Kenapa aku masih bertahan?

by - January 02, 2011







" Kenapa kau masih bertahan? "

" Kerana aku percaya aku mampu bertahan. "

" Kau tak mahu mati? Aku sudah penat. Aku mahu mati. "

" Mati dengan cara bagaimana? "

" Baik kita bunuh diri. Kita hidup tak ada guna. "

" Kenapa perlu bunuh diri? "

" Bukankah hidup kita tak ada siapa percaya kan kita? Bukankah hidup kita orang keliling tidak suka kita? "

* Terdiam. *

" Mari, aku bawak kau naik ke bukit. Mari, bila di sini kau akan faham. "

Mereka naik ke bukit. Perlahan lahan. Satu satu langkah.

Penat.

Berpeluh peluh.

Kaki mengelecet.

Ahhhhh, mengeluh.

Penat.

Dahaga.

Berpeluh peluh.

" AHHHH BODOH. Mari kita turun. Aku penat. Bodoh. Apa yang kau mahu tunjuk? Tak perlu naik bukit. Aku penat. Bodoh. "

" Nah, jangan di bodohkan aku. Kelak kau akan tau aku pengajar paling terbaik buat kau. Mari naik lagi. Jangan mendengus. Buruk muka kau. " *Senyum*

Mereka mendaki lagi.

Penat.

Mendaki lagi.

Penat.

Semakin tinggi dakian bukit, tiba ada sayap tumbuh di kiri kanan.

" Wah! Lihat? Sayap? Bagaimana kau ada sayap? "

" Nah, kau lihat kan sekarang? Kau tak cemburu? Aku mahu terbang. Tak jauh lagi puncak itu. "

" Aku juga mahukan sayap? Aku juga mahu terbang. Bagaimana perlu aku buat untuk dapat kan sayap itu? "

" Senang. Percaya. "

" Percaya? Bagaimana mahu percaya? "

" Aku sudah bilang dari awal. Aku percaya aku mampu bertahan, kerana itu aku tak mahu mati. Aku percaya aku akan dapat sayap. Kerana itu aku tak berhenti mendaki. "

* Terdiam. *

" Kalau macam tu, aku mahu percaya. Aku mahu ikut kau terbang."

Di pejam mata. Di daki lagi bukit itu sambil tersenyum. Kawan nya lagi seorang itu sudah terbang. Cemburu. Tapi dia mahu sayap. Maka dia percaya.

Naik lagi 23 tapak ke puncak.

" WAH! SAYAP JUGA TUMBUH DI KIRI KANAN KU! AKU MAHU IKUT KAU TERBANG!"

Maka mereka berdua, terbang bersama. Burung burung, pokok, ranting, tanah, air, rumput. Semua ikut terbang.

Terbang.

Keliling puncak.

Terbang.

Tergelak gelak.

" Terima kasih. Aku sekarang sudah tahu kenapa kau mahu bertahan."

Dua dua senyum.

Terbang.

Keliling puncak.



Percaya aku cakap. Semua orang boleh terbang.

2011: another 12 months, 52 weeks, 365 days, 8,760 hours, 52,600 minutes 3,153,600 seconds of struggle, growth, progress & experience.





Razman, jangan gelak kat aku. Aku cuba konon konon nak buat cerpen macam kau. Tapi memang tak sehebat kau pun pffft. T_T


You May Also Like

7 Comments

  1. haha. aku pn blaja dr ulii si awek afiqsiddhartga weyh. tiru gaya bahasa dia.

    ReplyDelete
  2. 2011 betul2 merubah cik hannamaruku kitewww keh3

    ReplyDelete
  3. hanna mmg pandai la bab bab motivasi ni. waaa.. rasa nak terbang jugak la. thanks hanna! :)

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak ajak kiterowang terbang hari tu? Tak payah naik kereta, feel kot..

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews