BHR 06 b.




Tebiat dowh malam-malam ni taktau nak buat apa, khatam habis semua folder time Degree lepas tu sengih sorang-sorang tengok muka kemaen belemuih. Dia kalau tengok gambar gambar dulu, kena ada background music lagu Samson Kenangan Terindah. Baru tiba tiba nangis mata bengkak, lepas tu mak tanya, ALONG NANGIS?


EH TAK LAH. BARU LEPAS POTONG BAWANG.



Jawapan pesen artis. Padahal tah tahun bila kau pergi dapur nak potong bawang tah. Pang muka, besepai.






Tahap eksaited nak jumpa budak budak atas hari jumaat ni, memang tak boleh digambar gemborkan dengan apa-apa ayat selain jeritan batinku memanggil manggil di dalam hati, WOI! TAK SABAR NAK JUMPA KORANG LA GILA!



Pes time akak main review-review, dik. #Maxis 10 - Nokia E7.






Hai hello, selamat petang.


Tak pernah pernah aku buat ucapan pembukaan atau kata kata aluan untuk tulis post, yedok? Kali ni dia lain macam sikit. Sebab post aku ni bakal di baca oleh orang Maxis, maka kena tunjuk good impression. Buat-buat nampak berkaliber, padahal tak pun sebenarnya. Aku ada tugas. Untuk review Nokia E7 kat korang. Paeh telah memberi kepercayaan tak berbelah bagi kepada aku untuk review phone ni. Dan aku dapat la pegang fon ni dalam masa sehari. Bukan maen belagak aku bawak pegi mana-mana. Time mandi, masak tidur semua aku bawak. Siap bila tidur dia ikot skali masuk dalam mimpi. Taknak berenggang dengan aku. So Paeh, paham-paham la, kalau kau dapat fon ni, kau kena belah dua, 1/2 kena bagi aku. Boleh?


Okay serious.


***

Apa yang best pasal Nokia E7?

1) Skrin besar bukan main.



Pesen orang macam aku, sesuai betul la pakai phone ni. Screen luas, besar, puas hati. Aku geram sampai setiap kali online pakai phone ni, rasa macam nak masuk sekali dalam screen. Tahap kelebaran screen yang menggoda dan mreowww. Rasa macam online kat laptop je. Bukti dia, first time aku tunjuk handphone ni depan adik aku, dia terus jerit WOHHHH ALONG ADA LAPTOP BARUUUUUU. -_-"


2. Ada fungsi touch screen dan keypad.

Okay part ni pon best. Kira kalau kau pakai phone ni, ibarat kau ada 2 bini. Agak agak bosan dengan bini first, kau balik rumah bini seken. Aisey kenapa contoh aku macam geli geleman. Tapi secara basicnya, ada slide. Dan bila kau bosan pakai touch screen, kau boleh pakai keypad.






Bila di bukak slide dia, hengsem sungguh. Dan slide dia boleh stand dengan sendiri, so kau tak payah ambik tin biskut letak kat belakang handphone sebab taknak bagi dia jatuh. Maka semua orang kini boleh menonton apa-apa movie atau vidoe dalam handphone ni secara aman dan di dalam keadaan posture badan yang menten. Tak payah nak tertunduk tunduk. Screen dia memang user friendly.


3. Aku dah tangkap beberapa gambar pakai handphone ni, tapi nak buat macam mana, kepala hotak jenis mak nenek. Sebelum hantar kat paeh, aku lupa nak transfer gambar tu masuk dalam laptop aku, kan sekarang aku dah kena curi dua gambar dari blog paeh untuk menunjukkan kat korang yang OMG OHSEM GILAAAA CAMERA FON NI. 8MEGAPIXEL BAI, HANDPHONE KAU ADA KE?







Paham tak gambar dah standard camera SLR? Clear cantik menarik tertarik kan kau dah geram?

KBAI DSLR NIKON D3000 CABUK AKU. AKU NAK JUAL KAU NAK BELI NOKIA E7 LA MACAM NI. *membuat lambaian terakhir kepada camera sendiri*



4. Sound yang kuat dan best.


Bila dengar ringtone handphone ni, bukan kau rasa nak angkat phone kau, tapi rasa macam nak joget. Sebab humang ai. Effect dia macam konsert dalam stadium. Bergema gema bilik. Kan kau dah boleh rasa debaran berada di dalam stadium bersama artis pujaan? Tak perlu beli tiket mahal mahal nak dengar suara artis live, kau pasang je lagu dalam handphone ni, nescaya perasaan dia memang sama betul macam kau tengok konsert live. Orang kata, ada umphhh. Dan umphh juga kepada orang-orang pekak seperti aku, yang kemaen susah nak bangun tidur pagi-pagi. Ada handphone ni, sekali dia bunyi, komfem gegendang telinga kau efek terus masuk dalam kornea mata, lalu kau terus terjaga. Kan dah selesai masalah selalu bangun lambat.


5. Size terlalu besar, untuk orang yang comel macam aku.

Satu yang aku tak gemo pasal handphone ni adalah size dia yang gedabak gila. Macam bila kau pegang, kau tak boleh afford untuk pegang pakai satu tangan je, sebab dia adalah berat dan kau kena ada daya concentration yang tinggi bila pegang handphone ni. Bila nak type pakai keypad pun, memang kena dua-dua belah tangan akan fully utilize, sebab macam aku cakap tadi, screen dan keypad dia adalah lebar dan luas.



***


Okay aku rasa dalam masa sehari, yang ni je yang aku dapat explore. Sebab aku ni kalau nak explore betul-betul, mana cukup sehari. Handphone Nokia 3310 pun aku explore dekat 14 tahun baru pandai guna. Ni kan pulak handphone punya canggih macam Nokia E7 ni. Mau umur 40 pun aku tak habis explore lagi orang kena ajar aku satu - satu.








Saham dunia vs saham akhirat.








Tak cukup dengan tengok sekali malam semalam, aku sambong tengok lagi sekali kat tempat kerja. Kemaen tengok 13 kali, 13 kali menangis. Dan tu adalah masalah aku sebab apa je movie sedih yang aku tengok aku tak nangis? Semua aku nangis. Nak nak pulak tengok 3 idiots. Kalau dapat tengok, serupa macam tak pernah tengok. Padahal dah 56 ribu kali khatam cerita tu, still nak mak enon mesti tersedu sedu tengok cerita tu.


Okay sebenarnya topik sebena aku bukan ke arah aku suka tengok movie sedih lepas tu menangis, tapi aku nak sembang pasal cerita Laskar Pelangi ni. Aku rasa ramai dah yang tengok kot. Cerita pasal budak budak yang dari keluarga susah, tapi sangat eager nak belajar, dan mereka adalah bijak.



Dan bila aku tengok cerita ni, terus remind aku kat sekolah agama adik aku sekarang. Yang merangkap sekolah agama aku jugak time sekolah rendah dulu. Kalau ikut zaman aku sekolah rendah dulu, adalah la dalam area 1997 - 2000. Time tu yaAllah, sekolah agama aku tu punya la meriah, aku ingat lagi majlis khatam quran, semua melaram pakai baju jubah kaler merah sama sama. Orang khatam di raikan meriah. Satu taman datang, ada kompang, khemah besar besar kat sekolah agama. Belum time penyampaian hadiah lagi, aku ingat lagi bila time final exam, selalu gila aku compete dengan sorang anak cina ni. Aku tak ingat nama dia. Aku panggil dia anak cina sebab dia memang sebijik muka cina sebab mak dia cina, bapak dia melayu. So dia macam eh bijak gila kot, stok hafal surah 2 minit. Setiap kali dapat result mesti stalk markah dia lepas tu bila aku lebih 1 markah pun terus nak bangga 5 kilo.



Tapi, tu dulu. DULU. DULU. DULU. Generasi sekarang, sekolah agama tu dah layu. Sampai memang boleh jemput Fauziah Latif datang sekolah agama tu nyanyi lagu Teratai Layu Di Tasek Madu. Yeay tak lawak. Sekarang kalau ikut keadaan kelas pun dah tak meriah macam dulu. Dan dah tak banyak dah mak bapak yang hantar anak anak dia pegi sekolah agama. Mungkin sekarang ramai mak bapak busy hantar anak pergi kelas ballet, kelas piano, tangkis, tenis, takraw dan errrr. Banyak lagi.



Aku pernah sekali tu di sub tugas oleh mak untuk pegi majlis penyampaian hadiah sebab adik aku amik hadiah time tu, punya la aku pakai lawa lawa ada riben atas shawl k tipu, aku pakai baju raya smart smart, tudung kasi elok belit sikit, dengan kasut pun kletuk kletak. Kira kalau ada ustaz tak kawen lagi, mesti terus teringin nak datang rumah aku melamar paham tak. Tapi kau tau tak? Aku pakai lawa lawa, tengok tengok majlis tu ada 4 orang je yang datang termasuk aku, okay frust di situ. Dan majlis khatam Quran & penyampaian hadiah dah tak meriah macam time aku dulu dulu. Dah takde khemah besar besar, dah takde hadiah Quran cantek cantek untuk student student yang dapat straight A, dah takde baju sedondon untuk semua orang yang khatam.



Aku tanya mak, kenapa jadi macam tu? Lalu mak jawab, Ustaz Ali (owner sekolah agama tu) dah tak ada duet. Budget pun takde dah sekarang ni. Lagipon, kan dah tak ramai masuk sekolah agama tu? Dan mak pernah bagi tau aku satu fakta yang bila aku terdengar sumpah aku terkelu, yang gaji ustazah yang mengajar kat sekolah agama tu, adalah ringgit malaysia seratus lima puluh je. Apa? Ulang balik? Tak paham bahasa melayu dowh? Okay fine aku translate bahasa inggeris, RINGGIT MALAYSIA HUNDRED AND FIFTY ONLY. RM 150. 150.



Tak, bukan masalah aku kata sekarang ni, hak ela, apsal plak kau nak pertikaikan gaji ustazah sekolah agama RM 150 je? Biar la. Janji dorang mengajar ikhlas.



Bukan dowh. Aku cakap ni, sebab aku nak tanya, mana pergi orang orang kaya malaysia yang busy melabur sana sini untuk saham dunia, mana pergi? Mana? Kenapa sekolah agama macam ni, takde siapa yang amik tau nak bagi derma nak tolong seratus dua? Mana pergi duet duet yang melimpah ruah kat Malaysia ni? Kenapa tak diberi perhatian kepada sekecil kecil sekolah agama macam ni? Kenapa takde sorang pun terfikir nak buat pelaburan untuk saham akhirat? Padahal sekolah agama adalah sepenting penting sekolah yang nak bawak anak kau kenal siapa Allah dan Muhammad. Padahal sekolah agama la sepenting penting tempat ilmu, untuk bawak anak anak kau jadi pemimpin yang tau syariat satu hari nanti.



Atau duet duet orang kaya tu lagi penting untuk di labur pada HUB hiburan di Malaysia? Atau mungkin, untuk taja artis kahwin?



Oh lupa. Artis kan. Bila sebut artis, semua berlumba lumba tunjuk penderma dan kaya. Tapi bila datang agama, semua jadi bisu woi diam terus buat buat tengah makan roti canai sambil acah acah pekak telinga.




Dan, hujan lagi.





Tergamam di satu sudut,
Aku pandang awan,
Lama aku amati,
Lalu terdetik hati.


Pelangi dah lama sampai,
Cuma aku masih tak sedar sedar lagi.
Hujan tadi lebat dah renyai,
Masa untuk tahan pelangi,


Pelangi,
Weh, duduk situ diam diam,
Tolong jangan pergi.




Satu dua pilihan.




Semua orang di beri pilihan, sama ada nak hidup atau mati. Siapa yang pilih untuk mati, maka mungkin sekarang dia tengah cari ridsect untuk ditelan sekilo dua, atau paling cliche skali adalah tutup pintu tingkap rapat rapat, ambik tali rafia ikat dari atas, dan 1 2 3 go. Rapatkan leher di tali, lepaskan tangan dan tadaaaaaa. Mati.


Lalu tinggalkan notes, bai ayang abang nak merambus mati dah ni. Sape suruh ayang curang, kan abang dah bunuh diri.



Farid Kamil jambu, atau berbulu?


Atau pun, cuba lihat 10 jari kau di tangan. Semua orang di beri pilihan, sama ada nak guna tangan untuk memberi, atau mencuri. Ada juga orang lebih kreatif, membuat pilihan untuk korek hidung, berlandaskan jari mana yang lebih kecik. Maka tidak hairanlah kalau kau tengah berenti kereta depan trafic lite, tiba tiba nampak sorang pakcik tengah korek hidung pakai jari kelingking dia sebab ibu jari dengan jari telunjuk besar sangat tak muat masuk hidung. See? Semua orang di beri pilihan kan?



Sama dengan hidup, bila kau dikelilingi dengan banyak peluang dan agihan nikmat dari Tuhan. Dan sebenarnya lagi banyak pilihan, lagi banyak dugaan. Sampai tahap bila semua pilihan kau dah jadi maximus dan otak kau sampai dah tepu tak boleh nak fikir nak pilih yang mana satu, pada masa itu kau perlukan ahli ahli nujum bijak, iaitu orang orang tua berpengalaman untuk lead kau ke jalan membuat pilihan yang betul. Atau fitrah manusia, yang bila dia dah taktau nak turn to siapa siapa, last last sekali mesti dia Istikharah mintak kat Tuhan, kan?



Tapi apa yang berenang renang dalam fikiran aku sekarang adalah, pilihan untuk mencari teman hidup. Kenapa ada perempuan yang masih akan berkahwin dengan teman lelaki dia yang dia tau kaki pukul, atau kaki maki, atau kedekut dan berkira, atau tidak langsung hormat orang tua, atau yang tidak fikir masa depan, atau sebenarnya adalah kaki perempuan, atau sebenarnya tak sembahyang, atau errr.



Masalah dia sekarang, setiap manusia di beri pilihan untuk pilih yang terbaik, tapi kenapa masih ada orang pilih yang terburuk bila mana dia tau benda tu akan tetap mudaratkan dia satu hari nanti?



Nafsu, tidak?



Ya.



So you'll know.






Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim





Apa lagi kamu mahu lihat, jika petunjuk Tuhan ada di merata-rata? Semua orang di beri pilihan, sama ada bersama Dia, atau terus leka.


Wallahualam.


Mohon segala isi manusia di Jepun selamat.

Kepada gadis, perempuan, wanita wanita. Dan tak lupa, lelaki juga.




1) Hari ni adalah hari wanita sedunia.


2) Mak aku, mak kau, mak korang, mak depa. Adalah wanita.


3) Mungkin ada lelaki yang sedang meraikan hari wanita bersama-sama dengan gf mereka, instead of mak mereka.



4) Kelebihan 9 akal yang di beri Tuhan kepada lelaki, adalah bertujuan untuk membimbing wanita yang ada 1 akal. Maka lelaki, sila jangan pukul wanita, maki wanita, pakai buang wanita, hari ni tidur dengan wanita lain, esok kahwin dengan wanita alim. Apa kau ingat kau buat macam tu, Tuhan bagi kau lepas ke dapat wanita baik? Talk to the hand, der.



5) Please stop cakap wanita gedik sebab selalu menangis. Gila apa aku terasa kot weh? Haha. Masalah dia sekarang, kalau takde perempuan, siapa lagi nak menangis dalam dunia ni secara terang terangan? Lelaki kalau nak nangis dah la sorang-sorang time tengah mandi. Bila tanya, kau nangis eh? Lepas tu tak nak mengaku. Lepas tu tipu kata WOI CANTIK SKET, AKU MANA PERNAH NANGIS. LELAKI HATI KERING KOT. Padahal petang tadi baru nangis hingus sampai tekeluar boleh buat belon sebab tengok cerita Winter Sonata. Hati lembut bak sutera, ada hati buat fitnah kat diri sendiri kata hati kering. Kihkihkih.



6) Untuk pengetahuan lelaki, penyakit senggugut yang dialami oleh wanita hanyalah 1/10 dari sakit nak beranak. Okay kalau korang pernah tengok perempuan senggugut, korang akan tau. Ade setengah sampai tak boleh gerak langsung, ada setengah sampai pitam. Ade setengah sampai muka pucat, demam demam. Ade setengah kena baring meringkuk atau guling-guling atas lantai, sakit punya pasal. Dan kau bayangkan der der semua, macam mana pula reaksi wanita ketika nak beranak sebab nak keluarkan kita kita kita semua?



7) Maka, apa tunggu lagi, der der, ter ter semua? Pergi kat mak kau sekarang wish, SELAMAT HARI WANITA.



8) Dan sebab aku tau mak aku memang baca blog aku, maka lagu aku tujukan untuk perempuan cantik hidup aku,





Ana degil, tapi mak sayang ana kan?



#Dearfuturehusband ,




#Dearfuturehusband, kau tengah buat apa dowh skang? Umur kau berapa eh? Kau tengah belajar? Ke dah kerja? Ke kau tengah baca blog aku? Atau kau memang ada kat frenlist FB aku? Atau tah tah selama ni aku selalu tweet ngan kau kat twitter? Haaaa. Atau selama ni kau selalu baca blog aku tapi tak pernah comment? Kau minat aku lettew tapi kau tak pernah bagi tau? Atau sebenarnya aku yang minat kau tapi aku tak pernah bagitau?



#Dearfuturehusband, aku harap kau skang tengah jaga diri kau, sebab aku tengah jaga diri aku. Kumpul ilmu memasak sebanyak mungkin untuk bagi kau makan. Kang kalau tak reti masak, kau cari perempuan lain acane? Dan sekarang aku tengah busy nak try khatam ilmu dunia dan insyaAllah akhirat. Kau pun kena la sama macam aku. Habis tu acane nanti lepas kahwin kau nak ajar aku mengaji lepas tu jadi imam kat aku time aku semayang dowh?


#Dearfuturehusband, semoga kau adalah lelaki yang mata kecik atau sepet tau. Lepas tu semoga kau adalah jenis lelaki yang suka jaga kebersihan kuku sebab aku pantang tengok lelaki kuku panjang lepas tu ada daki omg ptui. Pengotoq T__T Dan hantaran aku nanti aku taknak banyak, aku nak sekor kucing parsi je please la #dearfuturehusband, takkan la kucing pun kau tak boleh bagi aku hah! Pangkang. Okay tak la aku tak kesah pun mata #dearfuturehusband aku macam mane, asalkan dia pandai ilmu dunia dan akhirat maka aku boleh sama sama dengan dia sampai tua, dan selama lamanya di syurga, wahh gitu. Ni lirik lagu ke apa ni.


#Dearfuturehusband TAPI YANG PENTING KUKU KAU JANGAN PANJANG LEPAS TU ADA DAKI TOLONGGGGGG. Jangan macam macam.



#Dearfuturehusband, k dah la. Aku sebena nak tujukan satu lagu kat kau je dowh. Sebab aku rasa macam omg comelnya lelaki ni nyanyi lagu cmni kat perempuan. In case la kalau kau tengah baca blog aku kan, kau tolong la dowh hafal lagu ni lepas tu nyanyi kat aku pleaseeeeee, I wanna grow old with you.






Kau mesti datang jugak satu hari nanti kan? Sebab Tuhan kata, dia takkan lambat atau cepat sesaat pun.


=)


Hati = game PSP





Hati.

Dia tak boleh main sepak-sepak macam bola. Dia tak boleh main laga-laga. Atau main paksa-paksa. Tapi kebanyakan orang anggap, hati adalah game. Yang boleh download via Android. Atau boleh main dalam PSP. Bila bosan, main game.

Dan bila kau bosan, kau main hati.


Ingat senang nak paksa hati yang sakit jadi sehat dengan telan panadol? Ini bukan pening, yang boleh main acah-acah datang dan pergi. Ini soal hati, yang bila kau rasa kau mahu terasa, dan hati akan main peranan untuk sakit.


Dan bila hati kau sakit, itu bermakna, sesuatu yang sakitkan hati kau tu, adalah benda yang kau sayang.


Macam hati aku sayang kau. Tapi kau bagi sakit. Tak payah belikan ubat bengkak hati. Pergi jauh-jauh. Dah, jangan datang dalam hidup aku lagi. Sebab bila kau datang dan pergi, kau buat aku rasa aku adalah game PSP dalam hidup kau.


Bak sini, aku bagi kau satu hukum atau peraturan alam. Konsep dia senang, mana ada orang yang tibatiba nak sakit hati dengan orang yang dia tak ada perasaan. Atau hanya ada perasaan plain. Kosong, ilek, zero. Tapi bila kau ada perasaan kepada seseorang, memang hati tu taktau kenapa menggelabah sikit sikit nak terguris.


Manja tak bertempat.

, bodoh.



Search This Blog

Powered by Blogger.