Saturday, January 14, 2012

Peningkatan prestrasis





Dah berapa hari jadi penganggur, bukan main seronok lagi perasaan dia. Hari hari bangun pukul 14 tengah hari pun mak tak marah sebab mungkin mak nak bagi can aku berehat 2 3 kilo sebelum start kerja kat tempat baru bulan 2 ni.


Kadang kadang berehat lama lama ni pun tak syok jugak mula la tokonang balik kenangan kat tempat kerja lama. Masa aku masuk, HR kat situ terus bagi aku jadi management trainee untuk department customer service. Aku ni banyak cakap kateko sebab tu HR rasa sesuai humban aku kat customer service maka nanti bila customer komplen apa apa, aku la yang tukang jadi jurucakap rasmi walaupun sebenarnya tak layak pun.


First time masuk department baru aku tau selain jadi jurucakap, aku jugaklah yang tukang balut hadiah, buat hamper, tukang sembang sembang ngan pekerja yang datang customer service buat shelf price, tukang bagi pecah cawan, tukang terpecahkan perfume, tukang terhilangkan pen lepas tu pegi cari tengok tengok ada kat belakang poket, tukang tanya kat setiap customer yang lalu HAI ABANG, ABANG KERJA KAT MANA? TEMPAT ABANG TAKDE KERJA KOSONG KE? Heh. Desperate betul nak cari kerja lain haha.




Sebena dalam entry ni, aku nak tunjuk kat korang kemajuan aku dalam bidang seni hamper ni. Ni adalah hamper first aku buat masa mula datang kerja ;



Sumpah nak muntah kan tengok hamper aku buat? Serious weh hamper ni untuk customer kot lepas tu aku boleh buat macam ni je? Sebab time ni semua senior aku takde, tinggal aku sorang je melepet kat counter maka berbekalkan semangat kalau malaysia boleh aku pun boleh, aku pun main bedal je la buatkan hamper ni kat customer. Nasib customer ni rilek je dia cakap BALUT JE DIK, ASALKAN NAMPAK RUPA HAMPER. BURUK PUN BURUK LA NANTI NAK BUKAK JUGAK. Bukan main stret forward ha dia cakap hamper aku buruk, nasib tak dapat customer perangai macam cipan, kalau tak aku rasa telinga aku dah kena azan dua tiga kali.





Dan ini adalah hamper yang aku buat masa 2 3 minggu sebelum aku berenti haritu amboi bangga sungguh ni rasa macam nak naikkan pangkat kepada diri sendiri je tau. Nasib baik dah berenti kekekeke.

Lepas ni masuk tempat keje baru boleh la belagak sekilo HELLO GUYS NAMA SAYA HANA. BERASAL DARI IPOH DAN PANDAI BUAT HAMPER.





No comments: