f

Thursday, February 24, 2011

Yada yada Hana yang bosan.





Kehadapan bulan yang selalu mengintip aku,
(you know who you are).

***



Kalau aku kau kata bintang paling berkelip,
Kau salah.


Sebab aku mana pernah ada cahaya pun.
Aku tak pernah berkelip pun.
Basic hidupnya aku hanya seketul batu gelap,
Jauh sekali berkelip, jauh sekali keluarkan cahaya.


Berhentilah puja aku, bintang malap ini.
Berhentilah kejar aku, kau takkan sampai lagi.
Kau ingat boleh senang kau nak gapai aku bila malam?
Jauh aku dan kau beribu ribu jauh lagi.


Cuba kau jangan tunggu malam lagi.
Doakan yang hari kau adalah setiap hari siang.
Siang yang panjang.
Bayangkan waktu itu aku tiada, tapi hanya ada matahari.
Cuba kau kejar matahari,
Dan jangan lupa cakap 'terima kasih matahari kerana beri aku cahaya.'



Puja lah matahari bila waktu siang kau masih panjang.
Dan berterima kasih la kepada Tuhan,
Kerana Dia yang beri cahaya kepada matahari.



Lalu matahari beri cahaya kepada bulan bila waktu malam.
Dan kau perlu tahu kau adalah cantik seperti bulan.
Ya, kau lah bulan itu.
Dan bila kau adalah secantik bulan,
Maka cukup cantik lah kau kerana dapat beri cahaya kepada bintang.



Bila kau bersedia beri semua cahaya kepada aku, si bintang malap,
Aku doakan yang malam itu takkan habis.
Biar kau bulan, dan aku bintang.
Kita bersinar setiap malam.



Dan berterima kasih kepada matahari kerana beri kan cahaya,
Lalu matahari berterima kasih kepada Tuhan,
Terima kasih atas cahaya kepada semua semesta.


4 comments:

zarifahmr said...

baca entri ni teringat blajo bumi dan alam semesta jaman sekolah dulu (--")

fana said...

yada yada sama la kita bosan!!

kembatolo™ said...

menusuk kalbu. hehe

Nadia said...

wowww. sajak ke apa ni hanna? ;p best best.

 
Norhana Rosmida