Sunday, March 20, 2011

Pes time akak main review-review, dik. #Maxis 10 - Nokia E7.






Hai hello, selamat petang.


Tak pernah pernah aku buat ucapan pembukaan atau kata kata aluan untuk tulis post, yedok? Kali ni dia lain macam sikit. Sebab post aku ni bakal di baca oleh orang Maxis, maka kena tunjuk good impression. Buat-buat nampak berkaliber, padahal tak pun sebenarnya. Aku ada tugas. Untuk review Nokia E7 kat korang. Paeh telah memberi kepercayaan tak berbelah bagi kepada aku untuk review phone ni. Dan aku dapat la pegang fon ni dalam masa sehari. Bukan maen belagak aku bawak pegi mana-mana. Time mandi, masak tidur semua aku bawak. Siap bila tidur dia ikot skali masuk dalam mimpi. Taknak berenggang dengan aku. So Paeh, paham-paham la, kalau kau dapat fon ni, kau kena belah dua, 1/2 kena bagi aku. Boleh?


Okay serious.


***

Apa yang best pasal Nokia E7?

1) Skrin besar bukan main.



Pesen orang macam aku, sesuai betul la pakai phone ni. Screen luas, besar, puas hati. Aku geram sampai setiap kali online pakai phone ni, rasa macam nak masuk sekali dalam screen. Tahap kelebaran screen yang menggoda dan mreowww. Rasa macam online kat laptop je. Bukti dia, first time aku tunjuk handphone ni depan adik aku, dia terus jerit WOHHHH ALONG ADA LAPTOP BARUUUUUU. -_-"


2. Ada fungsi touch screen dan keypad.

Okay part ni pon best. Kira kalau kau pakai phone ni, ibarat kau ada 2 bini. Agak agak bosan dengan bini first, kau balik rumah bini seken. Aisey kenapa contoh aku macam geli geleman. Tapi secara basicnya, ada slide. Dan bila kau bosan pakai touch screen, kau boleh pakai keypad.






Bila di bukak slide dia, hengsem sungguh. Dan slide dia boleh stand dengan sendiri, so kau tak payah ambik tin biskut letak kat belakang handphone sebab taknak bagi dia jatuh. Maka semua orang kini boleh menonton apa-apa movie atau vidoe dalam handphone ni secara aman dan di dalam keadaan posture badan yang menten. Tak payah nak tertunduk tunduk. Screen dia memang user friendly.


3. Aku dah tangkap beberapa gambar pakai handphone ni, tapi nak buat macam mana, kepala hotak jenis mak nenek. Sebelum hantar kat paeh, aku lupa nak transfer gambar tu masuk dalam laptop aku, kan sekarang aku dah kena curi dua gambar dari blog paeh untuk menunjukkan kat korang yang OMG OHSEM GILAAAA CAMERA FON NI. 8MEGAPIXEL BAI, HANDPHONE KAU ADA KE?







Paham tak gambar dah standard camera SLR? Clear cantik menarik tertarik kan kau dah geram?

KBAI DSLR NIKON D3000 CABUK AKU. AKU NAK JUAL KAU NAK BELI NOKIA E7 LA MACAM NI. *membuat lambaian terakhir kepada camera sendiri*



4. Sound yang kuat dan best.


Bila dengar ringtone handphone ni, bukan kau rasa nak angkat phone kau, tapi rasa macam nak joget. Sebab humang ai. Effect dia macam konsert dalam stadium. Bergema gema bilik. Kan kau dah boleh rasa debaran berada di dalam stadium bersama artis pujaan? Tak perlu beli tiket mahal mahal nak dengar suara artis live, kau pasang je lagu dalam handphone ni, nescaya perasaan dia memang sama betul macam kau tengok konsert live. Orang kata, ada umphhh. Dan umphh juga kepada orang-orang pekak seperti aku, yang kemaen susah nak bangun tidur pagi-pagi. Ada handphone ni, sekali dia bunyi, komfem gegendang telinga kau efek terus masuk dalam kornea mata, lalu kau terus terjaga. Kan dah selesai masalah selalu bangun lambat.


5. Size terlalu besar, untuk orang yang comel macam aku.

Satu yang aku tak gemo pasal handphone ni adalah size dia yang gedabak gila. Macam bila kau pegang, kau tak boleh afford untuk pegang pakai satu tangan je, sebab dia adalah berat dan kau kena ada daya concentration yang tinggi bila pegang handphone ni. Bila nak type pakai keypad pun, memang kena dua-dua belah tangan akan fully utilize, sebab macam aku cakap tadi, screen dan keypad dia adalah lebar dan luas.



***


Okay aku rasa dalam masa sehari, yang ni je yang aku dapat explore. Sebab aku ni kalau nak explore betul-betul, mana cukup sehari. Handphone Nokia 3310 pun aku explore dekat 14 tahun baru pandai guna. Ni kan pulak handphone punya canggih macam Nokia E7 ni. Mau umur 40 pun aku tak habis explore lagi orang kena ajar aku satu - satu.








9 comments:

rafiq said...

pehhhhh. terus rasa nk gadai laptop beli nokia e7 yang cantik tertarik kan aku dah geram.

zarifahmr said...

nak gak hai hai kat e7 bai bai kat sony e tapi fulus takdop T______T

zidEL zhafiz said...

12 megapixel sony satio pun taleh lawan ker??

Miza Yusof said...

best! tergoda dengan e7.

nizamsani said...

barangan orang kaya.

ekyn ashikin said...

walah kau.. hp baru seh.. hebat

ciknecr said...

E7?nampak cam menarik je..fulus pun kena menarik ni..

Ainee Cumi said...

Wah macma gila best je ni. Nak mintak abang faiz pinjamkan kat aini jugak ahh macam ni. Nak gak rasa feel pi bawak mandi semua..

Berapa harga dia kat pasaran kak hanna? Bukan nak habaq sekali tau

Fatul Akrul Ramli said...

todiaaaaaaaa