Cuba sembur hati pakai air freshener.




Aku dah belajar satu benda yang paling valuable dalam dunia, iaitu setiap hari cuba bersihkan hati dan maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan aku. Sebab diri aku sendiri pun tak cukup pure sampai nak dendam dengan siapa siapa yang pernah buat salah dengan aku, lepas tu buat sumpahan macam OH KAU BUAT SALAH DENGAN AKU, MAKA AKU BENCI KAU SEUMUR HIDUP AKU. Hati tak cukup pure di sini adalah hati yang masih selalu berbuat dosa, yang kadang kadang tercurang dengan Maha Esa. Disebabkan iman manusia yang kadang kadang terbolak balik, terturun naik. Well, hati semua orang pun tak pure.



Jadi kenapa mesti berat hati untuk maafkan kesalahan orang lain? Sedangkan kau masih banyak buat salah dengan Tuhan, dan jarang mintak maaf dengan Dia. Maka kau perlu malu bila kau taknak maafkan kesalahan orang lain. Ar Rahman sentiasa bagi peluang berkali kali dalam setiap kesalahan yang kau pernah buat, nikmat hidup yang sentiasa kau dapat. Kau dapat tengok kan, Ar Rahim tak pernah berkira. Maka, tutup buku lama dan jangan berkira untuk beli pemadan dendam, lalu padamkan semua hutang 555 dalam hati busuk kau. Padam, sisip sisa ke tepi. Sebelum tidur, sembur hati dengan air freshener perisa strawberry.



Biar esok pagi hati kita semua wangi.




5 comments:

rafiq said...

sangat suka entri ni.. betul la. sebelum tidur disunatkan maafkan kesalahan semua orang.. dapat pahala..

jgn lupa baca doa tidur..

hannamaruku said...

Serious dowh rafiq, aku reply ni sebab takot kau merajok je.

rafiq said...

sayang hana lebey.. IMY

Ainee Cumi said...

SOKONG!!!! Dats why tak suka bila orang dok cerita pasal benci kat orang tu lama lama sangat.. Macam, hello dah lepas, sila let go and start with a new life keesokan harinya.. Itu rahsia Apek & Ainee juga. =))

cik kia said...

thankss hana,tadi baru rase mcm nak benci dekat seseorang huhur tp tak jadi ;)

kalau hana sudi,join la contest yg cik kia buat dkt blog ya.thanks ;)

Search This Blog

Powered by Blogger.