f

Saturday, January 22, 2011

4 Cara cara mengiurkan kejut aku bangun subuh.





1) Alarm henfon. Memangdangkan henfon murah dan takde sikit pun memberi kesan 'add value' kepada diri aku, maka setiap kali dia bunyi sumpah aku tak sedar. Masalah dia aku letak betul betul tepi telinga pun boleh bantai tak sedar. Roomate aku yang tidur dari jarak 25 kilometer boleh dengar. Maka terjadi la kejadian 3rd party di situ yang mana Myra akan kejut aku lepas dia dengar alarm clock henfon aku bunyi. Dan kalau dia tak boleh solat, dia adalah orang nombor satu yang paling mengamuk ala cakpong bila dengar alarm clock henfon aku. Bunyi ayam berkokok kot? Kau ade?


Kebarangkalian bangun : 14.5 % (0.5 tu kira ajaib la kalau aku bangun)



2) Adik kejut. Biasalah, adik mesti bangun seawal ashaari pukul 6 pagi sebab nak bersiap pegi sekolah. Maka dia kadang kadang akan di sub tugas oleh ibu bapa untuk datang ke bilik dan goncang goncang kan badan aku suruh aku bangun. Konsep adik aku mudah, kalau aku tak bangun, dia pegi jerit MAAAAAAA okay tak sampai huruf K pun lagi aku memang akan bangun. Sebab jangan sampai mak aku datang. Kalau mak aku datang memang jeng jeng jeng. Full of surprise. Ha tu nanti sikit jam aku cerita.


Kebarangkalian bangun : 60 % (kalau dia start jerit panggil mak aku memang terus 100 % degupan jantung AWAS BANGUN SEKARANG)




3) Abah kejut. Fuh. Abah kan. Kata abah. Kaum lelaki ni kan dia tak byk cakap. Dia jenis indah perbuatan dari percakapan. Kadang kadang kalau datang mood anak ku manja ku, dia hanya masuk bilik tutup kipas dan bukak lampu lalu panggil NORHANA ROSMIDA, BANGUN. Jika tak bangun, maka akan di ulang sebanyak 3 kali. Lepas 3 kali jangan nak macam macam sangat la. Sebuah buku lima penumbuk di punyai oleh abah akan di talakan ke pintu bilik aku maka bergegar lah di situ GEDEGANG! Mula la pandang kiri pandang kanan eh apa ni apa ni tolongggg tolongggg gempa bumi!


Kebarangkalian bangun : 99 %.




4) Wah wah wah. Ini special case. Mak kejut. Keh keh keh. Macam aku kata tadi la kan? Full of surprise. Cara mak kejut adalah masuk bilik lalu panggil ALONGGG BANGUN SUBUH. JANGAN SAMPAI MAK MASUK BILIK LAGI SEKALI. SIAP KAMU. Mak dia ada sesi ugutan. Dan kadang kadang lebih kepada do more action than speak. Aku pernah sekali kena tarik dari katil sebab tak dengar langsung mak aku kejut. Kahkah padan muka aku. Dan kenangan kena kejut bangun subuh paling best adalah, mak siram muka aku dengan air teh. Air teh, paham? Patut la time bangun rasa kelat kelat manis. Mati mati aku ingat air liur basi keluarkan perisa.


Kebarangkalian bangun : Kau gila apa kalau bukan 100 %?





30 comments:

zidEL zhafiz said...

jarang aku jumpa pompuan liat bangun tdo..antara laki ngan pompuan yg mane sbnrnya paling susah nk bangun ea??
keh3~~~

FatinZol said...

ok..mak aku pernah guna spray ape tah dia sembur kt muka sb x bgun-bgun lagi...

xpun,cara paling oldskool,
dia akan membebel x henti-henti tepi katil sampai aku bgun..

heheeh...
mak...mak...

alisha said...

hahaha . air teh tuuu . perghh. Yang no satu tuh , waktu pergi kem motivasi dulu ada la roomate yg jenis telinga tak dengar apa kalau dah tidur . Alarm dia berbunyi sampai bilik sebelah boleh dengar , punyalah kuat . Dia boleh tak sedar apa . Rasa mcam nak balin jer henset tuh kat dia.

ika honey bunny said...

HAHAHA. mak aihh. susah ni nak bangun. bila abah kejut amcam gempa bumi kan? hahaha.

Aku Otomen said...

lawak2...kalau abah aku kejut. Tak payah bersuara pun, tutup kipas, bukak lampu, tarik selimut. confrim jaga then buka kipas, tutip lampu then tarik selimut balik, tidur balik...hehehe

kebarangkalian terus bangun : 0%

then terpaksa guna kuasa besar. Iaitu mak...seram

kembatolo™ said...

haha.. kalo mak aku dye gosok2 je..
lepas tu bagi hadiah sebijik.. cubitan garam secukup rase.. ngiluuu~

hannamaruku said...

@ cisdel
msty la lelaki. tambah2 kau. haha

@ fatinzol
yezza. lpe nak bgtau. spray pon aku penah kena! yg untuk gosok baju tu kan ade spray air kan? ha yg tu la!

@ alisha
kat kolej tym dip dulu pon ade gak pesen alarm clock volume 23390202. satu row terjaga.

@ aku otomen
ahahah kan? mak dia seram sikit

@ kembatolo
kahkah cubit mmg ngilu. menusuk2 hati.

hannamaruku said...

@ aik ttgal kakakmentor ikahoneybunny
haaa tau takpe! begegar kot pintu. haha

ekyn ashikin said...

lawak dowh kau. aku teringat jam ko dulu bunyi masa kau menginap di da180 kot.. hahahaha

Anonymous said...

masalah die kau punye alarm ayam tu x kira pagi ptg siang mlm nk bekokok

hannamaruku said...

@ ekyn
kau jgn macam2. bukan kau sorang je merasai perasaan macam tu. orang bwh ini jugeee (baca anonymous)

@ hai kak anon
tayang tau kat roomate heee

tot said...

Air teh?? Tabik r kat mak kau! Aku nak sarankan mak aku simbah air milo bile gerak adik aku plaks lps ni.

Deya Zanial said...

teh ape? teh o ke teh tarik? panas? sejuk? bangun tido terus dapat breakfast. style omputih lah kn.

hannamaruku said...

@ tot
simbah tu macam aku bygkan mak kau bancuh air milo dalam baldi woi. seram. haha

@ deya
teh ais instant kaw punye. seb bek tak bg skali ngan roti butter. bru org pgel a perfect breakfast meal.

Bazilah said...

hanamaruku, kena simbah ngan air teh yang dah sejuk ke suam suam kuku? haha stail mak kau :D

CikKaikazie said...

part abah kejut paling best. silap2 abah angkat kening je terus dah siap mandi segala.

crazy_labelle said...

sebut pasal alarm hp... ak kalo alarm hp sndiri mmg xsedar... tp kalo hp org lain dengar pla...

ak rse sbb kita pilih lagu kegemaran, so lg sedap la nak mimpi... haha...

thus, pilihlah lagu yg dibenci so sakit telinga so bole bangun...

.hasina. said...

hee. lawak tol. sebelum tdo ketuk2 bantal
nanti senang nk bangun pg. try la :)

zarifahmr said...

mak abah kau agak bersopan. aku kalo tak kena libas dengan tshirt, kena panggg kat punggung, tak pun kena tarik kaki sampai jatuh katil(ok ni keje abang aku)tak ke macam menyirappp an an an tssssk!

meyaa meyoo said...

hahaha,,
taleybla doh ko..
aku ingat lagi muka ko bangun tidur sambil garu2 doh..
hahaha

hannamaruku said...

@ bazilah
haha suam suam :P

@ CikKaikazie
kan? seram dowh.

@ crazy_labelle
lagu kegemaran tak kegemaran sgt la. sume jenis lagu aku tak bgn haha

@ hasina
dulu. skang dah ok insyallah :)

@ zarifahmr
ade nombo abg kau tak?

@ meyaa meyoo
bek kau jgn mengimbau kenangan lalu mengusik kalbu do haha

Apit said...

oit..1st time ak singgah blog hg..apahai ganaz sgt nk bgun tdoq..ak plg ganaz warden duk tepi katil ja..bgun trus lari p mandi..haha..kt umah ak kunci pintu..ak bgun bru ak bkk..umah terbakaq pun ak tdoq..haha

Ainee Cumi said...

Ok ini memang superb best ok. Aini paling takut tang abah kak hana. Dah dapat bayangkan dah genggaman penumbuk hinggap kat pintu.. Memang sumpah rasa gegar jantung woohhh!

hannamaruku said...

@ apit
dasat sangat kau ni sampai umah tebakar pon tak bangun haha

@ ainee
haaa tau takpe tu yang bgn2 tekejut tu igt gempa bumi ape tah kehkeh

Huda Luna said...

ngok ngek kauuu tergelak gelak aku sampai termenangis hukkk

padan mukaaa

enuLwanie said...

cara ayah hana kejutkan sama macam ayah saya kejutkan.

saya rindu ayah saya.tak caya, jom ke entri baru sy.

hannamaruku said...

@ hudalelunas
hahahha jangan nak emo sangat. aku pang kang

@ enul
hehe okay kang sy tgk!

MerLe said...

hehe..mak sye juz akn pnggil dr luar pntu je.. "aloooooonnnnnggggggg~"

nanie said...

yang last tu best tu..
kne siram dngan air teh..ahaha

yan_n.i.m said...

hahaha..klaka laa k.hana nih...! liat giler nk bgon..! kompeimmm kuat mimpi nih smpai x sedo lansung..! hehe

 
Norhana Rosmida