Friday, March 18, 2011

Saham dunia vs saham akhirat.








Tak cukup dengan tengok sekali malam semalam, aku sambong tengok lagi sekali kat tempat kerja. Kemaen tengok 13 kali, 13 kali menangis. Dan tu adalah masalah aku sebab apa je movie sedih yang aku tengok aku tak nangis? Semua aku nangis. Nak nak pulak tengok 3 idiots. Kalau dapat tengok, serupa macam tak pernah tengok. Padahal dah 56 ribu kali khatam cerita tu, still nak mak enon mesti tersedu sedu tengok cerita tu.


Okay sebenarnya topik sebena aku bukan ke arah aku suka tengok movie sedih lepas tu menangis, tapi aku nak sembang pasal cerita Laskar Pelangi ni. Aku rasa ramai dah yang tengok kot. Cerita pasal budak budak yang dari keluarga susah, tapi sangat eager nak belajar, dan mereka adalah bijak.



Dan bila aku tengok cerita ni, terus remind aku kat sekolah agama adik aku sekarang. Yang merangkap sekolah agama aku jugak time sekolah rendah dulu. Kalau ikut zaman aku sekolah rendah dulu, adalah la dalam area 1997 - 2000. Time tu yaAllah, sekolah agama aku tu punya la meriah, aku ingat lagi majlis khatam quran, semua melaram pakai baju jubah kaler merah sama sama. Orang khatam di raikan meriah. Satu taman datang, ada kompang, khemah besar besar kat sekolah agama. Belum time penyampaian hadiah lagi, aku ingat lagi bila time final exam, selalu gila aku compete dengan sorang anak cina ni. Aku tak ingat nama dia. Aku panggil dia anak cina sebab dia memang sebijik muka cina sebab mak dia cina, bapak dia melayu. So dia macam eh bijak gila kot, stok hafal surah 2 minit. Setiap kali dapat result mesti stalk markah dia lepas tu bila aku lebih 1 markah pun terus nak bangga 5 kilo.



Tapi, tu dulu. DULU. DULU. DULU. Generasi sekarang, sekolah agama tu dah layu. Sampai memang boleh jemput Fauziah Latif datang sekolah agama tu nyanyi lagu Teratai Layu Di Tasek Madu. Yeay tak lawak. Sekarang kalau ikut keadaan kelas pun dah tak meriah macam dulu. Dan dah tak banyak dah mak bapak yang hantar anak anak dia pegi sekolah agama. Mungkin sekarang ramai mak bapak busy hantar anak pergi kelas ballet, kelas piano, tangkis, tenis, takraw dan errrr. Banyak lagi.



Aku pernah sekali tu di sub tugas oleh mak untuk pegi majlis penyampaian hadiah sebab adik aku amik hadiah time tu, punya la aku pakai lawa lawa ada riben atas shawl k tipu, aku pakai baju raya smart smart, tudung kasi elok belit sikit, dengan kasut pun kletuk kletak. Kira kalau ada ustaz tak kawen lagi, mesti terus teringin nak datang rumah aku melamar paham tak. Tapi kau tau tak? Aku pakai lawa lawa, tengok tengok majlis tu ada 4 orang je yang datang termasuk aku, okay frust di situ. Dan majlis khatam Quran & penyampaian hadiah dah tak meriah macam time aku dulu dulu. Dah takde khemah besar besar, dah takde hadiah Quran cantek cantek untuk student student yang dapat straight A, dah takde baju sedondon untuk semua orang yang khatam.



Aku tanya mak, kenapa jadi macam tu? Lalu mak jawab, Ustaz Ali (owner sekolah agama tu) dah tak ada duet. Budget pun takde dah sekarang ni. Lagipon, kan dah tak ramai masuk sekolah agama tu? Dan mak pernah bagi tau aku satu fakta yang bila aku terdengar sumpah aku terkelu, yang gaji ustazah yang mengajar kat sekolah agama tu, adalah ringgit malaysia seratus lima puluh je. Apa? Ulang balik? Tak paham bahasa melayu dowh? Okay fine aku translate bahasa inggeris, RINGGIT MALAYSIA HUNDRED AND FIFTY ONLY. RM 150. 150.



Tak, bukan masalah aku kata sekarang ni, hak ela, apsal plak kau nak pertikaikan gaji ustazah sekolah agama RM 150 je? Biar la. Janji dorang mengajar ikhlas.



Bukan dowh. Aku cakap ni, sebab aku nak tanya, mana pergi orang orang kaya malaysia yang busy melabur sana sini untuk saham dunia, mana pergi? Mana? Kenapa sekolah agama macam ni, takde siapa yang amik tau nak bagi derma nak tolong seratus dua? Mana pergi duet duet yang melimpah ruah kat Malaysia ni? Kenapa tak diberi perhatian kepada sekecil kecil sekolah agama macam ni? Kenapa takde sorang pun terfikir nak buat pelaburan untuk saham akhirat? Padahal sekolah agama adalah sepenting penting sekolah yang nak bawak anak kau kenal siapa Allah dan Muhammad. Padahal sekolah agama la sepenting penting tempat ilmu, untuk bawak anak anak kau jadi pemimpin yang tau syariat satu hari nanti.



Atau duet duet orang kaya tu lagi penting untuk di labur pada HUB hiburan di Malaysia? Atau mungkin, untuk taja artis kahwin?



Oh lupa. Artis kan. Bila sebut artis, semua berlumba lumba tunjuk penderma dan kaya. Tapi bila datang agama, semua jadi bisu woi diam terus buat buat tengah makan roti canai sambil acah acah pekak telinga.




7 comments:

Salfiza said...

duniaa..dunia...
time menderma apehal nak pggil wartawan tangkap gambar segala bagai?
mcm tu la nasib skolah agama..kite paham sbb adik kite pon skolah agama jugak T____T

Kei said...

peredaran zaman ):

Razman said...

betul tu ustazah norhani pekida.

Ainee Cumi said...

Serius ke sekolah agama skang dah tak macam dulu?? Weyh sumpah sekolah agama dulu sangat meriah kot. Aini dulu siap berbasikal tu pi sekolah agama lepas tu terus pi tuisyen kadang2 malas ponteng kelas agama pi usha umah kawan yang kaya yang rumah dia besar gila lalu kagum sebab dia ajak ponteng sebab atuk dia takde kat umah maka boleh enjoi.

Sekolah agama best kot sebab siapa tak masuk sekolah agama rakyat rugi ah tak ada sijil UPKK. Bangga dengan Apek sebab aini ada sijil tu dia tak ada. Lepas tu sebab sekolah agama tajwid boleh kata A++,sebab sekolah agama ahh dapat khatam 3x sebelum masuk darjah 5. Sampai bila dah besar ni memang berangan nak masukkan anak kat sekoalh agama rakyat.

Nanti kita kaya kita sumbangkan duit kat sekolah agama rakyat ok maka kena doa banyak-banyak moga Allah murahkan rezki lepas tu jangan lupa diri lupa janji nak sumbangkan duit kat sekolah agama rakyat.

Ohh! Kenapa macam aini update belog kat comment ni pulak. Sebab sumpah eksaited bila k.hanna cakap pasal sekolah kedua kita ni.. TEEHEE!!

hannamaruku said...

@ salfiza
yes. macam semua nasib sekolah agama macam tu kot.

@ kei
couldnt agree more with u :)

@ razman
tu la tu aku ingat jepun lepas ni mesti boleh maju balek. dorang kan keje kuat.

@ ainee
haha tu la tu sekolah agama seyes byk kenangan.

mudah-mudahan. amin.

ezral Sya said...

3 Idiots wajib nangis sebab tak nak kalah dengan para lelaki gagah yang berani menangis banyak kali dlm tu en en en en en en

kunang-kunang said...

jalan2 cari blog :)