Sincerely, from down here.






Dia tak datang terus,
dia jauh.
betul jauh..


Belum tentu sejauh langit ke tujuh,
obviously bukan sedekat denyutan nadi,
tak tentu.
dia jauh.
betul jauh..


Tidak di lelong,
tiada di mudah.com.
sekali mintak belum tentu dia ada,
belum tentu.
dia jauh.
betul jauh..


Rayuan hamba lemah,
betul lemah.
rayuan hamba minta di beri hidayah,
hidayah yang milik yaAllah,
dia tu hidayah,
hidayah itu jauh.
betul jauh..



Sekali hamba mintak,
belum tentu sampai,
dua kali hamba mintak,
dia tak sampai sampai,
hamba usaha yaAllah,
mintak hidayah sampai.
sekarang hamba sedar yaAllah,
hidayah,iman,hati,kekayaan,kecantikan,keagungan,
keindahan,kebesaran,kebesaran,kebesaran,
semua milik yaTuhan.




Hidayah bukan senang untuk hamba gapai,
semua milik Kau.
semua milik Kau.



Allah the greatest. Allah the greatest.



Hidayah masih jauh,
betul jauh.
hanya dua tangan pinjaman,
di tala ke atas langit,
mintak di turunkan hidayah,
yang betul jauh.



Memang jauh.
dan,
semoga didekatkan.
Mintak didekatkan.
Dekatkan.
Dekatkan hidayah milikMu.
Aku dahagakan benda jauh tu.
Dekatkan.
Dekatkan.



Jauh.
Betul jauh..







Rebelan malam.







Dalam hidup kau, kadang kadang apa yang terlalu perfect tu yang buat kau bebal. Yang buat kau nak rebel. Yang buat sebenarnya lagi kau rasa tak kena dengan hidup kau. Dan mungkin sebab itu, Tuhan telah jadikan lelaki dan perempuan yang tak perfect, untuk berpasangan dan melengkapi antara satu sama lain.



Tapi dasar manusia yang tak tau bersyukur, kadang kadang bila mereka terima sesuatu yang sebenarnya adalah satu well-planned dari Tuhan, dia asyik mengeluh. Dan asyik berfikir dan mencari cari mana yang lebih dia rasakan sempurna untuk diri dia, pui. Manusia semua memang tak reti bersyukur.



Bila kau dah jatuh tersungkur baru kau nak sedar yang selama ni kau takbur. Takbur dengan nikmat Tuhan, kau baru sedar kau tak bersyukur.



Tapi aku selalu terfikir, kadang kadang seseorang yang terlalu perfect bukanlah sesuatu yang boleh buat kau lebih bahagia, bila mana kau sebenarnya akan rasa lebih bahagia dengan seseorang yang lebih tak perfect. Sebab kau dan dia akan saling melengkapi. Dan dari situ kau akan belajar cari kesalahan sama sendiri, janji takkan di ulang lagi.



Dan cinta memang tak boleh dipaksa. Hati dan perasaan milik Tuhan. Bila bila masa ia akan di tarik, atau di pulangkan. Feelings fade. Soal jodoh semua rahsia Dia. Kita tak tahu. Tapi aku pasti, seseorang yang tidak sempurna telah dijadikan untuk aku. Untuk kelak, aku sempurnakan dia. Dan dia wanitakan aku, menjadi makmum terbaik dia. Kalau boleh biarlah sampai syurga.


**


Tahniah buat ex boyfriend yang dah bertunang. Hati saya tak pernah ada sikit pun bait benci dekat awak. Cuma mahu lihat awak bahagia. Dan kini, saya tunggu kad jemputan, ya?


:)







Dari suara bukan merdu.







Aku baru lepas balik dari KL. Bila orang kata KL tu Kuala Lumpur, aku memang tak setuju langsung. Sebab aku rasa Kuala Lumpur tu patut di panggil, Kota Lemas. Serious kalau kau kata kau tak lemas bila duduk kat KL, kau gila. Memang. Duduk kat KL lama lama, boleh masuk klinik 1 Malaysia, kategori sakit jiwa. Jarak satu tempat kalau kau google kat google map yang hanyalah mengambil masa selama 5 minit, boleh jadi 400 jam bila kau kena mengharungi pelbagai jam di sepanjang jalan. Kalau dalam jam kau tidur, siap dah mimpi 45 episod pun kereta masih tak bergerak. Sebab tu lah orang kalau pergi kerja naik train. TAPI KALAU NAIK TRAIN PUN, ADA JUGAK LELAKI TAK PAHAM BAHASA NAIK KOC WANITA DALAM KTM, RASA MACAM NAK PERGI KAT DEPAN MUKA MEREKA DAN CAKAP, EH HELLO, PERIKSA SELUAR SEKARANG, KAU LELAKI KE PEREMPUAN? *tangan memegang kasut bersedia untuk membaling*



Jadi setelah beberapa interview yang telah di harung, maka aku telah mendapat kerja. Kerja ni memerlukan aku minum air asam jawa hari hari untuk bagi suara merdu. Ini bukan kerja penyanyi club atau pekerja kedai 5RM yang berdiri kat depan kedai lepas tu cakap SELAMAT DATANGGGG LIMA RINGGIT SETIAP BARANGGGGG. Tone dia annoying sampai aku hapal,tahu. Pendek cerita, aku kerja kat call centre. Tapi maksalah dia, aku dah testing suara banyak kali cuba nak jadi versi manja dah lemah gemalai demi kesejahteraan customer, SERIOUS FAILED. Sememangnya suara garau macam aku, memang takan berjaya untuk jadi cute, harap harap aku tak diterminate lepas sebulan kerja.



Dan sekarang ni aku ada maksalah lagi besar.


Tak tau mana datang jerawat kat atas dagu, baik punye. Belum campur dengan dahi aku. Ada lebih kurang 3 jerawat besar, 2 sederhana besar dan 15 jerawat kecik.


Dan yang paling best, tiba tiba ada tahi lalat kat bawah bibir. Ingat muka aku ni makanan terbiar ke lalat suka nak berak berak?







Cuba sembur hati pakai air freshener.






Aku dah belajar satu benda yang paling valuable dalam dunia, iaitu setiap hari cuba bersihkan hati dan maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku. Sebab diri aku sendiri pun tak cukup pure sampai nak dendam dengan siapa siapa yang pernah buat salah dengan aku, lepas tu buat sumpahan macam OH KAU BUAT SALAH DENGAN AKU, MAKA AKU BENCI KAU SEUMUR HIDUP AKU. Hati tak cukup pure di sini adalah hati yang masih selalu berbuat dosa, yang kadang kadang tercurang dengan Maha Esa. Disebabkan iman manusia yang kadang kadang terbolak balik, terturun naik. Well, hati semua orang pun tak pure.



Jadi kenapa mesti berat hati untuk maafkan kesalahan orang lain? Sedangkan kau masih banyak buat salah dengan Tuhan, dan jarang mintak maaf dengan Dia. Maka kau perlu malu bila kau taknak maafkan kesalahan orang lain. Ar Rahman sentiasa bagi peluang berkali kali dalam setiap kesalahan yang kau pernah buat, nikmat hidup yang sentiasa kau dapat. Kau dapat tengok kan, Ar Rahim tak pernah berkira. Maka, tutup buku lama dan jangan berkira untuk beli pemadan dendam, lalu padamkan semua hutang 555 dalam hati busuk kau. Padam, sisip sisa ke tepi. Sebelum tidur, sembur hati dengan air freshener perisa strawberry.



Biar esok pagi hati kita semua wangi.








Search This Blog