Well, this is it.






Susah kan bila kau hidup perlu jaga hati banyak orang. Dan kadang kadang, walaupun kau banyak pilihan untuk hidup kau, kau terpaksa hidup dengan pilihan orang lain. Maka bila kau hidup atas pilihan orang lain, nikmat dia akan jadi berbeza sebab kau akan nampak orang lain gembira dulu, tapi bukan kau. And you just have to do it, though it hurts you a whole lot. Bila di stage ini, takde penjelasan padu yang boleh kau buat, sebab semua orang mahu melihat decision mereka adalah terbaik untuk kau. Which sebenarnya kau ada satu harapan sendiri dan kau mahu rasa perjalanan hidup yang kau reka sendiri tapi, there's no other choice. Choice yang tinggal adalah melihat orang lain gembira. Keputusan untuk tidak mahu jadi derhaka, adalah keputusan yang paling mulia. Aku lupa nak sedar, selama 20 tahun telah dibesarkan oleh si empunya ovum dan sperma, dan kali ni aku tunduk untuk bayar segala jasa mereka dengan meletakkan pilihan mereka sebagai priority dan pilihan aku adalah di kedudukan paling terakhir.



If you are trapped between your feelings and what other people think is right, always go for whatever that makes you happy.




Unless, you want everybody to be happy except you.



Kehadapan hana cemas,






Harini aku pergi kedai fotostet. Sebab nak print resume dengan cover letter bonyok bonyok. Masa kat kedai, aku telah meletakkan handphone aku di atas meja. Apabila aku dalam perjalanan pulang ke rumah, aku telah menjerit di dalam hati EH ALAMAK MANA HANDPHONE AKU? MANA HANDPHONE AKU? Lalu aku dalam keadaan gabra telah pergi kembali ke kedai terbabit lalu pergi cari handphone aku di atas meja kedai tu. Tapi malangnya tidak berjumpa. Aku pening. Dan hampir menangis. Terus ingat dosa dosa lampau, yang boleh di jadikan sebagai bala lalu menyebabkan handphone aku hilang. Aku pinjam handphone orang kedai nak misscall handphone aku, tengok tengok handphone aku sebena ada dalam pocket.




Ohhhh. Bangang jugak aku. Rupanya aku dah angkat handphone letak dalam poket. Ingatkan tertinggal atas meja. Fail kan aku? Memang failed.




Pernah juga terjadi kes kes lain, seperti spek mata suka hilang. Menggelupur aku cari satu rumah, tengok tengok aku pergi selit kat atas rambut. Acah acah spek hitam tu, yang orang dok bukan main sangkut kat atas rambut bila masuk supermarket? Aku pun nak jugak, tengok tengok sendiri sorok atas rambut, sendiri lupa spek letak kat mana.



Fail kan aku? Memang failed.




Baru baru ini juga telah terjadi satu kes di kl central. Masa tu dah kelam kabut makan laju laju kat MCD. Lepas tu letak beg aku kat bawah meja. Maka bila dah jadi kelam kabut, apa pun tak boleh, aku terus berlari menuju ke platform 2 sebab train balik Ipoh dah membuat panggilan yang terakhir. Disebabkan diri ini di lahirkan menjadi seorang pelupa dan kelam kabut, maka beg baju aku tertinggal di dalam MCD. Patut la masa turun eskelator aku rasa macam apahal ringan sangat badan aku lenggang lenggok tali kecapi. Nasib baik mempunyai kawan yang seperti XMEN telah mengingatkan aku tentang beg aku, maka dia dengan kadar cepat pergi lari naik balik kat MCD dan ambik kan beg aku. Dan time tu train dah nak jalan, dan beg pula tertinggal, dan yes, fail kan aku? Memang failed.




Ya, dan kau semua boleh mula panggil aku dengan nama baru. AKAK CEMAS. Cemas ini dirujuk kepada cemas tak tentu pasal tanpa sebarang sebab. Boleh jadi kadang kadang tak cemas langsung, sampai lupa banyak benda nasib baik woh ada orang yang tolong ingatkan, yesss. Dah boleh tukar dah nama kau kat facebook. Norhana Rosmida Cemas.







Video budak takde tangan, tapi dengan dua kaki.









Serious aku tak tahan gila tengok video ni, aku menangis. Sebab? Sebab aku rasa loser gila. Seorang yang tak cacat macam aku, selalu gila merungut macam macam. Kadang kadang ada masa tak bersyukur langsung dengan apa aku ada. Kadang kadang rasa macam weh dunia, apsal kau gelap gelita? Tapi sebenarnya mana ada gelap. Sebab setiap pelusuk Tuhan bagi nikmat cahaya. Cuma kita sendiri yang tak pandai menilai dan tak pandai gunakan semua nikmat yang Tuhan bagi betul betul. Fully utilized orang putih kata.


Dalam hidup, kau hanya ada dua pilihan ;


1) Bersyukur, bergembira dan mati.


2) Merungut, bersedih dan mati.



Dah kau tak payah pening. Tengok dulu video kat atas ni. Budak umur 11 tahun takde dua dua tangan pun tau makna bersyukur, tahu? Malu sikit woi. Malu sikit.


Kau tak mati lagi.






Aku mintak maaf jika aku tiba tiba keluarkan hormon kasar malam ni. Aku tak tau kenapa news feed aku belambak lambak sangat pasal orang putus cinta. Lepas tu keluar ayat sedih. Keluar lagu sedih. Keluar 'tanpa mu aku mati.' Mati ke kau sekarang? Mati ke tak? Lain lah kau sekarang tengah get ready tali rafia atas siling lepas tu nak gantung diri.



Dan sekarang, aku lemas tengok status status macam tu, aku geli. Maaf, aku bukan ditugaskan untuk faham perasaan berada di tempat kau. Tapi yang aku pasti, Tuhan memang akan selalu ada kat sisi kau. Kau takkan mati.




Jangan bersedih sampai bekudis hati kau. Mati sangat ke kau bila putus cinta? Kau tak putus cinta dengan Tuhan lagi. Tolong stop letak status pasal kau sedih ex kau dump kau, will you? Dunia tak kiamat lagi. Imam Mahdi tak turun lagi. Bulan akan turun malam ni perlahan, matahari naik esok pagi. Kau tak akan mati la, kau dengar tak apa aku cakap ni? Dan satu benda yang kau kena tau, untungnya kau. Kau sempat bertaubat lagi.



***


Dah dah la tu menangis. Kau tak mati lagi, kau tolong faham. Kau tak mati lagi.



Kisah sedih aku.






Sejak hidup sebagai penganggur ni, kat rumah tugas aku yang paling CORE adalah kemas dapur lepas masak dan semua yang berkaitan dengan kain. Basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain. Lepas tu duduk depan laptop, pegi google resipi dengan makanan sedap sedap, reblog kat tumblr. Telan air liur, tahu? Dan aku taktau apa sebab musabab lain yang menyebabkan aku sekarang kuat makan gila. Macam sebelum ni kalau makan kat mana mana, aku tak pernah habis. Kalau pegi breakfast dengan family aku, aku selalu order roti canai lepas tu makan satu carik, aku pass baton kat bapak aku. Kadang kadang tukar mood makan nasik lemak, confirm aku makan timun dengan telur je lepas tu nasik 4 5 butir, aku pass baton lagi kat bapak aku.



Tapi kini tidak lagi.


Licin, tahu.


Licin, tahu.



Ini boleh di katakan sebagai sindrom, semakin kau tak bekerja, semakin kau menyusahkan mak bapak dengan banyak gila kau makan. Kadang kadang heaven jugak rasa dia sebab pagi pagi mak masuk bilik ALONG ADA DUET TAK? NAH ABAH BAGI. Ha todia. Itu la baru di namakan bangun pagi pagi murah rezeki. Kalau macam ni punya senang, memang sampai umur 400 tahun pun aku nak hidup macam ni. Tapi nasib baik kepala hotak masih function lagi. Ada sikit sikit la aku cari kerja sana sini. Sebab sedar diri, takkan mak bapak nak tanggung hari hari? Nyeh nyeh jadi pantun pulak.



Okay, tukar cerita lain. Semalam aku hantar bekal kat adik aku. Boleh pulak kecik kecik dia jadi mak enon lupa bawak bekal. Dah siap packaging dalam plastik comel comel lepas tu lupa nak bawak. Maka mak sub tugas kat aku suruh hantar pergi sekolah. Time aku jalan jalan tengah cari kelas, ada sorang cikgu ni tegur, AKAK CARI ANAK KE?



Nehipyarkarega betei. Terasa nak azan kat telinga dia. Terguris hati aku. Ada ke cari anak? Dah la panggil aku akak? Cari anak pulak? Tu takpe lagi. Tengah jalan jalan, aku tanya sorang budak, kelas 3 Zamrud kat mana? Dia jawab jawapan cute punya, OH KELAS DIA KAT DEPAN TU MAKCIK.



Eh ni sebab lagi menganggur, lagi muka macam makcik ke apa? Bagi aku kerja sekarang!





5 benda penting kena ada dalam resume kau.







Okay aku tergerak nak tulis pasal benda ni sebab aku rasa macam ramai orang taktau pasal benda ni. Tambah tambah yang bukan student management, selalu bila nak buat resume, dia kemaen bantai je apa benda dia nak tulis. Maka aku sebagai pelajar berkelulusan Human Resource yang ada sikit sikit belajar pasal buat resume ni, nak cerita sikit kat korang. Mungkin bila aku cakap 'pelajar berkelulusan Human Resource' tu macam geli sungguh ketiak korang, macam EH KAU SIAPA INGAT KAU HOT LETTEW AMEK HUMAN RESOURCE NAK SHOW OFF ILMU LETTEW. Serious shit tak, sebab aku buat ni pun berdasarkan ape yang aku nampak kat resume orang time aku intern kat department HR dulu.



Benda yang kau tak patut buat dalam resume.


1) Untuk satu resume yang ada quality dan di pandang tinggi oleh masyarakat, kau tolong la jangan buat resume sampai 600 page. Ada sekali tu ada budak hantar resume dia kat HR, bukan main macam buku skrap lagi resume dia. Kau tak payah nak jadi macam OK SYARIKAT ABC SILA PANDANG AKU, TEBAL GILA WOH RESUME AKU MENANDAKAN KAU KENA AMEK AKU KERJA. INI MENUNJUKKAN EFFORT AKU YANG TAK BERBELAH BAGI, BAIK KAU AMEK AKU KERJA. And man, persepsi kau salah! Takde makne HR kemaen rajen nak baca resume kau yang 600 page tu. Kalau 4 5 page pun ktorang malas nak baca, ni kan lagi 600 page. Tak payah la kau nak letak personal details kau merangkumi makanan kegemaran, tempat favourite ketika tidur, atau gambar gambar ex boyfriend saya dalam resume kau. Okay ni memang tak lawak sebab tak logik la. Takkan la kau bangang sangat nak letak makanan kegemaran,senarai ex boyfriend apa bala semua kan. Mungkin aku sebena yang bangang pegi bagi example macam ni kuehkehkeh. Tapi kan,kalau kau betul geram suka nak letak jugak sijil kau seketul dua dalam resume kau, letak la mini transkrip atau result SPM kau.



2) Make sure resume kau padat dan pendek. Ada yang jenis rajin buat karangan 1000 patah perkataan termasuk acknowledgment kepada ibu bapa kerana menyokong saya mencari kerja selama ni. Weh serios tak payah. Dalam satu resume, apa yang penting adalah PERSONAL DETAILS kau. Kalau takde personal details macam mana company tu nak call kau. Takkan number kau turun dari langit atau sedang employer tu mandi tiba tiba datang ilham number telefon kau muncul di dalam kepala. Common sense la, this is the most crucial part. Alamak kan dah terspeaking. Oh sebelum aku lupa, email kau pun penting. Please make it formal macam norhanarosmida@yahoo.com. Bukan hana_cutee_girlz@yahoo.com atau hanalurveabu@yahoo.com.


3) Aku tak rasa part CAREER OBJECTIVE tu penting. Sebab tak perlu pun tak pe aku rasa. Kebanyakan orang mesti google punya career objective tu macam aku taktau. Nak nak pulak orang tak reti nak main copy paste. Kerja mintak nak jadi kerani, tiba tiba career objective, With 10 years of extensive management experience in the oil industry, seeking a Senior Petrophysicist position which will allow me to utilize my experiences to mentor and train my team. Kemaen oil industry. Kan dah Zee Avi nak nyanyi lagu Kantoi kat kau. Untuk bagitau courses yang kau ambik dengan experience kau, kau boleh sembang dalam cover letter okay.




4) Aku rasa apa yang penting dalam resume kau selain personal details adalah WORK EXPERIENCE, EDUCATION, AWARDS AND ACHIEVEMENT, SKILLS AND STRENGTH, EXTRA CURRICULAR ACTIVITIES, AND REFERENCE. Ada semua benda ni dah cukup. Extra curriculur tu kau amek je yang latest. Contoh kau budak degree, kau amek la dari Diploma. Agak agak time SPM kau penah menang lumba lari 4000 meter kategori kebangsaan, kau letak la sekali. Sebab KEBANGSAAN tu macam kena highlighted untuk promote diri kau. Contoh kau adalah terlalu aktif gila masa dekat U dulu, letak achievement korang yang paling gempak macam PRESIDENT, SECRETARY, AJK. Kecuali, kalau kau memang tak penah jadi president ke AJK ke ape, kau letak la kau ahli biasa. Sian pulak takkan nak biar extra koko kau kosong yedok. Tapi kalau setakat wakil kelas dapat nombor 17, tak payah nak letak la weh. Pertandingan nasyid masa tadika pun kau tak payah letak. Tu yang buat resume kau jadi 600 page, tahu.




5) Oh yessss lagi satu, tolong la gambar resume korang elok sket. Ada dulu aku tengok, kemaen gambar posing kat food court jusco pun ada, amboi mak enon. Mulut muncung sket, kepala lentok. Humang ai, tak formal. Susah apa kau nak pegi kedai gambar jap amek gambar? Tak pun kalau dah bakhil sangat taknak bayar kat kedai gambar, kau cari la background warne biru tangkap muka kau pakai handphone pakai kot sekilo dua, baru la smart sket resume kau.




DANNNNNNNNN semua sijil sijil kau, tak payah include dalam resume alamak berapa kali aku nak jadi mak tiri marah marah ni? Aku tau kau gelodak nak tunjuk sijil pemenang lompat kijang kau kat orang, tapi kau dah boleh sabar tunggu majikan call kau interview. Itu jam kau bawak la semua sijil kau. Nak bawak 50 file pun takpe. Tu pun kalau majikan larat nak tengok. Make sure sijil SPM paling depan, di ikuti dengan Degree dan Diploma kau. Baru PMR, MUET dan sijil sijil kau yang lain. So people, MAKE SURE RESUME ANDA ADALAH 2-3 PAGE SAHAJA, TAK PAYAH LEBIH DARI TU. Kbai.






** Siapa siapa still pening pening lagi taktau mana nak dapat contoh resume, email aku kat hannamaruku@yahoo.com. Aku bagi contoh resume dengan cover letter sekali. Ni je aku boleh tolong. Jangan harap kat aku je, try cari source lain yang boleh buat resume dengan cover letter korang gempak. First impression tu penting, so good luck people!








5 months, out of 70 years.





"If Allah grants you 70 years of your life,You would spend: 24 Years sleeping, 14 Years working, 8 Years in amusement, 6 Years at the dinning table, 5 Years in transportation, 4 Years in conversation, 3 Years in education, 3 Years in reading, 3 Years watching television. If you prayed 5 times a day, you would be giving Allah 5 months of your life. Can’t we give 5 months out of 70 years? Think about it."

- Ibn Khalid.



At least, untuk kali ini.





Kalau nak suruh aku definasikan, aku tak tau. Kalau nak aku justifiy satu-satu, lagi aku tak tau. Aku hanya sentiasa berada dalam keadaan tengah. Tak di kiri tak di kanan. Kadang kadang boleh rasa mengah gila. Asid dalam hati yang selalu rosakkan Iman. Kadang kadang pendirian aku ada, kadang tidak.




Tapi aku paling pasti, belum ada lagi pun awan yang dapat sejat tingginya isipadu kenangan kenangan aku. Belum ada lagi minyak boston skala paling mudah terbakar yang boleh bakar semua cerita cerita dalam surat khabar yang aku paling benci tu. Nak jual kat lori surat khabar lama pun aku ingat tak laku sebab sejarah yang terlalu tremendous sampai tokey cina tu bakal nanges kalau baca kisah dalam surat khabar tu. Yes man, uber tremendous.




Tapi bila aku bangun pagi, terasa ada yang ludah dari langit, dan ingatkan aku, life goes on yaw. You like it or not, you just have to eat it. Eat it yaw eat it.



**


Dear Mastermind,


Aku sedia terima plan yang maha berhikmah dari Kau. Jadikan aku penerima nikmat yang paling ter-bersyukur sekali. Jadikan orang orang yang cintakan aku dikalangan orang orang yang Kau redhai.


Jadikan aku manusia yang mencintai apa yang aku ada. Tolong Mastermind. Atleast, untuk kali ini.


Tolong jaga Iman aku. Tolong jaga kan Iman dia sekali.
Atleast, untuk kali ini.


5 sebab kenapa aku takut naik lif.




Aku memang ada fobia naik lif dari dulu. Tapi fobia aku takde la sampai tak pernah naik lif langsung. Aku boleh naik, kalau ada kawan. Lepas tu kalau memang aku nak pegi mana mana yang tingkat 400, kau nak mati apa kalau tak naik lif. Okay tu dalam keadaan darurat. Kalau aku sorang lepas tu nak naik 2 3 tingkat je, aku memang sanggup naik tangga je. Dan 5 sebab kenapa aku takut/ tak suka naik lif ;




1) Aku selalu bayangkan bila aku naik lif, lif tu akan tiba tiba lampu di terpadam. Lepas tu macam tiba tiba terstuck. Lepas tu tiba tiba lampu dia nak main disko disko. Ataupun aku selalu bayangkan tiba tiba bila dah sampai kat destinasi, lif tu taknak bukak. Lepas tu tekan loceng keselamatan, pun rosak. Takde siapa tau aku stuck. Maka aku jadi menggelabah. Aku try mintak tolong takde siapa dengar. Lalu tanpa tak di duga, aku mati sorang sorang dalam lif tu sebab sesak nafas. Sumpah macam drama kan? Pandai aku buat skrip.




2) Bila aku nak naik lif, aku akan tengok siapa lagi yang akan naik dengan aku. Aku jadi takut bila yang nak naik dengan aku tu lelaki muka style perompak ada parut 14 lapis kat muka. Mendebarkan tahu? Dalam masa 2 minit dalam lif macam macam boleh jadi kalau orang nak buat jahat dengan kau. Kot kot terjadi kes 3R. Yakni ragut, raba dan rambut. Wak aku la rambut. Sebena aku taktau nak tulis apa yang lagi satu R tu. Maka aku bantai je la jadi rambut. Tak lawak kan? Tau.




3) Selalu sebelum aku naik lif, aku akan tahan tangan aku kat tepi pintu lif tu. Sebab lagi satu yang paling aku takut adalah bila aku nak masuk lif, tiba tiba pintu lif tu tertutup dengan laju maka nanti akan menghempap kepala aku lalu hancur berkecai. Betul betul hidup takde guna bila kau mati kepala hancur sebab kena hempap dengan pintu lif. Sebab tu setiap kali aku dah masuk lif pun, and ada ramai lagi yang nak masuk, tangan aku akan tahan pintu lif tu dari tutup. Sebab aku memang akan imagine pintu lif jebon tu akan hempap kepala orang humang ai seram.




4) Hantu. Cliche gila. Tapi ya, salahkan filem filem hantu. Ada ke patut nak buat scene hantu semua nak bantai kat lif? Diorang memang taktau betul nak jaga perasaan aku yang fragile ni. Kalau aku naik lif, lepas tu lif tu pulak jenis 400 kaki persegi besau kemaen, aku memang akan tengok depan belakang kiri kanan. Kot kot ada hantu lepak kat belakang bila aku toleh dia cakap hai jom main sep sep tom tom. Gila apa demam aku sebulan. Choy!




5) Yang last ni bukan sebab takut. Dia lebih kepada konsep tak suka. Well kau pun tau sendiri la kan. Bila kau masuk lif. Lepas tu sekali masuk ada 3000 orang yang masuk sekali dengan kau. Kemaen macam macam bau. Kalau ada yang wangi pun, lif tu takkan jadi wangi. Selalu ratio orang yang berbau akan lagi banyak. Bila campur campur bau dia, lagi la serupa pewangi kereta jenama jamban. Serious kena tarik nafas kira 1 sampai 100 lepas tu bila keluar lif baru lepas. Belum campor dengan orang kentut bau telur. Azab betul. Rasa macam balasan kat dunia akibat dosa dosa kau yang lalu.






Kenapa kau pakai tudung?





Aku selalu dengar orang cakap,

AKU TAK READY LAGI PAKAI TUDUNG. TAK SAMPAI SERU LAGI.

KALAU AKU PAKAI TUDUNG SEBAB TERPAKSA BUAT APA? AKU TAKNAK JADI HIPOKRIT.

KALAU PAKAI TUDUNG TAPI STILL BUAT MAKSIAT, BUAT APA? SAMA JE.


***


Well hello, perempuan perempuan cantik. Kau taknak hipokrit ke, kau nak buat maksiat ke, kau nak tunggu seru ke, BENDA WAJIB TETAP WAJIB. Kalau kau tak pakai seatbelt lepas tu polis jumpa, confirm kau kena saman. Kenapa? Sebab undang undang wajib yang mengatakan bila kau drive, kau kena pakai seatbelt. Maka bila kau takut kena saman, kau pakai seatbelt. Tapi Tuhan kata pakai tudung wajib, kau tak dengar. Sebab? Tuhan tak pernah saman kau. Baiknya Tuhan, kau tau?


Hello perempuan perempuan cantik. Yang bakal jadi isteri orang. Yang bakal jadi mak. Yang bakal jadi nenek. Yang ntah muda atau tua, bakal mati. Konsep 'belum sampai seru' mana ada dalam kamus Islam, hello bukak mata. BUKAK MATA KAU.



Pakai tudung adalah WAJIB. COMPULSORY. Jangan tunggu seru, jangan tunggu nanti. Tak payah tunggu bersedia. Tuhan dah kata wajib perempuan pakai tudung, maka tak perlu ada apa apa alasan. Tak perlu tegakkan benang yang basah. Tak perlu nak jadi 'matlamat membenarkan cara'.



Kenapa bila ustazah kat sekolah suruh kau pakai tudung time kelas agama, kau pakai? Lepas habis kelas agama, kau bukak. Bila sekolah wajibkan kau pakai tudung, kau pakai. Balik sekolah kau bukak. Kau berpegang pada siapa sebenarnya? Siapa Tuhan kau sebenarnya? Siapa yang bagi kau nikmat dan rezeki sebenarnya?



Muhasabah diri. Kalau ada mualaf yang baru masuk islam pun, boleh terus pakai tudung, kenapa bukan kita yang terus di lahirkan islam ni?



Bertudung itu wajib, bukan susah pun nak buat. Kalau kau niat untuk berubah, gerakkan seluruh otot otot badan kau pergi kedai cari tudung. Kalau bukan labuh pun, selendang pun jadi. Cuba dulu, niatkan di hati. Mintak Tuhan bukak hati kau. Buat bersungguh sungguh. Allah selalu dengan kita. Dia tak sombong macam kita.



Perempuan perempuan cantik, tutuplah rambutmu. Niatlah untuk berubah. Allah sentiasa nak tolong kita. Jangan hangat hangat taik ayam.



Dan jangan lah sesekali keluar dari mulut kau, AKU TAK BERSEDIA NAK PAKAI TUDUNG. Malu la sikit dengan Tuhan. Bila kau cakap macam tu, macam kau main mainkan peraturan Tuhan. Macam Tuhan tu bukan siapa siapa.



Tanam tekad. Muhasabah diri. Semua orang boleh berubah.



Happiness in hard times





Aku ni sekarang adalah sedang mencuba untuk menjadi 'happy in hard times'. Nak jadi happy in hard times ni kalau kerja senang, aku rasa hari hari pun aku suka kalau dapat musibah atau masalah. Kalau kita ada masalah lepas tu benda tu boleh setle dengan cara masuk toilet, lepaskan masalah ke dalam lubang kumbahan lepas tu flush, dah lama aku tatang segala masalah sebagai minyak yang penuh.



Masalah dia sekarang, masalah adalah masalah. Yang boleh bawa kepada kemurungan, boleh membawa kepada mata kau boleh sembab nak gila sebab menangis dari pagi sampai malam. Bila terbawak bawak sampai ke tidur, boleh membawa implikasi kepada mengigau atau bila kau bangun tidur kau akan terus jadi tak tentu arah bila fikir YA ALLAH, HARI NI AKU BANGUN DENGAN MENGETAHUI YANG AKU ADA MASALAH.


Susah tahu nak jadi happy in hard times?


Cuma apa yang kau boleh buat bila masalah datang kepada kau? Yang tak pasal pasal nak mintak berperang dengan kau, yang pada hakikatnya kau dan aku pun tau, dalam dunia ni, semua masalah akan ada jalannya. Tapi paling kelakar adalah, manusia semua takut dengan masalah, dan akan terbawa bawa masalah dalam kehidupan dia setiap hari. Macam bila kau ada masalah, kau akan rasa dunia kau dah terus hancur dan kau adalah orang paling loser dalam dunia.


Kassim Selamat.


Tak semua orang boleh nampak masalah itu adalah satu cengkerang, yang bila kau ketuk dan cuba pecahkan cengkerang tu hari hari dengan hasil usaha kau tanpa ada rasa sikit debu putus asa pun, kau akan dapati dalam cengkerang tu ada diamond woi.



Being happy in hard times. *pandang diri sendiri*



Masalah adalah masalah. Hari tetap hari. Siang tetap tukar jadi malam. Esok akan datang jugak. Umur kau makin tua jugak. Nak taknak, esok kau bangun, masalah akan setia cakap HAI GOOD MORNING, READY TO DEAL WITH ME? Cuma sekarang, kau hanya perlu kuat buat taktau dengan masalah tu. Kau kena act macam masalah tu tak ada dalam hidup kau. Dan pegang prinsip, setiap benda, masalah atau bukan masalah, kau mesti kena selesaikan. Walau dengan cara susah macam mana sekalipun, kau mesti kena selesaikan. Maka kalau kau hari hari murung, dan jadikan dirikan sebagai mangsa masalah, tak ada siapa pun rugi, tapi kau. Sebab jadi gembira adalah satu anugerah, yang tak ada siapa boleh tolong kau jadi gembira, tapi dengan pertolongan kau sendiri. Maka, walaupun ada masalah, hadapi dia dengan gembira. Sebab tak ada satu reason pun yang boleh abstain kau dari bersikap sedih setiap masa.



Jangan sedih sampai cucuk mata dengan garpu.



Being happy in hard times. Tak ada siapa boleh buat untuk kau. Tapi kau sendiri yang tentukan hidup kau adalah bernilai, untuk sentiasa gelak dan sentiasa positive. Atau menangis setiap hari lepas tu muka kau berkerut, lepas tu bila orang nampak kau, dia tanya, EH AWAK NI DAH 30 EH? Padahal umur kau baru 17 tahun. Naya gila muka kau terus jadi mangsa tua akibat terlalu kagum dengan masalah sampai mengalami murung setiap masa.



Susah tahu being happy in hard times. Tapi dengan semangat aku, semangat untuk tengok mak bapak aku bahagia, semangat kawan kawan baik yang dah diorang transfer ke dalam roh aku, aku tau, aku bukan orang yang boleh kalah dengan masalah. Allah ada dengan aku, sebab Dia pesan, setiap masalah yang Dia turunkan kepada manusia, itu tanda nya Dia mahu menguji, dan Dia sayang aku.





When you dont give up, you cannot fail! =)





Search This Blog

Powered by Blogger.