f

Saturday, June 11, 2011

Saya dah tengok KL Gangster, woot wootttttt.







Woot wooooot. Aku dari dulu memang taktau kenapa orang akan kata woot woot bila tulis sesuatu. Macam ada orang pernah update status kat FB, YEAYY ESOK PERGI PENANG, WOOT WOOT. Woot woot tu apa sebena? Sebuah bunyi hon untuk acknowledge kau tengah buat sesuatu ke apa? Atau sebuah perkataan untuk mengatakan yang kau sedang berada di mood gedik, dan merasa diri cute? Setiap kali bila orang tulis woot woot aku akan bayangkan orang tu tengah muncungkan mulut dia macam ;




Ni.

Atau lebih cute, macam


Ni.


Aku tak puas hati, maka aku google apa maksud woot woot dan aku dapat jawapan ni

An expression one may utter in complete approval or joy.


Ohhhh. Jadi lepas ni boleh la aku cakap dengan mak aku, MAKKK, ANA DAH DAPAT KERJAAAA WOOT WOOTTTT. Atau, Serioussssssss aku dah tengok KL Gangster wey dan dia adalah best gilaaaaaaa woot woot! Cuma apa yang bermain kat fikiran aku, semua orang yang cakap woot woot bila tulis, adakah dorang cakap jugak perkataan tu bila bercakap? Bercakap yang memang bercakap for real. Ade?


***


Aku memang dah tengok KL Gangster. 5 bintang woi. Pergi la tengok, best gila. Setiap scene zizan, satu panggung akan gelak. Adi Putra dan Aaron Aziz bawak watak diorang dengan awesome. Cuma watak Shamsul Yusof yang nama dia Shark macam kureng sikit lah. Aku taktau kenapa dia jadi gangster macam tak jadi. Dah la bila setiap kali nama Shark di sebut, aku mesti teringat SHAX. Pencemaran fikiran tahu. Tak senang aku nak tengok movie bila dengar nama Shark, terbayang muka Shax. Petui.


Tapi ada satu benda aku tak puas hati, bila setiap kali movie Shamsul, mesti nak kena ada dalam club. Lepas tu perempuan seksi. Dan mesti cerita pasal seorang perempuan yang dah rosak, makan pil, pergi clubbing alaaaaa bosan la, come on la. Keluar la sikit dari persepsi 'melayu rosak mesti pergi club.' Kalau kau cuba cari idea lain selain dari rosak cara tu, mungkin lagi best. Anyhow, plot cerita ni memang best dan aku faham satu satu. Tak serabut. Aku sebena tak minat tengok movie yang genre macam ni, lawan-lawan. Aku jadi pening. Hari tu masa tengok Fast 5 pun aku bantai tidur masa tengah-tengah cerita. Aku tak minat cerita banyak berfikir. Tapi cerita ni berjaya bagi aku duduk terpaku dan amazed gila dengan semua pelakon dia.



DAN AKU TAU MESTI ORANG BELAKANG MENGATA AKU SEBAB AKU RASA AKU YANG PALING MENGGELABAH KAT SITU TUTUP MATA SEBELAH LEPAS TU TAK HABIS HABIS REPEAT BENDA SAMA MACAM 'OMAIGOD!'. 'HA! PADAN MUKA DIA!' 'ALAMAK ALAMAK, APA DIA NAK BUAT ALAMAKKK.' Serious weh mak enon. Malu tahu? T_______T



***


Esok ada gathering Blogger Perak kat Jusco Ipoh. Siapa pergi? Woot woot.







17 comments:

radzdynna said...

serius bengkek!!!
semlm k.radz ingat nk tgk citer ni lepas abes exam..nk release tension... tp lagi tensen ble smpi tgk org beratur panjang giler nk mati... (pdhal wyg kt bukit raja tu xpernah beratur panjang)... n 3 tayangan after 8 semua fullhouse!!!

hannamaruku said...

Laa yeke? Kat ipoh pon same. Kawan hana booking pukul 1 petang. Dapat pukul 10 punya tiket. Tu pun ktorang duduk barisan nombor 3 dari depan. Memang ramai gila. Even semalam lepas habis pun, still ramai yang beratur. Rase sume tu nak tengok kl gangster. Tapi mmg best kak. Kena tgk jugak! Hehe.

Fatul Akrul Ramli said...

k

hannamaruku said...

fatul kewoot kewoot.

FieZa9 said...

Cik Maruku. Kau pergi hangout kat Ipoh tu? Nak jumpa kau weh tapi cam takdak rezeki.

meyaa meyoo said...

ko biar betul hana..
best sgt ke..
buat aku rasa cam nak tengok jugak je doh..
woot woot ;p

mai meowmeow said...

WOOT WOOT :D

Aimi Dayana Bahari said...

woot woot! comel lah cimpanzi tu! hehe

hannamaruku said...

@ fieza
aah kat ipoh. aku mmg kat ipoh ni. jom je la lepak. rojer2 kat facebook. hehe. takot lepas ni takde time dah mane tau dapat keje kat luar ipoh. hehe.

@ meyaa
btol la gle, seyes weh best gile. aku rase cam nak tgk lagi.


@ mai
woooooooooooooooot.


@ aimi
kannn? haha

Airland said...

ok. KL gangster mmg best.. lg best psl berjaya budak2 baru nk up utk tgk citer ni.. penuh gak arr panggung sitiawan td ngan diorg (aku agak la)

Huda Luna said...

aku pun dah tengok

woot woottt! keh keh keh


amboii nak p gath lettew nnt
nk itot!

Fakur said...

salam hana.

entah dah berapa puloh tahun entah dah tak tengok wayang, tup tup masa balik penang hari tu isteri saya ajak pi tengok wayang.

cerita yg dia nak tengok pulak tu ialah cerita melayu yg sedih2 dan nangis2, alah yg pernah jadi siri kat tv tu.

saya pun pilah, tapi takat pi hantar sajalah.

kalau masa bercinta dulu saya teman dia tengok wayang, tapi kali ni anak2 kami pulak yg teman mak diaorang pi tengok wayang.

sewaktu diaorang sedang menangis dalam panggung, saya pulak merayau kat popular cari buku.

lagi satu hana, orang penang yang ori tak cakap woot. depa cakap wei.

hannamaruku said...

@ airland
first time aku rase wayang kat ipoh penuh gilaa orang. sampai kat parking pun ramai orang. kat sitiawan lagi la yedak? haha.


@ fakur
ohhh cerita nur kasih. hehe. ish rugi tak tengok tau. cerita tu pun sedih dan best. mana tau blh teringat zaman2 bercinta dengan isteri dulu. kihkih.


@ huda
tak jadi pegi kot aku? haha.

rafiq said...

bestnyeee cite KL Gangster. walaupun tak tengok lagi tapi dah puas hati dah baca entri hana sebab best sangat woot woot.!

hannamaruku said...

Aku reply ni sebab aku taknak nanti kau mengadu kat fs,

taknak dah la coment kat blog kau, kau bukannye reply.

haha.

rafiq said...

haha

awak ni memang kelakar!

miss chilala said...

ak suke ckp woot2 bile ak rase syok gile dgn sesuatu walaupun org lain mcm tak anggap bnda tu syok mane pon.
cm nk ckp, ak penah jmpe farid kamil kat curve..woot woot :)
ensem weyyy

 
Norhana Rosmida