Misteri inner hitam yang hilang.

by - February 09, 2011





Aku sebena nak sangat update blog 2 3 harini. Tapi semua masuk draft sebab aku jadi macam, eh tak jadi la post apsal cam bosan je entry ni. Maka bila aku tak jadi post, tapi at the same time aku nak post jugak, last last aku post kat notes FB je. Memang jenis pendirian tak tetap, gila apa tak post kat blog, tapi post kat FB, kira post la jugak tu. Bak kata pepatah, seperti meludah ke langit, maka air liur jatuh ke muka sendiri. OK APA AKU MEREPEK NI SEBENARNYA, AKU NAK CERITA YANG UNTUK KE 467 KALI NYA, INNER TUDUNG AKU YANG WARNA HITAM, HILANG.



HILANG. ILEK. YALLEK. KOSONG. TAKDE. AKU CARI KELILING RUMAH. TAKDE. TAKDE. PAHAM TAK KEPALA HOTAK AKU TENSION DAN TERTANYA TANYA KEMANA PERGI INNER INNER HITAM AKU YANG HILANG SEBELUM NI?


Masalah besar dia skang, masuk kali ni, memang dah 14 ribu inner tudung kaler hitam aku beli, lepas tu mesti hilang jugak. Aku ada banyak inner tudung kaler lain seperi pink, kuning, biru, biru cair, biru ala ala malu nak cair, oren berkarat, coklet, ungu ala ala pink, inner gedik gedik ade shine shine, inner corak bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. Sayang mama sayang papa, dia ketawa. OK OK serious.


Sumpah weh mana pergi inner hitam aku? Tadi aku nak pergi kerja aku menggagau cari inner hitam tudung aku, dia hilang. Apa dosa masa silam aku sampai kena tanggung derita setiap kali beli inner hitam mesti hilang woi T_________T Kenapa inner kaler laen dia taknak hilang tapi mesti inner hitam woi T___________T


Ok baik, bila di fikir fikirkan balik, aku ingat aku nak datang dengan beberapa hipotesis. Macam mana inner hitam aku boleh hilang. Dan taktau la boleh terima ke tak hipotesis aku ni tepat ke tak. Sama sama la kita brainwash, amacam?


Kita mulakan dengan musuh ketat pertama. Bila musuh ketat, memang kena eksplen panjang sikit. Angah. Aku dengan dia ada satu pesen perangai nak mintak kaki. Bila aku takde kat rumah, dia suka amik barang aku. Bila dia takde kat rumah, aku salu amik barang dia. Tapi aku pandai, bila aku amik barang dia, aku diam diam. Tapi dia lagi terlebih pandai, ambik barang aku lepas tu, ALONG, CANTIK TAK AKU PAKAI? Ok dah sah sah la aku mengamok nampak barang aku ada di tubuh dia, maka aku tarbiah dia sekilo dua, dan kata, BAGI BALIK BARANG AKU, ATAU LEMPANGAN LEMANG LEMAU DI MUKA. Cewah. Macam tongue twister gitu.


Hipotesis 1 : Semakin angah ada di rumah, semakin inner hitam aku hilang.

Terima / Rejek : Baru semalam aku pakai inner hitam tu, dan semalam angah takde kat rumah. Dia ada kat PJ. Takkan dia datang Ipoh 5 minit je dari PJ lepas tu semata mata nak curi inner hitam aku? Hipotesis di rejek.



Hipotesis 2 : Semakin kakak ada di rumah, semakin inner hitam aku hilang.

Terima / Rejak : Okay dah komfem komfem la rejek. Kakak mana ada minat pakai shawl inner pe jadah ni semua. Lagipon kakak sama angah, memang ada kat asrama.



Hipotesis 3 : Semakin adik aku masih kecik, semakin dia ingat inner tudung aku adalah spenda dia.

Terima / Rejek : Tak mungkin dia salah tengok inner aku tu sebagai spenda dia. Mana ada dua lubang untuk kaki pun kalau nak pakai T________T



Hipotesis 4 : Inner tudung telah di jadikan kain buruk oleh mak kerana tersilap pandang.

Terima / Rejek : Tak logik. Semua kain buruk warna putih. Mana datang pulak tibatiba mak aku ingat inner hitam aku tu kain buruk.



Hipotesis 5 : Abah pakai. Fashion terbaru kata nya.

Terima / Rejek : Ni hipotesis last ni aku tengok gaya, macam kau buat lawak tapi tak jadi je Hana?


***


Ok dah la jangan mengarut. Semua hipotesis rejek. Dan memang masih mengundang misteri. Serious memang misteri. Serious aku taktau mana pergi semua inner tudung hitam aku. TOLONG T______T



You May Also Like

16 Comments

  1. serius punya misteri masalah kau ni. *kerut dahi*

    ReplyDelete
  2. huu,, bnyk gila inner dia smpi 14ribu!!!
    bak mai satu, dua....~

    ReplyDelete
  3. Boleh tak nak cakap, inner hitam bejah pun hilang =.= Entah ke mana hilangnya, haihh. Ini dah kira sumpahan inner hitam ni O.O

    Ok.

    ReplyDelete
  4. smlm aku nampak macik indon yg jual keledek goreng tepi rumah aku tu pakai inner hitam. tak tahu la. mgkin tu kau punya kot. nak aku tolong tanyakan ke?

    ReplyDelete
  5. inner kau kembali ke kedai2 yg kau bli x na??? ngeh ngeh ngeh =D

    ReplyDelete
  6. hahaha.. apehal malang sangat nasib inner tu? =P

    ReplyDelete
  7. @ shax
    ha jgn macam2. aku igt nak pgel uncle seekers la acani.

    @ fateen
    haha, tu la tu. tak penah ade jodoh dengan inner hitam!

    @ fana
    kahkah. hiperbola sket. :D

    @ bejahaha
    okay bagus kita dua2 kena sumpahan inner hitam T_T

    @ fiza
    gila apa, bukan inner hitam tu perisa keju pon haha

    @ kakhuda gatal meghela
    blah ah kak huda skang ni update blog style2 jiwang. macam pondan tau kakhuda ni

    @ nuna
    mungkin. tapi still tak jmpe wuwwuuuwuw

    @ az
    tu yg mmbuatkan aku nak turun kl lagi next week ni haha

    @ kembatolo
    naseb inner ke naseb aku tah T_T

    ReplyDelete
  8. lain kali kena bwk inner pi mana2.
    nk tido pn inner kena kepit. hahaha
    kelakar cite ni tp best o_O

    ReplyDelete
  9. kalo dah namenya pinjam..haruslah ade kat tuan die balik kan..
    kah3..~~~

    ReplyDelete
  10. @ hasina
    KEPIT KAT KETIAK KANN HAHA

    @ zidEL zhafiz
    diam kauuuuu :B

    ReplyDelete
  11. adeh.... cmne leh kantoi aku ni?? haha.. weh trun roger ar...

    ReplyDelete
  12. adeh.... cmne leh kantoi aku ni?? haha.. weh trun roger ar...

    ReplyDelete
  13. ak rasa inner ko dh dicuir tikus buat sarang melahirkan anak kut. cuba check belakang almari.. LOL!

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews