Sunday, January 23, 2011

Jangan bimbang, kalau Tuhan pesan semua yang Dia beri adalah terbaik, ya?





Rainbow.


7 warna semuanya. Cukup payah nak dapat lengkap semua warna. Mesti ada yang hilang. Ada yang tak mahu pulang. Duduk terfikir out of nowhere, bengang.


Ya dulu aku pernah menjadi lalang.
Dulu nafsu aku setiap masa besar menggodang.
Dan sekarang,
Aku benci bila sesuatu yang aku dapat tiba tiba jadi undefined, serabut, hilang.


*****



Dengar sini rainbow,
Jika sekarang aku perlu berbelah bagi.
Jika sekarang aku hanya boleh perhati. Jangan biar aku berhenti berlari biarpun ada kala aku nampak setiap kata kata dan apa yang terjadi seolah samar samar. Awan begumpal gumpal nampak tak segan nak muncul. Matahari tiba tiba jadi senyum kelat pemalu nak sembul. Hujan yang datang berkoyan koyan. Datang lagi. Datang lagi. Biar banjir. Biar petir.


Biar biar.


Tapi janji lepas hujan tu, tolong kembalikan warna pelangi yang hilang,ya?
Kau suka tengok aku sugul macam ni, nasib?
Jangan derhaka dengan tuan sendiri.


Come to mama,
my missing colors of rainbow.



Rainbow kata, ok mama we'll be coming home soon! Tapi tolong lah, tunggu kami dengan senyum!




Saturday, January 22, 2011

4 Cara cara mengiurkan kejut aku bangun subuh.





1) Alarm henfon. Memangdangkan henfon murah dan takde sikit pun memberi kesan 'add value' kepada diri aku, maka setiap kali dia bunyi sumpah aku tak sedar. Masalah dia aku letak betul betul tepi telinga pun boleh bantai tak sedar. Roomate aku yang tidur dari jarak 25 kilometer boleh dengar. Maka terjadi la kejadian 3rd party di situ yang mana Myra akan kejut aku lepas dia dengar alarm clock henfon aku bunyi. Dan kalau dia tak boleh solat, dia adalah orang nombor satu yang paling mengamuk ala cakpong bila dengar alarm clock henfon aku. Bunyi ayam berkokok kot? Kau ade?


Kebarangkalian bangun : 14.5 % (0.5 tu kira ajaib la kalau aku bangun)



2) Adik kejut. Biasalah, adik mesti bangun seawal ashaari pukul 6 pagi sebab nak bersiap pegi sekolah. Maka dia kadang kadang akan di sub tugas oleh ibu bapa untuk datang ke bilik dan goncang goncang kan badan aku suruh aku bangun. Konsep adik aku mudah, kalau aku tak bangun, dia pegi jerit MAAAAAAA okay tak sampai huruf K pun lagi aku memang akan bangun. Sebab jangan sampai mak aku datang. Kalau mak aku datang memang jeng jeng jeng. Full of surprise. Ha tu nanti sikit jam aku cerita.


Kebarangkalian bangun : 60 % (kalau dia start jerit panggil mak aku memang terus 100 % degupan jantung AWAS BANGUN SEKARANG)




3) Abah kejut. Fuh. Abah kan. Kata abah. Kaum lelaki ni kan dia tak byk cakap. Dia jenis indah perbuatan dari percakapan. Kadang kadang kalau datang mood anak ku manja ku, dia hanya masuk bilik tutup kipas dan bukak lampu lalu panggil NORHANA ROSMIDA, BANGUN. Jika tak bangun, maka akan di ulang sebanyak 3 kali. Lepas 3 kali jangan nak macam macam sangat la. Sebuah buku lima penumbuk di punyai oleh abah akan di talakan ke pintu bilik aku maka bergegar lah di situ GEDEGANG! Mula la pandang kiri pandang kanan eh apa ni apa ni tolongggg tolongggg gempa bumi!


Kebarangkalian bangun : 99 %.




4) Wah wah wah. Ini special case. Mak kejut. Keh keh keh. Macam aku kata tadi la kan? Full of surprise. Cara mak kejut adalah masuk bilik lalu panggil ALONGGG BANGUN SUBUH. JANGAN SAMPAI MAK MASUK BILIK LAGI SEKALI. SIAP KAMU. Mak dia ada sesi ugutan. Dan kadang kadang lebih kepada do more action than speak. Aku pernah sekali kena tarik dari katil sebab tak dengar langsung mak aku kejut. Kahkah padan muka aku. Dan kenangan kena kejut bangun subuh paling best adalah, mak siram muka aku dengan air teh. Air teh, paham? Patut la time bangun rasa kelat kelat manis. Mati mati aku ingat air liur basi keluarkan perisa.


Kebarangkalian bangun : Kau gila apa kalau bukan 100 %?





Sunday, January 16, 2011

Kau cukup sempurna kah lelaki untuk mengidam ngidam kan perempuan di jadikan isteri?




Kacak.
Bergaya.
Kereta, rumah.
Lengkap semua ada.

Tinggi.
Tegap, sasa.
Sekali di libas rambut bergegar alam fana.
Kenyit mata sikit,
Luluh.
Semua mata inginkan dia.

Perfume Hugo Boss,
Baju Topman sekali sekala dia sinsing,
Kasut berkilat hitam,
Berkilau betul bila tengok boleh pitam.
Perghhh geram.
Semua A semua mengancam.

Bijak nya jangan cerita.
Ada degree master PHD,
UPSR PMR SPM semua markah tertinggi,
Bila sembang serupa perdana menteri,
Aduhhhh,
Kacak nya semua kau ada kacak tak terperi.


Tapi,
tapi.


Kah kah kah kah semua kacak di mata manusia.
Keluar rumah semua nya kau kacak di mata manusia.
Kah kah kah kah bagi aku habis gelak sebelum aku habis cerita.
Bagi aku habis cerita sampai mana bila dia kacak di mata manusia.


Bilamana dia tak ada 5 waktu solat,
Bilamana dia tak satu doa memohon Tuhan di ingat,
Bilamana dia sakan gembira di mata manusia,
Bilamana dia sakan menunjuk di dunia,
Tapi dia sebenarnya tak ada apa apa.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.


Cukup cantik di mata manusia,
Tapi tak cukup cantik di mata Dia.
Kalau 5 kali solat dia tak ada.
Kalau 5 kali solat dia tak kerja.
Pergi gelakkan dia.
Pergi bahankan dia.
Kerana dia hanya cantik di kaca manusia.
Tidak pernah cantik di mata Dia.

Friday, January 14, 2011

Mak mak, mak pergi pasar, mak beli baju warna aaaape?







Lepas cuti sekolah habis, adikadik aku semua dah masuk balik matriks dengan asrama. Makne dalam rantaian keluarga, tinggal aku dengan adik aku yang last je la kat rumah. Nak taknak, aku kena terima hakikat jugak yang kawan sepermainan aku adalah budak kecik hingusan. Sikit sikit main mak mak, sikit sikit main doctor doctor. Time main doctor doctor yang aku paling bebulu skali. Semua equipment nak guna, dia bantai barang barang aku. Lipice aku, krim safi, sekali dengan sikat sikat pun dia buat jadi bahan doctor dia.


Fatin Nabilah betuah.


Kadang kadang nak permainan yang lebih interaktif sikit, dia ajak aku main MAK MAK, MAK PEGI PASAR, MAK BELI BAJU WARNA AAAAPE? Takpon dia ajak aku main game Who’s who. Bapak la bosan woi game ni. Kena main teka teka orang. Pantang nampak aku free dia offer aku main bendalah ni. Jenis permainan tak adventure macam ni memang sungguh tak mencabar kepintaran betul. Masa first time nak main, aku boleh terima lagi dia buat program induksi cara cara nak main who’s who. Tapi setiap kali main game ni, setiap kali tu la dia nak induksi. Dia ajar dekat 349394 kali benda yang sama. Dia ulang ulang pulak tu. Apa dia ingat aku sama level dengan kawan kawan dia ke sekali ajar tak paham? Kecik kecik dah pandai nak diskrimisi umur. Nasib baik comel maka aku layankan je.




Who's who.

Tapi kan weh tapi kan, aktiviti yang paling best skali main dengan adik aku ni adalah bila time nak pegi ikot mak abah pegi tesco. Baru keluar rumah tak semena mena dia teros nak organize pertandingan dengan aku. Dia jerit ALONG CEPAT! KITA LUMBA SIAPA MASUK KERETA DULU DIA MENANG T_______________T Jadi berbekalkan tahap kemithalian aku yang tinggi ni, aku ye kan je permintaan dia. Aku pun acah acah la lari nak lumba kan. Tapi kalau ikot sejarah hidup aku yang pernah memenangi acara lari dalam guni masa darjah 5 ni, aku memang komfem la boleh menang weh. Belum kira lagi masa form 1 jadi pelari simpanan acara lari kuak lentang. Rekod aku dah membuktikan aku boleh kalahkan adik aku, tapi aku saja malas. Dia lari besungguh sungguh masuk dalam kereta, aku pun lari tapi tak berapa nak lari la, ala ala jogging sebab WEH WHAT THEEEEE, UMUR 23 TAHUN NAK MAIN LUMBA LARI MASUK KERETA DENGAN BUDAK DARJAH 3 WEH.



Dah la skang setiap malam aku kena gosok baju sekolah dia. Bila aku gosok kedut sikit dia sound ALONG NI TAK PANDAI GOSOK BAJU LA. Aku senyum sinis kelu je bila dia sound. Nak lempang dia tak boleh, kata aku kakak mithali. Sound sound aku, tapi paw duet aku nombor satu. Time malam nak tidur baru la tegedik gedik sengih depan aku suruh aku tidur dengan dia. Tapi padan la jugak muka aku, siapa suruh bawak dia sekali tengok wayang cerita Paranormal Activity haritu. Kan dia dah seram nak tidur sorang. Kah kah kah.


Lagi satu hal, aku taktau kenapa adik aku ni bekenan betul dengan botol air aku yang aku guna bawak pegi kerja.




Jangan nak macam macam sangat, brand Appleware kot.


Botol air untuk orang tua pun dia minat, tak paham aku. Jenis jiwa cepat matang ke apa tah. Ada sekali tu dia ada buat cadangan nak bawak botol air aku pergi sekolah dia. Lepas tu aku tanya, HABES, ALONG NAK BAWAK BOTOL APA? Selamba dia tunjuk botol air dia, tejengket jengket suruh aku pegang sambil merayu gombal kat aku ALAAA KITA TUKAR LA. ALONG BAWAK LA BOTOL AIR BABY PLEASEEEE






Gila apa bawak botol air ni? Macam teletubies.

Saturday, January 8, 2011

Joni the geli.






KAU PAHAM TAK BILA PEGANG MUKA MATA HIDUNG MULUT DIA, DIA AKAN BERTUKAR JADI MACAM

CHUZZLE DELUXE.



Cuma dia tak warna warni macam chuzzle deluxe dan hidung dia panjang dan basah suka cium cium orang -_-. Aku acah acah berani nak pegang dia lepas tu jap lagi aku jerit sebab geli dowh kaki dia merayap rayap kat tangan T_T


Pada minggu lepas eh minggu lepas ke? Pada minggu lepas yang lalu saya dan blogger Ainee pegi teman HudaLelunas pegi beli bini Joni. Ha aku taktau apa nama binatang atas ni, hedhegoc ke headheadache ke heddhegog apa benda tah nama dia, aku panggel chuzzle deluxe je sebab dia comel time aku nak pegang dia, dia pegi bulatkan badan dia sumpah comel, tapi malangnya duri dia tajam weh, downnn. Takot nak pegang.


Duri dia jenis suka tercabut, maka tuan boleh jimat dah kos beli pencungkil gigi di situ. Eleh macam ah aku taktau Huda ngan Sigg mesti selalu recycle bin je duri Joni ni buat korek hidung, tak paling kurang pun, sambung duri Joni banyak banyak buat rantai. Kan?


Ok takde salam takde ucapan sejahtera, aku terus buat entry melulu apa ni weh? Perenggan pun tak hape hape tak tersusun. Joni ni siapa pun aku tak kenal kan kat kau? Okay la Joni ni anak Huda dengan Sigg. Jenis manusia rare je yang bela benda benda macam ni. First time aku tau dorang bela si Joni ni, aku macam WEH APA BENDA NI LANDAK KERDIL KE APA WEH? APSAL LANDAK KECIK WEH TAK CUKUP VITAMIN KE WEH? NASIB BAIK HIDUNG MANCONG MACAM HUDA, elelelelelele aku ni. Nak suruh Huda belanjew burger extrabeganzah lettew. Tapi aku taktau kenapa Joni comel sedangkan Sigg sebagai bapak dia tak ada ciri ciri comel pun, dan ciri warisan dari Sigg yang Joni ada hanyalah, gatal. Pun dah memadai sebenarnya.



Bukan tak teringin nak comolot dengan Joni macam ni.




Masalah dia,


Baru pegang 0.3 saat terus jerit HUDAAAAAAAAAAA BAIK KAU ANGKAT JONI SKANG AKU GELIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.

-_________________-"




***********

Aku tak sabar nak tengok AJL esok. Paling aku tak sabar nak tengok turn Farid Kamil nyanyi. Lagu 'Hana, muka mu di hati ku'. Sama sama kita doa Farid Kamil menang.



Tau?







Tuesday, January 4, 2011

Jenis berterus terang senang. Takde kona kona.





Macam biasa lah. Bila dengar bos nak belanja, walaupun bawak bekal mak masak, sanggup aku makan pagi pagi pukul 10 bekal mak. Tengah hari memang tanpa sebarang alasan terus ikot bos. Gila apa kau tolak pelawaan bos nak belanja kau makan? Rezeki jangan di tolak. Thong jangan di cari. Kelak kalau aku dapat memang aku cekik cekik dia nanti.



Selalu kalau bos belanja makan, dia akan bawak pegi mapley. Bila cakap pasal mapley memang akan terus mengimbau kenangan lalu mengusik kalbu. Time study kat Seri Iskandar, budak budak selalu panggil aku dengan nama ‘hanney’. Sebutan dia bukan HONEY la gila, tak payah nak honey madu sangat . Cara sebutan sebenar adalah HAN – NEI. Jadi bila orang dah dok selalu sangat sebut HAN-NEI banyak kali maka dia akan lama lama mengterhapuskan dengan sendiri huruf H tu, dan akan jadi AN-NEI. Ya, annei.



Dan kalau kitorang lepak kat mapley ramai ramai, budak budak ni suka mempermainkan perasaan aku. Bila time nak panggil si mapley tu ANNEI, bukan mapley tu yang pandang, aku yang nombor satu akan pandang. Bodoh apa aku pegi pandang? Ye la masalah dia memang medula oblongata aku akan mengadakan respon tindak balas secara tak sengaja. Tak boleh dengar orang panggil ANNEI, memang aku akan pandang. Serupa dah jadi igauan hitam di dalam hidup. Sendiri mengaku diri annei. Padahal nama bukan main sedap Norhana Rosmida. Kau jangan marah pulak aku kata nama aku sedap? Apa dosa aku sejak dari kecil bila nama sedap sedap orang panggil annei. Sungguh kisah hidup yang menyayat hati T_T



Dan tadi aku pegi mapley, aku masih kekal dengan sikap dahulu. Tidak sombong dan sungguh merendah diri. Bila dengar orang panggel annei, aku memang akan pandang. Tapi bila menyedari yang sebenarnya dorang bukan panggel aku pon, aku hanya tersenyum kelat. Terlalu pahit untuk di telan. Nama annei memang betul dah melekat padu dalam jiwa aku. Tengok tu, bila tengah emo mesti ayat ala ala novelis. Geliewwwwww tawwwwww.




Dah 4 perenggan di situ, tapi masih belum mengemukakan motif sebenar aku tulis blog hari ni. Okay, macam biasa lah pergi mapley mesti makan nasik campor. Tapi tadi bagi aku memang tak biasa. Sebab aku order roti telur je. Dengan teh 3 layer aummm. Tak pernah pernah aku mintak kuah kari, tapi harini taktau kenapa minat nak cicah dengan kuah kari. Aku panggel sorang worker mapley tu sebab aku makan kari tu rasa lain macam.


" ANNEI! SINI JAP! "

" APAHAL? " Jawab si mapley bukan main gangster.

" KENAPA KARI NI RASA LAIN MACAM? KUAH KARI SEMALAM KE? " Aku tanya sambil jaga pitching.

" YOU KALAU MAU KUAH KARI HARINI PUNYA, YOU DATANG ESOK LA! " Balas mapley wajah selamba takde rasa bersalah, sambil menunjukkan sedikit bulu dada.



Redha.



Monday, January 3, 2011

Bicara manis menghiris kalbu, Thong.






Tak payah nak guna bukan nama sebenar. Sebab aku syak, nama kau memang bukan Thong pun. Maka, aku pakai je ah nama Thong dalam entry ni.


***********



Okay aku buat entry ni adalah sebagai tujuan untuk PENYEDARAN. Penyedaran apa anak anak? Aku nak bagitau kau semua yang aku baru kena tipu. Dan tujuan aku buat entry ni adalah bukan mengaibkan diri sendiri yang bodoh bahlul sebab kena tipu, tapi sebab aku nak bagitau orang lain, supaya jangan kena tipu dengan bangsa bangsa penipu ni. Pendek kata, sebagai pengajaran untuk semua. PENGAJARAN. Maka harini aku nak jadi cikgu secara tak berbayar untuk kau semua. Aku nak cerita apa sebenarnya yang dah jadi dengan hidup aku dalam masa 2 3 hari ni.


Jumaat haritu, lepas aku balik kerja, mak aku ajak aku pergi Karnival Telefon Bimbit. Siap tulis JUALAN TELEFON BIMBIT HARGA KILANG! KILANG TERBAKAR, JADI KENA JUAL HANDPHONE MURAH. BOS TAK ADA JADI KAMI JUAL HANDPHONE MURAH!


Kakak sedara jebon apa sampai kilang terbakar woi?



Sambung. Ok lepas tu aku dengan mak aku pun pergi la. Tapi aku memang takde niat pun nak beli handphone kat situ. Sebab aku nak usha usha je. Tengah saje nak jalan jalan tiba tiba Thong ni panggil aku, HA MISS SINI TENGOK, I JUAL SAMA YOU I PHONE 4 7 RATOS SAJA. YOU ANGKAT SEKALI DENGAN E72 NOKIA SAYA BAGI YOU DUA HANDPHONE 9 RATOS. Tudia dengar i phone 4 dapat 7 ratos, kemaen nak berpinar lagi bijik mata aku. Jantung berdegup pantas weh OMG LUMAYAN NI, BEST GILA UPDATE STATUS FACEBOOK KELUAR VIA I PHONE 4 BANGGA SIAK. Bodoh. Tu la niat pun dah salah, tu yang Tuhan tak bagi beli.


Tapi time tu aku takde la terpedaya lagi, aku kata CEH TIPU AH NI MESTI CHINA PUNYA KAN? Jap lagi si Thong ni terus briefly explain kat aku yang handphone tu i phone singapore. Dia siap tunjuk lagi beza China punya dengan ori. Kira time tu aku terus nak terpikat la dengar cakap dia. Kagum terus diam seribu bahasa. Kalau boleh nak mintak couple terus. Air liur dia tersembur kat muka aku pun kalau ikut aku nak ambik lepas tu frame. Lepas dia pumpang pumpang, aku kata, aku nak fikir dulu. Then dia kata, AIYAA TAK BOLEH TUNGGU WOH LEPAS NI SAYA TAK BAGI HARGA INI DAH. YOU BAYAR DEPOSIT DULU LA. Aku pun taktau kenapa tak fikir panjang, bajet terpesona dengan jampi serapah dia, terus aku bayar deposit 2 ratos time tu. PANDAI.............................................



Malam tu lepas aku bayar deposit, aku datang balik kat Thong. Aku tanya balik betul betul nak make sure i phone tu ori ke tak. Aku praktis dah soalan soalan nak tanya time kat rumah. Sampai kat booth dia, memang semua jawapan dia tu menunjukkan yang i phone tu betul tak tipu. Dia cakap kat aku, ambik i phone tu hari Isnin petang sebab dia nak kena install segala bala software dalam i phone tu termasuk i tune. Aku pun percaya la, memang tunjuk kat banner Karnival tu, benda tu sampai hari isnin. Time tu dia bagi cop company dia kat KL. Bukan kat ipoh. Dia kata kedai dia ada kat ipoh parade yang cawangan perak. Dia siap berani cakap kalau aku tak percaya, aku boleh bawak dia naik kereta pergi Parade sekarang jugak. Kepala cakpong kau la Thong. Manis sungguh mulut berbicara kan Thong? Kalau time tu aku tau kau tipu, aku screw driver mulut kau bagi berpusing. Biasa sangat kecik kecik taknak? Nah kau sambong sendiri.



Okay, point dia sekarang adalah, hari sabtu iaitu sehari selepas aku bayar deposit kat Thong, aku google kaw kaw kat internet pasal karnival telefon bimbit dengan i phone tiruan. Memang jenis bijak jugak dah bayar deposit baru nak google bagai. Lepas tu aku jumpa link NI, dan NI. Lepas tu dari apa yang aku baca, memang aku dah komfem dah aku kena tipu. Sebab weh tolong la fikir logik sikit, bodoh apa weh i phone 4 harga 2k boleh senang senang nak jual 7 ratos je? Bodoh apa E72 harga 1k boleh senang nak jual 2ratos je? Bodoh apa aku ni tak fikir dulu weh belajar tingi tinggi sampai degree, jenis kepala hotak tak function benda simple macam ni pun tak boleh nak common sense.



Yada yada. Redha.


Lepas aku google aku dah tetapkan hati aku, okay aku taknak beli. Biar la burn 2ratos dari terus nak bayar kat dia lagi 7ratos. Kira memang aku dah taknak amik la phone tu pada hari yang di janjikan iaitu harini, Isnin.


Jadi harini kan hari isnin, so hari aku kena pergi kerja la kan? Aku kalau nak pergi kerja memang lalu la kat karnival tu. Tapi kau tau apa yang aku nampak? Sepanjang karnival tu, semua booth dah takde. Kosong. KOSONG. SIFAR ZERO ILEK. PAHAM? Kalau betul aku tak cancel pun nak beli, kira memang aku tak dapat beli pun sebab memang Thong dan handpone handphone dia dah lari bersama dengan deposit 2 ratos aku dan mungkin 2 ratos 3942342049 orang customer lain. Pfffttttttt aku try call Thong, dia dah off phone dia. Memang penipu. Paham? Tak, bukan dia penipu. Dia dah berusaha untuk cari duet dengan cara menipu, maka Tuhan makbulkan usaha dia. Tapi Tuhan bagi aku dugaan hilang rezeki sebab kena tipu, maka aku dah belajar satu sillibus dalam ilmu kehidupan, jangan la senang sangat nak percaya.



Kesimpulan dia apa anak anak? JANGAN BELI ATAU EVEN PERGI KARNIVAL KARNIVAL CAMTU. Aku takot kalau kau pergi taknak beli pun, kang spesis spesis Thong ni cakap pumpangpumpang kau pergi percaya. Kalau nak ikot fikiran positif, aku sendiri bila fikir balik, aku tak salahkan Thong tu. Mungkin aku sendiri bodoh. Dan ya, Tuhan nak bagi pengajaran. Untuk aku, dan aku dapat tulis entry ni, untuk bagitau korang yang still taktau pasal karnival karnival ni. Tak silap aku dah banyak dah dorang buat kat banyak tempat, so maybe dia akan datang kat tempat korang, baik korang berjaga je. JANGAN BELI.



Sekurang kurang nya hidup aku ni ada la naik turun bila dah tua boleh cerita kat anak cucu. Baru time tu kalau nak marah anak cucu boleh bangga nak cakap HAIP DENGAR CAKAP OPAH. OPAH MAKAN GARAM DULU DARI KAMU.


Bukan main lagi kan ayat kau SEKURANG KURANGNYA HIDUP AKU ADA NAIK TURUN. Nak sedapkan hati lettew.


Dear Thong, see you when I see you. Oh better not. I’m afraid that I will kill you, baby.





Terima lah Thong, lagu untuk kau.


Sunday, January 2, 2011

Kenapa aku masih bertahan?







" Kenapa kau masih bertahan? "

" Kerana aku percaya aku mampu bertahan. "

" Kau tak mahu mati? Aku sudah penat. Aku mahu mati. "

" Mati dengan cara bagaimana? "

" Baik kita bunuh diri. Kita hidup tak ada guna. "

" Kenapa perlu bunuh diri? "

" Bukankah hidup kita tak ada siapa percaya kan kita? Bukankah hidup kita orang keliling tidak suka kita? "

* Terdiam. *

" Mari, aku bawak kau naik ke bukit. Mari, bila di sini kau akan faham. "

Mereka naik ke bukit. Perlahan lahan. Satu satu langkah.

Penat.

Berpeluh peluh.

Kaki mengelecet.

Ahhhhh, mengeluh.

Penat.

Dahaga.

Berpeluh peluh.

" AHHHH BODOH. Mari kita turun. Aku penat. Bodoh. Apa yang kau mahu tunjuk? Tak perlu naik bukit. Aku penat. Bodoh. "

" Nah, jangan di bodohkan aku. Kelak kau akan tau aku pengajar paling terbaik buat kau. Mari naik lagi. Jangan mendengus. Buruk muka kau. " *Senyum*

Mereka mendaki lagi.

Penat.

Mendaki lagi.

Penat.

Semakin tinggi dakian bukit, tiba ada sayap tumbuh di kiri kanan.

" Wah! Lihat? Sayap? Bagaimana kau ada sayap? "

" Nah, kau lihat kan sekarang? Kau tak cemburu? Aku mahu terbang. Tak jauh lagi puncak itu. "

" Aku juga mahukan sayap? Aku juga mahu terbang. Bagaimana perlu aku buat untuk dapat kan sayap itu? "

" Senang. Percaya. "

" Percaya? Bagaimana mahu percaya? "

" Aku sudah bilang dari awal. Aku percaya aku mampu bertahan, kerana itu aku tak mahu mati. Aku percaya aku akan dapat sayap. Kerana itu aku tak berhenti mendaki. "

* Terdiam. *

" Kalau macam tu, aku mahu percaya. Aku mahu ikut kau terbang."

Di pejam mata. Di daki lagi bukit itu sambil tersenyum. Kawan nya lagi seorang itu sudah terbang. Cemburu. Tapi dia mahu sayap. Maka dia percaya.

Naik lagi 23 tapak ke puncak.

" WAH! SAYAP JUGA TUMBUH DI KIRI KANAN KU! AKU MAHU IKUT KAU TERBANG!"

Maka mereka berdua, terbang bersama. Burung burung, pokok, ranting, tanah, air, rumput. Semua ikut terbang.

Terbang.

Keliling puncak.

Terbang.

Tergelak gelak.

" Terima kasih. Aku sekarang sudah tahu kenapa kau mahu bertahan."

Dua dua senyum.

Terbang.

Keliling puncak.



Percaya aku cakap. Semua orang boleh terbang.

2011: another 12 months, 52 weeks, 365 days, 8,760 hours, 52,600 minutes 3,153,600 seconds of struggle, growth, progress & experience.





Razman, jangan gelak kat aku. Aku cuba konon konon nak buat cerpen macam kau. Tapi memang tak sehebat kau pun pffft. T_T


Lessons.





Jumpa kau kali pertama,
Susuk tubuh tinggi lampai.
Kongsi cerita kongsi rahsia,
Semua jadi kegemaran aku.


Jumpa kau kali kedua,
Gelak ketawa sama sama,
Serupa satu dunia aku kau punya,
Semua jadi kegemaran aku.


Jumpa kau kali ketiga,
Dah mula rasa serasi,
Oh mungkin kau la orang itu,
Semua jadi kegemaran aku.


Tapi sekarang semua tiada,
Semua bukan kegemaran aku,
Tapi sekarang aku dah sedar,
Kalau setiap perilaku itu semua penipu.


Tuhan kata, thing happens for a reason.
Nikmat Tuhan ada di mana mana,
Lama lama nampak apa hikmahnya,
Tiada satu kejadian pun Tuhan jadikan sia sia.



Tadah tangan, tadah doa.
Percaya Tuhan sentiasa ada.