Eskuis me? Kau ke aku yang salah?







Kau tau tak sebenanya kan dalam hidup ni, tak ada satu benda pun yang patut di persalahkan. Macam kalau kau tengok anjing dengan kucing bergaduh. Ending dia macam mana sekalipun, kau takkan dapat simpulkan mana satu betul mana satu salah. Sebab aku percaya apa yang dah jadi dalam hidup kau ni sebenarnya adalah satu skrip drama, yang ada plot dia sendiri. Yang ada kesimpulan sendiri. Drama yang mesti akan ada pengakhiran dia. Tak kira la berapa banyak episode drama tu sekalipun. Walaupun kadang-kadang drama kau annoying gila macam cerita Indonesia yang kemaen 600 episode sekali cerita. Penat gila woi nak tunggu habis. Maka tak kesah lambat ke cepat, kau kena tunggu jugak sebab nak tengok ending dia adalah ending happy atau sedih.




Tapi sebenarnya tak kesah pun cerita kau tu adalah berada di ending sedih atau happy. Sebab yang penting dalam satu ‘drama’ hidup adalah apa pengajaran yang kau dapat. Apa yang kau dapat belajar selama kau hidup, apa yang kau dapat kaitkan dengan kau. Supaya akan sampai satu tahap, kepala hotak kau dapat fikir, OKAY, INI ADALAH MASA AKU UNTUK BERUBAH DAN TAK ULANGI KESILAPAN. Tapi kalau kepala hotak kau jenis lembab satu macam, mungkin kau akan repeat benda yang sama, dan ‘drama’ sadis dalam hidup kau akan kembali terjadi, dan akan ada ending sedih. Eh, padan muka kau. Siapa suruh tak belajar dari kesilapan ‘drama’ sebelumnya.




Dan, macam aku cakap tadi, apa-apa yang jadi dalam hidup kau, memang tak ada siapa pun patut di persalahkan. Kau hanya perlu cari isu-isu yang salah dan perbetulkan balik. Bukan cari orang-orang yang salah dan kau pandai-pandai nak betulkan orang. Sebab kan aku dah cakap tadi apa pun yang jadi dalam hidup kau, tak akan ada sesiapa pun yang salah paham tak! Cuma situasi tu yang membuatkan isu tu salah kemaen berapa kali aku nak repeat woi!




Errrr dan sebenarnya aku sedang cuba guna konsep ni dalam masalah aku sekarang. You know, tengah cuba tak salahkan orang. Atau salahkan diri sendiri. Tapi salahkan keadaan. Atau mungkin skrip drama hidup yang saja-saja nak bagi cerita aku drama. Cuma cerita aku ni tak ada background music neves atau zoom in zoom out lubang hidung aku sambil mata aku terbeliak buat-buat saspen.


**

Tengok.
Kan dah terbanyak imaginasi. Salahkan senitron kat TV.






10 comments:

Anonymous said...

saya salahkan facebook. eh?

=D

missxuroxy said...

best la entry ! salu baca . cool but nice beb, (:

hannamaruku said...

@anon
haha. fb mesti disalahkan kalau gf bf gadoh. kes jeles kan?

@missxuroxy
kehkeh. tq!

Huda Luna said...

aku leh bayangkan macam ne kau bercakap kalau ayat2 yang kau tulis ni kau bercakap. T__T

hidup ni drama realiti yg kite xkan tahu ending dia. x macam drama tv yg selalu nye ending dia kite leh predict tapi drama realiti hidup kite ni kite xkn dpt jangka kan.

sbb tu dlm drama realiti kdg2 kite terulang terbuat salah yg sama.

hey yg kau ni masalah ape oi? ce cite. salah keadaan ape ni?

hannamaruku said...

@huda
hahaha terbyg byg yedok cara aku ckp? rindu aku lettew! ala takde masalah trok pon. stended la. jiwa kacau sket pasal thesis. hihi.

.linalinot. said...

suka teman ngn entry mike ni, HAHA.:)

si cebbie cholet said...

aku cube salahkan diri aku..tiga kali clink link ko..dia cakap "please sign in"


ko merajuk ngan aku kah sbb lame tak datang??<tetibe<--- hahaha....

hannamaruku said...

@linalinot
Hehe. Oghang peghak ye mike? *sep!*

@cc
Humang ai.menanges2 aku type bende ni skg. Kemaen terharu artis bkk blog aku.

rafiq said...

tinggi betul suhu entri ni. musim panas ek.

ama said...

belaja memaafkan ye dak. ada kena mengena tak? heh

Search This Blog