Cerita pasal faith, dan berkira.




Have faith.


Bila kau ada faith dalam diri kau, maka secara auto hati kau percaya yang satu hari nanti apa yang kau hendak akan jadi kenyataan. Have faith ini adalah dalam konteks percaya pada Tuhan. Percaya yang setiap sebelum 2 kejayaan yang kau bakal dapat, akan Tuhan dugakan dengan 1 kesusahan.


Maka bila kau mengalami 5 kesusahan, kelak Tuhan akan gantikan dengan 10 kesenangan. Kadang-kadang Maha Pemurah bakal bagi kau 20 kesenangan, He knows better.



Percaya yang rezeki ada di mana mana, cuma mungkin masa yang akan tentukan samaada kau akan dapat nikmat rezeki itu cepat atau lambat. Tak ada konsep hasad dengki di sini, gembira atas kejayaan sesiapa di keliling kau, bersyukur dengan nikmat Maha Pemurah dah bagi, ingat kesusahan orang lain di bawah kau, berusaha dan beribadat seperti esok kau akan mati.



Have faith, Allah loves you. Allah loves us. Biar pun bila kau senang kau tak cari Dia, tapi Dia tak pernah lari bila masa susah kau sujud kepada dia. Cari Dia, Dia ada di mana mana. Kau tengok tu, Tuhan mana ada pernah berkira dengan kita. Kita ni nak solat 5 minit pun, humang ai. Kemain seksa.


Perempuan cantik 1.





Cantiknya perempuan bukan terletak pada perhiasan dia.
Bukan terletak pada badan dia.
Bukan terletak pada muka dia.
Tapi terletak pada pendirian dia.
Seberapa kuat nya hati dia untuk menghindar
cinta manusia ketika belum tiba masa,
dan maksiat.


**

Senang je nak nampak cantik di mata penduduk tanah,
Tapi bapak susah tahu nak jadi cantik di mata penduduk langit.



Bapak.





Bila tengok muka bapak kau tidur ni, dia ada satu perasaan mengalir pelan pelan dalam jiwa. Nak kata jiwang, tak berapa jiwang. Nak kata sayu, tak menangis pun.


Cuma ada sikit rasa sejuk hati melihat bapak kau berehat dengan tenang bila dia habis kerja, dan masa tu kau mulalah berdoa mintak Tuhan murahkan rezeki kau supaya satu hari nanti bapak kau boleh hari hari berehat macam tu pagi petang malam, tak perlu kerja lagi untuk kau.


Masa tu, tiba masa untuk bekerja untuk bapak kau. Dan balas semua jasa dia hantar kau pergi sekolah, bagi kau duit belanja, hantar kau pergi klinik bila kau sakit, dan beli lauk kegemaran kau bila dia tau kau nak balik dari asrama atau kolej.



Dah berjaya nanti, balas la jasa bapak kau puas puas, dan bagi dia berehat puas puas, macam dia berehat hari ni. Tau?


Ustaz Ali .





Tadi petang aku pegi sekolah agama ambik adik aku kat sana. Aku parking motor betul betul depan kelas sebab dah lama gila tak jumpa Ustaz Ali. So dapat tengok dia kat luar pun jadi la.


Kau bayangkan betapa bertungkus lumusnya Ustaz Ali didik budak-budak belajar agama? Aku masuk sekolah agama tu dari 1997, masa tu aku darjah 2. Sekarang dah 2011, makne dah lebih 10 tahun dia mengajar kat sekolah tu. Even apa jadi pun kat sekolah tu, dia still bukak kelas nak ajar ilmu agama. Ustaz Ali yang dulu badan dia berisi, jalan nya tegas dan suara lancar, sekarang dah lain. Badan dia sekarang dah longlai, kurus gila, aku dengar dia mengajar pun kejap terbatuk batuk. Pernah last aku dapat jadi jemaah dia time Terawih tahun lepas, bila dia jadi Imam, selalu terputus-putus suara dia. Dia asyik batuk je, tak sihat.



Ustaz Ali dah tua, dah sakit-sakit. Dan mungkin bila-bila je Tuhan boleh ambik dia pergi. Aku tak pasti kalau dia takde, siapa yang akan ambik alih Sekolah Agama Al Hidayah Taman Sri Kurau tu. Cuma, aku tak risau kalau dia pergi. Sebab dia dah bawak banyak bekalan sama-sama dia dekat 'dunia lain' tu nanti. Bepuluh tahun dia dengan sekolah agama tu, dah berapa banyak dia bagi ilmu agama kat budak-budak.



Bila aku tengok Ustaz Ali, aku terfikir pasal hidup. Kau tau tak sebena kan, hidup kau ni ada 2 jenis.


1) Kau jadi kaya, tapi berjudi, bagi dan terima rasuah, tak sembahyang, tak belajar ilmu agama, tak berbuat baik pada masyarakat, dan mati.


atau,


2) Kau jadi kaya, sembahyang lima waktu, belajar ilmu agama, berbakti kepada masyarakat, dan mati.


***


Aku doakan Ustaz Ali panjang umur, dan tak sakit-sakit teruk dah lepas ni. Sebab perjuangan dia, tak banyak orang yang sanggup buat dah dalam waktu waktu millenium sekarang ni.



Bukan bidadari.





Berhenti lah tunggu aku,
Aku bukan siapa-siapa.
Berhenti lah puja aku,
Aku belum lagi layak jadi perempuan syurga.
Berhenti lah goyah kan iman aku,
Datang kembali pada aku bila tiba hari dan masa.




Ting tang ting tang. Alexander.




Kau tau tak sekarang ni aku ada hobi baru pada masa lapang? Mesti la hobi baru pada masa lapang, takkan la hobi baru pada masa busy tengah kerja? Kalau masa busy pun nak cari hobi, itu nama dia bukan masa lapang, dia jadi meh sini bos nak bagi kau lempang. Okay serious punya tak lawak, boleh kau proceed kepada isi seterusnya?



Aku tak tau la di sebabkan oleh faktor umur atau telah terjadi self development dalam diri, tapi setiap kali aku cuti, aku akan bukak internet dan google resipi. RESIPI kau tahu? Aku mana ada weekend pergi keluar mana mana dah sekarang. Dia jadi takde nafsu nak berhibur dah. Bangun pagi, cari bapak aku dulu lepas tu tanya, ABAH ADA BELI PAPER? Lepas ambik tau hal dunia sekilo dua, aku masuk dapur dan start enjen. Lepas tu kepala hotak aku yang berjambul ni kemaen pelupa, makne setiap kali nak masak, laptop mesti ada kat atas meja makan dapur. Lepas masuk satu bahan, tgk resipi balik, lepas tu masuk bahan, lepas tu tengok resipi balik. Lepas tengok resipi, usha facebook jap. Kemaen dedikasi lagi kau eh dengan facebook. Habis tangan belemuih kena kat laptop dengan keyboard. Patut la malam-malam aku rasa laptop aku ada bau ketiak ayam. Kadang kadang bau mulut ikan pun ada.



Dulu aku mati mati ingat aku tak reti masak langsung. Tapi kan sebena, mana ada satu orang dalam dunia ni tak reti masak. Maka lelaki, kalau kau nak kahwin, lepas tu bakal bini kau dah siap pesan, SORRY B, AYANG CAKAP AWAL AWAL EH AYANG TAK RETI MASAK. Ha itu nama dia penipu besar. Sebab tu nama dia bukan tak reti masak, TAPI MALAS NAK BELAJAR MASAK.







Cos nak buat ciken cop skali dengan mashed potato dengan coeslow untuk 7 orang makan adalah dalam 20 rengget. Kalau kau makan kat kedai, satu pinggan dah kena bantai 12 rengget. Kau tak rasa untung ke woi bila kau masak sendiri sebab cos dah komfom-komfom paw duet parents kau kehkehkeh lepas tu sambil masak, boleh kau besenam tangan ting tang ting tang alaxender.


Dan perempuan ni kan untung gila tau kalau kau pegi dapur lepas tu masakkan untuk keluarga kau. Aku pernah baca dalam satu buku, WANITA YANG BERPELUH TERKENA BAHANG API KETIKA MEMASAK UNTUK KELUARGANYA AKAN DI BEBASKAN DARIPADA API NERAKA. So ape benda ada hal kalau kau lepak dapur sejam dua, masak untuk mak bapak kau. Sekali sekala bagi bapak kau rasa kau masak lepas tu pulak bapak kau tambah nasik 17 kali, gila sumpah puas hati rasa macam penat lelah bapak kau cari duet untuk kau macam terbayar la sikit dari kau paham tak.

**

Tapi, tak adil lah kalau selalu harap perempuan je reti masak. Lelaki pun sebena kena ada sikit-sikit skill nak masak. Habis tu nanti kalau bini kau tengah mengandung lepas tu takkan la dia dengan perut teboyot boyot macam tu nak masak untuk kau. Tambah tambah pulak kau jenis gedik tak suka makan kat luar. Consider la sikit. Jangan la jadi pesen pembuli woi. Lagipon aku rasa kadang-kadang dalam perkahwinan, suami pun mesti kena sekali dua masakkan untuk isteri yedok? Wah gitu tiba tiba jadi fasilitator kursus kahwin pun okay jugok.




Kita, tidak pernah bertemu orang yang salah.





Stumbled upon this post in IluvIslam. And couldn't agree more with this entry. Awesome entry that motivates you, to never hate people and be grateful for things that have happened in your life. He knows best. =)



Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..






SOURCE.



Eskuis me? Kau ke aku yang salah?





Kau tau tak sebenanya kan dalam hidup ni, tak ada satu benda pun yang patut di persalahkan. Macam kalau kau tengok anjing dengan kucing bergaduh. Ending dia macam mana sekalipun, kau takkan dapat simpulkan mana satu betul mana satu salah. Sebab aku percaya apa yang dah jadi dalam hidup kau ni sebenarnya adalah satu skrip drama, yang ada plot dia sendiri. Yang ada kesimpulan sendiri. Drama yang mesti akan ada pengakhiran dia. Tak kira la berapa banyak episode drama tu sekalipun. Walaupun kadang-kadang drama kau annoying gila macam cerita Indonesia yang kemaen 600 episode sekali cerita. Penat gila woi nak tunggu habis. Maka tak kesah lambat ke cepat, kau kena tunggu jugak sebab nak tengok ending dia adalah ending happy atau sedih.




Tapi sebenarnya tak kesah pun cerita kau tu adalah berada di ending sedih atau happy. Sebab yang penting dalam satu ‘drama’ hidup adalah apa pengajaran yang kau dapat. Apa yang kau dapat belajar selama kau hidup, apa yang kau dapat kaitkan dengan kau. Supaya akan sampai satu tahap, kepala hotak kau dapat fikir, OKAY, INI ADALAH MASA AKU UNTUK BERUBAH DAN TAK ULANGI KESILAPAN. Tapi kalau kepala hotak kau jenis lembab satu macam, mungkin kau akan repeat benda yang sama, dan ‘drama’ sadis dalam hidup kau akan kembali terjadi, dan akan ada ending sedih. Eh, padan muka kau. Siapa suruh tak belajar dari kesilapan ‘drama’ sebelumnya.




Dan, macam aku cakap tadi, apa-apa yang jadi dalam hidup kau, memang tak ada siapa pun patut di persalahkan. Kau hanya perlu cari isu-isu yang salah dan perbetulkan balik. Bukan cari orang-orang yang salah dan kau pandai-pandai nak betulkan orang. Sebab kan aku dah cakap tadi apa pun yang jadi dalam hidup kau, tak akan ada sesiapa pun yang salah paham tak! Cuma situasi tu yang membuatkan isu tu salah kemaen berapa kali aku nak repeat woi!




Errrr dan sebenarnya aku sedang cuba guna konsep ni dalam masalah aku sekarang. You know, tengah cuba tak salahkan orang. Atau salahkan diri sendiri. Tapi salahkan keadaan. Atau mungkin skrip drama hidup yang saja-saja nak bagi cerita aku drama. Cuma cerita aku ni tak ada background music neves atau zoom in zoom out lubang hidung aku sambil mata aku terbeliak buat-buat saspen.


**

Tengok.
Kan dah terbanyak imaginasi. Salahkan senitron kat TV.


Search This Blog

Powered by Blogger.