Sunday, February 27, 2011

Belum panas neraka.




Sejak adik aku masuk sekolah agama. Dia seriousssss banyak berubah. Berubah yang bukan acah-acah 3 minit beriman, lepas tu jadi setan balik. Dia terus berubah, dan perubahan drastik tak terhingga. Macam kalau kau dah 45 tahun tak jumpa dia, lepas tu hari ni kau jumpa dia balik, kau akan OMG SYUHADAAAA. KAUUUU KE NI?


Setiap kali aku duk dalam bilik, aku dengar dia menangis kat luar. Aku pelik apahal dia hari-hari menangis? Teresak-esak pulak. Jenguk kat luar, dia tengah solat. Solat sambil nangis. Kau ada? Aku pun tak ada.


Pernah sekali tu aku tanya dia,


KAK, KAT RUMAH TOKWAN PUN KAU PAKAI TUDUNG. LABUH PULAK TU. LENGAN PANJANG SETIAP MASA. KAU TAK PANAS KE?


Adik aku pandang aku dengan muka kerek, mata kenyit sikit dan dahi berkerut tanda dalam hati macam nak sound APA BANGANG SANGAT ALONG AKU NI, COMMON SENSE KOT?


" Panas dunia je. Belum panas neraka. "


**


Telan ayaq lioq.



Perubahan memerlukan kesabaran.
Perubahan mengundang ujian.
Di sini hati kena sentiasa mengharap dan mengadu kepada Allah.
Di sini iman dan prinsip di uji.
Jangan tunggu untuk berubah, sebab kita tak boleh tangguh time kita mati.





5 comments:

nizamsani said...

baguslah.

zarifahmr said...

along ni memang tauuu hihii
minggu depan dating yok?

teehehehee ;P

Apit said...

tgk lama mna...

najwanajjib said...

awak,kita ada copy paste satu entry awak yang ini

http://hannamaruku.blogspot.com/2011/01/kau-cukup-sempurna-kah-lelaki-untuk.html

dont worry i put your blog name there.i love your words.hope you dont mind please.Saje nak share ayat best awak dekat semua.

ROROI said...

nice entri...