Hati = game PSP







Hati.

Dia tak boleh main sepak-sepak macam bola. Dia tak boleh main laga-laga. Atau main paksa-paksa. Tapi kebanyakan orang anggap, hati adalah game. Yang boleh download via Android. Atau boleh main dalam PSP. Bila bosan, main game.

Dan bila kau bosan, kau main hati.


Ingat senang nak paksa hati yang sakit jadi sehat dengan telan panadol? Ini bukan pening, yang boleh main acah-acah datang dan pergi. Ini soal hati, yang bila kau rasa kau mahu terasa, dan hati akan main peranan untuk sakit.


Dan bila hati kau sakit, itu bermakna, sesuatu yang sakitkan hati kau tu, adalah benda yang kau sayang.


Macam hati aku sayang kau. Tapi kau bagi sakit. Tak payah belikan ubat bengkak hati. Pergi jauh-jauh. Dah, jangan datang dalam hidup aku lagi. Sebab bila kau datang dan pergi, kau buat aku rasa aku adalah game PSP dalam hidup kau.


Bak sini, aku bagi kau satu hukum atau peraturan alam. Konsep dia senang, mana ada orang yang tibatiba nak sakit hati dengan orang yang dia tak ada perasaan. Atau hanya ada perasaan plain. Kosong, ilek, zero. Tapi bila kau ada perasaan kepada seseorang, memang hati tu taktau kenapa menggelabah sikit sikit nak terguris.


Manja tak bertempat.

, bodoh.







10 comments:

Bazilah said...

bawak2 mengucap ye hana :)

aisya sakaria said...

sebab hati tu ada perasaan sebab tu rasa sakit. kalau hati kering? lagi susah.. kadang2 teringin nak rasa hati yg berperasaan. :)

Huda Luna said...

aku suka sampai aku xtau nk komen ape

zarifahmr said...

jiwa aku sensitif, maka hati mudah terluka hmmm

Ainee Cumi said...

Auwww! Suka.. Tak nak ahh main main dengan hati, nak belai belai je. Curah sirap kasi hati nampak warna merah je konon tak sakit pdahal pewarna je..

.rafiq. said...

garang. tak berani nak komen apa-apa.

.rafiq. said...

garang. tak berani nak komen apa-apa.

.rafiq. said...

garang. tak berani nak komen apa-apa.

fana said...

kak hana,, suka~~

cik nani said...

agreed...jgn jadikan hati mcm psp!

Search This Blog