Pilihan.






Kau pernah ada dalam keadaan perlu buat dua pilihan? Tapi dua pilihan yang perlukan kau pilih antara satu. Dua pilihan yang kau rasa bagus untuk diri kau. Yang kau rasa ralit nak tolak antara salah satu sebab kau nak dua dua?



Kadang kadang aku rasa macam nak mintak Tuhan bagi aku sixth sense. Yang boleh bagi mata aku tengok masa depan. At least kalau takde sixth sense pun, boleh bagi aku gambaran, atau alah, sekurang kurang nya satu mimpi untuk bagi aku petunjuk. Atau sebenarnya Tuhan tak bagi apa apa gambaran sebab dua dua yang aku sedang nak pilih ni adalah dua dua yang bukan terbaik untuk aku?



Atau boleh jadi tiada gambaran, supaya aku buat keputusan sendiri, lalu buat silap. Belajar untuk gagal, jadi manusia temporary gagal, lalu bangun balik tunjuk pada semua orang yang aku belajar dari kesalahan?



Aku harap teori ni betul.







Saya dah tengok KL Gangster, woot wootttttt.









Woot wooooot. Aku dari dulu memang taktau kenapa orang akan kata woot woot bila tulis sesuatu. Macam ada orang pernah update status kat FB, YEAYY ESOK PERGI PENANG, WOOT WOOT. Woot woot tu apa sebena? Sebuah bunyi hon untuk acknowledge kau tengah buat sesuatu ke apa? Atau sebuah perkataan untuk mengatakan yang kau sedang berada di mood gedik, dan merasa diri cute? Setiap kali bila orang tulis woot woot aku akan bayangkan orang tu tengah muncungkan mulut dia macam ;




Ni.

Atau lebih cute, macam


Ni.


Aku tak puas hati, maka aku google apa maksud woot woot dan aku dapat jawapan ni

An expression one may utter in complete approval or joy.


Ohhhh. Jadi lepas ni boleh la aku cakap dengan mak aku, MAKKK, ANA DAH DAPAT KERJAAAA WOOT WOOTTTT. Atau, Serioussssssss aku dah tengok KL Gangster wey dan dia adalah best gilaaaaaaa woot woot! Cuma apa yang bermain kat fikiran aku, semua orang yang cakap woot woot bila tulis, adakah dorang cakap jugak perkataan tu bila bercakap? Bercakap yang memang bercakap for real. Ade?


***


Aku memang dah tengok KL Gangster. 5 bintang woi. Pergi la tengok, best gila. Setiap scene zizan, satu panggung akan gelak. Adi Putra dan Aaron Aziz bawak watak diorang dengan awesome. Cuma watak Shamsul Yusof yang nama dia Shark macam kureng sikit lah. Aku taktau kenapa dia jadi gangster macam tak jadi. Dah la bila setiap kali nama Shark di sebut, aku mesti teringat SHAX. Pencemaran fikiran tahu. Tak senang aku nak tengok movie bila dengar nama Shark, terbayang muka Shax. Petui.


Tapi ada satu benda aku tak puas hati, bila setiap kali movie Shamsul, mesti nak kena ada dalam club. Lepas tu perempuan seksi. Dan mesti cerita pasal seorang perempuan yang dah rosak, makan pil, pergi clubbing alaaaaa bosan la, come on la. Keluar la sikit dari persepsi 'melayu rosak mesti pergi club.' Kalau kau cuba cari idea lain selain dari rosak cara tu, mungkin lagi best. Anyhow, plot cerita ni memang best dan aku faham satu satu. Tak serabut. Aku sebena tak minat tengok movie yang genre macam ni, lawan-lawan. Aku jadi pening. Hari tu masa tengok Fast 5 pun aku bantai tidur masa tengah-tengah cerita. Aku tak minat cerita banyak berfikir. Tapi cerita ni berjaya bagi aku duduk terpaku dan amazed gila dengan semua pelakon dia.



DAN AKU TAU MESTI ORANG BELAKANG MENGATA AKU SEBAB AKU RASA AKU YANG PALING MENGGELABAH KAT SITU TUTUP MATA SEBELAH LEPAS TU TAK HABIS HABIS REPEAT BENDA SAMA MACAM 'OMAIGOD!'. 'HA! PADAN MUKA DIA!' 'ALAMAK ALAMAK, APA DIA NAK BUAT ALAMAKKK.' Serious weh mak enon. Malu tahu? T_______T



***


Esok ada gathering Blogger Perak kat Jusco Ipoh. Siapa pergi? Woot woot.











Ciri ciri penakut yang diminati ramai.










Haritu aku ada kerja kat Wisma Belia Jalan Putra. Wisma Belia tu kira stended bekas bangunan pentadbiran. Tapi kan sekarang dah transfer kat Putrajaya. Maka bangunan tu memang usang lama gila seram. Sebab aktiviti yang aku buat tu adalah dalam satu hall kat wisma tu, so untuk bermalam, terus bermalam kat Hotel Wisma tu sendiri. Dah la aku dapat bilik boleh muat 40 orang. Kemaen besau. Nak kata aku ada bagitau aku bawak kembar tiga, takde pulak. Ni bukan main katil aku dapat sampai 3. Bila time nak tidur memang la aku menggelabah bukak lampu bukak tivi sampai pagi. Pusing sini, aku rasa macam kat belakang ada orang tengok aku. Pusing belah lain, aku double check balik kat belakang kot kot ada hantu tengah baring sambil senyum senyum. Tengok tingkap terus teringat hantu karipap. Ni semua bedebah Kumpulan Balas punya pasal.




Lepas tu bila aku dengar bunyi-bunyi kat luar, aku pegi cek kat cermin kecik depan pintu. Oh, nasib baik takde siapa. Sebelum aku check, aku selalu bayangkan time aku nak tengok tu, ada mata orang lain jugak yang tengah mengintip aku dari luar. Imaginasi macam ni, memang mintak makan kasut peram 7 hari tahu? Ada kadang kadang, aku tak puas hati. Aku nak tengok visual secara besar-besar. Aku terus bukak pintu. Bila bukak pintu sumpah lagi seram bila tengok pintu depan bilik aku ada kesan cakar dengan kesan tapak tangan. Tapi time tu aku sedapkan je hati aku, OH TAPAK TANGAN KUCING KOT. MANA TAU DIA MAIN ACAH ACAH DENGAN ANAK DIA LETAK TANGAN KAT PINTU. Tapi masalah dia, mana mungkin kucing. Sebab tapak tangan tu memang tapak tangan manusia? Enough said, aku memang penakut.



Dan benda yang paling epic aku pernah buat masa kat wisma belia adalah, lepas balik dinner dengan kawan kawan office dan masuk bilik, aku tak sedar dan tak ingat langsung yang aku tinggal kunci kat luar bilik, sampai esok paginya. Bukankah ia ciri ciri orang yang mengundang kecelakaan macam tu? Nasib baik takde jadi apa apa, kalau tak, tak pasal pasal esok Metro keluar GEMPAR SEORANG GADIS YANG AGAK COMEL TELAH DIROMPAK KERANA BANGANG PERGI TINGGAL KUNCI HOTEL KAT LUAR BILIK.



Bilik yang aku duduk tu, tingkat 6. Seperti mana yang orang tak sedia maklum, aku memang penakut naik lif. Tambah tambah pulak naik sorang. Tambah tambah pulak lif bangunan lama. Tambah tambah pulak, aku penakut. Memang bila aku nak naik dan turun, aku guna tangga je. Penakut punya pasal, kaki aku sampai sekarang rasa macam terseliuh lagi.




Dan esok, aku akan pergi bangunan yang memerlukan aku naik tingkat 19. Jadi, siapa nak jawab sekarang?












# WW2 Wordless Wednesday.













5 benda penting tentang pergi interview yang kau wajib tahu.






Jadi, haritu aku dah buat entry pasal 5 benda penting kena ada dalam resume kau, kan? Hari ni kita akan melangkah lagi setapak ke peringkat seterusnya bagi menjamin mendapat kerja yang baik dan di sayangi bakal employer kita, drum roll please.



1) Tolong bawak pen.



Benda ni memang dah banyak gila jadi. Bila nak pergi interview tak reti nak bawak pen? Kalau pen tu jenis 500kg berat nak mampus tu aku boleh terima lagi kau taknak bawak, ni kecik cenonet sebatang tu je pon. Perfume 2kilo boleh pulak kau bawak letak dalam handbag siap kalau boleh spray febreze pun kau bawak sekali kahkah. Bila nak attend interview, pen tu la yang paling core, tahu? Sebab kau nak kena isi application form kuiz personaliti kuiz IQ kuiz perlancongan apa semua company tu bagi. Maka bila kau mintak kat bakal employer kau pen, memang sungguh tak gentleman nampak sangat kau tak ready nak pergi interview. Cuba kau tunjuk semangat sikit bawak pen satu bekas pelbagai warna ha tu baru betul betul ngam. Terus orang nak ambik kau kerja jadi Executive Pen sebab keminatan kau kepada pen yang begitu jitu.




2) Pakaian mesti formal dan bukan berwarna warni.

Aku tau la kau tu blogger fashionista dan kau ada 455033895334 follower yang meminati gaya dan pesyen kau setiap hari. Tapi bila kau pergi interview, tak perlu kau nak inform kepada semua orang yang kau adalah fashionista dan tak perlu lah kau nak memakai reben atau pun belon di atas shawl kau kelak di gelakkan saja oleh bakal employer. Juga tak payah la kau nak pakai shawl perisa pelangi, perisa polka dot atau yang berwarna terlalu happening bagi menunjukkan personaliti kau yang happy go lucky tu. This is your future matter. Bukan pertunjukan fashion matter. Elok kalau kau pakai kemeja dan shawl colour plain. Nak lebih aum pakai la blazer yedak. Kalau interview dengan govern,baju kurung pun okay. Dress code untuk laki macam tak payah explain pun takpe, mesti lah pakai kemeja tie, slack dan high heels kasut kulit.




3) Jangan burukkan previous employer / company

Masa kau masuk interview, panel akan tanya kau, kenapa kau nak quit dari company kau sekarang atau yang lepas. Dulu masa aku intern dan aku ikut HR Officer interview orang, ada budak yang jawab SEBAB TAK TAHAN PRESSURE. JANGAN CAKAP KAU TAK TAHAN PRESSURE atau alasan alasan macam MANAGEMENT COMPANY TU TERUK, TAK NGAM DENGAN PEKERJA LAIN and so forth. Sebab nanti panel akan question balik kat kau, KALAU TAK TAHAN PRESSURE, NANTI YOU KERJA KAT COMPANY NI, LEPAS TU YOU KENA PRESSURE SIKIT, TAKKAN YOU NAK BERENTI JUGAK? Pendek kata, jangan jawab benda benda yang akan makan diri kau balik. Sebaliknya jawab je SEBAB SAYA NAK CARI EXPERIENCE LAIN YANG LAGI SESUAI DENGAN QUALIFICATION SAYA, SEBAB SAYA NAK BEKERJA TEMPAT YANG LAGI DEKAT DENGAN RUMAH SAYA dan pandai pandai la kau gebang. Janji jangan libatkan keburukan company yang kau kerja.




4) Tell us something about yourself.

Ni pun satu soalan stended panel akan tanya kau. Kebanyakan orang akan terus gelodak nak bagitau pasal nama adik beradik la, nama kawan musuh la, kawan istimewa, kawan akrab, kawan biasa, kenangan manis bersama ibu bapa. Okay sebenarnya, jawapan yang paling bagus bila panel tanya pasal diri kau adalah BAGI TAU NAMA PENUH, NAMA PANGGILAN, UMUR, ASAL, BACHELOR/DIPLOMA DARI MANA, DAN PENGALAMAN KAU BEKERJA. Faham?





5) Anything you want to ask about this company?


Ada jugak haritu, sorang kawan aku dapat jadi panel kat company dia intern, lepas tu ada sorang interivewee ni pergi mintak number telepon dia. Bukan main gatai lagi abang tu tau. Haha. Ini bukan satu soalan yang patut di tanya kalau panel tu suruh kau tanya soalan pasal company tu. Selalu nya kalau macam ni, tanya pasal kebajikan kau bila kau dapat kerja dengan company tu nanti macam LEAVE KAU, MEDICAL, ALLOWANCE, PROBATION PERIOD DAN SALARY INCREMENT AFTER PROBATION, KALAU ADA MILAGE CLAIM TANYA BERAPA PER KILOMETER, WORKING HOURS, DRESSING CODE, oh jangan selfish sangat asyik tanya pasal kebajikan kau, tanya la sekali pasal apa job description dan things yang kau kena buat kalau dapat kerja tu nanti dannn errrr tu je la kot, ke kau pergi cari sendiri la soalan lain atau kalau kau dah taktau nak tanya ape sangat, kau tanya la pasal siapa juara mentor musim ke 5 tahun ini.




Oh dan lagi satu point tetinggal, hafal dan google pasal background company dan activities, products yang diorang buat jugak.



**


Milimilo share video ni kat aku tadi, dan ia adalah superAWESOME dan kelakar gila.








Search This Blog