f

Friday, March 4, 2011

#Dearfuturehusband ,




#Dearfuturehusband, kau tengah buat apa dowh skang? Umur kau berapa eh? Kau tengah belajar? Ke dah kerja? Ke kau tengah baca blog aku? Atau kau memang ada kat frenlist FB aku? Atau tah tah selama ni aku selalu tweet ngan kau kat twitter? Haaaa. Atau selama ni kau selalu baca blog aku tapi tak pernah comment? Kau minat aku lettew tapi kau tak pernah bagi tau? Atau sebenarnya aku yang minat kau tapi aku tak pernah bagitau?



#Dearfuturehusband, aku harap kau skang tengah jaga diri kau, sebab aku tengah jaga diri aku. Kumpul ilmu memasak sebanyak mungkin untuk bagi kau makan. Kang kalau tak reti masak, kau cari perempuan lain acane? Dan sekarang aku tengah busy nak try khatam ilmu dunia dan insyaAllah akhirat. Kau pun kena la sama macam aku. Habis tu acane nanti lepas kahwin kau nak ajar aku mengaji lepas tu jadi imam kat aku time aku semayang dowh?


#Dearfuturehusband, semoga kau adalah lelaki yang mata kecik atau sepet tau. Lepas tu semoga kau adalah jenis lelaki yang suka jaga kebersihan kuku sebab aku pantang tengok lelaki kuku panjang lepas tu ada daki omg ptui. Pengotoq T__T Dan hantaran aku nanti aku taknak banyak, aku nak sekor kucing parsi je please la #dearfuturehusband, takkan la kucing pun kau tak boleh bagi aku hah! Pangkang. Okay tak la aku tak kesah pun mata #dearfuturehusband aku macam mane, asalkan dia pandai ilmu dunia dan akhirat maka aku boleh sama sama dengan dia sampai tua, dan selama lamanya di syurga, wahh gitu. Ni lirik lagu ke apa ni.


#Dearfuturehusband TAPI YANG PENTING KUKU KAU JANGAN PANJANG LEPAS TU ADA DAKI TOLONGGGGGG. Jangan macam macam.



#Dearfuturehusband, k dah la. Aku sebena nak tujukan satu lagu kat kau je dowh. Sebab aku rasa macam omg comelnya lelaki ni nyanyi lagu cmni kat perempuan. In case la kalau kau tengah baca blog aku kan, kau tolong la dowh hafal lagu ni lepas tu nyanyi kat aku pleaseeeeee, I wanna grow old with you.






Kau mesti datang jugak satu hari nanti kan? Sebab Tuhan kata, dia takkan lambat atau cepat sesaat pun.


=)


15 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

hahaha....kalau kuku dia panjang pastu ada daki...baru macho hana..haha....ko potongkan kuku dia la...kan romantik tu..hahaha....yarks

cik 18 said...

suke...=)

ا ڬيرل تيللس الل said...

nak sambung note kat bawah tu:


"kalau kau datang sgt2 lambat, aku redha sebab aku paham ko tengah kumpul wang hantaran juta2 utk aku. tapi siaplah malam pertama, first thing aku buat adalah pulas telinga ko kerana terlalu lewat sampai aku terpaksa hidup bosan begitu lama".

ا ڬيرل تيللس الل said...

nak sambung note kat bawah tu:


"kalau kau datang sgt2 lambat, aku redha sebab aku paham ko tengah kumpul wang hantaran juta2 utk aku. tapi siaplah malam pertama, first thing aku buat adalah pulas telinga ko kerana terlalu lewat sampai aku terpaksa hidup bosan begitu lama".

Cheritera Chenta said...

sOo sweeT....suke3...budak baru kat cni...follow u...

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag tak nak bulu di dada. OMG OMG! Geli yukk tuih! :P

zidEL zhafiz said...

gilew kew nak pang..!! x cium bawu syurgew taw..!!

ili suryanie said...

haha. lawak. bab kuku panjang berdaki paling setuju. gelimat an? :D

Huda Luna said...

rasa nak copy paste entry ko neh dekat blog aku jeh!

hahah tah taah ko pun mcm aku

selama ni #dearfuturehusband dekat je tapi tak sedar

hannamaruku said...

@atika
Ceh gila apa macho haha pengotoq.

@cik18
Kehkeh

@pnjgnye nama kau haha
Todia xmenyempat tros nk piat telinga. Ganaih :p

@cheritera chinta
Ckp aku kau ngn dearfuturehusbnd sweet ea ;p

@puan shag
Haha. Oih ada bulu dada hot apa. Mcm amir khan :B

@zidel
Ttbe je kau ni. Panggggkang

@ili
Tu latuuu. Kuku pnjg mmg xleh blahhh T.T

@huda
Haha copy paste jela. Tu la kan. Neway happy untul kau. Xmo sedih2 lg yedok:)

Dea said...

like this entry!!..;)

Anonymous said...

assalamualaikum..jikalau saudari hana merasa sedih..tgklah video ni..insyaallah saudari akan dapat kekuatan..sesungguhnya Allah bersama kita
http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM

zarifahmr said...

#dearfuturehusband, aku harap kau takde bulu dada hahaha


um0q 23 dah weh, dah tak lama dah tu. ready dari sekarang :))

- koroe - said...

macam syok je. harap2 future husband kau tu orang yang baik hatinya. kalau boleh, dia jadi husband yang memahami kau. moga kau bahagia dengan dia sampai akhir hayat.



haha

cik nani said...

comey la entri nih

 
Norhana Rosmida