Monday, January 3, 2011

Bicara manis menghiris kalbu, Thong.






Tak payah nak guna bukan nama sebenar. Sebab aku syak, nama kau memang bukan Thong pun. Maka, aku pakai je ah nama Thong dalam entry ni.


***********



Okay aku buat entry ni adalah sebagai tujuan untuk PENYEDARAN. Penyedaran apa anak anak? Aku nak bagitau kau semua yang aku baru kena tipu. Dan tujuan aku buat entry ni adalah bukan mengaibkan diri sendiri yang bodoh bahlul sebab kena tipu, tapi sebab aku nak bagitau orang lain, supaya jangan kena tipu dengan bangsa bangsa penipu ni. Pendek kata, sebagai pengajaran untuk semua. PENGAJARAN. Maka harini aku nak jadi cikgu secara tak berbayar untuk kau semua. Aku nak cerita apa sebenarnya yang dah jadi dengan hidup aku dalam masa 2 3 hari ni.


Jumaat haritu, lepas aku balik kerja, mak aku ajak aku pergi Karnival Telefon Bimbit. Siap tulis JUALAN TELEFON BIMBIT HARGA KILANG! KILANG TERBAKAR, JADI KENA JUAL HANDPHONE MURAH. BOS TAK ADA JADI KAMI JUAL HANDPHONE MURAH!


Kakak sedara jebon apa sampai kilang terbakar woi?



Sambung. Ok lepas tu aku dengan mak aku pun pergi la. Tapi aku memang takde niat pun nak beli handphone kat situ. Sebab aku nak usha usha je. Tengah saje nak jalan jalan tiba tiba Thong ni panggil aku, HA MISS SINI TENGOK, I JUAL SAMA YOU I PHONE 4 7 RATOS SAJA. YOU ANGKAT SEKALI DENGAN E72 NOKIA SAYA BAGI YOU DUA HANDPHONE 9 RATOS. Tudia dengar i phone 4 dapat 7 ratos, kemaen nak berpinar lagi bijik mata aku. Jantung berdegup pantas weh OMG LUMAYAN NI, BEST GILA UPDATE STATUS FACEBOOK KELUAR VIA I PHONE 4 BANGGA SIAK. Bodoh. Tu la niat pun dah salah, tu yang Tuhan tak bagi beli.


Tapi time tu aku takde la terpedaya lagi, aku kata CEH TIPU AH NI MESTI CHINA PUNYA KAN? Jap lagi si Thong ni terus briefly explain kat aku yang handphone tu i phone singapore. Dia siap tunjuk lagi beza China punya dengan ori. Kira time tu aku terus nak terpikat la dengar cakap dia. Kagum terus diam seribu bahasa. Kalau boleh nak mintak couple terus. Air liur dia tersembur kat muka aku pun kalau ikut aku nak ambik lepas tu frame. Lepas dia pumpang pumpang, aku kata, aku nak fikir dulu. Then dia kata, AIYAA TAK BOLEH TUNGGU WOH LEPAS NI SAYA TAK BAGI HARGA INI DAH. YOU BAYAR DEPOSIT DULU LA. Aku pun taktau kenapa tak fikir panjang, bajet terpesona dengan jampi serapah dia, terus aku bayar deposit 2 ratos time tu. PANDAI.............................................



Malam tu lepas aku bayar deposit, aku datang balik kat Thong. Aku tanya balik betul betul nak make sure i phone tu ori ke tak. Aku praktis dah soalan soalan nak tanya time kat rumah. Sampai kat booth dia, memang semua jawapan dia tu menunjukkan yang i phone tu betul tak tipu. Dia cakap kat aku, ambik i phone tu hari Isnin petang sebab dia nak kena install segala bala software dalam i phone tu termasuk i tune. Aku pun percaya la, memang tunjuk kat banner Karnival tu, benda tu sampai hari isnin. Time tu dia bagi cop company dia kat KL. Bukan kat ipoh. Dia kata kedai dia ada kat ipoh parade yang cawangan perak. Dia siap berani cakap kalau aku tak percaya, aku boleh bawak dia naik kereta pergi Parade sekarang jugak. Kepala cakpong kau la Thong. Manis sungguh mulut berbicara kan Thong? Kalau time tu aku tau kau tipu, aku screw driver mulut kau bagi berpusing. Biasa sangat kecik kecik taknak? Nah kau sambong sendiri.



Okay, point dia sekarang adalah, hari sabtu iaitu sehari selepas aku bayar deposit kat Thong, aku google kaw kaw kat internet pasal karnival telefon bimbit dengan i phone tiruan. Memang jenis bijak jugak dah bayar deposit baru nak google bagai. Lepas tu aku jumpa link NI, dan NI. Lepas tu dari apa yang aku baca, memang aku dah komfem dah aku kena tipu. Sebab weh tolong la fikir logik sikit, bodoh apa weh i phone 4 harga 2k boleh senang senang nak jual 7 ratos je? Bodoh apa E72 harga 1k boleh senang nak jual 2ratos je? Bodoh apa aku ni tak fikir dulu weh belajar tingi tinggi sampai degree, jenis kepala hotak tak function benda simple macam ni pun tak boleh nak common sense.



Yada yada. Redha.


Lepas aku google aku dah tetapkan hati aku, okay aku taknak beli. Biar la burn 2ratos dari terus nak bayar kat dia lagi 7ratos. Kira memang aku dah taknak amik la phone tu pada hari yang di janjikan iaitu harini, Isnin.


Jadi harini kan hari isnin, so hari aku kena pergi kerja la kan? Aku kalau nak pergi kerja memang lalu la kat karnival tu. Tapi kau tau apa yang aku nampak? Sepanjang karnival tu, semua booth dah takde. Kosong. KOSONG. SIFAR ZERO ILEK. PAHAM? Kalau betul aku tak cancel pun nak beli, kira memang aku tak dapat beli pun sebab memang Thong dan handpone handphone dia dah lari bersama dengan deposit 2 ratos aku dan mungkin 2 ratos 3942342049 orang customer lain. Pfffttttttt aku try call Thong, dia dah off phone dia. Memang penipu. Paham? Tak, bukan dia penipu. Dia dah berusaha untuk cari duet dengan cara menipu, maka Tuhan makbulkan usaha dia. Tapi Tuhan bagi aku dugaan hilang rezeki sebab kena tipu, maka aku dah belajar satu sillibus dalam ilmu kehidupan, jangan la senang sangat nak percaya.



Kesimpulan dia apa anak anak? JANGAN BELI ATAU EVEN PERGI KARNIVAL KARNIVAL CAMTU. Aku takot kalau kau pergi taknak beli pun, kang spesis spesis Thong ni cakap pumpangpumpang kau pergi percaya. Kalau nak ikot fikiran positif, aku sendiri bila fikir balik, aku tak salahkan Thong tu. Mungkin aku sendiri bodoh. Dan ya, Tuhan nak bagi pengajaran. Untuk aku, dan aku dapat tulis entry ni, untuk bagitau korang yang still taktau pasal karnival karnival ni. Tak silap aku dah banyak dah dorang buat kat banyak tempat, so maybe dia akan datang kat tempat korang, baik korang berjaga je. JANGAN BELI.



Sekurang kurang nya hidup aku ni ada la naik turun bila dah tua boleh cerita kat anak cucu. Baru time tu kalau nak marah anak cucu boleh bangga nak cakap HAIP DENGAR CAKAP OPAH. OPAH MAKAN GARAM DULU DARI KAMU.


Bukan main lagi kan ayat kau SEKURANG KURANGNYA HIDUP AKU ADA NAIK TURUN. Nak sedapkan hati lettew.


Dear Thong, see you when I see you. Oh better not. I’m afraid that I will kill you, baby.





Terima lah Thong, lagu untuk kau.


16 comments:

.AshRalph McMisery. said...

kalo nak tau yang ori cari paling mahal ! tak pon bli kat Iphone center ! sumpah ORI ! :)

syieda said...

betol..dulu my fren pun dah kena tipu. free jea bagi kat diorang rm350..

syieda said...

betul. fair2 macam tuh bukan boley percaya pon. dulu my friend pun dah kena tipu. free jea diorang dapat Rm350..kurang asam jawa betul..!

sha si sepet said...

haiyoo kesiannya. tapi nasib baek baru burn 200, bukan 700++. laen kali kena check betul2 benda tuh ori ke x. :D

adrinaqamarina said...

mulut maniskan orang yang macam tu? pandai dye buat marketing. haha.

sorang baru 200, kalau 10 orang dah boleh dapat berapa riban~

semoga jadi pengajaran

zidEL zhafiz said...

sian giler doe kau hana..weh as lagu dato ct..seswai lagu tipah tertipu kump ruffedge..keh3..~~~

ishiko said...

huhuhu.. shian hanna.. saba la yer..

nyna said...

selalu macam tu kan kalau kat karnival.
aku yang geram bila baca weh.

-iEkA DaRLink- said...

hei jahat betoi si athong nih.

yan_n.i.m said...

perggghhh..brani gilak dye nipu....!

Shag said...

Shag salu p karnival karnival HP dr kilang apa suma ni. P cuci mata je. Tak pernah lagi tergoda. Haha :P

Tak kan ada yang ori. Even beli kat Low Yatt, Sungei Wang. Nak cari yg ori payah. Pengalaman beb! ;)

http://shagcomot.blogspot.com/

zarifahmr said...

gua dah penah kena gua dah kena..macam ci*** betul haih gua dah terkenaa

memang thong kekk betol lahh

Razman said...

kebetulan mber opis aku baru tawar mgu lepas iphone 4 rm400. dia mmg ckp awl2 tak ori sbb dr singapore. cuma mmg leh kata 90% ori sbb sama leh msuk sume software. n xde warranty la. tp budak laen dh rembat dulu. n psal 200 tu, jgn biar burn bodoh je. at least biar cina tu kena cekup. klu sume tipu org diam, makin ramai la kena. g kat jabtan pengguna. diorg leh cr blk spe yg ada berniaga wtu booth tu. ikut cth mber aku, beli bateri hp dpt yg x ori. dia dtg ngamuk balik kat cina tu. cina tu cuak terus pulang duit. n still, mmber aku cmpk bateri tu kat muka cina tu. barulah cool. haha

fatin umira said...

alonggg? siyesly tade hari isnin tuu?
huuuhu.tapela.tade rezeki.

mrkay said...

1st, takziah. sekurang2nya pengalaman ni menjadi antara pengalaman yg mahal dalam hidup. dan seterusnya dapat share benda ni pada org lain, supaya tidak ada lagi orang lain tertipu.

Saudara Razman dan lain2, mengikut apa yg saya tau, pihak kementerian pengguna pon tak dpt amik tindakkan pada dia org. atas alasan apa, saya tak pasti. Cuma ada org bitau yg kementerian pengguna letak kakitangan mereka di karnival2 macam ni utk nasihatkan mereka yg mengunjung karnival tersebut tidak tertipu.

Saya dah cuba laporkan kes ni kepada pelbagai pihak. Setakat ini cuma Aduan Rakyat TV3 sahaja yg buat liputan dan pihak berkuasa seperti tak nampak tindakkannya.

saya pemilik blog yg saudari jumpa dan linkkan itu. dan kedua2 entry tu pernah keluar dalam Aduan Rakyat untuk topik telefon tiruan. http://www.youtube.com/watch?v=YYxgIxq8Qw8

hannamaruku said...

@ ashralph
tu a tu. puas hati tros takde nak doubt ape2.

@ syieda
lagi banyak dari 200 T__T

@ sha
kan tu la. bia burn 2 ratos dari 7 ratos. tapi still 2 rat tu sbrnya is a big deal for me jugak. tp dah mmg bukan rezki kan.

@ adirina
rasenye dalam 3 hari tu pnye income dia dah boleh beli rumah sebijik sbb sumpah ramai gila orang yg dtg.

@ cisdel
haha aah kan? tak tepk do! haha

@ ishiko
heee tq!

@ nyna
kalau kau geram, bek kau bg resipi buat coklet tu kat aku..

@ ieka
tu la tu..

@ yan
muka dia kalau kau tgk pn mmg penuh keyakinan jenis innocent habes. blergh gle sambil type ni mmg tebayang kot muka dia cakap macam mana

@ shag
yup btol aku je yg tegoda tskk menyesal

@ zarifah
haha meh gimme pive ngan aku

@ razman
weh tapi kalau ikot pn, ape2 i phone sgapore jgn beli weh. sbb mmg la die kate blh install sume bala software, tapi i tune mmg takleh pakai. and sume allpication apple takleh pakai sbrnye. pastu kalau kau update status fb pn dia kua via mobile web, bukan via i phone. pendek cte, kalau bukan dari kedai apple sndiri, bek tak pyh beli. murah mcm mane pn jgn beli. seyes oh bek tros cari hp len kat kedai establish. skang ni, booth bodoh2 cam lowyat tu pn semua takleh caye betul oh. aku seyes trauma dah nak beli hp ni haha.

@ angah
aku ngan mak sedar time mak hanta aku g keje weh. style gle tros tempat tu kosong. patot mlm tu kau ikot aku tgk thong tu ckp camne weh. haha baeknye kene chong ngan die

@ mrkay
thank you mrkay! thanks jugak sbb your blog serious bgs bg good info kat orang pasal benda2 ni. bg org alert sket kan. sbb sy rase macam ramai orang stil taktau pasal karnival handphone ni. tp sy still tak faham, macam mane dorang blh lepas untuk buat benda2 ni, takkan la penguasa tak tengok thoroughly apa yg dorang jual? Even masa sy pegi tu, kat banner karnival tu siap tulis PENAJA BERSAMA CELCOM MAXIS NOKIA SAMSUNG BLA BLA. and sy rase cm sume sponsor tu dorang main letak je kat banner tu. berani gila buat macam tu, serious oh. kalau tak btol2 tngkap dorang, habis tah bape ramai lagi yg kena lepas ni.