Ustaz Ali .

by - April 11, 2011





Tadi petang aku pegi sekolah agama ambik adik aku kat sana. Aku parking motor betul betul depan kelas sebab dah lama gila tak jumpa Ustaz Ali. So dapat tengok dia kat luar pun jadi la.


Kau bayangkan betapa bertungkus lumusnya Ustaz Ali didik budak-budak belajar agama? Aku masuk sekolah agama tu dari 1997, masa tu aku darjah 2. Sekarang dah 2011, makne dah lebih 10 tahun dia mengajar kat sekolah tu. Even apa jadi pun kat sekolah tu, dia still bukak kelas nak ajar ilmu agama. Ustaz Ali yang dulu badan dia berisi, jalan nya tegas dan suara lancar, sekarang dah lain. Badan dia sekarang dah longlai, kurus gila, aku dengar dia mengajar pun kejap terbatuk batuk. Pernah last aku dapat jadi jemaah dia time Terawih tahun lepas, bila dia jadi Imam, selalu terputus-putus suara dia. Dia asyik batuk je, tak sihat.



Ustaz Ali dah tua, dah sakit-sakit. Dan mungkin bila-bila je Tuhan boleh ambik dia pergi. Aku tak pasti kalau dia takde, siapa yang akan ambik alih Sekolah Agama Al Hidayah Taman Sri Kurau tu. Cuma, aku tak risau kalau dia pergi. Sebab dia dah bawak banyak bekalan sama-sama dia dekat 'dunia lain' tu nanti. Bepuluh tahun dia dengan sekolah agama tu, dah berapa banyak dia bagi ilmu agama kat budak-budak.



Bila aku tengok Ustaz Ali, aku terfikir pasal hidup. Kau tau tak sebena kan, hidup kau ni ada 2 jenis.


1) Kau jadi kaya, tapi berjudi, bagi dan terima rasuah, tak sembahyang, tak belajar ilmu agama, tak berbuat baik pada masyarakat, dan mati.


atau,


2) Kau jadi kaya, sembahyang lima waktu, belajar ilmu agama, berbakti kepada masyarakat, dan mati.


***


Aku doakan Ustaz Ali panjang umur, dan tak sakit-sakit teruk dah lepas ni. Sebab perjuangan dia, tak banyak orang yang sanggup buat dah dalam waktu waktu millenium sekarang ni.



You May Also Like

8 Comments

  1. Alhamdulillah. Jasa dia sangat tnggi. Dan kau adalah salah satu produk Ustaz Ali yang berjaya.

    ReplyDelete
  2. Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

    1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
    3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
    4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
    5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
    7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
    8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

    Insya Allah Ustaz Ali dah dapat share dari setiap students dia yang boleh insure dia ke syurga. Amin :)

    ReplyDelete
  3. jenis ustaz macam ni agak payah nak jumpa zaman millennium ni.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillahh :'))

    ustaz ali mesti ada anak bujang kan? ekhem.

    ReplyDelete
  5. akak doakan yang baik-baik saja untuk ustaz ali awak tu okay. semoga kita semua juga berada di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
  6. semoga Allah panjangkan umur ustaz tu. mulia sungguh pekerjaan dia :)

    ReplyDelete
  7. Eyh, budak Taman Sri Kurau & berdekatan? Anak siapa ni???

    Akak sekolah situ dari '94-'96. Sebab tahun '93 baru ada ala² sekolah agama.

    ReplyDelete
  8. Haritu pun Sheril jumpa Ustaz Ali, mmg dah kurus. Kak ana, tau kan Ustazah Aminah dah meninggal? Sebab tu kot Ustaz makin kurus. Kesian kat ustaz. Semoga Allah balas segala jasa dia yang dah banyak ajar kita. Amin.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews