f

Tuesday, January 4, 2011

Jenis berterus terang senang. Takde kona kona.





Macam biasa lah. Bila dengar bos nak belanja, walaupun bawak bekal mak masak, sanggup aku makan pagi pagi pukul 10 bekal mak. Tengah hari memang tanpa sebarang alasan terus ikot bos. Gila apa kau tolak pelawaan bos nak belanja kau makan? Rezeki jangan di tolak. Thong jangan di cari. Kelak kalau aku dapat memang aku cekik cekik dia nanti.



Selalu kalau bos belanja makan, dia akan bawak pegi mapley. Bila cakap pasal mapley memang akan terus mengimbau kenangan lalu mengusik kalbu. Time study kat Seri Iskandar, budak budak selalu panggil aku dengan nama ‘hanney’. Sebutan dia bukan HONEY la gila, tak payah nak honey madu sangat . Cara sebutan sebenar adalah HAN – NEI. Jadi bila orang dah dok selalu sangat sebut HAN-NEI banyak kali maka dia akan lama lama mengterhapuskan dengan sendiri huruf H tu, dan akan jadi AN-NEI. Ya, annei.



Dan kalau kitorang lepak kat mapley ramai ramai, budak budak ni suka mempermainkan perasaan aku. Bila time nak panggil si mapley tu ANNEI, bukan mapley tu yang pandang, aku yang nombor satu akan pandang. Bodoh apa aku pegi pandang? Ye la masalah dia memang medula oblongata aku akan mengadakan respon tindak balas secara tak sengaja. Tak boleh dengar orang panggil ANNEI, memang aku akan pandang. Serupa dah jadi igauan hitam di dalam hidup. Sendiri mengaku diri annei. Padahal nama bukan main sedap Norhana Rosmida. Kau jangan marah pulak aku kata nama aku sedap? Apa dosa aku sejak dari kecil bila nama sedap sedap orang panggil annei. Sungguh kisah hidup yang menyayat hati T_T



Dan tadi aku pegi mapley, aku masih kekal dengan sikap dahulu. Tidak sombong dan sungguh merendah diri. Bila dengar orang panggel annei, aku memang akan pandang. Tapi bila menyedari yang sebenarnya dorang bukan panggel aku pon, aku hanya tersenyum kelat. Terlalu pahit untuk di telan. Nama annei memang betul dah melekat padu dalam jiwa aku. Tengok tu, bila tengah emo mesti ayat ala ala novelis. Geliewwwwww tawwwwww.




Dah 4 perenggan di situ, tapi masih belum mengemukakan motif sebenar aku tulis blog hari ni. Okay, macam biasa lah pergi mapley mesti makan nasik campor. Tapi tadi bagi aku memang tak biasa. Sebab aku order roti telur je. Dengan teh 3 layer aummm. Tak pernah pernah aku mintak kuah kari, tapi harini taktau kenapa minat nak cicah dengan kuah kari. Aku panggel sorang worker mapley tu sebab aku makan kari tu rasa lain macam.


" ANNEI! SINI JAP! "

" APAHAL? " Jawab si mapley bukan main gangster.

" KENAPA KARI NI RASA LAIN MACAM? KUAH KARI SEMALAM KE? " Aku tanya sambil jaga pitching.

" YOU KALAU MAU KUAH KARI HARINI PUNYA, YOU DATANG ESOK LA! " Balas mapley wajah selamba takde rasa bersalah, sambil menunjukkan sedikit bulu dada.



Redha.



20 comments:

Aoi@riena said...

ayoyo... apa punya annei la itu org... blagak giler ngn customer... ke die tgh dtg bulan...

hannamaruku said...

tak kesah pn sebenrye. masalah nye, die honest di situ ckp mmg kari tu semalam pnye. haha.

hannamaruku said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Huda Rahim said...

peh. kau selaen bangla, mamak tebar roti canai pn kaunak minat eh. pelik taste kau ni annei.

hannamaruku said...

eksaited nyewww kakak blog burok dtg komennnnnn weeeeeee

zidEL zhafiz said...

keh3..bangkai jerrww taaww..sebnrnya aku x obses dgn kaw..kaw yang obses dgn itu ANNEi..kah3..~~~

kembatolo™ said...

laen kali tak perlu tanye.
lagi selamat. haha

erine roslan said...

hahahaha nasiblah aku pesen kalau makan roti canai memang jenis tak cicah2 nie..

fuh~

Nadia said...

Hakhakhakhakhakkkk my mom ngan boyf gelak gila gila baca part last tuh. Hahahahaha.

hannamaruku said...

@ cisdel
ahh blah. kau obses kat aku

@ kembatolo
kah kah tak pe bia tny pasni tak pyh makan kedai die dah

@ erine
ish ape tak sedap makan roti canai camtu? hilang satu nikmat duniaa. haha

@ dya
keh keh kem slm ur mom ngan bf :D

Eza Hasnan said...

Kelakar la kau ni Annei. Ihik ihik ihik.

fezaL Mohd said...

ayoyoyoh cmni pun ada kah !

hahah

ipoh juga mari .

anyss said...

eeeeeeeeeee. tanak makan kari mamak da lahh . HAHA

zarifahmr said...

masalah kalo zarifahmr ni tak penah tau food tu semalam punye ke taun lepas punye ke nafsu makan jenis serakah tau2 je mak sound 'kau habiskan sambal tu? kan dah basi?' tau2 je dating dengan jamban sejam sekali pfffttttttt!

Niz said...

annei, bersabar ya!
=)

Niz said...

annei, bersabar ya!
=)

shafiqah Nadia said...

Haha , perghh keberkatan kari semalam

hannamaruku said...

@ eza
hek hek blogger fashionista ape cte?

@ fezaL
pon ada. haha

@ anyss
tak semua kot..

@ zarifahmr
PADANNNNNN kah kah kah.

@ niz
hehe sabaq ni sabaqq

@ shafiqah
berkat. kalau boleh nak tapau bwk balik. kuikui

yan_n.i.m said...

boleii plak camtuh... adoyaiii.. lari customer.. :P

amshl said...

ey,klau x silap kan...majority mamak mmg cmtu kari die.tu yg sodap :P kikiki

 
Norhana Rosmida