f

Tuesday, December 20, 2011

Like a boss





Masa aku mula mula masuk orentasi kat tempat kerja sekarang, aku dan budak budak baru lain di kumpulkan dalam satu bilik. Sebab nak ada sesi briefing pasal company dan training apa bana semualah. Then masa hari pertama aku sampai, tak silap aku pukul 9.05 minit kehkeh aku memang tak pernah punctual tapi sekarang mungkin lebih punctual sedikit sebab bapak aku pegi cepatkan semua jenis jam yang ada kat rumah kepada 10 minit lebih awal. Sebab tu la aku pagi pagi bila nak pergi kerja jadi kelam kabut macam ribut bersiap sebab menggelabah ingatkan dah lambat tapi rupanya telah ditipu siang siang oleh bapa sendiri. Dah la jam dalam kereta aku pun bapak aku pegi tukar jadi cepat YA ALLAH. SABAR JE LA ADA BAPA CARING MACAM NI YANG TAHU ANAKNYA JENIS PUNCTUAL GILAAAA *mata ke atas tangan buat peace*



Masa tu aku ingatkan aku yang paling lambat. Tapi rupanya dalam pukul 10 ada lagi sorang budak datang. Masa tu first impression aku macam, eh dia ni siapa? Dia apply untuk apa? Kenapa muka macam tua? Salah tempat ke? Datang dari mana?


Dan aku rasa macam bukan aku sorang je yang fikir macam tu. Budak budak lain pun tiba tiba macam tengok budak datang lambat tu pelik gila. Sebab setahu aku, jawatan aku sekarang untuk budak diploma dan degree, lepas tu semua budak budak baru yang datang training dengan aku time tu semua muka umur awal 20an. Berlainan betul dengan budak yang baru datang ni. Kesian sangat aku tengok dia. Macam tak terurus, muka dia macam HAI SEMUA, TENGOK MUKA AKU, KESIAN KAN......


Tapi dah lama lama bila budak budak baru jadi rapat, baru lah aku tau. Budak tu umur dia dah 30 lebih, tak kawen lagi, ada DEGREE IN RETAIL MANAGEMENT UiTM Shah Alam. Dan kau tau tak apa part yang paling sedih dalam hidup dia? Sebelum dia dapat kerja kat tempat kerja aku, dia pernah jadi operator kilang dan security guard. Aku tanya dia, kenapa kau tak kerja kat retail je? Dia jawab, dia pernah kerja kat satu retail, tapi tempat tu bagi dia gaji sikit gila tak berbaloi dengan degree yang dia ada. Lepas habis je kerja kat situ, dia jadi lost dan try apply kat semua tempat, tapi dia tak dapat. Maka dia end up habiskan sisa sisa hidup dia dengan apply apply kerja kat kilang dan latest kerja dia as security sampai la dia dapat kerja kat tempat kerja aku sekarang.



You see, kesian kan kat dia? Degree holder berumur 30an yang mungkin pada tahun 2011 dah boleh jadi kaya raya dan ada semua benda, tapi pada umur 30 lebih baru dia nak panjat gunung kejayaan dan cari tujuan hidup dia. Mungkin aku boleh cakap dia kurang bernasib baik pada awalnya, tapi aku percaya yang kejayaan pada setiap orang akan datang. Cuma bergantung kepada masa, ada orang cepat dan ada orang lambat dapat kejayaan tu. Walaupun dah 13092483492384509438509385 cuba. Reason dia mudah, sebab Tuhan tak izin lagi kau capai benda tu. Tuhan tak izin lagi kau ada di tempat yang paling tinggi tu. Sebab Dia lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau, betul?



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari).



Bila dah start kerja, aku tak pernah tengok kawan aku tu mengeluh sikit pun. Apa yang senior suruh buat, dia ikot. Setiap masa kerja aku tengok muka dia tak pernah mengulat sekali pun. Maka memang dari situ aku nampak dia ada passion dalam retail. Dan aku cakap kat dia, WEH KAU KERJA LA KUAT KUAT. BAGI SEMUA ORANG NAMPAK KAU BAGUS DAN RAJIN BUAT KERJA. AKU HARAP KAU DAPAT JADI DIVISION HEAD DALAM MASA 2 TAHUN, INSYAALLAH. AKU DOAKAN KAU!



Dan sejak dari tu, aku sengaja mula panggil dia dengan gelaran BOS. Yang paling best sekali, semua budak budak batch aku yang baru masuk dah start panggil kawan aku tu BOS. Aku memang sengaja bagi dia gelaran macam tu. Dan bagi semua orang terbiasa panggil dia BOS. Sebab kan lebih 40 kali orang sebut kita dengan satu gelaran, benda tu sebagai doa?



Sesungguhnya, tu memang doa aku buat dia. Tak lama lagi, segala kesusahan dia akan berbaloi. Dan aku bukan saja nak dia jadi like a boss, tapi boss betul betul yang happily ever after wah macam cerita dongeng ke apa ni nak happily ever after pulak.


Amin!


0 comments:

 
Norhana Rosmida