Kau cukup sempurna kah lelaki untuk mengidam ngidam kan perempuan di jadikan isteri?

by - January 16, 2011




Kacak.
Bergaya.
Kereta, rumah.
Lengkap semua ada.

Tinggi.
Tegap, sasa.
Sekali di libas rambut bergegar alam fana.
Kenyit mata sikit,
Luluh.
Semua mata inginkan dia.

Perfume Hugo Boss,
Baju Topman sekali sekala dia sinsing,
Kasut berkilat hitam,
Berkilau betul bila tengok boleh pitam.
Perghhh geram.
Semua A semua mengancam.

Bijak nya jangan cerita.
Ada degree master PHD,
UPSR PMR SPM semua markah tertinggi,
Bila sembang serupa perdana menteri,
Aduhhhh,
Kacak nya semua kau ada kacak tak terperi.


Tapi,
tapi.


Kah kah kah kah semua kacak di mata manusia.
Keluar rumah semua nya kau kacak di mata manusia.
Kah kah kah kah bagi aku habis gelak sebelum aku habis cerita.
Bagi aku habis cerita sampai mana bila dia kacak di mata manusia.


Bilamana dia tak ada 5 waktu solat,
Bilamana dia tak satu doa memohon Tuhan di ingat,
Bilamana dia sakan gembira di mata manusia,
Bilamana dia sakan menunjuk di dunia,
Tapi dia sebenarnya tak ada apa apa.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.


Cukup cantik di mata manusia,
Tapi tak cukup cantik di mata Dia.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.
Kalau 5 kali solat dia tak kerja.
Pergi gelakkan dia.
Pergi bahankan dia.
Kerana dia hanya cantik di kaca manusia.
Tidak pernah cantik di mata Dia.


Credit : http://www.snormaziah.net/www.arrasyeedun.com/

You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews