Ciri ciri penakut yang diminati ramai.
Haritu aku ada kerja kat Wisma Belia Jalan Putra. Wisma Belia tu kira stended bekas bangunan pentadbiran. Tapi kan sekarang dah transfer kat Putrajaya. Maka bangunan tu memang usang lama gila seram. Sebab aktiviti yang aku buat tu adalah dalam satu hall kat wisma tu, so untuk bermalam, terus bermalam kat Hotel Wisma tu sendiri. Dah la aku dapat bilik boleh muat 40 orang. Kemaen besau. Nak kata aku ada bagitau aku bawak kembar tiga, takde pulak. Ni bukan main katil aku dapat sampai 3. Bila time nak tidur memang la aku menggelabah bukak lampu bukak tivi sampai pagi. Pusing sini, aku rasa macam kat belakang ada orang tengok aku. Pusing belah lain, aku double check balik kat belakang kot kot ada hantu tengah baring sambil senyum senyum. Tengok tingkap terus teringat hantu karipap. Ni semua bedebah Kumpulan Balas punya pasal.
Lepas tu bila aku dengar bunyi-bunyi kat luar, aku pegi cek kat cermin kecik depan pintu. Oh, nasib baik takde siapa. Sebelum aku check, aku selalu bayangkan time aku nak tengok tu, ada mata orang lain jugak yang tengah mengintip aku dari luar. Imaginasi macam ni, memang mintak makan kasut peram 7 hari tahu? Ada kadang kadang, aku tak puas hati. Aku nak tengok visual secara besar-besar. Aku terus bukak pintu. Bila bukak pintu sumpah lagi seram bila tengok pintu depan bilik aku ada kesan cakar dengan kesan tapak tangan. Tapi time tu aku sedapkan je hati aku, OH TAPAK TANGAN KUCING KOT. MANA TAU DIA MAIN ACAH ACAH DENGAN ANAK DIA LETAK TANGAN KAT PINTU. Tapi masalah dia, mana mungkin kucing. Sebab tapak tangan tu memang tapak tangan manusia? Enough said, aku memang penakut.
Dan benda yang paling epic aku pernah buat masa kat wisma belia adalah, lepas balik dinner dengan kawan kawan office dan masuk bilik, aku tak sedar dan tak ingat langsung yang aku tinggal kunci kat luar bilik, sampai esok paginya. Bukankah ia ciri ciri orang yang mengundang kecelakaan macam tu? Nasib baik takde jadi apa apa, kalau tak, tak pasal pasal esok Metro keluar GEMPAR SEORANG GADIS YANG AGAK COMEL TELAH DIROMPAK KERANA BANGANG PERGI TINGGAL KUNCI HOTEL KAT LUAR BILIK.
Bilik yang aku duduk tu, tingkat 6. Seperti mana yang orang tak sedia maklum, aku memang penakut naik lif. Tambah tambah pulak naik sorang. Tambah tambah pulak lif bangunan lama. Tambah tambah pulak, aku penakut. Memang bila aku nak naik dan turun, aku guna tangga je. Penakut punya pasal, kaki aku sampai sekarang rasa macam terseliuh lagi.
Dan esok, aku akan pergi bangunan yang memerlukan aku naik tingkat 19. Jadi, siapa nak jawab sekarang?
14 Comments
lupa tu penyakit orang tua.
ReplyDeletehahaha. bawak kawan buar teman naiklif. settle! haha
ReplyDeletebahaya betul awak ni. tak ingat ke 3R?
ReplyDeletepasal esok, standby peti kecemasan sebelum naik tangga.
takpe boleh exercise.
ReplyDeletejom n nyanyi lagu yuna penakut ramai ramai!
ReplyDeletepenakut bleh jd mcm manje gak kn....hehehe....im new..same2 follow k..
ReplyDeletehahah,pandai..takut tp brani nk g chek...ite law takot...dok snyp-2 ta gerak smpi lenguh bdn
ReplyDeletemakcik jual karipap sekarang dah tiru setail kak limah nyanyi enjit enjit semut. kadang kadang dia jual top up. kadang kadang dia nak pinjam charger experia nak main game angrybirds. kadang kadang bikpah ni macam mintak penampar pun ada. okbai.
ReplyDelete@ nizamsani
ReplyDeletememang dah tua :D
@ kembatolo
memang. tadi bawak mak.
@ rafiq
cadangan yang bernas. isi borang jadi perdana menteri lepas ni.
@ shahrul
exercise jadi tulang.
@ cikkaikazie
hahahaha best eh lagu dia?
@ amirul
penakut = manje?
@ aisya hanna
wow nama kita samaaa
@ bikpah
k, lepuk bikpah laju2
len kali bwk koloni g mane2 pown..
ReplyDelete^_^
Koloni? Macam pernah dengar.
ReplyDeletesuke part "Pusing sini, aku rasa macam kat belakang ada orang tengok aku. Pusing belah lain, aku double check balik kat belakang kot kot ada hantu tengah baring sambil senyum senyum."
ReplyDeletesame!!
Eee kak hana naik tangga, lagi seram. Tiba tiba ada hantu merangkak turun tangga tu. Oh mai! Aini tak tau
ReplyDeletebaca ayat pelindung banyak2...mana tahu malaikat jaga.insya allah.
ReplyDeleteJom komen.