Belum panas neraka.




Sejak adik aku masuk sekolah agama. Dia seriousssss banyak berubah. Berubah yang bukan acah-acah 3 minit beriman, lepas tu jadi setan balik. Dia terus berubah, dan perubahan drastik tak terhingga. Macam kalau kau dah 45 tahun tak jumpa dia, lepas tu hari ni kau jumpa dia balik, kau akan OMG SYUHADAAAA. KAUUUU KE NI?


Setiap kali aku duk dalam bilik, aku dengar dia menangis kat luar. Aku pelik apahal dia hari-hari menangis? Teresak-esak pulak. Jenguk kat luar, dia tengah solat. Solat sambil nangis. Kau ada? Aku pun tak ada.


Pernah sekali tu aku tanya dia,


KAK, KAT RUMAH TOKWAN PUN KAU PAKAI TUDUNG. LABUH PULAK TU. LENGAN PANJANG SETIAP MASA. KAU TAK PANAS KE?


Adik aku pandang aku dengan muka kerek, mata kenyit sikit dan dahi berkerut tanda dalam hati macam nak sound APA BANGANG SANGAT ALONG AKU NI, COMMON SENSE KOT?


" Panas dunia je. Belum panas neraka. "


**


Telan ayaq lioq.



Perubahan memerlukan kesabaran.
Perubahan mengundang ujian.
Di sini hati kena sentiasa mengharap dan mengadu kepada Allah.
Di sini iman dan prinsip di uji.
Jangan tunggu untuk berubah, sebab kita tak boleh tangguh time kita mati.





Yada yada Hana yang bosan.





Kehadapan bulan yang selalu mengintip aku,
(you know who you are).

***



Kalau aku kau kata bintang paling berkelip,
Kau salah.


Sebab aku mana pernah ada cahaya pun.
Aku tak pernah berkelip pun.
Basic hidupnya aku hanya seketul batu gelap,
Jauh sekali berkelip, jauh sekali keluarkan cahaya.


Berhentilah puja aku, bintang malap ini.
Berhentilah kejar aku, kau takkan sampai lagi.
Kau ingat boleh senang kau nak gapai aku bila malam?
Jauh aku dan kau beribu ribu jauh lagi.


Cuba kau jangan tunggu malam lagi.
Doakan yang hari kau adalah setiap hari siang.
Siang yang panjang.
Bayangkan waktu itu aku tiada, tapi hanya ada matahari.
Cuba kau kejar matahari,
Dan jangan lupa cakap 'terima kasih matahari kerana beri aku cahaya.'



Puja lah matahari bila waktu siang kau masih panjang.
Dan berterima kasih la kepada Tuhan,
Kerana Dia yang beri cahaya kepada matahari.



Lalu matahari beri cahaya kepada bulan bila waktu malam.
Dan kau perlu tahu kau adalah cantik seperti bulan.
Ya, kau lah bulan itu.
Dan bila kau adalah secantik bulan,
Maka cukup cantik lah kau kerana dapat beri cahaya kepada bintang.



Bila kau bersedia beri semua cahaya kepada aku, si bintang malap,
Aku doakan yang malam itu takkan habis.
Biar kau bulan, dan aku bintang.
Kita bersinar setiap malam.



Dan berterima kasih kepada matahari kerana beri kan cahaya,
Lalu matahari berterima kasih kepada Tuhan,
Terima kasih atas cahaya kepada semua semesta.


10 minit yang indah, dan 10 minit yang seksa.




Aku baru balik dari KL. Jumpa dengan kawan baik ni yang baru balik dari Egypt. Pantang lepak duduk kat meja, dia bukak cerita macam mana keadaan kat sana. Dia cerita saat saat cemas lalu sebelah kereta kebal, saat berebut beli bawang kat kedai time darurat, time betapa la penduduk kat sana kesian gila kena tindas. Kau bayangkan la, degree holder, dapat gaji 500 je bai? Ape benda kau nak makan? Kau convert duet Malaysia, 400. Budak sekolah takat PMR pun mengelajat taknak kerja gaji 400. Semua nak up-up beribu riban.


Satu benda yang buat aku berfikir dalam dalam, sampai kadang kadang termenyanyi lagu Safura, Sedalam mana cintamu. Kawan aku cakap macam ni, simple but nice, dia punya menusuk bukan main menikam nikam hati mak nak.


"Na, kau tau tak lelaki kat sane, semua dah ready nak mati syahid. Semua kecik-kecik dah kenal peralatan nak perang. Kalau ada kereta kebal lalu, dorang rilek je duduk depan kereta kebal tak berganjak. Dorang kat sana memang tak kesah mati langsung."


Nampak? Nampak tak di situ? Remaja remaja kat Malaysia skang apa macam bro? Ready ke tak tah nak mati syahid? Dah la weh jangan tanya orang, kau pergi tengok cermin, tanya diri sendiri tengok. Adakah hati kau betul betul ada kat Tuhan dan sanggup mati untuk Dia, atau still cintakan dunia?


Kat sini semua boleh belajar senang lenang, kat sana dorang fight untuk belajar. Tengah tengah belajar gentle tiba tiba bom meletup. Kira bunyi bom tu dah serupa macam siaran HOT FM am krew dah kat telinga. Kalau tanya remaja kat Malaysia, mesti semua jadi terpinga pinga.


Perang saraf dari yahudi menjadi betul. Semua sekarang jadi 'takutkan mati, cintakan dunia.'






Kalau kau boleh duduk mengadap news feed facebook tunggu update berjam-jam, takkan la video 10 minit ni pon kau mengelabah tekan x. Kalau boleh 24jam kat timeline twitter, a kamon la, pinjam la sket 10 minit kau tengok video ni.


***


Aku dah taip entry ni dah habes dalam 10 minit, dan aku tak pasti di negara-negara sana, 10 minit yang berlalu ni, betapa mereka bertungkus lumus sedang pertahankan diri dan agama.


Bila kau mahu pijak bayang bayang sendiri, tapi tak dapat.





Takut nak hidup, kalau selalu buat dosa.
Takut nak mati, belum tentu cukup pahala.
Takut bila terbayang kubur, bila di tanya nanti ternganga.

Ada pernah satu hari aku terfikir,
Boleh kah tak mati?
Boleh kah hidup selama lamanya?

Boleh tak kalau buat dosa, hanya perlu pergi klinik Manalan atau klinik Azhar dan rakan rakan.
Lepas tu mintak treatment, cuci dosa sedas dua.

**

Tuhan kata,
kau ni dah la muka tak lawa, belajar tak pandai, masa depan entah kemana.
Cukuplah susah di dunia, jangan la di akhirat juga.

**

Aku takut Dia yang nama Ar Rahman Ar Rahim.
Bagi aku cahaya.
Aku nak hanya satu matlamat.
Pergi kepada cahaya, dan pijak bayang-bayang gelap ini jauh jauh.

Al Maliq.
Al Quddus.



Acik kau, la v-day.





Menggelabah apa sana sini nak VDAY VDAY 14February tarikh keramat?
Vday acik kau la.

Maulidur rasul ada ingat?
Kehkehkeh, tak ingat lettew.

***

Satu pasukan kecoh kata orang islam jangan sambut vday.
Lepas tu nanti datang lagi satu pasukan menyalak kata WEH APASAL PULAK HAK ELA, KALAU CAMTU TAK PAYAH AH SAMBUT NEW YEAR. TAK PAYAH SAMBUT AH CELEBRATE APA APA, KAN SEMUA TU BUDAYA BARAT?



Aku tak penah kesah sejarah VDay tu adalah macam mana bangsat sekali pun la. Aku tak penah kesah HAPPY NEW YEAR setiap tahun tu meriah bunga api letup sana sini sekali pun la. Menggelupur kau nak acah-acah meriah new year, padahal maal hijrah kemaen kau ambek port lagi.



Cuma kalau kau orang islam yang berpegang kepada kitab Tuhan nama dia Quran, kau tau sampai limit mana kau nak bertindak, dan kau akan selamat dunia akhirat.



Dengar sini, baca sini.
Setiap hari adalah hari berkasih sayang sesama manusia dan Tuhan. Itu guna ada 5 waktu Tuhan cipta, kau pergi la bercumbu dengan Dia.

Setiap hari adalah perayaan kepada membebaskan diri dari segala kusut, setiap hari adalah hari meraikan perubahan. Meraikan kemaafan, meraikan kejayaan.


Jangan jadi bodoh kucing dan kucing bercakar sana sini la, bodoh.

***


Tolong jangan ada kes buang bayi bulan 10 - 11 tahun ni.

***


Maulidur rasul ada ingat?
Kehkehkeh, tak ingat lettew.




Hai MatLuthfi.





Siapa ingat lagi dengan video ni? Yang ucapan selamat hari ibu oleh seorang lelaki mata sepet hidung mancung loghat kedah piauuuuu. Aku ingat lagi dulu video dia famous, lepas tu tiba tiba dia private semua video dia oh downnnn gila.




Cukup kacak bagi seorang anak lelaki yang tak malu segan silu bagi tau dunia yang dia sangat menghargai mak dia.



Dan sekarang tak down dah, sebab MatLutfhi is backkkkkkkkkkkk! Sorry AnwarHadi, I kena curang. Lepas tu aku baru tau lepas Aimi share video kat FB, losssah.

Dan lepas tu kenapa aku rasa kali ni S dia macam SHH SHHH pierre andre? Double comeyh.





Apa guna pelakon korporat, pada penonton hidup melarat.

Mengapa tayang cinta terhalang, bila rahmat Tuhan tebar melayang.

Hantu sudah penat, tunggu manusia cari malaikat.



***

Aku suka video-video dia, sebab jalan cerita ada isue, dan solution. Sinis dan kelakar yang bergaya.


NI MESTI BEBUDAK LAKI SUKAAAA.



Bergayaaa bergayaaaa.



ALA LAGIPON SEBAB DIA SEPET MACAM AYED AMEL KAN SEBAB TU KAU KATA DIA BERGAYA KAN PANG KANG.





Misteri inner hitam yang hilang.





Aku sebena nak sangat update blog 2 3 harini. Tapi semua masuk draft sebab aku jadi macam, eh tak jadi la post apsal cam bosan je entry ni. Maka bila aku tak jadi post, tapi at the same time aku nak post jugak, last last aku post kat notes FB je. Memang jenis pendirian tak tetap, gila apa tak post kat blog, tapi post kat FB, kira post la jugak tu. Bak kata pepatah, seperti meludah ke langit, maka air liur jatuh ke muka sendiri. OK APA AKU MEREPEK NI SEBENARNYA, AKU NAK CERITA YANG UNTUK KE 467 KALI NYA, INNER TUDUNG AKU YANG WARNA HITAM, HILANG.


HILANG. ILEK. YALLEK. KOSONG. TAKDE. AKU CARI KELILING RUMAH. TAKDE. TAKDE. PAHAM TAK KEPALA HOTAK AKU TENSION DAN TERTANYA TANYA KEMANA PERGI INNER INNER HITAM AKU YANG HILANG SEBELUM NI?


Masalah besar dia skang, masuk kali ni, memang dah 14 ribu inner tudung kaler hitam aku beli, lepas tu mesti hilang jugak. Aku ada banyak inner tudung kaler lain seperi pink, kuning, biru, biru cair, biru ala ala malu nak cair, oren berkarat, coklet, ungu ala ala pink, inner gedik gedik ade shine shine, inner corak bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. Sayang mama sayang papa, dia ketawa. OK OK serious.


Sumpah weh mana pergi inner hitam aku? Tadi aku nak pergi kerja aku menggagau cari inner hitam tudung aku, dia hilang. Apa dosa masa silam aku sampai kena tanggung derita setiap kali beli inner hitam mesti hilang woi T_________T Kenapa inner kaler laen dia taknak hilang tapi mesti inner hitam woi T___________T


Ok baik, bila di fikir fikirkan balik, aku ingat aku nak datang dengan beberapa hipotesis. Macam mana inner hitam aku boleh hilang. Dan taktau la boleh terima ke tak hipotesis aku ni tepat ke tak. Sama sama la kita brainwash, amacam?


Kita mulakan dengan musuh ketat pertama. Bila musuh ketat, memang kena eksplen panjang sikit. Angah. Aku dengan dia ada satu pesen perangai nak mintak kaki. Bila aku takde kat rumah, dia suka amik barang aku. Bila dia takde kat rumah, aku salu amik barang dia. Tapi aku pandai, bila aku amik barang dia, aku diam diam. Tapi dia lagi terlebih pandai, ambik barang aku lepas tu, ALONG, CANTIK TAK AKU PAKAI? Ok dah sah sah la aku mengamok nampak barang aku ada di tubuh dia, maka aku tarbiah dia sekilo dua, dan kata, BAGI BALIK BARANG AKU, ATAU LEMPANGAN LEMANG LEMAU DI MUKA. Cewah. Macam tongue twister gitu.


Hipotesis 1 : Semakin angah ada di rumah, semakin inner hitam aku hilang.

Terima / Rejek : Baru semalam aku pakai inner hitam tu, dan semalam angah takde kat rumah. Dia ada kat PJ. Takkan dia datang Ipoh 5 minit je dari PJ lepas tu semata mata nak curi inner hitam aku? Hipotesis di rejek.



Hipotesis 2 : Semakin kakak ada di rumah, semakin inner hitam aku hilang.

Terima / Rejak : Okay dah komfem komfem la rejek. Kakak mana ada minat pakai shawl inner pe jadah ni semua. Lagipon kakak sama angah, memang ada kat asrama.



Hipotesis 3 : Semakin adik aku masih kecik, semakin dia ingat inner tudung aku adalah spenda dia.

Terima / Rejek : Tak mungkin dia salah tengok inner aku tu sebagai spenda dia. Mana ada dua lubang untuk kaki pun kalau nak pakai T________T



Hipotesis 4 : Inner tudung telah di jadikan kain buruk oleh mak kerana tersilap pandang.

Terima / Rejek : Tak logik. Semua kain buruk warna putih. Mana datang pulak tibatiba mak aku ingat inner hitam aku tu kain buruk.



Hipotesis 5 : Abah pakai. Fashion terbaru kata nya.

Terima / Rejek : Ni hipotesis last ni aku tengok gaya, macam kau buat lawak tapi tak jadi je Hana?


***


Ok dah la jangan mengarut. Semua hipotesis rejek. Dan memang masih mengundang misteri. Serious memang misteri. Serious aku taktau mana pergi semua inner tudung hitam aku. TOLONG T______T



Day 27 — This month, in great detail






Ok cerita dia macam ni. Tadi aku baru call Tasha kat Egypt, dia kata dia tengah shopping barangbarang cenderamata sikit nak bawak balik Malaysia. Geli la jugak bila tulis cenderamata. Souvenir sudah? Kehkehkeh. Lepas tu, ni ayat dia sempat pesan kat kawan aku, kawan aku tolong post kat FB ;


Alhamdulillah. Semua wafidat malaysia di mesir selamat. Saya akan pulang esok berseorangan. Tolong doakan saya selamat meredah ribuan manusia di airport. Terima kasih tak terhingga utk keluarga dan sahabat yg tak henti mendoakan saya dan semua umat Islam di bumi mesir ni. Malaysians akan pulang secara beperingkat mulai esok. Mohon Al-fatihah buat teman arab saya yg sudah kembali ke rahmatullah. (@[697291378:Natasha Nabilla])


Serious weh, bila aku dengar suara dia okay, aku syukur gila. First time aku call dia kat sana, bukan dia yang sebak, aku yang jadi otomatik sebak. Suara terang terang dah tak boleh nak kaverline, ada terkincit jugak pitching, lepas tu nanges. Bila sorang dah nanges, sorang lagi mesti ikot. Mula la nak mood mood sembilu kasih. Lepas tu rate call pulak kemaen nak MURAH, time nak cakap dua dua pulun. Sampai aku rasa banyak kali bertindih, dua dua tengah cakap, maka infomation tak deliver di situ. Sorang eksaited nak cerita, sorang eksaited nak tanya. Yang tukang tanya tu pulak jenis mak enon, tak menyempat nyempat semua benda dia nak bantai tanya. Hekhekhek. Aku lettew orang yang banyak tanya tewww.


Tasha balik esok, tolong semua doa dia selamat sampai, Amin. :)


Sebenarnya kan, dah lama aku tak update blog secara melulu. Gaya macam takde masa depan. Tak tau pun nak update apa sebenarnya. Harini duduk kat tempat kerja heaven. Employees cina semua amik cuti awal. Ofis memang sunyi sepi. Berbekalkan semalam aku tidur lambat dan pagi pagi nak pegi kerja still mengantuk, aku sampai sampai ofis, duduk kat meja, tarik nafas seketul dua, hembus kiri hembus kanan, lalu dengan aman aku lentokkan kepala atas beg. Bukan main lena lagi aku tido siap termimpi mimpi.


Haritu kawan aku Paeh dapat jemputan dari MIG untuk majlis yang David Teo tu dok bagi kat artis artis dia rumah la pakej umrah la kereta la. Before Paeh pegi, aku pesan kat dia sambil pisau blade 14 cm di leher dia, AKU NAK KAU BALIK DENGAN NOTES DARI FARID KAMIL KEPADA AKU. KALAU TAK, KALAU TAKKKK, *ayat tak boleh di sambung atas sebab sebab aku menipu padahal tak cakap pun macam tu*


Maka, bila dia balik, memang dia bawak balik notes. Eh, notes ke? Kemaen notes lagi.




Secebis je la pon dia tulis nama aku Hana. Sumpah sign dia macam bapak aku. Tah tah Paeh collaborate ke apa tah dengan bapak aku, suruh bapak aku je sign T____T Kemaen busy lagi kau eh Ayed, nama sendiri pun sempat tulis FaridKa je. Mil terus nak ghaib jadi tulisan mission imposible tenenet tenenet.



Uish tengok dia senyum terus tak jadi nak marah aummm.


Eh dah la macam panjang sangat aku mengarut, sebelum aku akhiri entry-tah-kemana-hala ni, aku serikan gambar aku dan budakbudak opis dok camwhore sempena meraikan bos bos takde kahkahkah.




Semua style syok sendiri. Pakai self timer lepas tu lari cepat cepat sebab nak make sure muka ada masuk dalam gambar. Teros jadi macam muka terrorist.




Search This Blog

Powered by Blogger.