5 sebab kenapa aku takut naik lif.






Aku memang ada fobia naik lif dari dulu. Tapi fobia aku takde la sampai tak pernah naik lif langsung. Aku boleh naik, kalau ada kawan. Lepas tu kalau memang aku nak pegi mana mana yang tingkat 400, kau nak mati apa kalau tak naik lif. Okay tu dalam keadaan darurat. Kalau aku sorang lepas tu nak naik 2 3 tingkat je, aku memang sanggup naik tangga je. Dan 5 sebab kenapa aku takut/ tak suka naik lif ;




1) Aku selalu bayangkan bila aku naik lif, lif tu akan tiba tiba lampu di terpadam. Lepas tu macam tiba tiba terstuck. Lepas tu tiba tiba lampu dia nak main disko disko. Ataupun aku selalu bayangkan tiba tiba bila dah sampai kat destinasi, lif tu taknak bukak. Lepas tu tekan loceng keselamatan, pun rosak. Takde siapa tau aku stuck. Maka aku jadi menggelabah. Aku try mintak tolong takde siapa dengar. Lalu tanpa tak di duga, aku mati sorang sorang dalam lif tu sebab sesak nafas. Sumpah macam drama kan? Pandai aku buat skrip.




2) Bila aku nak naik lif, aku akan tengok siapa lagi yang akan naik dengan aku. Aku jadi takut bila yang nak naik dengan aku tu lelaki muka style perompak ada parut 14 lapis kat muka. Mendebarkan tahu? Dalam masa 2 minit dalam lif macam macam boleh jadi kalau orang nak buat jahat dengan kau. Kot kot terjadi kes 3R. Yakni ragut, raba dan rambut. Wak aku la rambut. Sebena aku taktau nak tulis apa yang lagi satu R tu. Maka aku bantai je la jadi rambut. Tak lawak kan? Tau.




3) Selalu sebelum aku naik lif, aku akan tahan tangan aku kat tepi pintu lif tu. Sebab lagi satu yang paling aku takut adalah bila aku nak masuk lif, tiba tiba pintu lif tu tertutup dengan laju maka nanti akan menghempap kepala aku lalu hancur berkecai. Betul betul hidup takde guna bila kau mati kepala hancur sebab kena hempap dengan pintu lif. Sebab tu setiap kali aku dah masuk lif pun, and ada ramai lagi yang nak masuk, tangan aku akan tahan pintu lif tu dari tutup. Sebab aku memang akan imagine pintu lif jebon tu akan hempap kepala orang humang ai seram.




4) Hantu. Cliche gila. Tapi ya, salahkan filem filem hantu. Ada ke patut nak buat scene hantu semua nak bantai kat lif? Diorang memang taktau betul nak jaga perasaan aku yang fragile ni. Kalau aku naik lif, lepas tu lif tu pulak jenis 400 kaki persegi besau kemaen, aku memang akan tengok depan belakang kiri kanan. Kot kot ada hantu lepak kat belakang bila aku toleh dia cakap hai jom main sep sep tom tom. Gila apa demam aku sebulan. Choy!




5) Yang last ni bukan sebab takut. Dia lebih kepada konsep tak suka. Well kau pun tau sendiri la kan. Bila kau masuk lif. Lepas tu sekali masuk ada 3000 orang yang masuk sekali dengan kau. Kemaen macam macam bau. Kalau ada yang wangi pun, lif tu takkan jadi wangi. Selalu ratio orang yang berbau akan lagi banyak. Bila campur campur bau dia, lagi la serupa pewangi kereta jenama jamban. Serious kena tarik nafas kira 1 sampai 100 lepas tu bila keluar lif baru lepas. Belum campor dengan orang kentut bau telur. Azab betul. Rasa macam balasan kat dunia akibat dosa dosa kau yang lalu.










Search This Blog