Rebelan malam.





Dalam hidup kau, kadang kadang apa yang terlalu perfect tu yang buat kau bebal. Yang buat kau nak rebel. Yang buat sebenarnya lagi kau rasa tak kena dengan hidup kau. Dan mungkin sebab itu, Tuhan telah jadikan lelaki dan perempuan yang tak perfect, untuk berpasangan dan melengkapi antara satu sama lain.



Tapi dasar manusia yang tak tau bersyukur, kadang kadang bila mereka terima sesuatu yang sebenarnya adalah satu well-planned dari Tuhan, dia asyik mengeluh. Dan asyik berfikir dan mencari cari mana yang lebih dia rasakan sempurna untuk diri dia, pui. Manusia semua memang tak reti bersyukur.



Bila kau dah jatuh tersungkur baru kau nak sedar yang selama ni kau takbur. Takbur dengan nikmat Tuhan, kau baru sedar kau tak bersyukur.



Tapi aku selalu terfikir, kadang kadang seseorang yang terlalu perfect bukanlah sesuatu yang boleh buat kau lebih bahagia, bila mana kau sebenarnya akan rasa lebih bahagia dengan seseorang yang lebih tak perfect. Sebab kau dan dia akan saling melengkapi. Dan dari situ kau akan belajar cari kesalahan sama sendiri, janji takkan di ulang lagi.



Dan cinta memang tak boleh dipaksa. Hati dan perasaan milik Tuhan. Bila bila masa ia akan di tarik, atau di pulangkan. Feelings fade. Soal jodoh semua rahsia Dia. Kita tak tahu. Tapi aku pasti, seseorang yang tidak sempurna telah dijadikan untuk aku. Untuk kelak, aku sempurnakan dia. Dan dia wanitakan aku, menjadi makmum terbaik dia. Kalau boleh biarlah sampai syurga.


**


Tahniah buat ex boyfriend yang dah bertunang. Hati saya tak pernah ada sikit pun bait benci dekat awak. Cuma mahu lihat awak bahagia. Dan kini, saya tunggu kad jemputan, ya?


:)



4 comments:

Huda Luna said...

^____^

nizamsani said...

semoga kamu bertemu jodoh juga.





dan beranak ramai.

rafiq said...

buang yang keruh ambil yang jernih..

hana, puasa jual maruku?
bai.

jangan reply. gua tahu lu nak cakap apa. puii..

hannamaruku said...

@huda
mentang2 dapat housemate best..

@nizamsani
dan juga dapat keluarkan buku macam kau.

@rafiq
haha. okay srious kali ni aku reply btol2. maruku jual takde market. time deepavali boleh la.

Search This Blog

Powered by Blogger.