKAI TUDUNG. Malu la sikit dengan Tuhan. Bila kau cakap macam tu, macam kau main mainkan peraturan Tuhan. Macam Tuhan tu bukan siapa siapa.



Tanam tekad. Muhasabah diri. Semua orang boleh berubah.







Happiness in hard times







Aku ni sekarang adalah sedang mencuba untuk menjadi 'happy in hard times'. Nak jadi happy in hard times ni kalau kerja senang, aku rasa hari hari pun aku suka kalau dapat musibah atau masalah. Kalau kita ada masalah lepas tu benda tu boleh setle dengan cara masuk toilet, lepaskan masalah ke dalam lubang kumbahan lepas tu flush, dah lama aku tatang segala masalah sebagai minyak yang penuh.



Masalah dia sekarang, masalah adalah masalah. Yang boleh bawa kepada kemurungan, boleh membawa kepada mata kau boleh sembab nak gila sebab menangis dari pagi sampai malam. Bila terbawak bawak sampai ke tidur, boleh membawa implikasi kepada mengigau atau bila kau bangun tidur kau akan terus jadi tak tentu arah bila fikir YA ALLAH, HARI NI AKU BANGUN DENGAN MENGETAHUI YANG AKU ADA MASALAH.


Susah tahu nak jadi happy in hard times?


Cuma apa yang kau boleh buat bila masalah datang kepada kau? Yang tak pasal pasal nak mintak berperang dengan kau, yang pada hakikatnya kau dan aku pun tau, dalam dunia ni, semua masalah akan ada jalannya. Tapi paling kelakar adalah, manusia semua takut dengan masalah, dan akan terbawa bawa masalah dalam kehidupan dia setiap hari. Macam bila kau ada masalah, kau akan rasa dunia kau dah terus hancur dan kau adalah orang paling loser dalam dunia.


Kassim Selamat.


Tak semua orang boleh nampak masalah itu adalah satu cengkerang, yang bila kau ketuk dan cuba pecahkan cengkerang tu hari hari dengan hasil usaha kau tanpa ada rasa sikit debu putus asa pun, kau akan dapati dalam cengkerang tu ada diamond woi.



Being happy in hard times. *pandang diri sendiri*



Masalah adalah masalah. Hari tetap hari. Siang tetap tukar jadi malam. Esok akan datang jugak. Umur kau makin tua jugak. Nak taknak, esok kau bangun, masalah akan setia cakap HAI GOOD MORNING, READY TO DEAL WITH ME? Cuma sekarang, kau hanya perlu kuat buat taktau dengan masalah tu. Kau kena act macam masalah tu tak ada dalam hidup kau. Dan pegang prinsip, setiap benda, masalah atau bukan masalah, kau mesti kena selesaikan. Walau dengan cara susah macam mana sekalipun, kau mesti kena selesaikan. Maka kalau kau hari hari murung, dan jadikan dirikan sebagai mangsa masalah, tak ada siapa pun rugi, tapi kau. Sebab jadi gembira adalah satu anugerah, yang tak ada siapa boleh tolong kau jadi gembira, tapi dengan pertolongan kau sendiri. Maka, walaupun ada masalah, hadapi dia dengan gembira. Sebab tak ada satu reason pun yang boleh abstain kau dari bersikap sedih setiap masa.



Jangan sedih sampai cucuk mata dengan garpu.



Being happy in hard times. Tak ada siapa boleh buat untuk kau. Tapi kau sendiri yang tentukan hidup kau adalah bernilai, untuk sentiasa gelak dan sentiasa positive. Atau menangis setiap hari lepas tu muka kau berkerut, lepas tu bila orang nampak kau, dia tanya, EH AWAK NI DAH 30 EH? Padahal umur kau baru 17 tahun. Naya gila muka kau terus jadi mangsa tua akibat terlalu kagum dengan masalah sampai mengalami murung setiap masa.



Susah tahu being happy in hard times. Tapi dengan semangat aku, semangat untuk tengok mak bapak aku bahagia, semangat kawan kawan baik yang dah diorang transfer ke dalam roh aku, aku tau, aku bukan orang yang boleh kalah dengan masalah. Allah ada dengan aku, sebab Dia pesan, setiap masalah yang Dia turunkan kepada manusia, itu tanda nya Dia mahu menguji, dan Dia sayang aku.





When you dont give up, you cannot fail! =)









Search This Blog